Nuffnang

Wednesday, August 8, 2012

Gajah dan Subuh

First sahur kat rumah sendiri malam tadi. Dalam peti ais tak ada apa-apa except for nuggets dan frozen chickens yang adik aku beli. Pesan kat En Hubby beli telur. Nasib baik ada ikan bilis dan sayur sawi layu yang adik ipar aku belikan. Punya la takut tak terjaga, aku layan tv sambil tunggu En Hubby bawak balik telur. Pukul 2 pagi aku dah tanak nasi  untuk buat nasi goreng. Almaklumlah, kalau kat kampung cuma bangun dan makan sahaja. En Hubby balik pukul 2.30 pagi. Lepak-lepak sekejap, pukul 3 pagi kami mula masak, kelentang kelentung di dapur sedangkan rumah sebelah menyebelah masih bergelap.

Pukul 3.30 pagi kami bersahur ringkas, nasi goreng dan chicken nuggets bersama air milo. Awal benar bersahur! Kalau kat kampung pukul 4.30  atau 5 pagi baru mak aku kejutkan sahur. 

Usai bersahur, jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. En Hubby belum mahu tidur, aku pesan minta kejutkan aku pukul 6 pagi untuk solat subuh. Alarm di telefon aku kuncikan juga agar terjaga. 

Rumah aku ni memang sedia gelap, siang hari pun gelap. Bila tarik langsir dan tutup lampu memang gelap gulita la jawabnya. Aku terjaga apabila mendengar bunyi jalarm menjerit-jerit. Sedikit disoriented, aku sangkakan baru pukul 5 pagi lebih kerana keadaan gelap gelita. Apabila aku capai telefon untuk mematikan alarm, jam menunjukkan 7.30 pagi. Aku jeling pula kepada jam di dinding, sah! Memang 7.30 pagi! 

Alahai! Gajah pun tak Subuh pukul 7.30 pagi!

No comments:

Post a Comment