Ilmu Allah yang kita dapat di dunia ni, hanya umpama sebesar zarah. Andaikata lautan itu ilmunya, umpama jarum yang dicelup ke dalam lautan, kemudian diangkat dan air yang menitis daripada hujung jarum itulah ilmu yang kita miliki.
"Malaikat itu menjawab: "Maha
suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa
yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".(al-Baqarah:32)
Riak, sombong dan bongkak dengan ilmu yang ada adalah seburuk-buruk sifat insan. Kerana sepandai atau sebijak mana pun kita, ada lagi yang lebih pandai dan bijak dari kita. Mungkin orang yang kita rendah-rendahkan tidak bijak dan pandai dalam akademik, tetapi dia bijak dalam ilmu kehidupan, dia bijak mencuri peluang, dia bijak mengatur langkah. Dan jangan cuba kaburkan mata orang lain dengan bercakap besar, kerana andai kita tidak benar berilmu, kebodohan kita akan lebih terserlah. Tiada apa yang kita perolehi daripada sifat riak, sombong dan bongkak itu, hanya kebencian dan kemurkaan Allah:
"Sebenarnya, bahawa Allah
mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka
zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong
takbur." (An-Nahl:23)
Dan andai kita benar berilmu, kongsilah ilmu itu dengan sebaik-baik mungkin. Jangan ada sifat tamak dan hasad dengki, kerana itu bukanlah sifat orang yang berilmu. Andai kata kita ditanya soalan yang tidak terjangkau ilmu kita, ambil masa untuk mencari jawapan. Bukan hanya membuta-tuli memberi jawapan mengikut konsep fikir sendiri. Yang salah tetap salah walaupun ada yang membenarkannya, kerana bukan tempat kita untuk membenarkan apa yang salah. Bersanggul tinggi dalam tudung, bukan kerana rambutnya lebat dan panjang yang mengharuskannya bersanggul tinggi tetapi kerana ingin dilihat menarik dalam berfesyen adalah salah walaupun rambut tersebut ditutup tudung seperti mana hadith Rasulullah S.A.W:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ
مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)
Janganlah kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang haram kerana syirik hukumnya. Apatah lagi jika kita seorang yang dipandang tinggi dan dihormati dalam masyarakat, kata-kata dan perlakuan kita menjadi ikutan, bimbang nanti kitalah yang akan menyebabkan akidah orang lain terpesong.
"Katakanlah (wahai Muhammad):
"Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang
baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya
itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang
tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya
tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat".
Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi
orang-orang yang (mahu) mengetahui" (al-A'raf:32)
Perkara yang melibatkan hukum, baik aqidah atau shariah seperti muamalat, munakahat atau jinayat haruslah disampaikan dengan berhati-hati. Seperti mana al-Quran telah menjelaskan bahawa ibu saudara sabit adalah ajnabi dan sah dikahwini sekiranya diceraikan oleh bapa saudara. Sila lihat dalilnya di sini.
Jadi berhati-hatilah apabila berbicara. Jangan terlalu sombong dan riak untuk menunjukkan kita berilmu. Bimbang nanti mahu dilihat pandai, makin bodoh nampaknya kita. Sesungguhnya hanya sekelumit ilmu Allah yang kita ketahui.
ilmu yang bagus utk dikongsi.
ReplyDeletesekadar berkongsi. Semoga ilmu itu dikongsikan sebaik mungkin
Deleteilmu yang bagus utk dikongsi
ReplyDelete