~Apabila apa yang kamu lakukan itu datang dari hati yang ikhlas dan penuh minat, kamu akan merasakan kepuasannya meskipun kamu lelah menyelesaikannya~
Saja je aku letak kata-kata semangat untuk diri sendiri, bagi mengingatkan aku untuk mencari kembali inner passion aku. Kerana itulah aku menulis kembali, kerana penulisan sentiasa menjadi inner passion aku sejak dulu. Dulu aku banyak menyertai seminar-seminar penulisan, menjadi ahli persatuan penulisan. Tapi apabila aku mula bekerja, kekangan masa membuatkan aku melupakan segalanya. Entah berapa banyak manuskrip yang aku mulakan tetapi terkubur di pertengahan jalan. Dua manuskrip yang sudah hampir 200 lebih mukasurat sudah Innalillahiwainnalillahiraji'un, bersemadi bersama komputer peribadi yang sudah jahanam dan dibuang En Hubby.
Sekarang aku cuba mencari kekuatan dan mengumpul kerajinan untuk kembali berkarya. Dan belog ini akan aku jadikan medan untuk membuat sneak preview dan menguji sambutan orang ramai (ecehhh!!!). Dengan ini aku juga sudah melantik Cik Fadhlina Alias untuk menjadi editor tak bertauliah dan pengetuk genderang kat tepi telinga aku bila aku dilanda kemalasan. Dengan segala hormatnya terimalah pentauliahan ini ya Ina. Hehehehe...
Sebelum menamat bicara, belog ini bukanlah wadah penulisan aku. Belog ini hanyalah satu medium untuk aku meluahkan rasa. Aku bukanlah pembinasa bahasa, apa yang aku tulis di sini hanyalah untuk meluahkan rasa. Dan semestinya rasa tidak pernah berbicara dalam bahasa baku bukan? Atau kamu pernah berbicara dengan hati sendiri dalam bahasa puitis? Contohnya: "Indahnya awan gemawan yang menyemarak langit petang, dan matahari umpama tersipu malu mengintai di balik tirai rindu..."
Mahunya nanti hati kamu akan menjerit,
"Apa kejadahnya yang kau nak bagitahu aku ni weiii?!!!"
Jadi, jangan mempersoalkan bahasa aku di sini. Aku menulis belog untuk kita-kita ajeee...
Baiklah...untuk itu manuskrip "A Husband for My Mom" harus dikemaskini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu ok? B)
ReplyDeleteBaiklah...untuk itu manuskrip "A Husband for My Mom" harus dikemaskini sekurang-kurangnya 2 kali semninggu ok?
ReplyDeleteYang benar,
Cik EPG