Nuffnang

Saturday, July 7, 2012

Apa Itu Bahagia?


Ini adalah salah satu lagu favourite saya of all times, Kau Ilhamku nyanyian Man Bai. Liriknya yang puitis dan melodinya yang indah menjadikannya lagu yang cukup evergreen.

Mungkin apabila anda mendengar lagu ini anda membayangkan sebuah percintaan yang indah, yang dihiasi puitisnya kata-kata dan tingginya harapan, yang dibayangi sebuah wajah indah yang menganggu tidur anda serta mencuri mimpi-mimpi anda. Hidup sepertinya berada di awang-awangan dan anda mungkin rela untuk selamanya terlena di mahligai mimpi. :)

Seandainya percintaan anda sepertinya sentiasa dihiasi bunga-bunga bahagia, tahniah untuk anda. Tetapi anda jangan terlampau dibuai perasaan, kerana anda harus ingat yang jodoh pertemuan terletak di tangan Allah. Seandainya bercinta berpuluh-puluh tahun, tapi jika tiada jodoh, mungkin tidak akan bersatu.

Seandainya pula percintaan anda harus sentiasa menempuh pancaroba, jangan pula putus harapan. Kerana sekali lagi, jodoh pertemuan di tangan Allah. Sekiranya anda merasakan si dia lah yang terbaik untuk anda, berdoalah agar di dekatkan jodoh olehNya dan dikurniakan ketabahan serta kesabaran untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga kebahagiaan menjadi milik anda.

Andaikata jodoh anda lewat untuk ditemukan, ingatlah yang bahagia itu dikurniakan Allah dalam pelbagai bentuk. Yang penting anda lapangkan dada dan bukakan hati untuk menerima apa jua bentuk kebahagiaan yang Allah berikan.

1 comment:

  1. setuju , pahit manis harus tetap ditempuhi . kalau tak terluka itu bukanlah namanya kehidupan yedop ?

    ReplyDelete