Nuffnang

Friday, October 12, 2012

Bertukar Kerja

Apabila ingin bertukar kerja, wang tidak harus menjadi kriteria utama. Kena tanya diri untuk apa kita bertukar kerja. Wang i.e. gaji yang menarik mungkin menjadi faktor penggoda tetapi tidak harus dijadikan penyebab utama.

Kita harus ingat apabila bekerjaya, hampir sebahagian daripada hidup kita dihabiskan di pejabat, mungkin juga lebih kalau kita jenis yang tidak senang duduk kalau kerja berlambak di pejabat. Jadi bagi aku persekitaran kerja juga amat penting. Biarlah kita berada dalam persekitaran yang kondusif, yang boleh menjadi platform untuk kita ke tahap yang lebih baik. Dan tahap yang lebih baik itu bukan hanya diterjemahkan dalam bentuk kenaikan pangkat sahaja tetapi juga dalam bentuk ilmu dan pengalaman. Bos? Juga penting. Kalau dapat bos yang jenis cerewet, tak bertolak ansur, tak menjaga kebajikan pekerja, langsung tak tahu hala tuju sakit jiwa juga, silap-silap masuk wad sebab darah tinggi.

Tetapi aku rasa gaji yang tidak seberapa berbanding rakan-rakan yang lain bukanlah faktor utama untuk bertukar kerja. Mungkin gaji kita kecil dan pangkat kita rendah tetapi kita masih memiliki social life dan flexibility dalam bekerja. Kalau kita bertukar kerja kerana inginkan gaji atau pangkat yang lebih tinggi, jadi bersedia lah untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat dan memberi komitmen yang lebih tinggi.
Apabila kita terpaksa menghabiskan lebih masa di pejabat atau bekerja dari rumah sehingga lewat malam atau pada hujung minggu, terimalah dengan hati yang terbuka kerana after all, it's all about money.

Apa-apa pun ia berbalik pada niat di hati. Jika niat kita untuk belajar dan memperoleh pengalaman, selagi terdapat persekitaran yang kondusif yang memungkinkan kita belajar, perkara-perkara seperti duit dan pangkat hanyalah remeh.

Bila bercakap tentang kondusif, bukanlah bermakna persekitaran yang ideal yang semuanya berbalas senyuman dan berpelukan sambil bos kita dengan mesranya menunjuk ajar sampai kita faham seperti dalam iklan di kaca tv. Bos yang cerewet juga boleh memberikan persekitaran yang kondusif kerana ia akan memaksa kita untuk bersifat lebih ingin tahu dan teliti dalam semua perkara. Selagi kita diberi arahan yang jelas dan tahu hala tuju yang diinginkan, sikap cerewet atau perfectionist bos itu hanyalah satu process quality control bagi diri kita sendiri.

Jadi, bila kena sound dengan bos tu,anggap saja sebagai kita belum melepasi quality control. Telan je la dan tebalkan muka. Yang penting kita dapat curi ilmu dia. Dalam bab ni, perlulah dipastikan bahawa bos kita itu benar-benar berilmu dan layak untuk dijadikan guru serta rujukan.  Kalau bos kita tu setakat sama cerdik (atau lebih tak cerdik) daripada budak tadika, mungkin instead of kiss his ass, we should just kick his ass@

1 comment:

  1. entah macamna hendak bekerja nanti . sebab diri pesen tak suka diarah bosss

    ReplyDelete