Nuffnang

Wednesday, July 25, 2012

Rahmat Tak Terduga

Semalam Allah berikan rezeki tidak terjangka. Hujan lebat membasahi bumi secara tiba-tiba sewaktu kami sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa dan azan Maghrib hampir berkumandang.

Hujan yang lebat tidak memungkinkan para penunggang motosikal untuk meneruskan perjalanan. Mungkin kerana jarak penglihatan yang terhad, seorang pemuda berhenti berteduh di pondok kecil di hadapan rumah. Azan sudah berkumandang. Kasihan dengan pemuda tersebut, kami menjemputnya berbuka puasa bersama. Aku kira dia adalah tetamu misteri yang ditakdirkan Allah untuk membawa keberkatan kepada kami seisi rumah.

Sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w, diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

Alhamdulillah, syukur di atas rahmat tak terduga yang Allah berikan.

4 comments:

  1. Nampak berat dugaan tu sampai tajuk jadi rahmat rak terduga.

    Rak memang berat. Saya faham itu.

    ReplyDelete
  2. hahaha, inilah padahnya apabila update blog sewaktu mengantuk! Nasib baik saya tidak upload gambar rak ke blog! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. gurau2 ek.. tapi nape tak buh skali gambar rak? haha.

      Delete
  3. bagus nya . bertuah la pemuda tu . pandai pilih pondok singgahan .

    ReplyDelete