Aku ni memang bangsa tak reti duduk rumah diam-diam. Kaki tempang-tempang macam ni pun masih jugak nak berjalan-jalan. Masa balik kampung hari tu aku tanya abah apa dia bercuti tak pada hari Malaysia. Dia cakap dia bercuti. So aku ajak dia ke Felda Hot Spring Sg Klah di Sungkai. Abah being abah, dia ckp ntahlah, tahu lah, tengok lah, bolehlah. Initial plannya kalau abah cakap confirm jadi, aku nak beli kupon Groupon untuk bilik di Felda Residences. Tapi since abah tak bagi kata putus, so aku tak beli lah kupon tu.
Alih-alih hari Ahad/Isnin abah telefon tanya jadi tak pegi. So menggagau aku mencari accomodation. Since Kelantan tak dapat cuti ganti pada hari Isnin kerana cuti hari Malaysia jatuh hari Ahad, so we decided aku akan ambik cuti hari Jumaat dan kitorang akan bertolak ke Sungkai pada hari Jumaat. Nasib baik juga kerana cuti 3 hari membuatkan susah untuk mendapatkan accomodation.
Sebelum tu pada hari Khamis, En Hubby bagitahu ada kenduri untuk bakal-bakal haji di kampungnya. Aisehhh! Kenapa last minute sangat bagitahu. Memang kitorang plan nak balik Johor untuk visit parents En Hubby sebelum mereka berangkat ke tanah suci tetapi dah last minute takkan la aku nak call parents aku cakap kensel kan? In the end, En Hubby tak ikut kitorang ke Sungkai, dia balik Johor dan aku n family aku pulak ke Sungkai.
Kek utk birthday abah. |
Perjalanan dari Gombak ke Trolak cuma makan masa tak sampai 1 jam setengah. Kami keluar rumah lebih kurang pukul 11 pagi dan dalam pukul 12.30 kami dah sampai Trolak. Memandangkan family aku datang terus ke Trolak dari Kelantan, so kami tunggu mereka sampai dulu. Aku agak dalam pukul 3 lebih macam tu mereka akan sampai memandangkan mereka bertolak dari Kelantan dalam pukul 8 pagi. So kitorang keluar pegi beli barang-barang untuk buat bbq. Kami ke pasar Sungkai untuk beli ayam dan ikan. Lepas tu kami pusing bandar Sungkai untuk cari kedai kek, nak beli kek sempena birthday abah. Pusing punya pusing bandar koboi yg sekentut itu, nan ado. Yg ada hanya kedai cookies Cina je. So kami drive pegi Bidor. Aku dah bimbang dah takut ayam dengan ikan tu busuk tapi adik ipar aku cakap Bidor tak jauh sangat. Sampai Bidor nasib baik ada kedai kek, siap jual icecream cake lagik. Murah dan sedap pulak tu.
Malam tu memandangkan abah sesat dan sampai dah maghrib, kami cuma buat sambutan birthday abah dengan bbq, tak sempat nak berendam kat hot spring.
Esoknya pagi-pagi lagi aku dah kejut bebudak nak pegi hot spring. Yang si kecik semuanya tak dimandikan, sebab nak mandikan kat hot spring, dengan aku-aku skali tak mandi. All in all, memang best walaupun tak semua adik beradik adik aku yang dapat menyertai. Sesiapa yang masih mencari-cari tempat untuk bercuti yang berdekatan dengan KL, aku suggest pergilah ke Felda Hot Spring Sg Klah ni, memang puas hati. View pon cantik. Tapi since aku malas nak ngangkut tongkat bagai nak ambik gambar, DSLR berada di tangan adik aku. Hasilnya banyak gambar yg blur, out of focus la, over exposed la dan macam2 lagi.
Seorang budak comot |
cousins |
Gangnam Style |
Klass bapak aku potong kek dgn tak berbaju |
The dancing boy |
The party girl
|
No comments:
Post a Comment