Bukan mudah menukar bidang kerja. Kadang-kadang terasa agak bodoh kerana banyak benda yang tidak diketahui. Aku rasa sepanjang aku bermula dalam bidang yang baru ni ntah sudah berapa puluh kesilapan yang aku lakukan, ntah berapa banyak bebelan daripada bos yang aku terima.
Godaan juga banyak. Sebaik sahaja aku mula bekerja, terdapat juga 2-3 tawaran untuk bekerja sebagai penterjemah di luar negara yang aku terima. Tergoda juga tetapi apabila memikirkan kembali kenapa aku terima jawatan ini, aku keraskan hati untuk melepaskan tawaran tersebut. Insya Allah, kalau ada lagi rezeki aku, adalah. Kalau tiada, mungkin itu bukan yang terbaik untuk aku.
Aku menerima kerja ini bukan kerana gaji. Gaji tidak banyak bezanya dgn tempat lama. Tetapi kerana aku ingin belajar, kerana aku merasakan bidang ini luas potensinya. Oleh kerana itulah aku rela menjadi bodoh untuk pandai. Biarlah apa pun yang bos bebelkan, aku pekakkan telinga dan beringat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Dalam pada mengeluh ingin memulakan perniagaan sendiri dan bekerja dari rumah, jauh di sudut hati aku tahu sifat curiosity dan kipochi dalam diri itu akan membantutkan hasrat aku untuk goyang bontot n belajar pole dancing (eh!) supaya laki tak cari yg lain.
Apa2 pon aku harap aku akan cepat belajar. Lately ni aku rasa aku agak sedikit bebal, sedikit bodoh- bodoh alang. Agaknya byk termakan semut. Harap-harP jgn sampai bodoh kepalang sudah!
No comments:
Post a Comment