Kebelakangan ini aku rasa aku semakin jauh dengan kawan-kawan. Tidak tahu kenapa. Masakah yang menjarakkan kami?
Memang semenjak kaki aku patah aku sudah lama tak melepak dengan kawan-kawan, sedikit membuatkan aku ketinggalan. Tetapi sebelum ini pun walaupun kani tidak berkelapangan untuk bertemu muka bergosip secara face to face, sesi gosip kami tetap diteruskan sama ada melalui bbm, whatsapp, gtalk mahupun email, tetapi sekarang masing-masing membisu. Mungkin kesibukan masing-masing menjarakkan kami. Tetapi entahlah, aku rasa kami sudah jauh, semakin jauh.
Dalam berkawan, aku sentiasa mengharapkan agar berkekalan. Aku pernah merasa hilang kawan tanpa aku ketahui sebabnya. Aku tak suka itu berlaku. Seandainya persahabatan ingin diputuskan, biarlah aku tahu kenapa supaya andai salah itu daripada aku, boleh aku pohonkan ampun maaf. Tetapi mungkin tanpa sedar aku ada mengguris hati sahabat, ya lah, hati orang mana kita tahu. Tambahan pula aku jenis yang direct bila bercakap.
Cuma kadang-kadang aku rasa bukan hanya dlm perkahwinan atau percintaan perlu ada tolak ansur, dalam persahabatan juga perlu kerana persahabatan juga satu hubungan kasih sayang. Sikap terbuka itu perlu ada. Melindungi dan menggalakkan sahabat itu perlu tapi dalam masa yang sama perlu juga jujur menegur, terutama sekali bila ada sahabat yang tidak sedar apa yang dibuat itu akan menjejaskan hidupnya sendiri. Seandainya teguran tidak boleh diterima, itu bermakna kita bukan inginkan sahabat tetapi hanya inginkan seseorang yang seperti burung kakak tua, mengiyakan segala kata dan perbuatan kita meskipun kata-kata dan perbuatan tersebut tidak betul.
Aku cuma harap kawan-kawan aku tahu yang aku ikhlas ingin bersahabat dan semoga mereka tidak melupakan aku sepertimana aku tidak melupakan mereka.

No comments:
Post a Comment