Nuffnang

Saturday, October 6, 2012

Panggilan Haji

Panggilan haji telah tiba lagi!

Meriah!Hanya itu saja yg boleh aku katakan.

Dalam menguruskan jemaah haji, Tabung Haji memang tip top. Tapi malangnya di Johor ni, ada kekurangan yang sangat jelas yang bukan berpunca daripada Tabung Haji. Sedikit kesal kerana perkara ini tidak dititik beratkan oleh kerajaan.

Seawal 5 pagi rombongan kami telah bertolak dari Pontian. Yang perginya 2 org je tapi pengiringnya 4 kereta. Almaklumlah, anak menantu mertua aku ramai, dicampur adik beradik lagi. Azan Subuh berkumandang, kami singgah di masjid airport utk solat. Rupa2 nya ramai yg seperti kami. Parking lot masjid penuh sesak, belum lagi dikira mereka yg bermalam di masjid kerana rumah yg jauh.

Malangnya, masjid yang tersergam indah itu tersembunyi kekurangan yang amat nyata. Ruang solat terletak di tingkat atas dan tangganya agak tinggi manakala lif tdk disediakan. Sayang seribu kali sayang krn terlampau mementingkan nilai estetika, keselesaan jemaah dipandang enteng. Ramai jemaah haji yg uzur terpaksa bersolat di ruang berdekatan ruang wudhuk n toilet. 

Aku masa tu nk terkucil, tercari-cari toilet. Rupa-rupanya toilet dibina dalam ruangan yg sama dgn tempat wudhuk. Sudahlah ruangnya sempit, tak mampu menampung jumlah jemaah yg sangat ramai, toiletnya terhad dan semuanya jenis cangkung. Beberapa jemaah yang tua dan uzur mengeluh. Terdapat juga beberapa orang yang senasib dgn aku, bertongkat atau berkerusi roda. Mereka mengeluh dengan betapa tidak 'disabled friendly' nya masjid tersebut. Yg paling aku tidak faham, kenapa tidak boleh dibuka tandas utk kakitangan buat sementara waktu agar dpt digunakan olh jemaah. Agak mementingkan diri bagi aku.

Last2 aku terpaksa solat dlm kereta sebab tak larat nk panjat tangga dan tak blh nak duduk utk solat kt bawah. Aku rasa benda2 sebegini patut dititikberatkan oleh kerajaan. Bukan semua rakyat Malaysia ni sihat tubuh badan, kemudahan awam harus boleh digunakan untuk semua. Dalam mereka sesuatu pelan bangunan, perkara sebegini harus diutamakan. Terutama sekali apabila melibatkan tempat ibadah. Jangan bermegah-megah dgn masjid indah jutaan nilai tapi hakikatnya hanya indah di mata tapi tidak indah utk dikunjungi, tiada gunanya apabila ia tidak diimarahkan.



No comments:

Post a Comment