Nuffnang

Wednesday, September 26, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Dulu masa zaman muda remaja trang tang tang, badan masih bergetah bak pokok getah di belakang rumah aku, body masih cun berlekuk macam gitar kapok adik aku (sekarang makin banyak lekuk, tu yg mahal tu), aku memang jenis yang adventureous dan kuat berjalan.

Aku ada 3 lagi partners in crime. Biasanya kami akan bersama-sama ke mana saja. Dan seperti biasa, mek yang giler kuasa ini lah yang akan menentukan apa aktiviti kami sebaik saja balik sekolah.

Satu hari tu kami decide mahu ke Pantai Bachok, kononnya mahu train suara sebab akan masuk pertandingan deklamasi sajak. Bila dah sampai pantai tu, masing-masing menjerit melaung, kononnya nak lawan bunyi ombak. Dah macam ikan paus panggil pasangan pun ada bunyi suara masing-masing. Bila dah puas melalak, suara pun dah serak-serak basah mengalahkan Ella, kami pun mahu balik. Kami pun tunggu la kereta sewa (teksi) kat tepi jalan. Sebelum tu member aku sorang tu sempat lagi beli colek aka rojak buah. Tidak lama menunggu, kami berjaya mendapat kereta sewa.

Aku ada satu habit bila naik kereta, aku suka berkhayal, terutama sekali bila aku jadi penumpang. Kadang-kadang kalau aku drive sendiri pun aku berkhayal, tu yang kadang-kadang nak balik rumah sendiri pun aku boleh terlepas lorong tu. So dalam perjalanan tu, aku berkhayal. Macam-macam yang aku khayalkan, daripada jadi Cinderella sehinggalah ke mengorat Leon Lai Ming dan buat majlis kahwin besar-besaran mengalahkan Lady Diana. 

Tengah-tengah syok aku berkhayal tu, tiba-tiba....

DAMMMM!!!

Serentak dengan itu ada bau semerbak memenuhi kereta. Aku terus terkejut dari lamunan (eceh!!!), berlatar belakangkan lagu Lamunan Terhenti yang berkumandang, aku tersedar yang ada cairan hijau melekat di lengan bajuku. Aku lihat sekeliling, kawan-kawanku juga disaluti cairan hijau. Kawanku yang duduk di hujung sebelah kiri dan di sebelah penumpang di bahagian depan yang paling banyak dilitupi cairan hijau, sampai ke muka. Kawanku yang berada di depan aku lihat ternganga sebab terkejut atau mungkin juga waktu kejadian itu dia sedang menganga melahap colek buah, dan cairan hijau tersebut memasuki mulutnya. Bau busuk yang semerbak itu mencucuk-cucuk deria hiduku.

Dalam keterpingaan aku itu, aku terdengar bunyi riuh rendah di luar kereta. Aku terjenguk-jenguk. Rupa-rupanya kereta sewa yang kami naiki telah ter'accident' dengan lembu yang meluru melintas jalan, melarikan diri daripada disembelih. Dan cairan hijau yang melitupi kami itu adalah tahi lembu yang terpercik memenuhi kereta apabila kereta yang kami naiki melanggar bontot lembu tersebut!

Nasib baik ada orang kampung yang baik hati menawarkan kami membersihkan diri di telaga rumahnya. Dan nasib baik juga aku yang paling sedikit terkena tahi lembu kerana aku berada sebelah pintu yang paling jauh daripada 'kawasan' kemalangan. Dan lebih bernasib baik lagi kerana masa tu aku terpengaruh dengan gaya pemakaian 4U2C yang memakai kemeja diluar tshirt, aku cuma perlu membuka kemeja sahaja kerana tshirtku bebas sumber pencemaran. Tapi yang paling kesian adalah member-memberku yang lain, merasa menjadi model face mask tahi lembu. Dan memandangkan mereka hanya pakai baju selapis sahaja, terpaksalah tahan bau tahi lembu sampai tiba ke rumah. Takkan la nak bukak baju basuh kat telaga tu ya dak?

Nota hujung jari:
Tak terkenangkah mereka dengan kenangan-kenangan sedih lucu pahit manis yang kami lalui bersama suatu ketika dulu? Mungkinkah hanya aku yang masih merindu? hmmmm

No comments:

Post a Comment