Nuffnang

Saturday, November 2, 2013

Cheap become cheaper with Rovia Price Pledge

Inilah antara apa yang membuatkan aku mengambil keputusan untuk menyertai travel club ni. It is not a scam, it is not a lie. They make a promise, and they honoured it. 



And no, I did not make decision based on what people told me or whateva junk I read from the internet, I do my research. And I am trained to do research the correct way, not just believing whateva blogs in the internet. Some people say it is scam, even when my friend and I approached some of our friends or family members, they said it is scam, we have been scammed. Their justification...some bloggers who heard from someone who heard from someone who heard from someone said this is a scam. Well, some people say all network marketing are scam or pyramid scheme anyway. But they don't realise that traditional business also is highly dependent on network. Our careers also are highly dependent on network. Tell me, when was the last time you succeed without knowing nobody at all? In life, you need to know people, you need to socialize. And those who don't know how to socialize traditionally, they do it via social network. And if you sell something to your social circle, either your traditional social circle or modern social circle like FB or Twitter, you are my friend, is engaging in network marketing. Forget legal definition of network marketing, in real life, everything is network marketing. Even if you are doing cold selling, setting up a booth somewhere and approaching people who happened to walk in front of you, you are actually trying to build a network!

I have tried many network marketing and I've been approached to try many network marketing.  I recognised that you indeed can be successful and build your empire through network marketing. I failed. Not because it is a scam or it is not good, but because I found it is not for me. I don't like having to buy stocks to mantain my PV. I don't have time to sell or deliver products. I hate it when my upline keep on reminding me to mantain my PV or pushing me to recruit people so that she can mantain her income. In short, I found that those are not for me. 

But that does not stop me from looking for and trying out other opportunities. I still believe that you should not judge something just because you fail in it. And not every business is the same. Find something that you like and you think will work for you and just do it. I like to traveling, it is always my dream to be a world explorer. And I want to do it with others who share the same passion as mine.

The fact is, you can't change negative people to positive thinkers if they themselves don't want to change.


Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014

Bajet 2014? Memang nak suruh rakyat ber'bajet'. Bajet yang tidak sedikit mengusahakan untuk menampal ketirisan, tetapi lebih kepada damage control setelah berbelanja besar untuk memenangi pilihanraya dengan pelbagai polisi populis yang menagih undian. Bak kata Ronald Reagan:

"Government is like a baby. An alimentary canal with a big appetite at one end and no sense of responsibility at the other."

Oh well, mungkin tahun depan kita boleh melihat penurunan bilangan pesakit diabetes yang drastik akibat kenaikan harga gula.




Jom bercuti!

Lamanya tak menulis kat sini. Busy with my little travel business. Nak bercerita pun dah tak tahu yang mana dulu patut diceritakan sebab banyak sangat yang tak tercerita. Aku nak cerita sikit pasal travel club cum biz yang aku sedang aktif usahakan sekarang.

Semuanya berlaku secara kebetulan. Memang betul, sesungguhnya sesuatu kejadian Allah itu bersebab, everything happened for a reason. One door closes but another door to a better destination will be opened. Kaki aku dah setahun lebih masih belum betul-betul sembuh lagi, masih lagi terasa sakit terutama sekali bila turun naik tunggu atau berjalan jauh. Berlari jauh sekali la kan, so terpaksa la aku lupakan aktiviti paragliding buat sementara waktu. Niat di hati nak terbang kembali tak kesampaian, jangankan terbang solo, nak tandem pun tak de orang berani bawak aku lagi sebab nanti susah nak take off memandangkan kaki aku masih belum boleh menerima tekanan.

Anyway, walaupun cenggini, aku masih lagi nak mengekor En Hubby pegi paragliding trip ke Bukittinggi last May. Aku pantang kalau bab berjalan, apatah lagi kalau over the sea, boleh ajer walaupun kaki sakit. En Hubby terbang aku ambik gambar. En Hubby terbang aku pegi sightseeing. En Hubby terbang aku pegi shopping. So it works for everybody. Tetapi memandangkan ahli rombongan semua jejantans kekar gitu, dan trip ni adalah trip bajet, so kami pilih hotel yang paling murah. Kami stay kat Hotel Ambun Suri di bandar Bukittinggi. Hotel Ambun Suri ni fav among Malaysians, sebab ia murah dan kedudukannya sangat strategik. Hotel ni kira oklah, ala-ala hotel yg diberi nama Hotel Pak Kong di Malaysia. Tak tahu la hotel ni ada jual 'ayam' ke tak, tapi tak de kot. Satu kekurangan hotel ni ialah, dia takde lif! Nasib baik kami dapat bilik di tingkat satu, tapi seksa jugaklah nak mengangkut segala barang naik. So we decided to leave the gliders downstairs, tu pon tinggal bawah tangga je sebab hotel tak menyediakan stor untuk simpan barang.

Walaupun hanya di tingkat 1 dan luggage En Hubby yang bawak naik, macam ketam jugak lah aku jalan naik tangga tu. Sampaikan kalau dah naik macam taknak turun dah, sebab tak tahan kaki sakit. Tapi sebab nak berjalan punya pasal kan, En Hubby tanya aku cakap aku ok je, steady and cun je manjang. Hehehehe. Tapi dalam hati, aku dah tanam azam, next trip nak cari hotel yang ok sikit, paling penting ada lif kalau bilik kitorang kat tingkat atas. Tapi aku ni memang cheapskate sikit, nak yang best tapi murah. So how is the best way to get really discounted hotels? Yang lagi murah daripada Agoda or Booking.com or Groupon? So aku dah set, balik Malaysia aku nak cari travel club.

Balik je dari Bukittinggi aku tanya member aku pasal travel club yang dia join. So dia pun ceritalah kat aku, it is a timesharing concept, dia bayar altogether more than RM15k, tapi bayar ansuran. Bila dgr RM15k je, aku terus turn off. Kalau aku ada RM15k, baik aku pegi buat IVF je daripada bayar travel club.

Seminggu dua lepas tu, kawan aku yang aku kenal masa main paintball dulu contact aku kat FB. Dia suruh aku tengok satu video and ajak jumpa kalau aku interested nak tahu lagi lanjut. Since aku pun dah lama tak jumpa dia, so we set a date. Kami berjumpa and dia bawak another friend. Dia mintak kebenaran untuk kawan dia ni explain kat aku pasal benda ni. Aku cakap aku ok je tapi kalau nak cerita pasal MLM aku tak interested nak dengar. Although aku ada kawan-kawan yang succesful melalui MLM, tapi aku dah cuba several MLM and I found it not for me. Tak larat lah nak beli stok untuk mantain PV. Stok minuman kesihatan yang aku beli semata-mata nak mantain PV pernah sampai expired, sebab aku dah hilang regular customer since aku dah pindah tempat kerja dan tak sempat nak menghantar ke ofis lama. Tapi member kawan aku ni jenis yang tak kisah, dia cakap benda ni walaupun it is a form of network marketing, but it is not a typical MLM yang kena mantain PV bagai. Dia mintak aku bagi peluang untuk dia explain.

Belum sampai 5 minit dia explain pasal super discounts yang members can enjoy, aku actually dah made up my mind to join, since that was exactly what I was looking for. Tapi aku tak cakap apa-apa kat dia lagi. Lepas tu dia explain pulak pasal price pledge, price promise, rate shrinker dan 5% commission yang aku boleh enjoy sebagai member. Lagi lah aku interested. Booking hotel, kereta atau aktiviti through website kita dapat komisen, booking untuk orang through website pun kita dapat komisen. On top of that, aku pun memang dah rancang dengan En Hubby untuk mulakan our little venture offering customized tandemparagliding trip+sightseeing. So this seems to be perfect opportunity for me.

Alhamdulillah, I am really enjoying my life now. Less stress and bila-bila aku stress je, can do for holiday. Kadang-kadang tu sampai tak tahu nak pegi mana, semuanya murah. Mana tak murahnya kalau flight tix pegi balik+hotel utk 7 hari kat Paris tak sampai RM3.5k. Mahunya gila pikir nak pegi mana. Yang bestnya, we are among the pioneers. We joined before they launched officially in Malaysia. The official launching was last Sunday. So if anybody want to enjoy the discounts and at the same time earn money, this is the time kerana kita akan menjadi perintis. Ya lah, barang semua dah naik dah kan, inilah masanya untuk buat duit lebih.
 





Friday, April 19, 2013

Mencari Bahagia

Susah nak cari bahagia itu sebetulnya. Seringkali kita merasakan ketidakcukupan dalam setiap keinginan kita. Kita keliru dengan apa yang kita perlu dan apa yang kita mahu. Garis pemisah di antara kedua-duanya sangat flimsy. Kadang-kadang, kita sendiri keliru bahagia itu apa sebenarnya, bagaimana bentuknya. Dan bila itu terjadi, kita seringkali meletakkan bahagia itu pada ukuran  berdasarkan apa yang kita rasakan membuatkan orang lain bahagia. Sedangkan bahagia itu bukannya satu yang uniform, bukan boleh dipinjam-pinjam, dibahagi-bahagi.

Dan kita semakin keliru apabila keinginan kita yang selama ini kita dambakan, bila kita perolehi, kita dapati ianya tidaklah membahagiakan seperti yang kita jangkakan. Lalu kita mempersoalkan kenapa Allah tidak bersikap adil dalam pengagihan bahagia. Kenapa kita masih rasa kosong, masih rasa hampa meskipun apa yang kita dambakan selama ini telah dikurniakan-Nya. Maka kita pun merungut melolong, kononnya indah khabar daripada rupa. Tapi kita lupa bahawa khabar itulah yang kita damba-dambakan selama ini.

Kadang-kadang juga kita tahu sesuatu perbuatan atau tindakan itu akan menambahkan lagi guilty conscience kita, tapi kita tetap melakukannya kerana kita rasa ia membahagiakan. Maka kita berterus-terusan terbohong oleh ilusi kebahagiaan, sedangkan kita sedar, itu bukan bahagia, bukan satu firdausi yang kita sangkakan tapi sebaliknya hanyalah strategi pemasaran syaitan dan iblis yang melapisi hakikat kedurjanaan dengan fantasi yang indah-indah, dan si tongong kita ini, terus melompat terjun kerana refleksi fatamorgana bahagia yang dipaparkan syaitan dan iblis ini, sedangkan hakikatnya kita bukan terjun ke dalam kolam syurgawi tetapi gaung kemusnahan dan kedurjanaan. Berterusanlah kita dimomokkan dengan dosa-dosa dan guilty conscience yang tidak berkesudahan.

Jangan, jangan sesekali meletakkan diri kita dalam baju orang lain apabila mencari bahagia. Jangan sesekali menempatkan diri kita dalam fatamorgana firdausi yang dicipta nafsu syaitan. Kerana bahagia itu telah termaktub istimewa sifatnya, berbeza datangnya untuk setiap manusia, unik nikmat rasanya untuk setiap kita. Lalu perlu apa lagi kita membandingkan bahagia kita dengan bahagia orang lain?






Monday, March 25, 2013

Azam dan Disiplin

Buat azam memang senang. Tapi nak tetapkan hati untuk mencapai azam itu tersangatlah susah. Macam-macam halangan dan dugaan yang datang. Sungguh aku tabik pada sesiapa yang berazam dan mampu mencapai azam. Macam aku, lebih banyak azam yang tinggal azam, hatta orang yang bernama Azam pun takde yang aku jumpa.

Orang yang mampu mencapai azam mereka itu adalah orang yang tinggi disiplinnya. Macam aku ni, disiplin entah ke mana. Zaman sekolah dulu nama je pengawas, tapi kerap jumpa cikgu disiplin sebab memanjang datang lambat ke sekolah. Aku mengaku aku buat sesuatu memang suka ikut kepala sendiri. Aku rimas bila semua benda nak kena ikut jadual, ikut agenda ni. Agaknya sebab tu lah aku susah nak mendisiplinkan diri.

Kadang-kadang aku cemburu dengan budak-budak yang pergi PLKN tu. Mereka dipaksa untuk berdisiplin. Aku cemburu kerana bagi aku itu bagus. Kadang-kadang kita memang perlukan paksaan untuk melakukan benda yang baik, bila setiap hari terpaksa, lama-lama akan jadi tabiat. Itu adalah bagus kerana bila sudah jadi tabiat, ia bukan lagi satu paksaan dan everything will come easy. Jadi aku memang tidak faham bila ada ibu bapa yang sibuk canang PLKN tidak bagus, tidak membantu. Anak-anak mereka tidak patut dipaksa. Well, bagi aku kalau buruk yang kamu cari, buruklah yang akan kamu jumpa.

Sekarang ni aku memang sedang berhempas pulas mencuba untuk menjadi manusia yang kuat disiplin dirinya. Sama ada dari segi mengurangkan kemontelan diri, ataupun dari segi budaya kerja. Membuat pelbagai kerja dalam satu masa bukannya mudah, dan hanya dengan disiplin sahaja aku boleh menyeimbangkan semua perkara. Kalau tidak, memang azam aku untuk bersara pada usia 40-an akan hanya tinggal bersama mamat yang bernama Azam. 

Doakan aku berjaya....In shaa Allah.



'Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan urusan kami.'

[Surah Al- Kahfi, Ayat 10]


Bekerjalah Kita...

Semoga Allah membukakan pintu rezeki dan memberikan keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan hari ini. In shaa Allah...

Doa Supaya dimudahkan Urusan

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)


Thursday, March 21, 2013

Journey of Life...



In the journey of life, sometimes we will feel very lonely, lost in the crowd. Just keep going, don't stop, don't fret because life is not as bleak as it is. Just listen to the musical symphony around you like the sound of heart beating in your chest, the laughter of  the small children running around, the hustle bustle of the city. You will notice how lucky you are, how life is giving life...Just face it, what is happiness without sadness? What is success without failure? If we have never faced the bad emotions, we will never appreciate the good emotions.

Just keep on living because life itself is the most precious gift that He has bestowed upon you. Cherish it, enjoy it and pray to Him that your life will be happy and meaningful always. :)



Procrastinating Only Gives You Nothing

I learn a painful lesson about procrastinating today, and it cost me a hefty loss!

I was awarded with a big translation project, and I was given 14 days to complete it. Well 14 days actually are more than enough. However, in my case, it is definitely not enough, why? Because I only started doing it on the 7th day before the delivery! Under normal circumstances, 7 days to complete 20k words would be enough for me. Armed with cans and cans of Red Bull, I can definitely burn my midnight oil and that was what I've been doing all these years. I only started doing something till the very last minute. And I found myself work better under the pressure, I can focus better and ignore all the distractions, partly because of my anxiety not being able to finish in time will keep me going and partly because I strive on the adrenaline rush, on the feeling of treading in danger. That is why I got attracted to all daredevils activities I guess, the feeling of exhilaration in challenging myself to do something that I don't know whether I can do or not. Those are not smart moves that will be taken to a cautious and reasonable persons, I know, but hell yeah they are fun and exciting! 

Anyway, my habit of doing things till the very last minute really put me in trouble this time. I forgot that I am not a machine and not everything will be smooth sailing. I'd been having stomach ache which I initially thought was gastric. Even the doctor at the clinic also diagnose it as advanced form of gastric and he gave me so called more powerful pills. Fine lah kan, I can still work with my computer, no big deal. But when after 2 weeks plus it still didn't go away, the doctor advised me to seek a specialist treatment. And I was like okay, lenggang lenggang kangkung pegi hospital to see the specialist. In my mind ok, it won't take long and I'll be getting an MC so I can focus on my translation at home. Yeay! Ambik kau, terus doctor tahan me at ward so that he can conduct further tests. It was a daily admission, and he was telling me it will be only for 6 hours, in the end I had to spend 12 hours in the hospital and had to go through CT scan, ultrasound, colonoscopy  and everything. Musnah terus segala plan and ultimately I will miss my deadline, in fact missed the deadline not just 1 day, 2 days or 3. I missed it by almost 5 days because I kept on fallen asleep after taking the medication. 

Today I was struggling and rushing to finish the project, suddenly I got an email saying that the client has cancelled the order and the agency even lost that client! Darn! I only have few more pages to go and I had taken Red Bull! It such waste of time and not to mention my Red Bull. Well, apa nak buat dah salah sendiri. Stupid mistake that cost me 3k++  and a wrath from my agency. Janganlah diorang blacklist aku! Habis periuk nasik aku nanti dah la diorang ni lah yang paling banyak bagi job!

So lesson learnt, do not procrastinate. Start early and always provide a safety buffer in case things happened, well you know, like bacteria infection and file got corrupted on top of that! Arghhhhhhhh!!!  Big sigh....really big sigh!






Wednesday, March 20, 2013

Counting My Blessings

Ada kawan yang mengeluh kenapa setelah umur menjangkau 30-an atau 40-an masih belum bertemu jodoh. Ada yang merungut setelah bekerja bertahun-tahun masih juga belum naik pangkat. Ada yang kecewa apabila berkali-kali bercinta tapi sentiasa putus di tengah jalan. Ada pula yang mengadu nasib apabila perkahwinan berakhir dengan perceraian dan terpaksa membesarkan anak-anak sendiri. Tidak kurang juga yang tidak tahan kerana anak-anak terlampau nakal, kena pulak bila jarak antara setiap seorang itu dekat-dekat. 

Aku rasa setiap daripada kita diberikan-Nya bahagian masing-masing. Hakikatnya kita sering tidak nampak apa yang kita ada, tetapi lebih mendambakan apa yang kita tidak ada. Aku sentiasa percaya yang Allah itu adil, setiap apa yang direncanakan-Nya itu tersimpan sejuta hikmah. Bukan menidakkan perasaan kecewa, purus asa, penat, kesal dan segala macam perasaan lagi, tidak sama sekali. Bohonglah kalau aku katakan aku tidak kecewa apabila setiap kali dua jalur muncul pada pregancy kit. Tipulah kalau aku canangkan aku tidak cemburu tiap kali mendengar berita kawan-kawan mendapat cahayamata. Demi Allah, tiada apa yang lebih aku dambakan ketika ini selain daripada memeluk mencium zuriat sendiri. Tetapi apabila perasaan kecewa, perasaan marah, perasaan iri hati, perasaan kesal dan duka nestapa itu cuba menguasai diri aku, aku pujuk hati, aku ingatkan diri yang Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pemberi Rezeki. Aku sentiasa percaya yang Dia memberikan setiap hamba-Nya bahagian-bahagian yang kita selaku hamba selayaknya dapat. Mungkin kadang-kadang aku rasa tidak adil apabila telah lama berusaha, berhabis-habisan untuk cuba mendapatkan zuriat tetapi setelah bertahun-tahun masih belum nampak bayang, sebaliknya mereka yang langsung tidak berusaha malah tidak menginginkan zuriat senang sahaja hamil. Tetapi bila aku renungkan balik, mungkin belum bahagian aku kerana Dia ingin beri lebih kepada aku dari segi lain. Jadi aku rasa tidak ada apa yang perlu aku iri hati atau sedihkan, sebaliknya aku perlu gembira bagi pihak rakan-rakan atau adik-adik aku yang bakal mendapat cahaya mata. Mungkin belum rezeki aku kerana Dia masih ingin memberi aku peluang untuk berjalan-jalan, beraktiviti hujung minggu atau bekerja keras mengumpul harta tanpa gangguan atau tanggungjawab lain. Sesetengah orang tidak mendapat apa yang aku dapat, dan tidak sepatutnya aku dengki apabila aku tidak dapat apa yang mereka dapat.

Dalam hidup kita ni aku rasa kita tidak boleh terlalu mendambakan sesuatu. Kerana apabila kita terlalu mendambakan sesuatu, terlalu memfokuskan kepada apa yang kita dambakan, kita terlupa akan kenikmatan lain yang kita miliki dan tidak dimiliki oleh orang lain. Apabila itu berlaku, kita akan depress, kita akan sakit jiwa dan tidak mustahil kita boleh jadi gila. Jadi sebaiknya, hargailah apa yang kita ada, dan berusaha lah mencapai apa yang kita mahukan. Kalau kita tak dapat apa yang kita mahukan, tidak mengapa kerana sesungguhnya kita tidak kurang, sebaliknya kita seimbang saja dengan orang lain kerana kita lebih dari segi lain, dan mereka lebih dari segi lain. Hei, jika semua orang memiliki semua benda yang sama, apa bestnya hidup ni? Semua dah jadi sama, jadi kenikmatan memiliki sudah tak ada maknanya.

Kesimpulannya, don't fret, just count your blessings every day!






There is Light At the End of the Tunnel

I have not been updated my blog regularly lately. I guess I am just trying to adjust to the new career, new environment, new demands et cetera et cetera. It's difficult to feel constantly lacking, doubting yourself every single minute. And it doesn't help to have a highly brilliant boss who doesn't have the patience to wait for you to master something. He wants me to learn but I have to learn it at his pace...and believe me, his pace is super fast! He constantly makes feel like a dumb person and wondering whether I am cut out for this job. Plus, it definitely doesn't help when he caught me updating my blog in the office once! Talk about bad luck!

It is definitely not a good feeling to feel stupid, to feel like you know nothing. It's so hard to change your mentality and the way I think. I am a trained lawyer, I've been trained to think like a lawyer and normally lawyer will always think of the worst. What will be the liability, what will be the obligations, what will be the penalty, basically you have to be prepared for the worse. A good trait but not really helpful for strategic and policy making as pointed out by my boss. Sometimes I feel lost, like I am swimming in the middle of the ocean and I can't see any land or rescue ship whatsoever. Sigh!

I guess it's a phase that I have to painstakingly go through. Like the wise is saying, the Great Wall is not built overnight. I just hope it will not be forever for me to build the Great Wall though. Hopefully I will master it soon, and prove to everybody that I can do this, I can be good, if not great. There is always light at the end of the tunnel, In shaa Allah.






Wednesday, March 13, 2013

Messed up

Have you ever feel like everything has gone out of your hands, as if you can no longer control your life? Without you noticing it, you are being sucked to the pit of darkness, and fear is gripping you like a tight sheath, breaking every bone in your body as you try to fit in.


And the only thing you can do is cry....








Monday, January 14, 2013

I Am A Cheapskate

Semalam aku whatsapp Abelyn, kawan si Diana Green Apple yang sekarang ada kat Rome since ari tu si Diana ada war-warkan kat blog dia pasal sale handbag branded kat sana. Aku selalu dengar orang kata kalau beli branded handbag kat sana sangat murah, especially kalau ada sale. So aku pon menggelitis la nak jugak la kan, di samping nak beli hadiah besday En Hubby sekali. Wallet yang dia guna sekarang memang dah hazab, maklumlah wallet tu sebaya dengan 8 tahun perkahwinan kitorang sebab tu lah wallet yg letak atas dulang hantaran dulu. Kiranya kalau kira berdasarkan umur wallet, wallet dia tu dah kira boleh jadi nenek kebayan dah.

So aku pon tanya la si Abelyn sama ada boleh mintak tolong dia belikan. Aku ni memang buta barangan branded, bila Abelyn tanya nak jenama apa aku dah tak tahu jenama apa yg bagus dan yang penting murah la kan. Nak sebut LV sah-sah lah kan takkan terjangkau dek poket aku.

Dah aku dok terkial-kial nak menjawab so si Abelyn tanya berapa bajet aku. So aku cakap la bajet aku RM1k. Aku rasa macam tinggi gila dah  bajet aku tu. Tup tup si Abelyn cakap mana ada RM1k, semua tu high end brand, paling murah pun RM4k!

Panggg! Hantuk kepala kat dinding sat!

Nasib baik si Abelyn tu takde kat depan aku, kalau tak kompom dia nampak muka aku dah bertukar jadi jingga sebab malu. Muahahahaha, mek buta brands dek non! Nasib baik masa dia tanya nak suruh beli jenama apa aku tak cakap belikan Coach (sebab aku tahu tu murah), kalau tak double kemaluan malu sebab menyuruh dia membeli jenama Amerika di bumi Itali.

Kesimpulannya, pakai je la Bonia buatan Malaysia. :)

Stress kah?







This is how I am lately. Banyak betul benda yang harus diselesaikan. Di tambah pula dengan penambahan vitamin M yang melampau-lampau. Terkejar-kejar jadinya. Dah dua tiga malam tertido atas laptop. Kesian skrin laptop menengok aku. Lagi kesian kat keyboard laptop yang terpaksa menampung berat aku.

Blog ni pun dah jadi hutan belantara dah. Banyak benda aku nak kongsi sebenarnya tapi aku tak berani dah nak bukak blog kat opis selepas terkantoi dengan bos. Menusuk je komen dia masa appraisal "I saw you facebooking and reading blogs a lot, are you serious with this job?1" Errrr! Terpanah terus ke jantung. Walaupun aku terkantoi dengan dia baru sekali, tetapi biasalah kan, yang tak bagus la yang akan diingat, yang bagus biasanya akan dilupa. Dah nasib aku memang malang, sepanjang hari tak buka FB atau blog, time aku bukak tu la terkantoi dengan bos.

Anyway, banyak projek yang sedang berjalan sekarang. Serentak pulak tu. Dengan kerja ofis lagi yang sampai sekarang aku tak paham-paham kebenda. For the first time in my career and in my life, somebody appraise me as timid and pessimistic. Aku angguk je la, layankan je la. Malas nak bagi excuse banyak-banyak. Sebetulnya aku tak suka bercakap tanpa aku memahami apa yang aku cakapkan. Aku juga tak suka bulldoze tanpa aku mengetahui apa risikonya. Sebab tu la bila dia suruh buat apa-apa aku akan cakap I am learning and still learning. It is not that I am doubting myself, it just that I know the extent of my capability. 

But most of the things my boss said memang ada juga kebenarannya. I'm taking forever to learn. Aku pun rasa aku sangat-sangat lembab sekarang ni. Memang lemau semacam je rasa. Aku syak la kan, bukan setakat kaki aku yang disable sementara, otak aku pun turut disable sementara jugak kot. Susah betul nak faham sesuatu konsep. Menganga-nganga aku nak menjawab pop quiz dari bos. Dia tanya apa tu LRIC nasib baik aku tak menyanyi untuk demonstrate apa tu lirik! Ataupun maybe termakan semut banyak kot. Dahla rumah aku ni sekarang banyak benau semutnya, air kosong pon letak sekejap penuh dihurung semut.

Dah, aku nak sambung buat translation yang sepatutnya due minggu lepas. Nanti pagi aku nak jadi zombie pegi ofis lepas dua tiga hari tak cukup tido. Roger n out!


Tuesday, January 1, 2013

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2012. Masanya sudah tiba untuk tutup buku lama dan buka buku baru. Jam-jam terakhir untuk merenung dan menilai kembali apa yang telah dilakukan serta dicapai sepanjang setahun yang berlalu.

Corat coret 2012 bagi aku tidak semuanya indah. Ada suka dan ada duka. Daripada menyambut anak buah baru, mendapat kerja baru hinggalah kepada ditipu orang dan ditimpa kemalangan. Tetapi Alhamdulillah, semuanya sarat hikmah. 

2012 mengajar aku betapa sukarnya menjadi manusia yang ditarik sekejap nikmat bergerak. Dan betapa Allah masih menyayangi dan membenarkan aku untuk melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Apabila direnung kemalangan yang aku alami, baru aku tersedar yang ia mungkin meragut nyawa dan betapa bersyukurnya aku kerana terselamat dengan hanya kaki yang patah.

3 bulan terlantar dan mengharapkan bantuan orang untuk berbuat segalanya cukup menginsafkan, benar-benar membuatkan aku berasa 'helpless'. Apatah lagi apabila 2 minggu di hospital, jauh drp sanak saudara dan hanya ditemani suami yang setia melayan karenahku benar-benar menguji ketahanan mental. Memang hampir gila dibuatnya apabila langsung tidak boleh bergerak dan perlu dibantu untuk membuat segala aktiviti. Mandi pun hanya suami yang membantu lapkan badan. Berak kencing juga suami yang uruskan segala. Mujur suami ada disisi, dialah yang memujuk bila aku menangis akibat terlampau lama menunggu untuk dibedah. Dialah yang menyabarkan bila aku merintih tidak tahan berada di hospital dan ingin segera pulang ke rumah bersama keluarga. Dialah juga yang setia melayan dan membasuh najis bila aku terkena cirit birit di hospital. Katanya, kalau itu tidak cukup untuk membuktikan cinta kasihnya pada aku, dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan.

Bila kembali ke kampung, ibu pula yang mengambil alih membantu memandikan, memakaikan baju, menyediakan makan minum dan segalanya. Memang cukup mencabar ego dan menjentik naluri. Di usia begini, sepatutnya aku yang menjaga ibu dan ayah tetapi mereka perlu kembali menjaga aku.
Tetapi Allah masih memberikan bahagia di saat terlantar sebegitu. Anak saudaraku yang ketiga lahir sewaktu aku berada di kampung. Jika aku tidak kemalangan dan bekerja, tentunya aku tidak mampu untuk mencium dan memeluk anak buahku yang baru berusia 1 hari ketika itu!

Pertengahan 2012 juga memberikan kelapangan rezeki buat aku setelah bulan-bulan terawal 2012 lebih banyak dihiasi dengan perasaan tertekan dengan keadaan di tempat kerja. Alhamdulillah, Allah membukakan aku pintu rezeki di dalam bidang baru yang ingin aku ceburi. Agak terkial-kial, tetapi aku banyak belajar dan masih diberikan nafas untuk belajar.

2012 juga memberikan aku rakan-rakan baru yang harapnya akan kekal menjadi sahabat yang rapat. Meskipun 2012 menyaksikan ada yang rapat menjadi renggang, tetapi aku berharap semoga 2013 menaut dan merapat kembali jarak yang makin menjurang itu. 

Semoga 2013 menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatku dan keluargaku. Semoga kakiku pulih sepenuhnya dan aku boleh kembali melakukan aktiviti yang aku gemari. Semoga 2013 menjadi tahun yang barakah dan dilimpahi rahmat, kegembiraan serta kejayaan. In shaa Allah.

Wednesday, December 12, 2012

Tentang Perhubungan

Kadang-kadang Allah berikan kita kawan-kawan yang bertegas dengan kita, yang seolah-olah suka membuli kita kerana Allah mahukan kita menjadi lebih kuat, lebih percaya kepada diri sendiri. Kadang-kadang Allah juga mengubah sahabat yang paling rapat dengan kita itu menjadi musuh kita kerana Allah mahukan kita mengetahui bahawa hati budi manusia ini tidak boleh kita duga, tidak boleh kita terlalu percaya. Kadang-kadang juga Allah boleh jadikan rakan yang baru kita kenali sebagai sahabat kita yang paling rapat kerana kerana Allah mahu beri kita seseorang yang boleh kita kongsi suka duka, selain daripada pasangan hidup kita.

Hakikatnya, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan persahabatan itu umpama percintaan, bukan hanya perlu berlandaskan kasih sayang, tetapi perlu juga saling menghormati, saling membantu dan saling menyokong antara satu sama lain serta komunikasi yang berlandaskan kepercayaan, tolak ansur dan mutual respect. Persahabatan itu juga adalah satu komitmen yang perlu dipenuhi dan komitmen itu bukan hanya perlu diberikan oleh satu pihak, ia memerlukan usaha kedua-dua belah pihak, jika tidak ia tidak akan berjaya. Resepi kejayaan sesebuah persahabatan itu adalah sama seperti resepi kejayaan sesebuah perkahwinan.

Sebetulnya, resepi kejayaan kesemua bentuk perhubungan adalah sama. Baik percintaan, perkahwinan, persabatan mahupun perniagaan. Jika tiada salah satu ramuan kejayaan ini, kemungkinan besar perhubungan itu akan pincang. Namun, jangan sampai tiada langsung rasa sayang, hormat dan percaya kepada diri sendiri. Seandainya dalam sesuatu perhubungan itu pihak yang satu lagi membuatkan anda hilang kepercayaan dan keyakinan serta sayang dan hormat pada diri sendiri, maka mereka bukanlah yang terbaik untuk anda. Jadi, perlulah ada keseimbangan dalam setiap perhubungan yang melibatkan kita, itu yang paling utama. 



Wednesday, November 21, 2012

Boycott-A view from outside

Saya bukannya ulama, jauh sekali maksum untuk membicarakan tentang hukum hakam agama tentang isu boikot sesuatu produk untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin. Pandangan saya hanyalah pandangan daripada seorang insan mengenai kehidupan. Perkara yang saya sentuh mungkin akan dianggap sensitif oleh sesetengah orang tetapi ini hanyalah pandangan peribadi saya. Saya bukan ingin mendebatkan hal ini, jauh sekali mempolemikkan sesuatu yang saya kira diperjuangkan oleh semua insan yang cintakan keamanan amnya dan umat Islam khususnya.

Saya menghormati orang yang memboikot sesuatu produk keluaran sesebuah negara demi menyatakan sokongan dan mendesak negara tersebut, dalam kes ini Israel untuk menghentikan keganasan mereka ke atas Palestin. I truly respect and admire that. In fact I fully support the cause. Tetapi dalam kes boikot ke atas Mc D atau Starbuck, bagi saya ianya bukanlah semudah abc. Seperti yang saya katakan sebelum ini, I will gladly join the bandwagon if we are boycotting direct products of Israel. Namun, berdasarkan pengetahuan saya yang tidak seberapa, Mc Donalds dan Starbuck di Malaysia dijalankan melalui sistem lesen atau franchise, yakni Mc Donalds USA memberikan lesen kepada Golden Arches Restaurants Sdn Bhd untuk membuka restoran Mc Donalds di Malaysia. Apabila ia dijalankan melalui sistem lesen, maka Mc Donalds di Malaysia adalah kepunyaan Golden Arches Restaurants Sdn Bhd dan bukannya dimiliki secara langsung oleh Mc Donalds Corporation, USA. Sistem lesen atau francais juga mengkehendaki agar fi lesen dibayar setiap tahun, dan jumlah ini biasanya tidak berubah dan tidak bergantung kepada keuntungan. Wallahua'lam.

Tidak! Saya tidak sesekali menentang boikot. Tindakan memboikot jika kena caranya memang boleh menjatuhkan sesuatu negara, seperti mana tindakan embargo yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan ke atas sesebuah negara yang lain (yang mana berdasarkan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, embargo tidak dikenakan oleh kerajaan Malaysia terhadap Israel kerana masih terdapat hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Israel, apa yang tiada hanyalah hubungan diplomatik kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara).

Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, tentu sekali kita ikut sama merasa sakit apabila melihat saudara seIslam kita ditindas, disakiti serta dibunuh. Malahan sentimen yang sama turut dikongsi oleh saudara senegara berlainanan agama, bahkan saudara seinsan di serata dunia. Sesiapa sahaja yang cintakan kedamaian dan kesaksamaan tidak akan sanggup melihat penindasan ini, wajah-wajah anak kecil yang terbujur kaku atau menangis kesakitan dan ketakutan. Setiap dari kita tentu sekali mendoakan semua ini berakhir dan menyatakan dalam apa jua cara tentang kebencian dan kejelikan kita terhadap perbuatan tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa. Boikot adalah salah satu caranya. Tetapi kita harus ingat bahawa ia bukanlah satu-satunya cara. Other people might have other ways of showing support. Cara kita mungkin tidak sesuai dengan orang lain dan cara kita tidak semestinya betul. Jika betul sekalipun, tidak semestinya satu-satunya cara yang betul!

Oleh itu, ianya sesuatu yang amat mengecewakan bagi saya apabila membaca sekali imbas status-status dan komen-komen di Facebook yang menghentam, mengutuk, mencaci mereka yang tidak menyertai tindakan  boikot terhadap Mc Donalds. Malahan ada yang melabelkan mereka yang bekerja di Mc Donalds sebagai bersekongkol dengan Zionist dalam mendatangkan penderitaan kepada rakyat Palestin dan menyuruh mereka berhenti kerja kerana gaji mereka adalah haram! Nauzubillah! Tidakkah self-proclaimed ulama ini sedar apa yang mereka katakan? Siapakah kamu untuk menjatuhkan hukum halal dan haram? Mereka yang alim ulama sekalipun tidak berani sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum, perlu ada kajian dan pertimbangan terperinci, perlu ada muzakarah dengan alim ulama yang lain barulah sesuatu fatwa itu dikeluarkan kerana mereka takut mereka akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. 

Secara peribadi, saya memilih untuk tidak memboikot Mc Donalds, namun saya juga tidak memilih untuk beratur di pintu Mc Donalds demi mendapatkan makanan percuma. Bagi saya mudah sahaja, Mc Donalds tidak pernah menjadi kegemaran saya. Tetapi saya juga tidak boleh menidakkan hakikat bahawa Mc Donalds adalah fast food chain restaurant, apabila ia adalah fast food, maka ia adalah pantas. Dan sebagai restoran pantas yang terdapat di seluruh pelusuk ceruk negara, kadang-kadang ia menjadi pilihan saya apabila saya mengejar masa dan perlukan sesuatu yang pantas untuk mengisi perut. Prinsip saya senang sahaja, saya boleh hidup tidak menjamah hidangan Mc Donalds tetapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu menjadi hipokrit dengan memboikot ketika ini tetapi kemudian hari apabila tiada pilihan dan Mc Donalds adalah yang terdekat dan terpantas untuk saya, saya kembali menjamahnya. Tetapi, itu tidak sekalipun melemahkan sokongan saya terhadap Palestin, dan tentunya tidak sekali-kali mengurangkan simpati saya terhadap mangsa-mangsa kekejaman Israel. Yang paling penting, itu tidak sekali-kali menjadikan saya penyokong Israel, tidak sedikitpun mengurangkan kebencian saya terhadap Zionist.

Dan pandangan peribadi saya yang jahil dan tandus ilmu ini, bekerja di Mc Donalds tidak sesekali menjadikan seseorang itu penyokong Zionisme dan tentu sekali tidak menjadikan sumber pendapatan seseorang itu haram kerana tiada apa yang haram yang dijual di Mc Donalds. Wallahu a'lam, siapalah saya untuk menentukan halal haram sesuatu rezeki.  Kalau ingin bercakap tentang halal dan haram sesuatu rezeki itu, dalam dunia yang serba moden dan bersifat kapitalis ini, banyak sumber rezeki yang syubhah sifatnya, contohnya bekerja di bidang perbankan, atau bekerja di sebuah syarikat yang mana dikalangan 'sister companies' nya terdapat syarikat yang berbentuk perjudian. Tetapi saya mengambil sikap bertawakal, selagi sumber langsung sesuatu rezeki itu tiada sesuatu yang jelas haram, maka siapalah saya untuk mengatakan ia haram. Asalkan tiada sumbangan langsung terhadap sesuatu yang haram, selebihnya biarlah kita serahkan saja kepada Yang Maha Mengetahui.

Saya terkilan apabila mereka yang tidak mendeklarasikan diri mereka sebagai ikut sama memboikot Mc Donalds atau Starbucks dicemuh, dikeji, dihina dan dilabelkan sebagai penyokong Zionist. Saya kesal apabila mereka yang mencari rezeki di syarikat-syarikat sebegini dicemuh, dihina, dikeji dan digelar sebagai kejam dan tidak bersimpati dengan nasib Palestin. Saya terguris hati apabila terdapat self proclaimed alim ulama yang menyelar mereka yang bekerja di Mc Donalds dan Starbucks sebagai mendapat rezeki yang haram dan disarankan agar berhenti kerja dengan segera. Maaf jika saya katakan bahawa self proclaimed alim ulama ini adalah mereka yang bodoh sombong, bongkak, takbur dan riak. Mereka lupa bahawa rezeki itu datang daripada Allah. Jangan hanya kerana sesetengah daripada anda mempunyai rezeki yang murah, mempunyai kelulusan dan kepakaran yang membolehkan anda dengan mudah mendapat kerja di mana sahaja, anda lupa kesusahan orang. Tidak semua orang bernasib baik seperti anda. Tidak semua orang mampu mendapat kerja di bilik berhawa dingin, duduk di kerusi empuk menghadap monitor komputer sambil mengupdate status Facebook atau Twitter di waktu kerja seperti anda. Sesetengah orang perlu berdiri 8 jam sehari menghadap karenah pelanggan-pelanggan seperti anda agar perut anda kenyang dengan makanan mewah meskipun perut mereka berkeroncong kerana tidak sempat untuk makan tengah hari kerana harus melayan anda. Tidak semua orang mampu menikmati gaji lumayan seperti anda. Sesetengah orang terpaksa bekerja di tempat-tempat sebegini demi menyara keluarga; membayar bil perubatan anak isteri atau membeli susu pampers anak. Mungkin juga ada di antara mereka yang bekerja dua tiga pekerjaan (dan Mc Donalds adalah salah satunya) hanya demi untuk meneruskan kelangsungan hidup bulan demi bulan. Apabila anda menyuruh mereka berhenti kerja seberapa segera, adakah anda sanggup menanggung perbelanjaan mereka? Berlaku adil lah kepada mereka, jangan menggesa mereka agar kejam terhadap diri mereka dan keluarga mereka hanya untuk menaikkan ego anda dan membuatkan anda rasa seolah-olah andalah yang paling bersimpati dengan nasib mereka di Gaza, seolah-olah anda lah pejuang terhebat, orang yang paling membenci Israel. Sedarlah bahawa keadilan itu seharusnya bermula dengan diri sendiri dan keluarga terdekat, barulah boleh dipanjangkan kepada orang lain. Biarlah mereka menyatakan sokongan dalam cara lain yang boleh mereka nyatakan. 

Ada di antara self proclaimed alim ulama ini menyajikan kisah mengenai seekor burung kecil yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dalam menjustifikasikan cemuhan mereka terhadap mereka yang tidak ikut sama memboikot. Sejujurnya saya katakan, saya memilih untuk memberi sumbangan kerana saya merasakan itu lebih efektif. Ya, sumbangan saya hanya sedikit, mungkin tidak mampu untuk membeli kain pembalut buat membalut luka anak-anak kecil Gaza yang tercedera, mungkin juga tidak cukup untuk membeli senapang atau roket buat membunuh penzalim-penzalim Israel, tetapi saya juga ingin menyatakan kembali apa yang diucapkan oleh burung tersebut:

"SETIDAK-TIDAKNYA JIKA DITANYA DI AKHIRAT KELAK, SAYA DAPAT MENJAWAB YANG SAYA TELAH BERUSAHA SEMAMPUNYA YANG SAYA BOLEH BUAT UNTUK MELAWAN KEBATHILAN."

My point is, boycott might be the way but it is NOT THE ONLY WAY! 

Hakikatnya, saya tidak ingin ditanya di akhirat nanti kenapa saya memboikot Mc Donalds tetapi saya tidak pula memboikot Coach, LV, Prada, Gucci, Hermes dan sebagainya. Saya tidak mahu ditanya kenapa saya liat untuk menyumbang RM10-RM20 untuk membantu saudara seagama saya yang sedang menderita sedangkan saya menghabiskan beratus-ratus ringgit malahan beribu ringgit untuk membeli barangan mewah yang langsung tiada fungsinya, hanya sekadar membolehkan saya lebih bermegah. Saya tidak mahu nanti menjawab di akhirat kenapa saya menuduh Israel zalim tetapi saya sendiri menzalimi saudara seagama saya dengan menggesa mereka berhenti kerja sehinggakan kehidupan mereka melarat tetapi sebaliknya saya menikmati gaji saya yang lumayan.

Saya bukan maksum, saya banyak kekurangan, saya banyak kelemahan. Tulisan ini tidak sesekali untuk menyatakan bahawa saya lebih betul, saya lebih bijak, saya lebih alim atau saya lebih adil dan lebih bersimpati dengan nasib saudara kita di Gaza berbanding anda. Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi, hanyalah usaha saya untuk mengajak kita semua berbalik kepada isu pokok yang sebenar yakni usahasama kita untuk menyatakan sokongan kita terhadap saudara kita di Palestin. Tulisan ini hanyalah satu medium saya untuk mengajak anda berfikir bahawa keadilan, keamanan, kesengsaraan, penderitaan, simpati dan sokongan bukanlah untuk dipolemikkan, jauh sekali dijadikan bahan pertelingkahan atau modal untuk memandang rendah dan mengeji yang lain. Setiap orang berhak untuk mempunyai pendapat dan cara mereka sendiri. Apa yang penting adalah kita bersatu, sama-sama menyatakan bahawa kita tidak akan bertolak ansur atau menyokong kekejaman. Jangan nanti sedar tak sedar, dalam usaha kita untuk mengalahkan rejim Zionist, kita sebaliknya memberikan mereka kemenangan kerana dalam penentangan kita terhadap mereka, mereka berjaya membuatkan kita menentang sama sendiri. 

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kemenangan saudara kita di Palestin dan bukannya bertelingkah sesama sendiri. Semoga Allah menyelamatkan mereka semua. Aminnn.










Wednesday, November 14, 2012

Random - Tebas Semak Samun

Lamanya tak update blog. Niat masa awal-awal blogging balik dah taknak jadikan blog ni macam blog lama dulu, macam hutan belantara tapi akhirnya bersemak samun juga blog ni. Kekangan masa memang sangat-sangat mengehadkan keupayaan untuk menjadi blogger tegar.

Cuti umum yang sedikit merenyahkan, cuti lepas tu kerja dan kemudian cuti lagi. Hendak terus ambil cuti agar dapat bercuti terus seminggu ada benda yang perlu diselesaikan. Nasib baik bos approve cuti pada hari Jumaat. Dapat la juga sambung cuti selama tiga hari. Niatnya mahu berjalan ke mana-mana bersama suami dan keluarga tetapi rupa-rupanya keluarga aku akan pulang ke Kelantan pada hari Jumaat dan En Hubby pula akan ke Thailand untuk fly di sana. Jawabnya cari tempat picnic dekat-dekat je lah besok dan Jumaat hingga Ahad nanti aku qada' je tido.

Hari ni sempena hari terakhir seorang office mate, kami pakat-pakat berpesta durian di rumah mertua seorang lagi office mate. Sanggup tu drive all the way to Kg Limau Manis berdekatan Putrajaya sana pada waktu lunch semata-mata kerana durian, durian kg yg baru gugur pulak tu. Memang heaven! Aku siap tapau dlm tupperware lagi bawak balik. Jangan fridge kat office berbau durian sudah. Huhuhuhu.


Friday, November 2, 2012

Fears

Even the most daring person's has fears in his heart, but what differentiate him from the cowards is how he handles his fears. I always believe that fears are not suppose to make people weak, let alone cower. Fears also can be the catalyst of bravery.

I always have the fear of falling, because of that I learn to fly. Sounds absurd? Maybe. But my fear of falling is my catalyst in proving that I can't fall by simply trying to fly. Well, I did fell and injured myself but I've learnt that falling is not the worst thing that can happen to me , not believing in my own ability is worse. Not having a life that I want is worse. Not making the best of the situation is worse.

Fear of uncertainties makes me work harder to ensure that I can minimise the uncertainties. It makes me very inquisitive, very eager to learn new things. I don't like feeling lost in the dark, that is why I work hard to find the light at the end of the tunnel.

I am not the bravest person, but even the bravest person is afraid of something. Being afraid is not a bad thing. In fact I welcome the fears with outstretch arms. I hope and I believe that fears can be my catalyst to reach success. Insya Allah.

Wednesday, October 31, 2012

Bodoh-bodoh Alang

Bukan mudah menukar bidang kerja. Kadang-kadang terasa agak bodoh kerana banyak benda yang tidak diketahui. Aku rasa sepanjang aku bermula dalam bidang yang baru ni ntah sudah berapa puluh kesilapan yang aku lakukan, ntah berapa banyak bebelan daripada bos yang aku terima.

Godaan juga banyak. Sebaik sahaja aku mula bekerja, terdapat juga 2-3 tawaran untuk bekerja sebagai penterjemah di luar negara yang aku terima. Tergoda juga tetapi apabila memikirkan kembali kenapa aku terima jawatan ini, aku keraskan hati untuk melepaskan tawaran tersebut. Insya Allah, kalau ada lagi rezeki aku, adalah. Kalau tiada, mungkin itu bukan yang terbaik untuk aku.

Aku menerima kerja ini bukan kerana gaji. Gaji tidak banyak bezanya dgn tempat lama. Tetapi kerana aku ingin belajar, kerana aku merasakan bidang ini luas potensinya. Oleh kerana itulah aku rela menjadi bodoh untuk pandai. Biarlah apa pun yang bos bebelkan, aku pekakkan telinga dan beringat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Dalam pada mengeluh ingin memulakan perniagaan sendiri dan bekerja dari rumah, jauh di sudut hati aku tahu sifat curiosity dan kipochi dalam diri itu akan membantutkan hasrat aku untuk goyang bontot n belajar pole dancing (eh!) supaya laki tak cari yg lain.

Apa2 pon aku harap aku akan cepat belajar. Lately ni aku rasa aku agak sedikit bebal, sedikit bodoh- bodoh alang. Agaknya byk termakan semut. Harap-harP jgn sampai bodoh kepalang sudah!

Friday, October 26, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Korban

Semalam aku bertolak ke Kelantan dari Gombak pukul 3 ptg. Mula-mula rancang nak bertolak pagi, nak lalu Grik sebab nak ambik gambar kat Tasik Banding tapi nan ado, aku sibuk siapkan translation sebab kalau tak siapkan terlebih dulu mesti tak sempat meet deadline. En Hubby dah bising sebab lambat bertolak.

Since kami lambat so En Hubby decide lalu ikut jalan lama sampai ke Bentong sebab hiway dah jam. Serious aku tak tahu view sgt gojes, walaupun jlnnya amat sunyi sebab tak byk kereta n jln bengkang bengkok yg dikelilingi hutan tebal tapi kualiti jalan memuaskan. Tapi seriously, kalau mlm sumpah kami tak lalu sini, scary siot!

Me being me, kompom ada pit stop utk ambik gambar. En Hubby dah tepuk dahi bila aku siap mintak dia keluarkan tripod lagik!

Pukul 6 baru sampai Raub.Memandangkan masing-masing kebulur, kami berhenti makan kari kepala ikan. Tgh2 makan, ternampak muka yang familiar masuk kedai. Fizo Omar rupanya. Lepas tu terdengar perbualan dia dgn kawannya memberitahu ada tanah dan jambatan runtuh menuju ke Gua Musang. Aduhhh! Terus En Hubby check Waze. Yezzaaa!Ambik kau! Berderet report kata traffic standstill. Tambah dgn beberapa kemalangan lagi maka kemungkinan stranded ada la tinggi.

Kecoh sekejap kedai makan tu. Masing2 yang nak balik Kelantan berdiskusi tentang jalan alternatif. Ada yang cakap masuk ke jalan Lojing tapi masalahnya masing2 tak tahu exitnya kat mana. Tambahan pulak jalan tu agak bahaya waktu malam. Aku call abah tanya jln alternatif, abah kata dari Raub tu je jln yg ada. Last2 kami decide patah balik dan ikut LPT melalui Terengganu. Jalan tak jam dan perjalanan lancar tapi dalam pukul 4 pagi En Hubby dah tak larat drive. Kami berhenti tidur sekejap di hentian rehat yang belum beroperasi. Nasib baik rupa2 nya ramai juga seperti kami yang melelapkan mata sekejap di situ. Dalam pukul 5.45 pagi kami meneruskan perjalanan kembali.

Jadi hasilnya, pada pukul 8 pagi hari ini, kami masih belum sampai kg. Dan En Hubby buat bodoh je tiap kali aku mintak dia berhenti bila ada view cantik. Melepas aku nak ambik gambar sunrise yg sgt gojes!

Selamat hari raya korban u ols. Kami telah selamat berkorban hampir satu hari atas jalan!