Dah 6 Syawal rupanya. Aku baru nak bercerita panjang pasal raya tahun ni. Raya yang aku vote paling tak best selama aku beraya kerana keterbatasan pergerakan aku. Dah la malam sebelum balik Pontian tu aku demam, lepas berbuka n solat je aku telan panadol dan bantai tido. Bengkak je En Hubby kejutkan aku tak bangun-bangun. Kalau diikutkan hati dan badan, mahunya aku raya kat KL je, kunci pintu, tarik langsir dan tido. Sangatlah tak larat rasa badan dok mengheret kaki pergi kerja. Dahla kaki aku sedia kecik menampung badan yang berat, kalau tak injured pon kaki lenguh-lenguh dan belakang sakit, inikan pulak bila dah separuh disable ni. Kena pulak ada pendapat perubatan yang mengatakan perempuan bertetek besar ni senang kena sakit belakang kerana badan tak mampu menampung berat tetek yang dikatakan aset tu. Aku pon tak faham kenapa ramai perempuan sekarang sibuk nak membesarkan tetek, aku kalau boleh nak kecikkan, ringan sikit pergerakan aku. Silap-silap haribulan aku boleh berlari trek lagi. Zaman sekolah dulu kalau masuk lumba lari aku selalu rasa tetek aku jadi penghalang aku menang sesuatu kejohanan tu sebab bra tak mampu menampung tarikan graviti yang diakibatkan oleh larian tu. Kesannya, tetek akan bergoncang kuat bila berlari dan dada akan rasa sakit dan seterusnya mengakibatkan larian tidak laju. Dahla susah nak cari sports bra untuk orang yang asetnya bersaiz macam aku. Jangankan sports bra, bra biasa pun susah, mahal pulak tu. Perempuan-perempuan yang bersaiz tetek kecik ni tak sedar ke yang diorang ni beruntung. Badan ringan, nak pakai baju apa pun boleh sebab tak akan nampak terlampau seksi macam penari bogel atau pelakon filem porno dan yang penting, bra untuk cup saiz diorang murah! Beli yang lambak pun boleh!
Eh, aku dah melalut pulak. Berbalik kepada cerita raya aku. Perancangannya lepas balik keje nak gerak balik ke Pontian, alih-alih sempat sahur kat rumah. Lepas sahur rupa-rupanya En Hubby belum kemas baju masuk beg, alasannya tak tahu nk bawak apa. Terpaksa la aku senget benget naik atas kemas baju segala. Dah kemas semua dalam pukul 8 pagi kami bertolak. Aku pulak belum sampai 10 km aku dah bantai tido balik. En Hubby dok mengadu dia pun mengantuk dan mintak aku drive. Memandangkan aku malas dan glasses aku pun rosak, terpaksa lah dia berhenti kat hentian untuk tido. Tido punya tido bila aku terjaga jam dah pukul 1 petang. Kejutkan En Hubby, dia pulak main "hmmm, hmmm" bila aku kejut. Aku dah membebel-bebel, pukul berapa nak sampai kampung kalau macam ni. Last-last pukul 4 lebih baru sampai rumah mertua aku.
Sampai je rumah, kitorang keluarkan barang dan terus cabut ke Econsave untuk beli barang-barang untuk dimasak pada raya pertama. En Hubby dah mintak dah aku masakkan nasi dagang pada raya pertama tu. Since dia sanggup jadi sous chef katanya, so aku setuju je la. Beras lembut aka beras nasi dagang memang dah beli siap-siap kat KL since susah nk cari beras tu kat Pontian. So kami pergi cari ikan tongkol kat Econsave tu, alahai cinonet benar ikan tongkolnya. Beli jugak la dlm 5-6 ekor untuk digulai. Aku cadang masak gulai ikan tongkol dan ayam kari je plus acar mentah je sebagai lauknya. Kalau sempat mahu dibuat sambal kelapa juga tapi last-last kelapa sahaja yang digoreng, sambalnya aku dah tak larat nak buat. Lagipun ada juga sambal goreng, rendang, ketupat, nasi himpit dan lain-lain juadah-juadah lain yang diberikan oleh jiran tetangga untuk 'munjung' juga banyak.
Mungkin sebab orang kampung En Hubby jarang jumpa juadah nasi dagang di hari raya, Alhamdulillah, nasi dagang sebesen habis. Ya la kan, agaknya diorang pun bosan asyik-asyik juadah yang sama di setiap rumah. Seperti mana aku bosan kalau beraya di Kelantan, balik-balik jumpa nasi dagang. Sebab tu aku bawa pantai timur ke selatan dan selatan ke pantai timur.
En Hubby bersama nasi dagang, tapi dalam pinggannya nasi himpit pulak! |
Biasanya kalau beraya di kampung En Hubby, semua rumah akan ditandang. Satu perkara yang aku sangat kagum dengan masyarakat Jawa ni ialah persaudaraan mereka yang sangat erat. Kalau dalam keluarga aku, kami akan beraya di rumah keluarga terdekat sahaja tapi dalam keluarga En Hubby, saudara mara seperti dua pupu, tiga pupu juga dikira sebagai saudara dekat. Jadi biasanya dari pagi bawak ke malam kami akan kunjung mengunjung. Tetapi memandangkan tahun ni ada orang separa OKU, mak mertua aku buat polisi kami akan beraya di rumah saudara mara yang tidak mempunyai tangga sahaja. Itupun balik sahaja malam tu aku kembali demam.
Raya kedua since aku demam so aku tak ada lah masak apa-apa. Raya ketiga aku belasah pulak masak nasi minyak dengan kerutuk daging. Tu pun Alhamdulillah, 2 periuk nasi licin jugak.
Puas hati sebetulnya bila apa yang kita masak habis dimakan ni. Sebab tu lah aku gagahkan juga memasak, lagipun dah lama aku tak betul-betul masak macam ni. Walaupun lepas tu kaki bengkak dan aku demam terkejut urat, tapi sekurang-kurangnya aku dapat melepas gian memasak. Ya lah, kalau kat KL masak satu periuk kecik pun kadang-kadang tak habis, ni alang-alang beraya biar puas hati masak. Lagipun aku memang suka masak, tapi idak lah sampai masak memasak ni cuma kat celah ketiak aku je macam apa yang dipropagandakan oleh si Adam nih.
Cantiknya nasi dagang kau. Nasi dagang kelantan macam tu eh?
ReplyDeleteHa ah, nasi dagang Kelantan memang ada beras khas compared to nasi dagang Terengganu yg pakai beras biasa.Buatnya lebih kurang sama je kalau tak silap aku, kena kukus, lepas tu angkat n gaulkan dengan bawang merah, halia n halba, kukus n then angkat balik utk gaulkan dgn santan n then kukus balik sampai masak.
Deletehaha. Kira tak lari lah juga wataknya dalam cerita bila berkait dengan bab memasak. hehe
ReplyDeletehahahaha, kira bolehlah
Delete