Nuffnang

Sunday, July 15, 2012

Pandangan Dangkal Aku Mengenai Drama Melayu

Sejak kaki patah ni aku rajin pulak menonton drama Melayu. Kalau tidak, cuma beberapa drama Melayu yang betul-betul bagus saja yang aku tonton. Almaklumlah, bila dah tak boleh bergerak ni semua rancangan tv aku tonton. Di tambah pula, selera orang tua seperti mak aku yang suka menonton drama Melayu.

Tetapi sesuatu yang amat mengecewakan aku bila menonton drama Melayu ini ialah skrip dan gaya pengarahan yang amat lemah, yang kadang-kadang tak dapat diterima dek lojik akal. Kalau cerita tu cerita sci fi atau dongeng hikayat seperti cerita Cicak Man atau Magika tu aku faham la, memang premis penceritaannya sudah berpijak atas dasar dongengan, tetapi bila drama kemasyarakatan yang ditonjolkan, aku jadi sakit hati kerana penulis-penulis skrip dan pengarah-pengarah ini mengambil sikap caca marba dan buat drama sambil lewa.

Semalam aku tertonton drama Untukmu Sufian. Walaupun dibarisi pelakon hebat, tetapi skrip drama tersebut amatlah mengecewakan!Terdapat satu scene di mana watak Azhar Sulaiman menghidupkan enjin kereta dan cuba memecut pergi selepas membuang mayat isterinya dan marah apabila kereta tidak bergerak apabila ditekan minyak. Yang paling tak boleh blah ialah jelas kelihatan brek tangan tidak diturunkan dan gear tidak dimasukkan! Kenapa la bongok sangat! Cuba la take the shot dari angle lain, seperti di luar kenderaan agar tak jelas nampak brek tangan tidak dilepaskan dan gear tidak dimasukkan! 

Lepas tu skripnya pulak memang tak boleh blah, ada satu dialog daripada watak Zizan Nin memberitahu doktor yang lebih kurang berbunyi begini, "Kami mahu pembedahan dibuat segera, kami sanggup menanggung semua risiko. Tentang kos jangan risau, kami akan bayar semuanya." Memang sekali imbas dialog tu tak ada kurang apa, tapi kalau dilihat dari segi keseluruhannya memang la tak kena sebabnya masa tu doktor tu belum kenal lagi siapa mereka malahan watak Ruby yang diamanahkan untuk menjaga Sufian pun belum mengetahui bahawa watak yang dipegang oleh Iera Syazira tu adalah ibu sebenar Sufian! Padahal sebelum tu doktor tu cakap ibubapa Sufian diperlukan untuk menandatangani surat kebenaran! Siapa pulak watak 2 ekor ni yang tiba-tiba mahu pembedahan dilakukan segera? Dialog tu kena kalau ada riak tertanya-tanya di muka doktor dan Ruby selepas tu tapi langsung takde riak terkejut atau tertanya-tanya. Muka masing-masing biasa je. Sepatutnya watak doktor dan Ruby tu kenalah tunjukkan riak tertanya-tanya, barulah diikuti dengan penerangan dari Iera Syazira yang dia adalah biological mother Sufian! Barulah nampak logik sikit. Itu pon tak blh pikiaq ka?!

Aku memang tak puas hati dengan cerita yang memperbodohkan penonton ni. Macam drama Dejavu di Kinabalu tu. First episod lagi aku dah kutuk. Orang-orang Sabah dan yang pernah ke Sabah sedia maklum yang jarak antara Kundasang, Kinabalu Park dan Pekan Nabalu adalah jauh. Tidak akan mengambil masa 5 minit dan akan pengsan dulu kalau jalan kaki! Tapi yang dipaparkan di kaca tv ialah watak Nadhirah yang sedang bergambar di Kundasang, lepas tu tiba-tiba sahaja berada di Pekan Nabalu dan kemudian di Kinabalu Park. Cara penceritaan (selepas dialog Nadhirah dengan rakannya) seolah-olah Nadhirah ingin berjalan-jalan di kawasan berdekatan untuk mengambil gambar! Tolonglah! Yang menonton drama Melayu kebanyakannya adalah orang Melayu, mungkin juga ada kaum-kaum lain tapi rata-ratanya adalah orang Malaysia. Kalau mahu ditonjolkan scenery sekali pun, biarlah masuk akal! Yang paling tak boleh blah ialah masa scene Amar dan Inarah daki Gunung Kinabalu dan Inarah cuba memujuk Amar untuk meneruskan perjalanan hingga ke puncak. Hello! Itu adalah Gunung Kinabalu, semua orang maklum Gunung Kinabalu sejuk, kerana itulah watak Amar dan Inarah tu berpakaian tebal, tapi macam mana pulak tiba-tiba boleh berselisih dengan pemuda Cina yang sedang dalam perjalanan turun memakai baju uniform marathon yakni baju tanpa lengan dan seluar pendek?! Daki Kinabalu ke daki Bukit Kiara/Bukit Tabur?! 

Aku memang tak ikut sangat drama Dejavu di Kinabalu ni selepas aku kutuk episod pertama dia. Tetapi tiap kali aku tertengok cerita ni, mesti ada perkara lain yang tak masuk akal. Ada satu hari tu, aku tertengok ntah episod berapa ntah, ada scene kakak si Nadhirah, Uzma buang semua gambar-gambar Inarah dalam bilik Amar. Selepas tu masa Amar tengah cuba mengingati ayat-ayat cinta Inarah, si Nadhirah masuk dan menyambung kata-kata cinta tu dengan sempurna. Aku jadi pelik, Si Nadhirah ni dapat jantung Inarah ke dapat memori Inarah? Dan ada satu part masa kecoh-kecoh kenapa Nadhirah berubah, ada dialog dari Uzma kepada Bazli, bukan Nadhirah yang jatuh cinta pada Amar tapi jantung tu. WTF?! Bak kata kawan aku Wink, penulis skrip tak belajar biologi kat sekolah.

And what is it with jantan n betina bukan muhrim senang-senang je masuk rumah/bilik each other? Hello?! Tahu la drama ni diciluk dari drama Korea tapi pandai-pandai la sesuaikan dengan budaya dan adat resam di Malaysia!

Bercakap pasal budaya dan adat resam ni, aku paling tak boleh terima bila sesuatu drama tu cuba mengangkat subjek agama tetapi menampilkan hukum yang salah! Pembuat drama ni tak sedar ke yang bila membicarakan mengenai hukum agama, mereka mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan hukum yang betul diutarakan dalam drama mereka agar penonton tidak terkeliru! Hukum munakahat telah diterangkan sejelasnya dalam Surah An-Nisa': ayat 23:



Yang bermaksud:

"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Atau terjemahan bahasa Inggerisnya:

"Prohibited to you [for marriage] are your mothers, your daughters, your sisters, your father's sisters, your mother's sisters, your brother's daughters, your sister's daughters, your [milk] mothers who nursed you, your sisters through nursing, your wives' mothers, and your step-daughters under your guardianship [born] of your wives unto whom you have gone in. But if you have not gone in unto them, there is no sin upon you. And [also prohibited are] the wives of your sons who are from your [own] loins, and that you take [in marriage] two sisters simultaneously, except for what has already occurred. Indeed, Allah is ever Forgiving and Merciful. (An-Nisa': Verse 23)"

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa ibu saudara sabit (isteri kepada bapa saudara kandung) adalah ajnabi okay! Ajnabi tu maksudnya bukan muhrim, iaitu boleh dinikahi oleh anak saudara kepada suaminya sekiranya dia bercerai dengan suaminya! Apatah lagi jika ibu saudara sabit itu belum pernah sekalipun digauli oleh bapa saudara! Jadi adalah amat menyimpang hukum apabila watak Airil,yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad dalam drama Seindah Sakura berulang kali diingatkan oleh watak rakannya yang dilakonkan oleh Zul Huzaimy (juga pengarah drama ini) bahawa dia tidak boleh bercinta dan menikahi Shakira, lakonan Fasha Sandha kerana Shakira telah menjadi ibu saudara sabitnya setelah bernikah dengan bapa saudara Airil, walaupun Shakira telah diceraikan oleh bapa saudara Airil!

Kepada pembuat drama Seindah Sakura, sila buat kajian dengan bertanyakan orang yang arif ya sekiranya anda ingin mengangkat subjek agama lagi dalam drama-drama anda yang lain!


Nota tapak kaki:
Don't get me started on Malay films, especially on Malay horror films! Lagi hanjing kritikan aku nanti jadinya!

No comments:

Post a Comment