Nuffnang

Friday, July 13, 2012

Pandangan Dangkal Seorang Aku - Nepotism, Cronyism, Corruption

Saya bukanlah orang yang fanatik politik. Bagi saya politik adalah sarkis yang memaparkan aksi-aksi terlampau serta melucukan. Saya juga tidak pernah mengundi kerana prinsip saya, selagi belum ada calon yang benar-benar saya ingin undi di kawasan saya, saya tidak akan mengundi. Saya bukanlah orang yang akan mengundi berdasarkan parti, itu bukan saya. Apabila ada yang menegur saya dengan mengatakan saya bodoh kerana tidak mengambil hak saya iaitu hak mengundi, saya membalas dengan mengatakan saya sebenarnya melaksanakan hak perlembagaan saya untuk bebas bersuara dengan tidak mengundi!

Kenapa saya membicarakan pasal politik hari ini? Kerana saya sudah bosan setiap hari dimomokkan dengan agenda politik pihak-pihak tertentu di kaca tv dan di dada akhbar. Come on la! Saya menonton berita dan membaca akhbar kerana saya ingin mengetahui berita sebenar yakni berita negara, berita dunia, berita manusia, berita alam!  Kalau setiap berita adalah mengenai politik, di mana 'real news' nya? Berita sebenar tidak sampai pun 5 minit dari sejam bersiaran atau satu muka daripada 10-20 muka, membuatkan saya semakin malas untuk menonton berita atau membaca akhbar!

Saya  secara jujurnya merasakan pembunuhan karakter atau 'character assassination' bukanlah satu strategi yang bijak dalam berpolitik, dan bukanlah juga satu strategi yang bijak untuk menunjukkan kejujuran dan ketelusan. Apatah lagi apabila perkara yang diwar-warkan dilakukan oleh pihak lain itu juga dilakukan oleh pihak yang mengata. Seperti pepatah Inggeris, "a kettle calling a pot black!" Kita semua maklum rasuah dan kronisme berlaku di kalangan ahli politik malahan masyarakat, mungkin lebih dalam parti politik yang mempunyai kuasa kerana mereka berkuasa untuk membuat keputusan. Tidak kiralah kuasanya di peringkat nasional atau di peringkat negeri hatta di peringkat sekolah tadika sekali pun. Kegiatan nepotisme ini seolah-olah telah berakar umbi dalam masyarakat dan dicemuh tapi dalam diam diterima sebagai satu budaya masyarakat. Satu contoh paling ketara ialah bagaimana anak-anak ahli alumni sesebuah sekolah berasrama penuh diberikan keutamaan untuk memasuki sekolah yang sama berbanding pelajar lain. Malahan nepotisme juga diamalkan di alam pekerjaan. Rasanya mungkin ramai yang mengetahui open secret ini, jika anda bekas pelajar satu sekolah berasrama penuh dengan status kolej di utara tanah air yang merupakan salah sebuah sekolah tertua di negara ini dan kebetulan interviewer anda juga berasal di sekolah yang sama, anda lebih mudah mendapat pekerjaan. Dan kalau kebetulan interview dibuat pada hari Rabu, lagi mudah untuk mengenali sama ada interviewer anda berasal dari sekolah yang sama dengan anda kerana anda berdua akan memakai tali leher yang sama!

Ianya bukan satu rahsia lagi bahawa nepotisme beraja di mana-mana. Begitu juga dengan rasuah atau bahasa lembutnya wang kopi. Saya pernah satu ketika dulu ke Mahkamah Shah Alam untuk mendapatkan satu fail. Saya diberitahu fail tersebut tidak dapat dijumpai. Saya pulang ke firma dan memberitahu peguam yang mengarahkan saya untuk mencari fail tersebut di mahkamah. Beliau memberitahu saya bahawa ianya bukanlah satu rahsia bahawa anda perlu memberikan wang kopi jika ingin mendapatkan fail dengan cepat di Mahkamah Shah Alam. Tetapi saya yang masih penuh dengan idealisme bahawa semua orang itu jujur dan kepercayaan bahawa anda tidak perlukan pengaruh atau wang untuk berjaya menolak nasihat yang diberikan oleh peguam tersebut. Saya masih sabar ke mahkamah tersebut untuk mencari fail yang sama. Sehinggalah kali ketiga dan waktu itu saya sudah hampir menamatkan tempoh chambering saya, kerani bilik fail masih lagi memberikan saya alasan yang sama, iaitu fail tidak ditemui. Dan fail tersebut adalah fail yang dibuka pada tahun 80an sedangkan saya ke sana pada tahun 2001!

Saya mengaku yang saya bukanlah seorang yang sabar. Alasan yang diberikan oleh kerani tersebut benar-benar membuatkan saya hilang sabar. Pertamanya, kerana fail itu sudah berusia berpuluh-puluh tahun dan sudah beberapa orang sebelum saya ke sana untuk mendapatkan fail yang sama. Keduanya, kerana langsung tiada wajah kesal malahan secara berkias kerani tersebut meminta sesuatu daripada saya. Ketiganya, saya yakin yang tiada langsung usaha mereka untuk mencari fail yang dinyatakan. Hari itu saya 'mengamuk' di bilik fail. Walaupun suara saya masih terkawal dan tidaklah sehingga menimbulkan kekecohan, tetapi saya rasa kerani tersebut faham mesej yang saya sampaikan kerana tidak sampai 10-20 minit selepas itu saya mendapat fail tersebut!

Saya tidak mengatakan nepotisme, kronisme, rasuah atau wang kopi itu ok kerana semua orang mengamalkannya. Sesuatu yang morally wrong itu masih tetap salah walau sebanyak mana sekalipun justifikasi yang saya berikan. Tetapi saya menjadi muak apabila beberapa pihak saling menuding jari ke arah satu sama lain, memburukkan moral satu sama lain atas perbuatan yang sama-sama dilakukan. Kenapa perlu dibimbangkan mengenai entiti negeri sekarang sedangkan dulu pun banyak salah laku yang dilakukan? Ketika zaman pemimpin lama juga banyak wang yang hilang, kenapa tidak berarak tetapi sebaliknya memejamkan mata sahaja ketika itu? Seolah-olah dia berak di tepi jalan tidak menjadi kesalahan, tetapi orang lain kentut di tepi jalan akan dihukum kerana mencemarkan alam sekitar.

Begitu juga dengan pihak yang satu lagi, ketika beliau memegang tampuk pemerintahan sebagai orang kedua penting, beliau juga melakukan perkara yang sama. Bila keadaan berubah, tiba-tiba beliau menuduh kucing lain yang mencuri ikan? The fact is, we are not kindergarten kids, kita bukan lagi di zaman Jepun di mana semuanya serba kekurangan dan radio serta tv diharamkan. Sekarang maklumat hanya dihujung jari. Propaganda sebegitu bukan lagi satu cara menagih kepercayaan yang bagus dan tepat. Ia hanya memperbodohkan orang yang sedia bodoh, yang pandai hanya akan merasa jelek.

Saya rasa politikus-politikus kita patut mula menjauhkan diri daripada 'tikus' dan mula mendekatkan diri dengan 'politik'. Mungkin mereka ini semua tidak pernah mendengar mengenai 'psikologi songsang' atau 'reverse psychology' agaknya.

Nota jari hantu:

Malaysia patut menetapkan syarat untuk menjadi ahli politik seseorang itu harus belajar ilmu psikologi dan membaca buku "The Art of Persuasion". 



4 comments:

  1. tp tetap perlu mengundi. we live in a democratic country which need votes . tak tahu siapa nk diundi? tak da gerenti mana-mana pihak takkan ada korupsi , tetapi plih la yg best among the worst.

    ReplyDelete
  2. Mungkin.Tetapi untuk apa mengundi andai tiada kepercayaan kepada pemimpin. The lesser of 2 evils is still evil. Lagipun demokrasi sepatutnya bersifat terbuka untuk menyatakan pilihan dan pilihan saya adalah untuk tidak membuat pilihan.

    ReplyDelete
  3. Fuhhhhhh 1 nafas aku baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kau masih bernyawa kan? hahahaha

      Delete