- Beristiqamah dalam usaha yang saya lakukan untuk mencapai kejayaan.
- Tidak iri hati dengan kejayaan rakan-rakan dan menjadikan perasaan cemburu saya sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan yang sama.
- Menjadi seorang yang sabar dan tenang dalam apa jua situasi
- Berusaha untuk menjadi Muslimah yang baik dan berilmu
- Menjadi seorang yang berani dan tegas dengan pendirian
- Menjadi sahabat yang baik, yang sentiasa 'keep in touch'
- Menjadi pekerja yang berdedikasi dan tepat masa
- Menjadi anak yang baik, yang menjaga kebajikan ibu-bapanya
- Menjadi seorang isteri yang taat dan penyabar
- Dan yang utama, menjadi seorang ibu yang mampu mendidik anak-anaknya menjadi insan yang sempurna (saya sangat-sangat mengharapkan perkara ini)
Apa-apa sahaja yg terlintas di fikiran...ini blog rojak. Segala-galanya macam nasi kerabu, bercampur gaul. Tapi ini bukan blog porno walaupun kadang-kadang agak mengarut serta mencarut. Kalau tak suka sila blah. Segala entri dalam blog ini juga adalah mengikut sedap hati aku sendiri. Hakcipta adalah terpelihara. Lupakan niat kalau mahu copy tanpa kebenaran. Segala undang-undang hak cipta dan harta intelek, ekuiti serta tort akan diguna pakai sepenuhnya. Bye.
Thursday, July 12, 2012
Harapan
Ada beberapa perkara yang saya ingin lakukan dalam hidup saya tetapi saya asyik menemui kegagalan. Namun saya yakin saya harus terus berusaha untuk mencapainya. Antaranya ialah:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment