Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

Random

Banyak pula aku dengar berita orang pregnant. Adik ipar aku pregnant dan si Fillanie ni pun dah pregnant. Setiap kali mendengar berita orang pregnant, aku akan tertanya-tanya bilakah giliran aku akan tiba. Sudah 8 tahun menunggu, almost every month aku buat pregnancy test sebab tak nak kejadian aku pergi ambik injection for senggugut dulu berulang sedangkan sebenarnya bukannya period tapi pregnant. Since period aku tak pernah tetap, kadang-kadang 5-6 bulan pun ada tak datang period, lepas tu period pon kadang-kadang stain je, aku sangkakan aku period dan selamba kodok buat x ray and pegi ambik injection for period pain. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang, hampir setiap bulan aku akan buat pregnancy test, tapi kecewa.

Kadang-kadang aku terfikir mungkin aku dan En Hubby sudah ditakdirkan tidak akan mempunyai zuriat. Bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu dan hanya kecewa yang datang. Hinggakan aku rasa seperti sudah tidak mahu mencuba, kerana tiada hasilnya. Biarlah hanya Allah yang menentukan. Andai aku ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, biarlah aku menumpang kasih dengan anak-anak saudara sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi.



Monday, July 30, 2012

Teori Konspirasi

Kita kalau nak mengikut sesuatu, biar mengikut dengan ilmu, jangan membuta tuli mengikut kata orang, nanti akan jadi seperti si buta memberi arahan kepada si pekak, sesat jadinya.

Dalam dunia ini, bukan semua benda yang terjadi itu ada konspirasi di sebaliknya. Orang akan nampak apa yang dia hendak nampak. Motif bunga melur pun akan dilihat seperti pentagram kuno. Sibuk sana sini mengata syiling baru Malaysia adalah konspirasi Freemason. Bila orang bercakap pasal lembu tinggal dalam kondominium, sibuk pulak melaung yang itu konspirasi politik. Bila keluar kenyataan kurma itu lebih berkhasiat daripada epal dan susu kambing itu lebih banyak manfaat dari susu lembu, sibuk melalak kata itu konspirasi Yahudi yang mencanangkan epal boleh menjauhkan doktor (an apple a day can keep the doktor away) dan susu lembu banyak khasiatnya. Hakikatnya, bukan konspirasi yang menjadikan engkau bodoh, engkau sendiri yang malas nak belajar ilmu yang dah diperturunkan Allah.

Sudah banyak dalam hadis nabi yang memperkatakan tentang kebaikan kurma dan susu kambing. Nabi Muhammad S.A.W sendiri mengamalkan minum susu kambing dan memakan kurma. Perkara ini banyak diutarakan dalam kitab-kitab dan hadith. Malahan al-Quran dalam Surah Maryam ayat 25 telah menyebut mengenai khasiat kurma:


"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak." 

Nah! Perkara ini telah diterangkan sejelas-jelasnya di dalam al-Quran dan sirah Nabi. Celiklah mata sedikit, bukannya konspirasi Yahudi yang memperbodohkan kamu, tetapi kemalasan dan kejahilan sendiri lah yang memperbodohkan kamu.

Tapi yang peliknya, terlampau cepat kamu percaya teori konspirasi. Bila orang mengatakan susu kambing itulah yang diminum kaum Yahudi dan bukannya susu lembu, semua sibuk meninggalkan susu lembu dan mencari susu kambing. Alahai ceteknya pemikiran. Dalam Quran telah banyak mengatakan mengenai khasiat susu, tanpa menyebut susu lembu atau kambing. 


"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya" (Surah an-Nahl:66)


dan 


"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu." (Surah Al-Mu'minun:21)


Al-Quran telah mengatakan bahawa susu itu baik. Bukan hanya susu kambing sahaja, susu binatang ternakan lain juga seperti lembu, biri-biri dan unta. Jangan jadi bodoh, benda yang baik jangan diperburukkan dengan momokan orang!

Hakikatnya, orang kita suka sangat bertaqlid, mengikut membabi buta. Itulah yang merisaukan Rasulullah satu ketika dulu. Kalau nak mengikut pun, ikut la dengan ilmu. Islam itu luas dan mudah, Islam tidak pernah melarang ijtihad, malahan Islam paling menggalakkan umatnya menggunakan akal. 

Seperti gerakan boikot satu ketika dulu. Cuba guna akal sedikit, jangan boikot membabi buta. Kalau kita boikot barangan yang memang terang-terang dibuat di Israel atau menyumbangkan duit kepada Israel memanglah bagus. Tetapi...ada tapinya. Bukan semua barangan yang jenama asalnya daripada US atau Israel adalah milik US atau Israel! Contohnya KFC dan McD. KFC dan McD adalah berkonsepkan francais, yakni yuran francais yang tetap dibayar kepada pemilik francais. Keuntungan atau kerugian outlet-outlet di Malaysia tidak akan memberi impak kepada pemilik francais kerana mereka akan tetap mendapat bayaran yang sama setiap tahun. Tetapi kalau boikot tersebut benar-benar berkesan dan outlet-outlet tersebut ditutup, yang akan merana adalah pekerja-pekerja outlet-outlet tersebut, yang sebahagian besarnya adalah warganegara Malaysia dan beragama Islam! 

Masalah dengan orang kita, terlalu selesa menjadi pak turut. Kita tidak pernah mempersoalkan apa, kenapa, mengapa. Sebagai contoh, masih ada lagi antara orang kita yang berfikiran untuk menunaikan solat, telekung itu adalah wajib. Apabila ada yang bersolat tanpa mengenakan telekung, masing-masing pandang macam orang itu telah melakukan dosa besar, solatnya tidak sah. Sedangkan hakikatnya untuk bersolat, telekung itu tidak wajib, yang wajib adalah kita menutup aurat untuk menghadap yang Maha Pencipta!

Sememangnya Islam mengajar kita agar berhati-hati dengan dakyah dan dakwah mereka yang cuba menjatuhkah Islam, tetapi Islam tidak pernah mengajar kita menjadi bodoh. Apabila Yahudi maju, kita kata mereka maju kerana menindas Islam. Hakikatnya mereka maju kerana mereka bijak mencuri ilmu yang telah diperturunkan Allah, bukan seperti kita yang hanya melaung-laung bahawa kita ditindas, saudara seagama kita disiksa tetapi tidak berbuat apa-apa pun tetapi sebaliknya lebih banyak menunjukkan betapa mudahnya kita diperbodohkan!


Ramadhan di Kelantan

Panas. Kebelakangan ini bumi Kelantan memang panas. Maklumlah, iklim di Kelantan dipengaruhi oleh iklim tropika seperti di Thailand, jadi bahangnya amat terasa. Baru sahaja mandi dah terasa seperti mahu mandi lagi. Alangkah nikmatnya kalau dapat berendam di jeram atau air terjun yang sejuk dan menyegarkan.

Sudah lama saya tidak merasai berpuasa di Kelantan.  Sebetulnya, sama sahaja seperti tempat-tempat lain. Cumanya di Kelantan ini bagi saya lebih meriah pengisiannya. Saya teringat sewaktu saya masih menuntut di universiti, ketika kerajaan di Kelantan masih baru dua tiga tahun bertukar tangan. Tempat yang paling saya gemari untuk mendapatkan juadah ialah di dataran Padang Bas iaitu bersebelahan Terminal bas henti-henti di Kota Bharu. Bermacam juadah boleh didapati di situ dan yang paling best ialah apabila tidak sempat pulang untuk berbuka di rumah atau mendapatkan tempat berbuka, juadah berbuka percuma disediakan di bawah khemah yang tersergam indah secara percuma. Juadah ini disediakan untuk semua orang, terutama sekali golongan fakir miskin, musafir dan para peniaga pasar besar Khadijah yang baru sahaja menutup kedai dan tidak sempat mendapatkan juadah berbuka. Ia disediakan untuk mengelakkan daripada orang ramai melewatkan waktu berbuka, kerana seperti yang kita ketahui ianya adalah makruh. Meskipun sekadar kurma dan kuih muih, tetapi cukuplah untuk mengisi perut sebelum masing-masing bersolat terawih bersama di dalam khemah yang disediakan di dataran tersebut. Sekarang, apabila dataran tersebut semakin sempit dan tidak dapat memuatkan jemaah, lokasinya dipindahkan ke stadium Sultan Muhammad. Khemah berhawa dingin yang mampu memuatkan hampir 2,000 jemaah didirikan. Diluar juga disediakan sejadah seandainya khemah penuh. Juadah berbuka masih lagi disediakan secara percuma. Jadi tiada alasan untuk melewatkan waktu berbuka dan untuk tidak sama-sama mengimarahkan Ramadhan.

Pemandangan dalam khemah berhawa dingin (Gambar ihsan En Google)

Pemandangan di luar khemah

Kemeriahan berpuasa di Kelantan juga boleh dilihat pada juadah yang beraneka rupa. Pada bulan puasalah pelbagai juadah yang sukar diperolehi pada bulan-bulan biasa banyak dijual. Kuih muih seperti nekbat, akok, jala mas, buah tanjung, tahi itik, poli, ekor kucing, puteri mandi, lompat tikam, serabai, tepung boko, kole kacang dan sebagainya yang pelbagai bentuk dan warna memeriahkan bazar-bazar Ramadhan di sekitar Kelantan.

Antara kuih muih tradisional Kelantan

Itu belum dikira juadah hanya membuat kemunculan pada bulan puasa seperti kerabu sare dan jeruk maman.

Kerabu sare (gambar ihsan En Google)

Mungkin kerana saya masih lagi tebal Kelantannya, tiap kali bulan Ramadhan, saya tentu tercari-cari juadah Kelantan. Bila berada jauh dari negeri kelahiran, seringkali yang dibeli tidak terasa keasliannya. Jadi, kesempatan berpuasa dua minggu di rumah ini saya pergunakan sebaik mungkin untuk menikmati kembali juadah-juadah kegemaran saya.

Tetapi, makan makan juga. Kesihatan dan sikap berjimat cermat jangan dilupa. Kebanyakan kuih muih Kelantan ini manis rasanya, malah lauk pauknya juga agak manis. Kena berhati-hati bila membeli, serta beringat jangan terlebih beli sehinggakan penuh satu peti sejuk. Akibatnya, habis sahaja Ramadhan, kuih muih itu semua jadi makanan tong sampah!
 

Sunday, July 29, 2012

RESEPI COLEK MALAS AKA CUCUR UDANG

Simple savoury 'kuih' for iftar, colek malas aka cucur udang versi Kelantan.

COLEK MALAS AKA CUCUR UDANG

Bahan-bahan untuk cucur:

4 cawan tepung
5-6 ekor udang sederhana besar (dipotong kecil)
setengah ikat kangkung (dipotong)
1 sudu besar soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Air

Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung udang, soda bikarbonat dan kangkung yang telah dipotong ke dalam mangkuk. Bancuh bersama air (bercampur garam) sehingga menjadi bater pekat (seperti bater cekodok). Biarkan utk seketika (dlm 30 min-1 jam) sehingga kembang/naik.
  2. Goreng dalam minyak panas mengikut saiz yang disukai.
  3. Apabila telah garing, boleh diangkat dan dipotong sebelum dihidangkan bersama colek i.e. pencicah.
Bahan-bahan utk colek/pencicah:

2-3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
3-4 sudu besar asam jawa (dibancuh bersama air)
Gula melaka dan garam secukup rasa
sedikit tepung jagung yang dibancuh dgn air

Cara-caranya:
  1. Masukkan cili kering, air asam jawa dan gula melaka serta garam ke dalam periuk. Masak di atas apa yg sederhana besar. Jika sukakannya lagi masam, boleh ditambah cuka. Apabila menggelegak, masukkan tepung jagung dan biarkan sehingga agak pekat. Tutup api dan boleh dihidang bersama cucur tadi.
Nota tapak tangan:
Resepi cucur di atas adalah resepi paling malas, kalau resepi kurang malas, boleh dimasukkan bawang yg telah dipotong dadu, daun kucai dan taugeh. Ada juga sesetengah orang yang meletakkan sedikit mentega dan telur. Terpulanglah kepada kesesuaian selera masing-masing.


Baju Raya

(Amaran! Sila baca entri ini dengan pemikiran yang sihat. Kalau terasa ada taik kuning naik ke kepala apabila terbaca sahaja perkataan 'tetek', sila berhenti membaca dengan segera dan dapatkan nasihat pakar untuk mengeluarkan taik dari kepala)

Puasa baru seminggu lebih, aku dah sibuk-sibuk pikir pasal baju raya. Tahun ni macam tak ada mood nk beraya sebab aku masih lagi berjalan macam model catwalk patah sebelah tumit kasut. Tapi nak la jugak kena ada baju raya ya dok? Takkan la nak pakai baju kurung zaman Matriks pegi corporate open house nanti. 

Dah banyak tahun jugak dah aku beli je baju raya. Senang dan mudah. Pilihan aku biasanya baju kurung atau jubah je, kebaya ke, kelawar ke bukanlah pilihan aku. Even zaman anak dara dulu pun boleh dikira dengan jari berapa kali je aku pakai kebaya, normally aku lagi prefer kebarung dari kebaya. Kalau terpaksa buat kebaya sebab dah terbeli kain yang memang disulam untuk dijadikan kebaya, aku akan pastikan ianya longgar. Bagi wanita berdada besar macam aku ni, kena berhati-hati dalam berpakaian. Kadang-kadang pakaian yang nampak sopan di badan wanita lain akan nampak kurang sopan di badan aku. Pilihan kain pun kena berhati-hati jugak, aku dah dua tiga kali terbeli t-shirt yang jenis kain melekap sebab terpengaruh dengan harga murah, akhirnya tak dipakai kerana nampak sangat la indecent.

Kena pulak sekarang ni bahagian lain pun ikut sama mengembang, kira gebu menggebus gitu, lagi la kena berhati-hati. Kalau tak terserlah segala kegebuan di perut dan dipinggang nanti. Tak pasal-pasal rasa nak bagi pelempang free kat orang kalau orang bertanya dah berapa bulan mengandung.

Badan bentuk epal macam aku ni memang la hazab nak cari baju. Atas besar bawah kecik. Skinny jeans is a definite no-no, or else aku akan nampak seperti gajah berkaki zirafah. Kalau nak cari kemeja pun satu hal, badan dah ngam tapi tang tu pulak tak boleh nak butangkan. Kalau boleh dibutangkan pulak, bahagian badan akan nampak gedebos, macam pakai kelambu pon ada. Sebab tu la aku prefer pakai tshirt atau blouse jenis sarung je. Jangan mimpi la nak pakai corporate attire bagai, kalau nak pakai kemeja dengan seluar aku kena pastikan aku pakai jaket sentiasa. Kalau tidak, adanya nanti orang, terutama lelaki bercakap dengan dada aku bukannya dengan aku. Tiba-tiba je muka aku beralih kat dada nanti.

Seriously, sometimes I don't understand what is it with men and breasts? Kalau nampak perempuan seksi bertetek besar menggelupur macam ikan keli kena siang! Kecik-kecik dulu tak puas hisap tetek mak agaknya. Atau mungkin ada yang kena culik dan disorokkan hantu tetek, sebab tu ada yang kena Stockholm Syndrome, menggelupur teringatkan hantu tetek si penculik bila ternampak perempuan seksi bertetek besar.

Saturday, July 28, 2012

Somebody I Used To Know


Membelek-belek album gambar zaman persekolahan yang masih disimpan, aku dihimbau kenangan lama. Banyak gambar kami berempat bersama. Malahan dulu ramai orang mengatakan kami belangkas. Betapa rapatnya kami suatu ketika dulu, ke mana sahaja kami bersama.

Dulu aku sering membayangkan yang kami akan terus menjadi BFF sehingga ke akhirnya. Aku bayangkan bila tiba majlis perkahwinan salah seorang daripada kami, yang lainnya akan berada sama, bersama-sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan. Tetapi pada majlis perkahwinan aku, tiada yang menemani, membuatkan aku sedikit sayu.

Bukan sekali dua aku bertanya apa silapnya dalam persahabatan kami. Silap di pihak aku kah, atau silap di pihak mereka. Puas aku fikirkan, pernah tak aku melakukan apa yang mereka tuduh aku lakukan. Tetapi aku tidak dapat mengingatinya. Apa saja yang aku lakukan adalah kerana kasih sayang aku terhadap mereka. Aku berulangkali menerangkan kepada salah seorang dari mereka, aku jauh di KL, aku tiada masa untuk mengambil tahu dan menjaja ceritanya kepada rakan-rakan yang lain. Tetapi aku tetap dituduh sebegitu. Membuatkan aku tertanya, dia begitu kerana sifat paranoia nya atau pun mungkin aku pernah tanpa sedar terlanjur perbuatan. Dan meskipun aku meminta maaf di atas kesilapan yang aku sendiri tidak tahu, terlalu murah rupanya nilai persahabatan kami sehinggakan maafku langsung tiada makna. dan di hari itu aku berjanji padanya di atas kemahuannya, aku tidak akan mengambil tahu langsung kisah hidupnya dan keluarganya. Kami bukan lagi kawan, apatah lagi sahabat.

Dan lebih menyakitkan bila mana ada antara mereka yang terus mengambil sikap menjauhkan diri. Tanpa aku ketahui apa yang dimarahkan, apa yang dibencikan. Segala usaha menyambung persahabatan ditolak mentah-mentah. Dia terus berdiam, terus menerus menjauh. Sedih. Apakah kerana kesibukanku membuatkan dia berasa aku meminggirkannya hingga dia begitu berjauh hati? Entahlah. 

Agaknya benarlah, aku sangkakan mereka sahabat, tetapi mereka hanyalah orang yang aku pernah kenali. They are just somebody that I used to know! Rupanya aku hanya mengenali tetapi tidak memahami sifat sebenar mereka. Tetapi kadang-kadang, walaupun aku jauh, aku tidak dapat menolak hakikat yang mereka pernah aku panggil sahabat dan aku masih mengambil berat. Aku cuma mampu berharap biarlah masa penentu segala, dan Allah akan menunjukkan kebenaran. Insya Allah.


Friday, July 27, 2012

Salam 7 Ramadhan

Ramadhan. Bulan yang menuntut umatnya berpuasa. Bukan hanya berpuasa makan dan minum, tetapi harus berpuasa marah, berpuasa dari buruk sangka, berpuasa dari mengeji, berpuasa dari sifat mazmumah. Dan moga-moga puasa itu terus menghilangkan sifat-sifat mazmumah tersebut dan menyucikan hati kita buat selama-lamanya. Insya Allah.

Salam 7 Ramadhan.

Entry Malas

Hari ini macam tak tahu nak update apa kat blog. Malas pun ada. Tapi nak jugak update blog. Acener tu?

Teringin nak makan karipap sardin hari ni. Kejap lagi nak menggentel karipap. Apam pon aku terasa nak buat, tapi tunggu En Hubby balik la. Mak aku cakap tak berbaloi setakat nak makan karipap 2-3 biji tu nak buat sendiri, beli je senang, lagipun aku belum boleh berdiri lama lagi. Tapi aku ni dah dasar degil dan kepala batu la kan, kalau aku dah cakap nak makan yang aku buat sendiri sebab yang dibeli tak kena selera, aku akan buat jugak. Kalau masa rajin tu macam-macam la yang aku nak masak, kalau dah masa malas, masak megi pon malas.

Ofis baru dah confirm aku akan start kerja pada 13 Ogos. Jadi maksudnya seminggu je la aku akan bekerja sebelum raya. Raya nanti jawabnya tak ambik cuti la aku, takkan la kerja seminggu terus nak bercuti lama kan? Raya kat Johor je la, tak balik Kelantan la jawabnya. Ni tgh pening macam mana nak pergi ke Da Nang bulan 9 ni, jawabnya burn lagi la tiket tu. Inilah masalahnya bila beli tiket setahun lebih awal, kita tak boleh nak agak apa yang akan berlaku.

Perancangan nak berbuka puasa dengan kawan-kawan pun tak tahu sempat ke tak ni. Seminggu je masa yang ada. Takkan la setiap hari aku nak pegi buffet Ramadhan, mahunya kopak. Dah la bulan ni takde gaji, korek je yang mana ada untuk bayar segala bil. Bila dikira-kira simpanan yang ada, macam ala-ala akan berbaki negatif je.

Pening kenapa tiba-tiba bahasa aku kat blog ni jadi bahasa pasar? Blog aku memang macam ni. Konsep caca marba. Bahasa pun caca marba. Bahasa penulisan sastera pon ada, bahasa pasar pon ada, bahasa dialek Kelantan pon akan ada, Bahasa Inggeris pon ada. Nasib baik aku tak fasih berbahasa Arab, kalau tak bahasa Arab pon akan ada. Blog lama aku pon macam ni jugak, bahasa caca marba. Nama pun nasi kerabu rojak pasembur ya tak? Mmg la bercampur gaul semuanya. Ikut suka suki oren aku je aku nak update apa.

Ok la, mek nak pegi menggentel karipap kejap. Rindu pulak nak menggentel-gentel ni, ya lah, En Hubby pon mek dah lama tak gentel. Biarlah karipap je jadi pengubat rindu gentelan.


Thursday, July 26, 2012

Puisi Buat Kamu

Ada puisi yang ingin ku tuliskan
Tentang malam-malamku yangkesunyian
Tentang siang hariku yang kesepian
Dan tentang pilu serta rindu
Namun ku tak punya ilham
Yang ku ada hanyalah satu luahan
Dari hatiku yang makin keliru
Tentang apa yang aku mahu
Dan apa yang aku buru
Yang ku tahu
Aku rindu tawa kamu
Tangisan kamu
Senyum kamu
Tapi aku takut
Takutkan kamu
Takut andai kamu
tidak akan pernah berada dalam pelukanku
dan aku akan selamanya merindukan kamu


Program Penyediaan Makanan

Seorang teman di Facebook bercerita tentang kesungguhan rakannya membantu mereka yang kurang bernasib baik di sekitar kawasannya dengan menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk mereka. Tiba-tiba saya berasa kerdil, dan kekaguman saya terhadap rakan saya dan rakan-rakannya yang mengabdikan diri kepada usaha kebajikan semakin bertambah. Masih jauh lagi saya untuk mencapai tahap mereka.

Syaitan seringkali menghasut apabila kita cuba melakukan kebajikan. Saya sendiri kadang-kadang merasa berat untuk mengeluarkan sedikit wang buat membantu mereka yang susah, kadang-kadang terdetik yang wang saya sudah tidak banyak, kalau saya keluarkan wang untuk membantu mereka, kalau wang saya tidak mencukupi untuk membayar bil-bil saya, siapa yang akan bantu saya? Kadang-kadang juga apabila ada pengemis yang menadah tangan, saya mempersoalkan sama ada pengemis itu benar-benar susah dan akhirnya saya berlalu pergi kerana kononnya tidak ingin terbabit memberi duit pada sindiket. Perasaan pentingkan diri sendiri dan curiga itulah yang kadang-kadang menghalang saya daripada bersedekah, sedangkan Allah tetap melihat sedekah itu sebagai sedekah meskipun pengemis itu dari sindiket, kerana kita tidak mengetahuinya. Bagaimana jika pengemis itu benar-benar fakir miskin, atau sekiranya pengemis itu daripada sindiket, dia diperalatkan dan jika tidak mendapat sebarang hasil daripada mengemis, dia akan diseksa? Tidakkah itu bermakna kita telah memalingkan diri daripada membantu mereka yang dalam kesusahan?

Dalam kehidupan saya, saya bertemu dan melihat ramai orang yang mengatakan diri mereka pemurah. Tapi pemurahkah mereka berbanding insan-insan yang benar-benar menghambakan diri untuk membantu mereka yang susah? Kebanyakan mereka yang mewar-warkan kemurahan hati mereka ini lebih bersifat mengharapkan balasan dan nama. Apabila berbuat kebajikan, panggil press sana sini, hebohkan ke serata negara keikhlasan hati mereka menyumbangkan berjuta-juta untuk membantu masyarakat. Itu bukannya pemurah, tetapi riak.

Kerana itulah saya begitu kagum dengan rakan saya dan rakan-rakannya. Mereka membantu seikhlas mungkin, tidak pernah mengharapkan balasan. Sedangkan saya masih lagi dengan seribu satu alasan. Masya Allah, betapa kerdilnya saya berbanding mereka, apatah lagi di sisi Allah.

Biarlah saya kongsikan di sini apa yang dikongsikan oleh rakan saya di Facebook. Semoga ia boleh memberi inspirasi kepada saya khususnya dan kepada kita semua amnya. Mengambil kata rakan saya yang mengongsikan kisah ini, bila lagi kita untuk kita memulakan sesuatu yang sebegini sendiri?

Di ambil daripada status Elisa Taufik:
I would like to share something my friend is doing in her own town. She supplies one packed lauk, enough for a family of 4-6 to share, for a few days a week. I think it is something that is feasible for anyone who would like to help out during Ramadhan or anytime throughout the year. What she is doing is also scale-able, depending on the amount of funds and resources that you have. Here's how you can do it too:
  1. Find a cook/caterer that is willing to help you. Make sure they ensure their lauk can be pre-packed and keep for at least 8 hours. Calculate cost and from there you would have a rough idea how much funds you need and how many families you can help.
  2. Go to a government school near you, and get their list of students under the Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
  3. Choose the students that you want to help and define frequency (by whatever criteria, i.e. maybe depending on the funds/resources you have, or maybe you want to start small - 5 families, once a week)
  4. Work with the school about logistics of distribution. Arrange a drop-off point. They may need to help you in informing the students when/where to pick up the food.
  5. Scale up: invite friends to join you! Once you have more funds, you can increase the number of families, increase the frequency of distribution or increase the number of lauks, Insya-Allah
My friend started with one lauk (kurma/kari/etc) for 15 families once a week, but as she got more of her friends to contribute, she now manages to supply the 15 families with lauk 4 times a week, Masya-Allah, Alhamdulillah! May Allah continue to protect, guide and bless all the generous people out there! Ameen!
Ada sesiapa yang ingin menyertai saya untuk memulakan sesuatu sebegini? Jika tidak berkesempatan untuk bulan Ramadhan, mungkin boleh dibuat selepas Ramadhan. Kita mulakan dengan sesuatu yang kecil seperti menyediakan makan tengah hari atau makan malam. Di antara kita semua, mungkin ada yang mengetahui dan mengenali mereka yang fakir miskin yang boleh dibantu.


Mimpi

Mimpi...
Aku mengimpikan mimpi
Tentang kamu dan ilusi
Tentang dia dan fantasi

Aku mengimpikan mimpi
Bilakah akan menjadi realiti?

Wednesday, July 25, 2012

RESEPI SAMBAL MANGGA

Hari ni saya nak kongsi resepi yang amat mudah. Sedap dimakan bersama nasi panas dan ulam ulaman.

SAMBAL MANGGA

Bahan-bahan:

2 biji mangga muda
1 ekor ikan (dipanggang tawar)
beberapa biji cili (mengikut kesesuaian dan dipotong halus)
garam

Cara-caranya:
  1. Cincang isi mangga dan asingkan isi ikan daripada tulangnya.
  2. Masukkan mangga, isi ikan, cili dan garam secukup rasa ke dalam lesung batu dan tumbuk sekadar untuk menyebatikannya.
  3. Hidangkan. Enak dimakan bersama ulam-ulaman.

Rahmat Tak Terduga

Semalam Allah berikan rezeki tidak terjangka. Hujan lebat membasahi bumi secara tiba-tiba sewaktu kami sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa dan azan Maghrib hampir berkumandang.

Hujan yang lebat tidak memungkinkan para penunggang motosikal untuk meneruskan perjalanan. Mungkin kerana jarak penglihatan yang terhad, seorang pemuda berhenti berteduh di pondok kecil di hadapan rumah. Azan sudah berkumandang. Kasihan dengan pemuda tersebut, kami menjemputnya berbuka puasa bersama. Aku kira dia adalah tetamu misteri yang ditakdirkan Allah untuk membawa keberkatan kepada kami seisi rumah.

Sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w, diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

Alhamdulillah, syukur di atas rahmat tak terduga yang Allah berikan.

Tuesday, July 24, 2012

Resepi Kerutuk Daging

Wah! Blog ini sudah mencapai 1000 page views rupanya. Tidak sangka ada juga yang sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih.

Semalam tidak sempat untuk saya update blog. Sibuk melayani karenah klien yang banyak pula permintaannya meskipun sudah diberitahu saya tidak punya banyak masa untuk memenuhi permintaannya kerana sedang menyiapkan projek lain. Beginilah bila bekerja secara freelance, tiada istilah 9-6, jika mahu banyak pulangan, masa yang diperuntukkan juga haruslah banyak. Tetapi sekurang-kurangnya penat lelah berbaloi kerana semua pulangannya masuk ke kantung kita. Syukur Alhamdulillah, sepanjang 3 bulan bercuti sakit, rezeki masih tidak putus. Masih ramai klien yang menghubungi menawarkan projek terjemahan, kadang-kadang hingga tidak menang tangan. Seperti klien yang satu ini, saya sudah menolak dengan baik, malahan menawarkan untuk mengesyorkan rakan yang lain untuk mengambil projek editing tersebut tetapi mereka bertegas mahu saya melakukannya. Hendak tak hendak terpaksa lah saya terima tetapi saya meminta masa yang panjang untuk menyiapkannya. Bila disiapkan dan dihantar, ada pula yang mereka mahu saya perbaiki dan sekarang mereka mengejar saya sedangkan masih terlalu banyak lagi yang perlu diteliti semula.

Pedulikan tentang klien tersebut, nafas sudah tercungap sejak dari malam tadi cuba mengejar deadline. Biarlah saya mengambil sedikit masa untuk mengemas kini blog dan memenuhi permintaan rakan baik saya yang inginkan resepi kerutuk daging.

Kerutuk Daging

Bahan A
1/2 kilo daging 
1/2 paket rempah kerutuk Adabi
2-3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1/2 cm lengkuas (ditumbuk)
Bahan B
1/2 paket rempah kerutuk Adabi
3-4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 batang serai (dititik)
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
sedikit gula melaka
garam
air asam jawa
sedikit minyak masak
sedikit air


 Cara-caranya:
  1. Bersihkan dan potong daging, kemudian perapkan bersama 1/2 paket rempah yang telah dicampurkan sedikit air dan bawang merah (Bahan A).
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan (Bhn B) kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kerutuk yang telah dibancuh bersama air asam jawa, bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang telah diperap dan biarkan seketika (sekiranya anda menggunakan daging import yang sedikit liat, masukkan sedikit air dan tutup periuk untuk mengempukkannya).
  4. Kemudian masukkan santan, biarkan sehingga mendidih dan masukkan serai, gula melaka, garam dan kerisik. Masak sehingga kuahnya pekat (Kepekatannya bergantung kepada kegemaran anda).
  5. Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak. Juga sedap dicicah bersama roti

Selamat mencuba!

Sunday, July 22, 2012

Resepi Ayam Percik Putih

Hari Kedua Ramadhan:

Sudah mampu berjalan, meskipun masih ada rasa sakit apabila berpijak dengan kaki yang patah dan sedikit lucu kerana saya berjalan seperti cimpanzi, tetapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sudah mampu berjalan kembali. Masih memerlukan latihan agar langkah saya kembali kelihatan normal dan tidak seperti seseorang yang akan menghadiri sesi uji bakat watak utama drama Si Capik.

Semalam Abah ingin meraikan Ramadhan dengan ber'iftar' di Restoran Four Seasons, Kota Bharu. Boleh tahan enak juga hidangannya dan pakejnya boleh dikatakan berpatutan, RM250 untuk 12 orang dengan 7 jenis lauk pauk beserta minimum dan pencuci mulut. Feelnya agak kurang bagi saya, mungkin kerana saya merindui kekalutan berbuka puasa di rumah bersama keluarga atau mungkin suami tiada disisi untuk berbuka di hari pertama Ramadhan. Tapi kata Abah dan Mi, berbuka diluar sebegitu lebih menjimatkan kerana tiada pembaziran kuih muih dan lauk pauk yang dimasak dan dibeli di bazar Ramadhan yang kemudiannya terbuang begitu saja. Ada benarnya juga kerana jika membeli belah di bazar Ramadhan untuk 12 orang dengan bermacam-macam selera dan nafsu, tentunya akan lebih kurang sama belanjanya, jika tidak lebih.

Seingat saya sudah hampir 4 tahun saya tidak membeli lauk pauk di bazar Ramadhan, setelah saya mendapat cirit birit yang agak teruk setelah menikmati lauk yang dibeli di bazar Ramadhan dulu. Jika saya ke bazar Ramadhan pun, saya hanya membeli juadah yang dimasak di gerai seperti ikan bakar atau ayam bakar.Ya lah, bulan Ramadhan ni adalah bulan untuk membuat duit bagi sesetengah orang. Apatah lagi di Kuala Lumpur, ibukota di mana semua orang sibuk dan tidak sempat untuk memasak juadah berbuka. Malangnya, mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tiada langsung mengambil berat tentang tanggungjawab sosial untuk memastikan juadah yang dijual itu bersih dan segar, bukannya juadah kitar semula!

Sebetulnya masak sendiri, walau seringkas mana sekalipun lebih memberi kepuasan dan pastinya lebih jimat. Almaklumlah, bila saja tiba bulan Ramadhan, harga lauk pauk yang dijual berkali-kali ganda mahalnya. Not to mention, lebih menepati selera saya, terutama sekali tekak Kelantan tak berapa Kelantan saya yang tidak gemarkan juadah yang terlampau manis. Cumanya bila di KL, apabila teringin memasak onde-onde atau puteri mandi atau poli atau apa sahaja juadah yang memerlukan kelapa dalam bentuk parutan, sukarnya mahu mendapatkan kelapa yang tidak berapa tua dan tidak berapa muda. Akhirnya terpaksalah berpuas hati dengan kelapa yang sedikit berhampas rasanya.

Apa ya juadah hari ini? Bagi yang terasa ingin memasak sendiri, mungkin boleh mencuba resepi ayam percik ini. Ini adalah resepi ayam percik Kelantan yang berkuah putih dan bukannya merah seperti ayam percik yang biasa dijual di KL. Ini resepi yang amat mudah dari ibu saya.

AYAM PERCIK KELANTAN

1 ekor ayam (potong 12 bahagian)

Bahan A:
6-8 ulas bawang merah
11/2 cm halia
2 batang serai 
Garam secukup rasa

Bahan B:
2 cawan santan pekat
5-6 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 keping asam (yg kecil)
Sedikit buah keras (ditumbuk)
Garam dan gula secukup rasa
Serai (ditindik)

Cara-caranya:
  1. Kisar bahan A dan lumurkan pada ayam. Biarkan seketika (dlm 30 min hingga 1 jam).
  2. Untuk menyediakan kuah, panaskan santan dan masukkan bawang, merah, halia, buah keras, garam dan gula secukup rasa. Apabila hampir menggelegak, masukkan asam keping (saya biasanya akan masukkan asam keping sekejap saja, lepas tu saya akan keluarkan sebab saya taknak masam sangat). Biarkan hingga pekat. (Kalau lambat pekat boleh ditambah sedikit tepung beras untuk memekatkannya)
  3. Bakar ayam menggunakan pembakar bbq/griller (Kalau guna oven, pilih menu gril). Apabila sudah hampir masak, gunakan serai yg ditindik utk memercikkan kuah percik ke atas ayam, di kedua-dua belah (mcm org bakar sate letak kuih sate guna serai tu). Bakar sehingga masak
  4. Apabila sudah masak, curahkan lagi kuah percik ke atas ayam dan hidangkan.
*Blh juga kalau tidak ingin memasukkan serai dan bunga keras.

Gambar ihsan En Google


Saturday, July 21, 2012

Resepi Kuih Butir Nangka

Ramadhan pertama. Sedikit sayu kerana tidak disambut bersama suami dan tidak dapat menyediakan juadah berbuka untuknya. Sedih kerana kaki masih lemah untuk melangkah. Entah apa juadah berbuka suami tersayang. Semalam suami menghubungi, mengatakan dia ingin pulang ke kampung halamannya untuk menyambut Ramadhan bersama ibu bapanya. Hanya salam yang saya kirimkan, saya pun sudah agak lama tidak pulang ke rumah mertua, sepatutnya kami ke sana sebaik saja pulang dari Sabah tetapi kecelakaan yang berlaku membantutkan hajat. Nampaknya Aidilfitri nanti lah baru saya berkesempatan untuk pulang ke Johor.

Sempena hari pertama berpuasa ni, jika anda belum memutuskan juadah apa yang hendak dimasak untuk berbuka, mungkin boleh mencuba resepi ini, pencuci mulut tradisional Kelantan kegemaran suami saya.

KUIH BUTIR NANGKA

Bahan-bahan
 2 cawan tepung beras pulut
1/2 cawan tepung beras
Sedikit kapur makan
4-5 helai daun pandan (dikisar dan diambil airnya)
Secubit garam
Air (dididihkan)

Bahan-bahan B
Santan (dr stgh biji kelapa)
Gula/gula melaka (secukup rasa)
Secubit garam
1 sudu teh halba
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung beras pulut, tepung beras, garam dan kapur makan ke dalam bekas. Tambah air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga anda mendapat consistency yang anda ingini dan uli sehingga menjadi doh yg tidak melekat. 
  2. Cubit sedikit adunan dan gentel dlm bentuk lonjong (seperti biji nangka), masukkan ke dalam air yang mendidih. Biji nangka akan timbul apabila masak (harus diangkat dan ditoskan dengan pantas.) Ketepikan.
  3. Masukkan santan, gula, garam, halba dan daun pandan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Kemudian masukkan biji nangka yang telah dimasak tersebut.Apabila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan. 
        * Jika mahu, boleh juga masukkan hirisan nangka ke dalam kuah.

Kuih butir nangka yang telah siap dimasak


Fasting in Ramadhan



Ramadhan is the ninth month in Islamic calendar, a month where Muslims around the world will be fasting. Ramadhan also marked the day of Nuzul Quran or the day Al-Quran was revealed,  which fall on 17th Ramadhan every year.

Ramadhan is considered as the holy month and month of absolution. Muslims around the world will take the opportunity of Ramadhan to renew and increase their taqwa (their spiritual connection with Allah) by increasing their religious activities such as performing terawih prayers, reciting Quranic verses, doing charitable acts and seeking repentance from Allah for past sins as well as refraining from doing newer sins.

The obligation to fast during Ramadhan can be found in Surah al-Baqarah: verse 183;



Meaning:

"O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous -"

Fasting is the third pillar of Islam and can be defined loosely as abstaining from eating, drinking and engaging in sexual activities during daytime i.e. from dawn till dusk. 


 

 Meaning:

"It has been made permissible for you the night preceding fasting to go to your wives [for sexual relations]. They are clothing for you and you are clothing for them. Allah knows that you used to deceive yourselves, so He accepted your repentance and forgave you. So now, have relations with them and seek that which Allah has decreed for you. And eat and drink until the white thread of dawn becomes distinct to you from the black thread [of night]. Then complete the fast until the sunset. And do not have relations with them as long as you are staying for worship in the mosques. These are the limits [set by] Allah , so do not approach them. Thus does Allah make clear His ordinances to the people that they may become righteous." (Al-Baqarah:187)

Before starting the fast, Muslims are recommended to sahur i.e. eating during the small hours of the morning, until the dawn. It is recommended for Sahur to be taken as close as possible to the dawn. However, though a Muslim can eat until dawn i.e. the call of Subuh prayer, however it is Sunnah to stop eating before the call of Subuh prayer i.e. about 10-15 minutes prior (imsa'). The sahur is important to strengthen our bodies to enable us to perform the fast during daytime. When taking sahur, it is important to choose your type of food carefully. Food with high fiber and starch will help you to get through your fasting day easier as these types of food are known to be digested slowly by the body.

Fasting during Ramadhan is mandatory for all except children who are not yet baligh, old people, those who are sick and/or frail, people who are travelling, women who are pregnant, nursing their newborn child or in their menses. 



Meaning:
 
"The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful." (Al-Baqarah:185)

The purpose of fasting is not hardship but spiritual development, teaching perseverance, self-control and self-discipline. Fasting teaches sympathy for those who are famished, for the poor and the distress. Fasting also has proven medical proprietaries such as weight management, resting the digestive tract, lowering the lipids level, lowering the systolic blood pressure and lowering sugar levels as well cholesterol. 

Muslims are recommended to break their fasts with dates or sweet food. The reason for this is to boost the energy level after fasting all day. Sugar is known to contain glucose which energized our bodies.

Selamat Berpuasa ~ Ahlan Ya Ramadhan


Semoga Ramadhan kali ini penuh makna dan dapat kita lalui dengan sempurna. Insya Allah.





Friday, July 20, 2012

Semua Orang Boleh Berkata

Semua orang boleh berkata
Semua orang boleh mengata
Kata-kata yang menikam jiwa
Kata-kata yang menyesak dada

Semua orang boleh berkata
Walau tak tentu butir bicara
Walau tak benar apa dikata
Kerana mereka boleh mengata

Semua orang boleh berkata
Namun kamu yang merasa
Hanya kamu yang tahu segala
Biarkan saja mereka mengata
Senyum saja dan pekakkan telinga
Kerna hidup kamu tak perlukan mereka


Aku Menulis Bukan Kerana...

Sudah terlalu lama saya meninggalkan dunia penulisan. Semenjak saya bekerja, saya sudah lagi tidak aktif menulis puisi, cerpen ataupun novel. Masa seringkali menghambat saya. Saya cemburu bila mana ada rakan sekolah saya yang ini berjaya bergelar novelis yang diterbitkan novelnya.



Sejujurnya saya akui saya bukanlah orang yang berdisiplin. Saya menulis bila mana ada rasa untuk saya menulis. Saya tidak mampu untuk menjadi seperti beliau yang sangat berdisiplin dalam menulis. Mungkin kerana itulah beliau berjaya menulis sebuah buku bersifat ilmuan dalam masa yang singkat.

Begitu juga saya dalam penulisan blog. Saya menulis bila ada rasa untuk saya menulis. Kerana itulah saya berhenti menulis di blog lama saya dulu, kerana saya sudah tiada rasa untuk menulis. Namun apabila saya memberitahu saya sudah tidak ingin menulis lagi di blog lama saya, ada pembaca yang berselindung di sebalik nama yang tidak bernama mengatakan eloklah saya padamkan blog saya kerana saya bukannya ramai pembaca pun. Hakikatnya saya menulis bukanlah kerana saya perlukan pembaca yang ramai, saya menulis kerana saya ada rasa untuk menulis. Saya menulis hanyalah untuk mengutarakan pendapat, pandangan dan rasa yang terpendam di hati saya. Saya tidak menulis kerana saya ingin memberitahu apa yang saya makan, apa yang saya buat, berapa kali saya mandi, berapa harga baju saya, berapa harga handbag saya atau perkara-perkara mundane dalam hidup saya. Saya menulis mengenai apa yang terlintas dalam kotak fikiran saya. Kerana itulah saya menulis hanya apabila saya ada rasa untuk menulis, kerana penulisan saya lebih bersifat apa yang saya rasa.

Saya sekarang sedang mempunyai rasa untuk menulis. Baik penulisan blog mahupun penulisan kreatif. Tetapi rasanya saya patut lebih berdisiplin dalam penulisan, kerana jika tidak, ia akan menjadi seperti 5 manuskrip novel saya yang sehingga sekarang masih terbengkalai. Mungkin juga saya harus meminta sahabat baik saya Ina untuk menggerakkan saya, kerana beliau berjaya menggerakkan saya untuk menulis blog kembali. ;)


Thursday, July 19, 2012

Peluang dan Ruang

Ada sedikit kekalutan dalam kotak pemikiran saya. Sejujurnya saya agak cemburu melihat teman-teman yang berjaya dalam kehidupan mereka. Mereka berani mengambil risiko dan merebut peluang. Mereka berani menukarkan peluang kepada kejayaan. Sedangkan saya...sudah hampir 11 tahun menamatkan pengajian tetapi masih tercari-cari impak kepuasan dalam kerjaya saya. 

Mungkinkah saya masih lagi terperangkap dalam ruang lingkup yang saya ciptakan sendiri? Entahlah. Apa yang saya pasti, saya tahu apa yang saya mahu. Tetapi sepertinya ada gunung tinggi yang harus saya daki sebelum saya mampu mencapai apa yang saya mahu. Mungkin lebih enteng untuk membuat keputusan dan mencipta peluang seandainya saya tidak terikat dengan beban tanggungjawab kewangan...mungkin. Tetapi saya tetap merasakan yang kesilapannya berpunca daripada saya sendiri, yang seringkali tersilap mencatur peluang. 

Saya kagum melihat rakan-rakan wanita saya, yang bagi saya merupakan mereka yang boleh saya jadikan contoh terbaik bahawa genus feminis bukanlah penghalang untuk berdiri sama tinggi, malahan mendongak lebih tinggi daripada genus maskulin. Contohnya seorang rakan yang saya kenali melalui dunia siber ini, Diana, seorang blogger dan ahli perniagaan yang amat hebat bagi saya. Beliau pandai mencipta peluang dan mencari ruang. Saya amat mengagumi beliau yang berjaya mencuri masa untuk menulis blog, menguruskan perniagaan syarikat, perniagaan alam mayanya dan juga rumah tangga. 

Seorang lagi  rakan wanita berjaya memenuhi impiannya menjadi mumpreneur yang berjaya. Dari bilik korporat ke ruang tamu rumah, Lily mencipta kekuatan dan kepuasan sebagai ibu, isteri dan usahawan jualan langsung yang berjaya. Beliau tidak pernah sekalipun menyesal meninggalkan jawatan tinggi dunia korporatnya.

Saya pernah memberitahu ketua saya apabila suatu ketika dulu sewaktu saya memutuskan untuk meninggalkan sepak terajang dunia guaman dan menyertai bidang korporat sebagai penasihat undang-undang bahawa pilihan adalah untuk dibuat oleh kita sendiri. Beliau mengatakan bahawa beliau tiada pilihan dan 'tersekat' dalam dunia guaman dan saya membalas dengan hanya sebaris ayat, "Choices are for us to make". 

Ya, saya masih percaya itu, saya masih percaya bahawa choices are for us to make. Saya masih percaya bahawa tiada istilah tiada pilihan kerana tidak membuat pilihan itu sendiri merupakan satu pilihan. Dan apabila ada rakan-rakan yang mengatakan saya rugi kerana masih tidak menyertai mereka dalam perniagaan mereka, saya hanya tersenyum dan mengatakan saya cemburu dengan kejayaan mereka dan saya juga mahu berjaya. Hakikatnya, kejayaan mereka adalah kejayaan mereka, mungkin saya akan peroleh kejayaan dalam bidang yang sama dan mungkin juga tidak. Biarlah pilihan itu saya tentukan sendiri kerana saya tahu sejauh mana keupayaan saya. Dan saya telah memilih untuk kekal dengan pilihan yang saya buat, sekurang-kurangnya untuk sekarang. Saya masih punya impian tetapi saya merasakan impian itu belum lagi mencapai tahap yang perlu untuk saya palingkan wajah daripada tanggungjawab. Biarlah saya menggapai impian saya dalam rentak saya sendiri. Kerana saya tidak suka membuta tuli mengambil risiko, saya lebih suka mengatur langkah catur saya dengan semasak-masaknya, mengambil kira segala sudut risiko. Saya rasa saya masih mampu mencapai impian dan menggalas tanggungjawab dengan serentak, sinkronisasi tangan dan bahu saya masih baik untuk mencapai dan menggalas segala yang datang. Mungkin berat, dan rentaknya mungkin perlahan tetapi Insya Allah. Saya percaya Allah akan membantu hambaNya yang membantu dirinya.

Selebihnya, biarlah saya berserah sahaja kepada Allah yang satu. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segalanya yang di langit atau yang di bumi.


Rumah Anak Yatim di Negeri Sembilan

N. SEMBILAN


Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan 
No 12/162 Gedong Lalang 162,
Ampangan, Seremban Negeri Sembilan
Tel:  013-3494442 (Tn Hj Kamalul Arifin)
Website: http://darulaminan.blogspot.com/
Jemaah kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin
JKR421, Ulu Gadong, Kampung Ulu Gadong,
71350, Rembau, Negeri Sembilan
Tel:  06-438 1707

Rumah Tunas Harapan Payung Seri Sejahtera
Kuala Pilah, Seri Menanti, 71550, Negeri Sembilan
Tel: 06-481 1163

Anak Yatim & Miskin Murad Foundation
Tingkat 11, Wisma DPMM, Jalan Dato' Bandar Tunggal, 70000
Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06 - 767 5526/ 012-601 5065(En Zahar)

Badan Amal Asnaf Murni
No 1238 Jalan Nusari Bayu 4,
Nusari Bayu 2, Bandar Seri Sendayan,
70900 Seremban,Negeri Sembilan
Tel: 06-601404/ 012-2793598 (En Muhd)/ 018-9093210 (Pn Rohaya)
Website: http://www.badanamal.org/   
 
Yayasan Anak-anak Yatim Islam Daerah Port Dickson 
Lot PT. 146, Bangunan Yayasan, Jalan Lama, 71000 Port
Dickson, Negeri Sembilan
Tel : 06 - 6475399

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak
5240, Jalan TS 2/6, Taman Semarak 2,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06 - 799 7109
Website:
http://yatimsemarak.blogspot.com/

Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 


                                                  Robert Frost

"I hope I'll take the one less traveled by, and make all the difference." 

Wednesday, July 18, 2012

Anak Angkat

Dua tiga minggu lepas ada kawan bertanyakan saya sama ada saya inginkan anak angkat kerana ada orang yang ingin menyerahkan anaknya. Katanya saya hanya perlu membayar bil perubatan. Setelah difikirkan masak-masak, saya dan suami menolak kerana kedua-dua ibu bapa bayi tersebut merupakan warganegara Indonesia dan tentu sekali akan menyukarkan proses pendaftaran. Lagipun kaki saya belum sembuh sepenuhnya.

Hakikatnya bagi saya, bukan kerana ibu bapa bayi tersebut warganegara Indonesia. Itu hanyalah penyebab di antara banyak-banyak sebab. Hati saya sebenarnya agak berat untuk mengambil anak angkat kerana saya bimbang. Saya bimbang saya tidak mempunyai masa dan keupayaan yang secukupnya untuk menjaga seorang bayi yang bukan lahir dari rahim saya sendiri. Tanggungjawab itu terlalu besar, bukannya senang menjaga anak yang bukan dari zuriat kita. Seandainya saya tidak bekerja dan dapat memberi sepenuh perhatian kepada bayi tersebut, mungkin kesempatan tersebut saya akan ambil tanpa perlu berfikir panjang. Tetapi saya bekerja dan bayi tersebut tentunya perlu dihantar kepada baby sitter. Jadi bukannya saya yang menjaga tetapi baby sitter. Saya risau andainya itu akan menyebabkan saya tidak mampu melaksanakan amanah yang diberikan kepada saya.

Saya selalu gusar saya tidak bersedia sepenuhnya untuk menjadi ibu segera. Berbeza seandainya saya sendiri yang menghamilkan bayi tersebut, saya dan suami akan mempunyai 9 bulan 10 hari untuk bersedia. Tetapi jika saya dan suami mengambil anak angkat, saya bimbang kami tidak cukup bersedia. Saya bimbang bayi tersebut akan terabai. Biarlah bayi tersebut dijaga oleh orang yang benar-benar mampu menjaganya.

Mungkinkah saya mementingkan diri sendiri? Entahlah, saya cuma takut dan saya belum berani lagi untuk mencabar ketakutan saya yang satu ini.



Tuesday, July 17, 2012

SLOW DANCE

This is one of my favorite poem of all times, some say it is written by a girl dying from cancer and some say it is written by a psychologist named David L. Weatherford. Whoever written this beautiful poem, I think he or she managed to sum up life beautifully. Just slow down and enjoy life because in our haste, sometimes we fail to see the beauty around us.

S L O W D A N C E

Have you ever watched kids
on a merry-go-round
Or listened to the rain
slapping on the ground?

Ever followed a butterfly's erratic flight

Or gazed at the sun into the fading night?

You better slow down

Don't dance so fast
Time is short
The music won't last

Do you run through each day on the fly

When you ask "How are you?"
do you hear the reply?

When the day is done,

do you lie in your bed
With the next hundred chores
running through your head?

You'd better slow down

Don't dance so fast
Time is short
The music won't last

Ever told your child,

We'll do it tomorrow
And in your haste, not see his sorrow?

Ever lost touch,

Let a good friendship die
'Cause you never had time
to call and say "Hi"?

You'd better slow down

Don't dance so fast
Time is short
The music won't last 

When you run so fast to get somewhere
You miss half the fun of getting there.
When you worry and hurry through your day,
It is like an unopened gift....
Thrown away...

Life is not a race.

Do take it slower
Hear the music
Before the song is over.