Nuffnang

Thursday, September 20, 2012

Karangan Bangang

Pada suatu hari yang indah dan nyaman, saya bersaingin menghadiri majlis rumah terbuka di rumah sepupu saya. Memandangkan saya memang bangsa yang tidak pernahnya ingat jalan kalau jarang-jarang pergi, dan adik-adik saya juga jenis yang serupa, maka saya telah menghidupkan GPS saya.

Arakian, memandulah adik saya mengikut arah yang diberikan oleh GPS tersebut. GPS berkata,

"Belok kanan."

Adik saya pun membelok ke kanan.

"Belok kiri."

Adik saya pun membelok ke kiri.

"Jalan terus."

Adik saya pun memandu kereta ke jalan yang lurus, eh, jalan terus.

"Buat pusingan-U"

Adik saya pun buat pusingan-U.

Tetapi masalahnya kami masih lagi berpusing di tempat yang sama. Seolah-olahnya hijab GPS saya tertutup sehinggakan dia tidak dapat mencari jalannya. Walaupun kami telah mengikut arahan GPS sepenuhnya, status GPS saya menunjukkan bahawa dia sedang keliru mencari jalan, menunjukkan mesej "re-routing."

Sayugia berkatalah saya "Apa ke bangangnya GPS ni?!"

Sekonyong-konyong, menjeritlah GPS saya dengan kuatnya, "Gua Pun Sesat! Gua Pun Sesat!"

Tiba-tiba saya terasa seperti berada di awang-awangan. Badan saya berpeluh-peluh. Saya membuka mata...
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Oh! Bermimpi rupanya saya. GPS saya masih belum mampu memberi amaran bahawa dia pun sesat rupanya.

Bangang punya GPS!

No comments:

Post a Comment