Nuffnang

Monday, March 25, 2013

Azam dan Disiplin

Buat azam memang senang. Tapi nak tetapkan hati untuk mencapai azam itu tersangatlah susah. Macam-macam halangan dan dugaan yang datang. Sungguh aku tabik pada sesiapa yang berazam dan mampu mencapai azam. Macam aku, lebih banyak azam yang tinggal azam, hatta orang yang bernama Azam pun takde yang aku jumpa.

Orang yang mampu mencapai azam mereka itu adalah orang yang tinggi disiplinnya. Macam aku ni, disiplin entah ke mana. Zaman sekolah dulu nama je pengawas, tapi kerap jumpa cikgu disiplin sebab memanjang datang lambat ke sekolah. Aku mengaku aku buat sesuatu memang suka ikut kepala sendiri. Aku rimas bila semua benda nak kena ikut jadual, ikut agenda ni. Agaknya sebab tu lah aku susah nak mendisiplinkan diri.

Kadang-kadang aku cemburu dengan budak-budak yang pergi PLKN tu. Mereka dipaksa untuk berdisiplin. Aku cemburu kerana bagi aku itu bagus. Kadang-kadang kita memang perlukan paksaan untuk melakukan benda yang baik, bila setiap hari terpaksa, lama-lama akan jadi tabiat. Itu adalah bagus kerana bila sudah jadi tabiat, ia bukan lagi satu paksaan dan everything will come easy. Jadi aku memang tidak faham bila ada ibu bapa yang sibuk canang PLKN tidak bagus, tidak membantu. Anak-anak mereka tidak patut dipaksa. Well, bagi aku kalau buruk yang kamu cari, buruklah yang akan kamu jumpa.

Sekarang ni aku memang sedang berhempas pulas mencuba untuk menjadi manusia yang kuat disiplin dirinya. Sama ada dari segi mengurangkan kemontelan diri, ataupun dari segi budaya kerja. Membuat pelbagai kerja dalam satu masa bukannya mudah, dan hanya dengan disiplin sahaja aku boleh menyeimbangkan semua perkara. Kalau tidak, memang azam aku untuk bersara pada usia 40-an akan hanya tinggal bersama mamat yang bernama Azam. 

Doakan aku berjaya....In shaa Allah.



'Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan urusan kami.'

[Surah Al- Kahfi, Ayat 10]


No comments:

Post a Comment