Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Rumah oh Rumah

Alhamdulillah, pagi tadi selamat tiba di Gombak. Dua bulan lebih aku di kampung rupa-rupanya persekitaran rumahku juga telah berubah. Tiada lagi bengkel kereta tempat aku selalu menghantar kereta untuk buat alignment dan balancing, sudah bertukar menjadi pasar mini. 

En Hubby sambil tersenyum sudah bagi amaran, jangan terkejut bila masuk rumah. Rupa-rupanya rumahku sudah macam tongkang pecah, habuk dan debu di sana sini. Kain baju tidak berlipat. Dapur penuh dengan tahi cicak. Seolah-olah tiada yang tinggal di rumah ini. Bilik tidur juga sama, dengan kain baju yang sudah dilipat penuh di atas katil. Almari juga macam tempat kucing beranak jadinya. Pening kepala dibuatnya. Jawabnya terpaksalah aku mencari pembantu rumah harian memandangkan rumah bukan setakat bersepah tetapi amatlah tidak bersih, pijak lantai pun terasa berdebu. 

En Hubby pesan biarkan dulu, balik kerja nanti dia kemas. Ya lah tu, balik kerja pun entah pukul berapa. Dua bulan aku tak ada di rumah pun dia tak sempat nak berkemas, balik pun sudah tengah malam. Bila aku suruh panggil orang tolong kemaskan, dia bagi alasan tiada orang untuk monitor dan dia boleh kemas sendiri. Haish!

Sudah la jiran sebelah masih lagi dengan sikap pentingkan diri. Buka sahaja pintu kereta bau busuk semerbak ke hidung. Longkang sudah berbuih dan berlumut dengan tahi anjing dan sampah sarap dari rumahnya yang disimbah ke dalam longkang. Majlis Perbandaran Selayang pun, sudah berkali-kali di buat aduan, masih belum berbuat apa-apa. Hendak dibersihkan sendiri, kandungannya najis mughallazah! Tersiksa jiwa dibuatnya. 

Niat ingin mengadakan rumah terbuka kecil-kecilan juga terpaksa dilupakan. Pertama, aku belum 100% sembuh untuk memasak, menguruskan jamuan atau mengemas rumah. Kedua, takkan lah aku nak menjamu orang dengan bau busuk yang menusuk hidung. Alahai la nasib. Raya nanti pintu rumah akan sentiasa tertutup lah jawabnya.


2 comments:

  1. Masalah yang timbul sebab duk dengan jiran bukan islam yang membela nih. Diorang pun kena tolerate jugak patutnya.

    Rumah sepah, janji lelaki. Hahaha. Memang tak masuk.

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal. Masalah bila jenis yang tak menghormati jiran tetangga ni. Sakit jiwa jadinya

    ReplyDelete