Manusia ni kadang-kadang terlampau mementingkan status dan bersikap selfish. Mungkin juga itu adalah nature manusia, tapi adakah nature itu tidak boleh diubah? Aku rasa nature yang selalu dijadikan alasan itu sebenarnya hanyalah attitude, yang tentu sekali boleh diubah atau dikawal.
Dari pemerhatian aku sepanjang bekerja di sekitar KLCC ni, seolah-olah status itu terlampau sacred. Terutama sekali di kalangan wanita. Kalau pagi-pagi sampai ke pejabat, toleh kanan orang pakai handbag berjenama mewah, toleh kiri orang pakai kasut berjenama mewah, paling-paling busuk pon Coach. Menggunakan barangan berjenama mewah tu tak salah, lantak kome la kan, bukannya kome mintak duit aku pun. Tapi kadang-kadang mereka menimbulkan rasa kurang senang kat aku, sebabnya mereka akan pandang aku atas bawah, kerling-kerling handbag yang aku bawak. Hello?! Aku tahu la handbag aku murah je, bukan jenama mewah tapi perlu ke buat macam tu?
Aku rasa rakyat Malaysia ni terlampau dimomokkan dengan status sehinggakan ada yang tanpa sedar menipu diri sendiri. Kadang-kadang telinga aku terdengar perbualan dikalangan golongan sebegini, terutamanya wanita, bercerita mengenai handbag, mekap atau pakaian jenama mewah terbaru yang ingin dibeli. Aku tadah telinga saja la kan, curi-curi dengar at least takde la aku jakun sangat bila dengar jenama-jenama yang mereka sebut tu, Berkin la, Anya la, Chloe la, Jimmy Choo la, Coach la, Prada la, Tod's la dan macam-macam lagi. Tapi yang membuatkan aku nak tergelak apabila dalam perbualan tu terselit pulak keluhan duit gaji tak cukup untuk bayar bil atau beli makanan atau bayar hutang kad kredit dsb. I mean come on la, you are willing to spend thousands for those stuffs but you are still complaining you don't have money?! Kat mana priority kamu kalau begitu? Bagi aku, lebih baik aku pakai handbag rege RM20 yang aku beli kat tepi jalan tapi dalam handbag aku ada RM2000 daripada aku beli handbag rege RM2000 yang aku beli kt butik tapi aku cuma ada RM20 je nk letak dlm handbag tu.
Bukan aku tak teringin, memang teringin nak bergaya jugak, bawak handbag mahal-mahal jugak tapi biarlah berpada-pada. Kalau ada duit lebih mungkin aku akan beli tapi kalau terpaksa ikat perut, berhutang sana sini semata-mata nak pakai barangan mewah tu aku rasa agak melampau. Tapi tu la kan, who am I to judge people? Lain orang lain keutamaannya, lain orang lain citarasanya. Cuma kalau dah tahu bila beli bag tu kamu takkan punya duit untuk buat benda lain, apa kata bawak megi je datang ofis, pastu makan diam-diam kat workstation tu. Tak payah masuk lif nak turun lunch bercerita bagai nak rak biar satu lif tahu ko tak berduit sebab beli handbag baru. Nak menunjuk pun biarlah ada kelasss sikit. Sangat tak berprestij cara nak bermegah tu occay!
Satu lagi yang aku tak berapa nak gemar bila dah terlampau pandang status ni, sikap mementingkan diri sendiri yang melampau-lampau. Ok, I know you are a manager or senior manager or higher tetapi please lah, takkan la cawan kau minum air sebijik pun kau tak boleh basuh? Aku tahu la ada cleaner cum tea lady tapi is it too difficult to wash 1 cup? Cleaner tu bukanlah kerja basuh cawan je kat opis, banyak lagi kerja lain. Tapi ni tak, kadang-kadang bila aku pergi pantry sebelum balik pada hari Jumaat, aku nampak ada 2-3 bijik cawan dalam sinki sedangkan masa tu cleaner dah habis kerja. Apa salahnya basuh je, memandangkan hari Sabtu dan Ahad takde orang kat ofis kan. Kalau taknak basuh pun, kau bilas je la sikit, jangan la letak dalam sinki dengan sisa-sia air neskape susu kau masih separuh cawan, kompom la berkulat cawan tu pada ari Isnin nanti! Tahu la kau tu jawatan tinggi, tapi takkan la takde langsung common sense nak pikir pasal kebersihan! Haish!
No comments:
Post a Comment