Nuffnang

Monday, September 10, 2012

Raya Sana Sini

I

Aku kan paling anti kalau tengah driving tiba-tiba ada la bunyi siren motor polis kat belakang, memotong kereta sambil tangan terkuak-kuak suruh ke tepi dan berhenti. Apatah lagi waktu tu aku dalam perjalanan ke pejabat atau nak pergi mesyuarat, aku dah ngam-ngam bajet masa tiba-tiba sampai lambat sebab kena berhenti bagi laluan pada kenderaan VIP. Aku tak kisah kalau aku kena bagi laluan pada ambulance, polis atau bomba sebab kau tahu ada kecemasan, tetapi kepada kenderaan VIP ni aku ada sedikit hangin. Bukan sekali dua aku terkena kena berhenti untuk bagi laluan pada kenderaan VIP, tetapi kemudiannya aku nampak kenderaan tu menuju ke KLCC! Memang mcm cipet! Ko nk pegi shopping tapi menyusahkan orang. Kau tu dah la entah bayar ke ntah idak roadtax, tapi orang yang bayar roadtax pulak yang kena bagi jalan kat ko sedangkan ko pegi shopping utk perabis duit negara. Sangat la lahanat!

Cuba la memimpin melalui teladan. Kalau tak ada perkara yang super urgent, jangan pakai polis peronda untuk tutup jalan. Belajar jadi rakyat biasa, cuba dalami sesak nafas, sakit pening rakyat jelata terpaksa meredah kesesakan lalulintas setiap hari demi mencari sesuap rezeki. Jangan makin menyesakkan rakyat dengan perangai tak senonoh kaum kerabat kau menghabiskan duit cukai yang dibayar rakyat dengan menggunakan polis untuk menutup jalan, sedangkan tenaga polis tu boleh diguna untuk perkara yang lebih berfaedah. Tak pasal-pasal rakyat marhaen macam aku dapat dosa kering sebab menyumpah seranah kau dan kaum kerabat kau!

II

Aku pelik dengan budaya open house di bulan Syawal actually. Ramai orang tanya aku, aku buat open house tak? Aku balas tak buat tapi since it's raya, pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk tetamu. Tetapi bila aku jawab macam tu, tak ada sorang pon datang rumah aku untuk beraya (kecuali teman-teman dan keluarga paling rapat). Apa tidak boleh bertandang kah kalau tidak dibuat open house? Sejak bila amalan kunjung mengunjung hanya terhad kepada rumah yang buat open house? Mungkin budaya masyarakat bandar agaknya, kalau kat kampung boleh saja nak beraya kat rumah siapa pun walaupun tak mendapat jemputan open house.

Menyentuh pasal open house, hujung minggu hari tu aku dapat 9 jemputan. 5 pada hari Sabtu dan 4 pada hari Ahad. Memang betul-betul penat! Dari pagi keluar, malam baru sampai rumah. Sampaikan rasanya dah tak larat nak bawak perut. Mahu je aku bukak perut dan tinggal kat rumah sebab dah tak larat nak sumbat segala jenis makanan.

Hari Sabtu tu Alhamdulillah, semuanya berdekatan jadi tidak lah aku terkejar-kejar sangat. Cuma satu rumah di Kajang tetapi aku terpaksa menolak sebab memang takkan sempat. Pagi-pagi dah keluar menuju ke rumah sepupu aku di USJ dengan perut yang kosong, sangkut pulak dalam jam kat NKVE dan Summit. Dengan air cond yang dah tak sejuk, ditambah lagi dengan perut yang lapar, aku memang betul-betul jadi singa. Adik aku yang menaiki kereta lain berjaya melepasi traffic light terlebih dulu dan menelefon mengatakan dia akan tunggu di stesen minyak Shell bersebelahan Petronas di depan. Aku pon mengiyakan saja, tetapi bila aku sampai di Shell tersebut, aku tak nampak kereta adik aku! Aku dah start hangin, tetapi En Hubby kata mungkin di Shell satu lagi kerana terdapat satu lagi Shell bersebelahan Petronas di jalan masuk ke rumah sepupuku. Bila dah sampai ke Shell kedua pun masih tak nampak kereta adik aku, aku mula jadi singa kelaparan, aku call adik aku dengan bengang. Rupa-rupanya dia dah tersilap jalan ke depan dan jalan tersebut juga ada Shell bersebelahan Petronas, terpaksa patah balik. Yennadey! Kenapa banyak sangat Shell bersebelahan Petronas di USJ ni?! Buat orang confuse je!

Sampai saja rumah sepupu aku, peluk cium mak sedara aku dan sepupu2 aku sekejap, aku terus terkam makanan. Memang sangat kebulur occay! Lepak rumah sepupu aku lebih kurang 45 min, berkejar pula ke rumah Diana si Green Apple kat Putra Avenue. Nasib baik dekat. Kebetulan masa aku sampai, si Fillanie ada. Tengah-tengah berborak dengan Filla tiba-tiba nampak kecoh-kecoh, rupa-rupanya ayah si Di pitam. Aku dgn Filla dh bimbang dah, bising suruh dibawa ke hospital. Tapi ayah Di was too weak and dia mintak utk rest kat rumah dulu. Kesian Di, kelam kabut jadinya dia.

En Hubby kata rumah ketiga yang akan kami pergi terletak di kawasan perumahan bersebelahan rumah Diana. So aku pun bajetlah akan berada di rumah Diana untuk 30-40 min sahaja sebab nanti nak berkejar ke rumah kawan aku Kodah dan Sandi pula. Dah cukup masa yg aku dah bajet, kitorang pon kluar dr rumah si Di. Rupa-rupanya bila pusing nk keluar dr kawasan perumahan tu, tup-tup dah sampai depan rumah si Sandi Alahai, kat belakang lorong je rupanya. Since masih awal lagi, so kitorang cari stesen minyak utk membuang isi perut dan solat. Nk tumpang toilet rumah Diana macam segan la pulak kan, ada ke pegi membuang kat rumah orang yang buat open house, sangat takde respek occay!

Pegi rumah Kodah, kebetulan classmate aku kat uni yang aku tak jumpa sejak graduate pun sampai jugak. So gegak gempita la sekejap rumah tu. Dr pukul 5 sampai ke pukul 6.30 aku melepak kat rumah Kodah sebelum ke rumah Sandi yang cuma di seberang jalan. Tapi yg paling bangang sekali, aku boleh lupa nak ambik gambar hatta dgn guna kamera yang aku bawak mahupun dengan tepon padahal si Kodah akan ke UK pada minggu depan dan si Azura ntah bila lagi aku akan jumpa.

Pukul 6.30 aku ke rumah Sandi pulak sebab janjinya dgn d gang semua akan sampai kol 6.30. Tup-tup aku dah sampai berulang 4-5 kali makan, d gang masih belum nampak muka gak. En Hubby dah 2-3 kali masuk kete untuk lelap mata. Akhirnya, pukul 9 mlm diorang sampai, nasib baik aku tak masuk bilik tidur Sandi untuk tidur. Bila dah masing-masing berkumpul, semua cerita terkeluar, dari cerita hantu di Bukit Tunku, cerita Edora bungkus lauk kenduri bawak balik, cerita Ina manage to escape semua wedding kitorang (asyik ada kat oversea manjang, ko kawin nanti aku nak cari tix pegi mana-mana time tu, pastu aku tepon ko dr oversea, huhuhu) sehinggalah ke cerita somebody who fell from a sky. Dekat pukul 10.30 baru masing-masing balik. Sampai je rumah memang aku flat terus, tak sempat tukar baju n mandi, aku terbongkang atas sofa tidur. Bukak mata dah pagi rupanya! Dan bermulalah another episode of open houses....


The old havoc gang, after 10 years!

III

Cerita open house lagik, hari Ahad pagi-pagi kol 11 lagi dah keluar, sebab nak sampai tepat pukul 12 kat rumah second cousin aku memandangkan ada 3 lagi rumah lepas tu. Sampai rumah dia, orang tak ramai lagi, just nice! Food semuanya dimasak sendiri, ada laksam, laksa, macaroni sup, nasi minyak, rojak buah, bubur kacang dan macam-macam lagi. Ada kambing golek juga. En Hubby telah belasah kambing golek, lepas tu merungut sakit kepala.

Kat rumah dia, jumpa sedara mara yang telah lama tak jumpa. Ada antara makcik-makcik aku tu dah tak kenal aku, ya lah, sebab tengok aku pun masa masih kecik, sekarang dah besar panjang, body pon dah gebu gittew, mana nak cam. Borak serba sedikit, kami minta diri untuk ke rumah seterusnya di Kota Kemuning.

Memandangkan kawan aku ni buat cukur jambul anak dia sekali, so kami fikir elakkan sampai pukul 2 masa majlis baru berlangsung sebab tak mahu bertembung dengan majlis cukur jambul. Sempat lagi kami ke Giant utk beli bidai tingkap buat penghalang pagar (ntah berkesan ke tak utk menghalang bau najis anjing tu). Sampai rumah dia dlm pukul 3 lebih. Rupa-rupanya majlis cukur jambul baru nak bermula sebab group marhaban lambat sampai. Aisehhh!!! Tak sempat nak berborak-borak.

Makan ala kadar, dalam pukul 4 kami berkejar ke rumah ke 3 di Serenia Ukay, Ukay Perdana. Rumah ni adalah rumah blogger yang cantik manis, si Elly. Aku whatsapp Filla n Diana tanya diorang dah sampai belum sbb plan nak pergi sama masa. Tup-tup Filla cakap MRR2 jam gila babas. Aisehhh, aku dah masuk KESAS n nk follow MRR2, camne? Kami ambil keputusan untuk berhenti solat kat stesen minyak sekejap. Sesudah solat, hujan pulak turun selebat-lebatnya. Aduhhhh!!!Jalan yang sedia jam makin bertambah jam. Pukul 6 baru aku sampai rumah Elly. Si Diana dah sampai rupanya sedangkan dia keluar rumah lepas Asar. Borak punya borak sambil layan capati, jam dah pukul 7. Kelam kabut aku sebab aku dah save rumah best for last, rumah si Mek Han. Check handphone, rupa2nya satu takde service, satu lak bateri kong. Abisss, kompom aku kena maki dengan bebudak tu.


Aku berasa sungguh 'gebu' sekali berada di kalangan mak-mak orang yg vogue ini!

Keluar je dari Ukay Perdana, bertalu-talu bbm masuk. The geng dah balik dari rumah Mek Han. En Hubby dah bising, takkan maghrib nak pegi rumah orang jugak. Aku cuba bbm mek han, xde balasan, call pon tak berangkat. Last-last aku cakap kat En Hubby, kita balik semayang maghrib n freshen up, pukul 8 kita keluar balik.

Sampai je rumah, aku cuba lagi call Mek Han, masih takde jawapan. Aku mandi n solat, n cuba bbm Mek Han pulak, still senyap sunyi. Aku dah tak sedap hati, merajuk ke minah ni? Aku contact Bat, dia cakap pegi je rumah Mek Han sebab masih ada tetamu yang datang. Tapi aku tak sedap hati nak pergi rumah orang malam-malam. Mana la tahu kan, kot-kot dia kepenatan seharian melayan tetamu sampaikan tertidur dgn suami, ataupun kepenatan seharian melayan tetamu sampaikan ditiduri suami (eh?!). Sampai lah masuk Isya', aku selesai semayang Isya', En Hubby masuk bilik tanya jadi ke nak pergi rumah Mek Han. Aku masa tu dah siap berbaju kaftan. So aku cakap tak jadi sebab Mek Han mungkin dah tidur tak jawab bbm or call aku.

Sebaik saja En Hubby turun tgk bola, masuk bbm Mek Han. Rupa-rupanya dia charge telefon kat atas n dia lupa dia charge telefon. Hampeh! Dah pukul 9 mlm aku dah tak kuasa nak keluar balik, baik aku meniduri En Hubby saja. Since dia pun dah berkemas, dah sorok segala nasi arab dia dalam periuk, so we decide later on la kitorang meet up semua. Maybe pegi picnic berkonsepkan pot luck.

So in the in, out of 9 invites, i managed to fulfil 7. Not a bad accomplishment indeed. Thanks to En Hubby yang sudi menemankan dan menjadi driver isterinya yang disable sementara ini. Luv yewww so veli much! Nanti saya bagi hadiah ya. *wink wink*

1 comment:

  1. panjang sungguh entry ni hehe .
    jauh perjalanan luas pemandangan , luas jugak ceritanya ye dak ? hehe
    lama berhenti belog skrg aktif kembali.

    ReplyDelete