Nuffnang

Sunday, September 30, 2012

Pilihan dan Alasan

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya adalah akibat tindakan kita sendiri. Daripada 100%, boleh dikatakan hanya 10-5% sahaja benar-benar takdir. Terutama sekali apabila ia melibatkan kejayaan atau kegagalan dalam hidup.

Saya percaya yang hidup ini adalah berlandaskan pilihan. Dan pilihan itulah yang mencetuskan tindakan dan langsungnya menghasilkan akibat iaitu kejayaan atau kegagalan. Takdir hanyalah satu pemangkin atau catalyst kejayaan. 

Kalau kita mengatakan kita telah berbuat segalanya tetapi kita masih gagal, mungkin kita perlu meluangkan sedikit masa untuk meneliti 'segalanya' dalam erti kata sebenar. Memberi alasan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai 'berbuat segalanya'. Kalau kita asyik memberi alasan tanpa menumpukan pada tindakan, jangan mengeluh atau menyalahkan takdir apabila kita gagal. Kerana kegagalan itu 99% berpunca daripada pilihan dan tindakan dan mungkin hanya 1% berpunca daripada nasib malang atau takdir. Begitu juga kejayaan, 99% kejayaan itu terhasil daripada usaha keras dan pilihan bijak dan hanya 1% daripadanya disumbangkan oleh tuah. 

Jadi, kesimpulannya, kejayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Jika kita malas dan hanya tahu memberikan 1001 alasan, jangan iri hati bila melihat orang berjaya. Jangan mengeluh bila melihat yang kaya bertambah kaya dan kita masih lagi ditakuk lama. Kerana meskipun mereka berjaya kerana mereka pandai mengampu atau menggunakan pengaruh, mereka masih juga berusaha, mereka masih juga membuat pilihan. Sedangkan kita mengatakan kita tidak mahu berjaya melalui cara yang salah tetapi kita masih juga malas untuk menggunakan cara yang betul! Jadi apa gunanya merungut. Gerakkan bontot yang sudah melekat itu, kalau tidak mahu menari gelek untuk menawan hati orang yang mampu membantu kejayaan anda, rajin-rajinkan bangun dari kerusi untuk membuat kerja, kerana kejayaan itu tidak datang bergolek, dan tentunya tidak datang daripada menari gelek!

Pilihan untuk dibuat, bukan untuk diberikan alasan.

2 comments:

  1. Replies
    1. Yup, take it or leave it. Merungut tidak menyelesaikan apa-apa. :)

      Delete