Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

Random

Banyak pula aku dengar berita orang pregnant. Adik ipar aku pregnant dan si Fillanie ni pun dah pregnant. Setiap kali mendengar berita orang pregnant, aku akan tertanya-tanya bilakah giliran aku akan tiba. Sudah 8 tahun menunggu, almost every month aku buat pregnancy test sebab tak nak kejadian aku pergi ambik injection for senggugut dulu berulang sedangkan sebenarnya bukannya period tapi pregnant. Since period aku tak pernah tetap, kadang-kadang 5-6 bulan pun ada tak datang period, lepas tu period pon kadang-kadang stain je, aku sangkakan aku period dan selamba kodok buat x ray and pegi ambik injection for period pain. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang, hampir setiap bulan aku akan buat pregnancy test, tapi kecewa.

Kadang-kadang aku terfikir mungkin aku dan En Hubby sudah ditakdirkan tidak akan mempunyai zuriat. Bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu dan hanya kecewa yang datang. Hinggakan aku rasa seperti sudah tidak mahu mencuba, kerana tiada hasilnya. Biarlah hanya Allah yang menentukan. Andai aku ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, biarlah aku menumpang kasih dengan anak-anak saudara sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi.



2 comments:

  1. Banyakkan sabar ye. nanti kalau datang rezeki tu tak menang tangan pula dibuatnya nanti. kembar dua, tiga empat sekali terus. he.

    mungkin boleh jadi rujukan ini.

    http://www.muftins.gov.my/component/content/article/61-himpunan-doa-dan-zikir/326-doa-untuk-mendapatkan-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Insya Allah, akan cuba diamalkan

      Delete