Nuffnang

Sunday, September 30, 2012

Pilihan dan Alasan

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya adalah akibat tindakan kita sendiri. Daripada 100%, boleh dikatakan hanya 10-5% sahaja benar-benar takdir. Terutama sekali apabila ia melibatkan kejayaan atau kegagalan dalam hidup.

Saya percaya yang hidup ini adalah berlandaskan pilihan. Dan pilihan itulah yang mencetuskan tindakan dan langsungnya menghasilkan akibat iaitu kejayaan atau kegagalan. Takdir hanyalah satu pemangkin atau catalyst kejayaan. 

Kalau kita mengatakan kita telah berbuat segalanya tetapi kita masih gagal, mungkin kita perlu meluangkan sedikit masa untuk meneliti 'segalanya' dalam erti kata sebenar. Memberi alasan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai 'berbuat segalanya'. Kalau kita asyik memberi alasan tanpa menumpukan pada tindakan, jangan mengeluh atau menyalahkan takdir apabila kita gagal. Kerana kegagalan itu 99% berpunca daripada pilihan dan tindakan dan mungkin hanya 1% berpunca daripada nasib malang atau takdir. Begitu juga kejayaan, 99% kejayaan itu terhasil daripada usaha keras dan pilihan bijak dan hanya 1% daripadanya disumbangkan oleh tuah. 

Jadi, kesimpulannya, kejayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Jika kita malas dan hanya tahu memberikan 1001 alasan, jangan iri hati bila melihat orang berjaya. Jangan mengeluh bila melihat yang kaya bertambah kaya dan kita masih lagi ditakuk lama. Kerana meskipun mereka berjaya kerana mereka pandai mengampu atau menggunakan pengaruh, mereka masih juga berusaha, mereka masih juga membuat pilihan. Sedangkan kita mengatakan kita tidak mahu berjaya melalui cara yang salah tetapi kita masih juga malas untuk menggunakan cara yang betul! Jadi apa gunanya merungut. Gerakkan bontot yang sudah melekat itu, kalau tidak mahu menari gelek untuk menawan hati orang yang mampu membantu kejayaan anda, rajin-rajinkan bangun dari kerusi untuk membuat kerja, kerana kejayaan itu tidak datang bergolek, dan tentunya tidak datang daripada menari gelek!

Pilihan untuk dibuat, bukan untuk diberikan alasan.

Thursday, September 27, 2012

Inner Passion

~Apabila apa yang kamu lakukan itu datang dari hati yang ikhlas dan penuh minat, kamu akan merasakan kepuasannya meskipun kamu lelah menyelesaikannya~

Saja je aku letak kata-kata semangat untuk diri sendiri, bagi mengingatkan aku untuk mencari kembali inner passion aku. Kerana itulah aku menulis kembali, kerana penulisan sentiasa menjadi inner passion aku sejak dulu. Dulu aku banyak menyertai seminar-seminar penulisan, menjadi ahli persatuan penulisan. Tapi apabila aku mula bekerja, kekangan masa membuatkan aku melupakan segalanya. Entah berapa banyak manuskrip yang aku mulakan tetapi terkubur di pertengahan jalan. Dua manuskrip yang sudah hampir 200 lebih mukasurat sudah Innalillahiwainnalillahiraji'un, bersemadi bersama komputer peribadi yang sudah jahanam dan dibuang En Hubby.

Sekarang aku cuba mencari kekuatan dan mengumpul kerajinan untuk kembali berkarya. Dan belog ini akan aku jadikan medan untuk membuat sneak preview dan menguji sambutan orang ramai (ecehhh!!!). Dengan ini aku juga sudah melantik Cik Fadhlina Alias untuk menjadi editor tak bertauliah dan pengetuk genderang kat tepi telinga aku bila aku dilanda kemalasan. Dengan segala hormatnya terimalah pentauliahan ini ya Ina. Hehehehe...

Sebelum menamat bicara, belog ini bukanlah wadah penulisan aku. Belog ini hanyalah satu medium untuk aku meluahkan rasa. Aku bukanlah pembinasa bahasa, apa yang aku tulis di sini hanyalah untuk meluahkan rasa. Dan semestinya rasa tidak pernah berbicara dalam bahasa baku bukan? Atau kamu pernah berbicara dengan hati sendiri dalam bahasa puitis? Contohnya: "Indahnya awan gemawan yang menyemarak langit petang, dan matahari umpama tersipu malu mengintai di balik tirai rindu..."

Mahunya nanti hati kamu akan menjerit,

"Apa kejadahnya yang kau nak bagitahu aku ni weiii?!!!"

Jadi, jangan mempersoalkan bahasa aku di sini. Aku menulis belog untuk kita-kita ajeee...



Sneak Preview - A Husband for My Mom

They call me a bastard. I don't know what it means. I thought it sounded delicious, like a custard pudding. Ahmad said it's probably a sophisticated name for custard pudding, like creme brulee, which I thought is a sophisticated name for caramel pudding. 

Ahmad told me maybe I am called bastard because of the colour of my skin, pale yellow, which looks like a custard. I don't know, maybe. But mom told me my skin colour is called 'kuning langsat'. Maybe bastard is an English term for 'kuning langsat'. Ahmad and I often wonder whether bastard is some sort of sophisticated name of a simple dish or an English term of a colour variant. I am more inclined towards the first assumption i.e. it is a sophisticated name of simple dish in one of those fine dining restaurants that charge you exorbitantly for a price of a little portion of simple food with long sounding, tongue twisting name. After all, a simple lempeng is called 'crepe'.

Oh, I forgot to tell you. Ahmad is my best friend. He lives just 2 doors beside mine. We live in a flat, 2 rooms flat. Ahmad is 5, just like me. Ahmad is the youngest from 5 siblings. His father works double shift to support their family. A clerk by day and a taxi driver by night. His mother baby sits the neighbour's children to supplement the income. She baby sits three kids ranging from age 3 years to 6 months. At night, she also make 'kueh', to be sold at the stalls below our flat. That makes her a very busy housewife, and makes Ahmad a very lonely child. His other siblings are all grown up, or they consider themselves grown up. They refuse to entertain Ahmad. Ahmad told me that he came as a surprise to his parents. They were not expecting another kid, they thought Ahmad's sister, who was seven during that time will be their last child. And suddenly at the age of 40, his mother got pregnant again. 

I like Ahmad's parents. They are very nice to me and my mom. Ahmad's mother always bring us kuih or lauk. She keeps an eye of me while mom is working. Despite her busy schedule, she always try to take care of Ahmad and I as best as she could. Though, most of the times, we were left wandering by ourselves. Ahmad's father is nice also, he always buy candies for me and Ahmad. But he always make us promise not to tell our moms. That is because our moms are adamant at keeping us eating healthy, although I'm not sure how healthy is healthy when mom most of the times will buy food from outside, because she doesn't have time to cook except for weekends.

Anyway, we once asked Ahmad's mom, what is bastard? Can she cook us bastard? She look at us very weirdly, as if she was torn between wanting to laugh or to cry. She told us bastard is not a food. Ahmad asked her if bastard is not a food, then what it is? She grew quiet and changed the subject by asking us what we want to eat for lunch. I was disappointed, I thought bastard is a variant of a custard pudding. And I would love to eat custard pudding made by Ahmad's mom. She cooks mean dishes, and I especially love her desserts.

My name is Faiz. I am 5 years old. I live with my mom in a rented unit at low cost flat in KL and I am called a bastard by my neighbours. Here is my story about finding my mom a husband...




Wednesday, September 26, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Dulu masa zaman muda remaja trang tang tang, badan masih bergetah bak pokok getah di belakang rumah aku, body masih cun berlekuk macam gitar kapok adik aku (sekarang makin banyak lekuk, tu yg mahal tu), aku memang jenis yang adventureous dan kuat berjalan.

Aku ada 3 lagi partners in crime. Biasanya kami akan bersama-sama ke mana saja. Dan seperti biasa, mek yang giler kuasa ini lah yang akan menentukan apa aktiviti kami sebaik saja balik sekolah.

Satu hari tu kami decide mahu ke Pantai Bachok, kononnya mahu train suara sebab akan masuk pertandingan deklamasi sajak. Bila dah sampai pantai tu, masing-masing menjerit melaung, kononnya nak lawan bunyi ombak. Dah macam ikan paus panggil pasangan pun ada bunyi suara masing-masing. Bila dah puas melalak, suara pun dah serak-serak basah mengalahkan Ella, kami pun mahu balik. Kami pun tunggu la kereta sewa (teksi) kat tepi jalan. Sebelum tu member aku sorang tu sempat lagi beli colek aka rojak buah. Tidak lama menunggu, kami berjaya mendapat kereta sewa.

Aku ada satu habit bila naik kereta, aku suka berkhayal, terutama sekali bila aku jadi penumpang. Kadang-kadang kalau aku drive sendiri pun aku berkhayal, tu yang kadang-kadang nak balik rumah sendiri pun aku boleh terlepas lorong tu. So dalam perjalanan tu, aku berkhayal. Macam-macam yang aku khayalkan, daripada jadi Cinderella sehinggalah ke mengorat Leon Lai Ming dan buat majlis kahwin besar-besaran mengalahkan Lady Diana. 

Tengah-tengah syok aku berkhayal tu, tiba-tiba....

DAMMMM!!!

Serentak dengan itu ada bau semerbak memenuhi kereta. Aku terus terkejut dari lamunan (eceh!!!), berlatar belakangkan lagu Lamunan Terhenti yang berkumandang, aku tersedar yang ada cairan hijau melekat di lengan bajuku. Aku lihat sekeliling, kawan-kawanku juga disaluti cairan hijau. Kawanku yang duduk di hujung sebelah kiri dan di sebelah penumpang di bahagian depan yang paling banyak dilitupi cairan hijau, sampai ke muka. Kawanku yang berada di depan aku lihat ternganga sebab terkejut atau mungkin juga waktu kejadian itu dia sedang menganga melahap colek buah, dan cairan hijau tersebut memasuki mulutnya. Bau busuk yang semerbak itu mencucuk-cucuk deria hiduku.

Dalam keterpingaan aku itu, aku terdengar bunyi riuh rendah di luar kereta. Aku terjenguk-jenguk. Rupa-rupanya kereta sewa yang kami naiki telah ter'accident' dengan lembu yang meluru melintas jalan, melarikan diri daripada disembelih. Dan cairan hijau yang melitupi kami itu adalah tahi lembu yang terpercik memenuhi kereta apabila kereta yang kami naiki melanggar bontot lembu tersebut!

Nasib baik ada orang kampung yang baik hati menawarkan kami membersihkan diri di telaga rumahnya. Dan nasib baik juga aku yang paling sedikit terkena tahi lembu kerana aku berada sebelah pintu yang paling jauh daripada 'kawasan' kemalangan. Dan lebih bernasib baik lagi kerana masa tu aku terpengaruh dengan gaya pemakaian 4U2C yang memakai kemeja diluar tshirt, aku cuma perlu membuka kemeja sahaja kerana tshirtku bebas sumber pencemaran. Tapi yang paling kesian adalah member-memberku yang lain, merasa menjadi model face mask tahi lembu. Dan memandangkan mereka hanya pakai baju selapis sahaja, terpaksalah tahan bau tahi lembu sampai tiba ke rumah. Takkan la nak bukak baju basuh kat telaga tu ya dak?

Nota hujung jari:
Tak terkenangkah mereka dengan kenangan-kenangan sedih lucu pahit manis yang kami lalui bersama suatu ketika dulu? Mungkinkah hanya aku yang masih merindu? hmmmm

Bionic Woman

Haven't updated this blog for few days. Not really busy, it just that I keep on falling asleep early. Pukul 8 lebih dah terbongkang. Yesterday was the worst, I fell asleep at 6 pm and only woke up at 6.30 am today! Tak tahu la apa yang penat sangat, nak kata ada isi, lemak tepu je yang banyak.

Dalam entry yang lepas aku ada bercerita tentang aku kena dapatkan second opinion, errr, fourth opinion actually for my leg. Since the chiropractor has recommended KLSMC, so there I went. Alhamdulillah, tak ada too bad news. Just that my bones were not healing as fast as they should. Tak tahu la apa masalahnya sedangkan semua makanan yang orang kata boleh percepatkan process pemulihan tulang aku makan. Tapi pertumbuhan tulang aku masih perlahan. Maybe betul la cakap chiropractor tu, I put pressure too fast on my injured leg. Tapi dah doktor kata dah boleh, aku pun start la berpijak dan berjalan. 

KLSMC recommended me to see Dr Low. So aku pun cerita lah apa masalah aku dan apa yang chiropractor tu cakap. Dr Low buat initial test, tekan-tekan kaki aku semua. Lepas tu dia suruh buat another X-ray. After looking at the x-ray, dia cakap my tibia (tulang keting yg besar) almost healed already though there's still some parts showing the gaps and my fibula (tulang keting yang kecil) was showing sign of healing. So he said problem aku mainly because of muscles. Dia tanya ada buat fisioterapi tak? Aku cakap ada la 2 kali, masa mula-mula operate fisio datang ajar cara guna tongkat. Lepas tu takde, in fact masa aku tanya doktor kat Pakar Perdana tu pon, perlu buat fisio ke, dia kata tak payah, cukup sekadar buat kat rumah. Since you are the doctor, so I trusted you la kan. Takkan aku nak trust lawyer's opinion pulak for health related advice. Pastu dia pun tak ajar exercise tu semua. Nasib baik adik aku belajar fisio, ada la jugak adik aku ajar serba sedikit. Tapi dia pun tak ada masa, apatah lagi bila aku dah balik KL n dia still kat Kelantan, lagi la tak ada orang nak monitor.

Dr Low bising, dia cakap mana cukup dengan fisio kat rumah. I should use the machine for bone regeneration sekali katanya. Pening aku dengan pendapat yang pelbagai ni. Doktor ni kata macam ni, doktor tu kata macam tu. I bet kalau aku dapatkan another opinion, lain pulak pendapatnya. So, let's just stick with this doctor first. 

Lepas tu aku bagitahu Dr Low pasal apa yg chiropractor tu cakap, about the screw at my ankle being too long. He said if I feel pain, then it is a problem. Aku cakap memang painful pun, from time to time I got this sharp stabbing pain around my ankle, as if somebody is slicing my ankle with a knife. Then he told me if you are having that problem and it continues after sometimes, I would advice you to do another surgery after 1 year. What?! 1 year?! Ayyoooo, does it mean I have to endure that pain for a year?! Great!

I asked him about my still broken fibula. He said memang modern medicine diorang tak akan buat apa-apa kat fibula because fibula tu akan bercantum sendiri and from the latest x-ray, there is sign of healing. But the thing is, fibula tu akan bengkok apabila bercantum. However, it will straighten up eventually. So aku tanya eventually tu bila, dia cakap mungkin in 5 to six years! Mak aihhhh!!! Tulang kaki aku akan tersembul untuk 5-6 tahun?! 

He said there's a small probability that the pain may also be caused by the bones but he suspected the main culprit is my muscles.So, he'll put me on physiotherapy treatment twice a week. After 3 weeks he'll see me again to see the progress. Dia bajet akan makan masa 5-6 months lagi untuk aku pulih sepenuhnya. I told him I want to heal faster than that, perhaps by next month! And he was laughing at me! Yeah right doctor, laugh now, I'll prove you wrong later!

Jadi, bermula lah journey aku untuk menjadi full fledged bionic woman with all the machines being connected to me. Macam bahan uji kaji pun ada, dengan semua students physiotherapy dok berkerumun, dan dok berebut-rebut nak test the vibration yang terhasil from the magnetic field of the machine. Layan je lerrr...






Sunday, September 23, 2012

Seminar Fesbuk Power

Hari ni awal-awal pagi lagi dah bangun, bersiap untuk ke Seminar Facebook Power anjuran Richworks Human Capital Development (M) Sdn Bhd, syarikat milik Dr Azizan Osman. Pendaftaran pukul 8.30 pagi katanya. Kawan aku si Ruby yang ajak aku temankan dia, kalau tak nan ado laa aku nak bangun pepagi di hari Ahad yang hening ini.



Since aku ada translation assignment yang belum siap dan perlu dihantar besok, so aku decide nak bawak laptop. Aku dah bajet dah, kalau membosankan aku nak bukak je laptop n buat kerja

Pukul 7.30 pagi, si Ruby masih belum sampai. Since dia yang mengajak aku, so dia la yang kena ambik aku ya dok? Kesian minah tu pepagi lagi dari Putrajaya berkejaran ke Gombak ambik aku dan kemudian ke De Palma Shah Alam.

Pendaftaran si Ruby dah buat siap-siap dan pengesahan dihantar ke hadphone kami. Kami diarahkan untuk menunjukkan pengesahan tersebut sewaktu actual pendaftaran nanti.

Sampai je kat De Palma, aku tengok orang dah ramai. Kitorang dah siap-siap pegang telefon nak tunjukkan mesej pengesahan yang diterima. Ramai jugak yang macam kitorang, masing-masing pegang telefon. Tapi sampai je depan pintu, diorang terus hulurkan borang pendaftaran, takde pun mintak tengok confirmation mesej. Aku dah hangin dah masa tu. Apa kejadahnya ko bagi borang pendaftaran pulak sedangkan aku dah daftar online?!Belum sempat kitorang isi borang, tiba-tiba ada pengumuman cakap tempat duduk dah penuh, so yang baru sampai tu kena duduk bersila atau berdiri. Kononnya diorang budget 900 attendees based on online registration tapi yang datang melebihi daripada tu. Dahla aku dengan bertongkat bagai, nak kena duduk bersila or berdiri untuk lebih 3 jam?! Bukan setakat patah tiga kaki aku nanti, patah 30 jadinya!

Aku dah hangin tahap gaban. Sangat-sangat teruk pengurusan dia. Yg ko bagi orang yang tak register tu masuk buat apa? Lepas tu aku nampak diorang tak verify pun peserta, semua yang lalu depan pintu besar tu diorang bagi borang. Hatta family yg bawak anak kecik yg belum mandi pagi, agaknya bawak anak ke situ nak sarapan ke atau nak mandi kolam ke. Ini memang betul-betul ko nak kaya cepat ni, sampai langsung tak hiraukan kualiti, profesionalisme dan keselesaan peserta. Sepatutnya kalau ko dah buat online pre-registration tu, ko dah ada list nama siap-siap. Apa kejadahnya ko siap mintak orang bagi details such as nama, alamat, no KP, no telefon bagai kalau bukan untuk ko create kan list? Ke ko ambik semua tu untuk senang kau jual data peribadi kitorang kat telemarketers?! 

Sepatutnya, bila participants datang, ko follow la prosedur yang konon kau dah tetapkan tu. Participants kena tunjukkan confirmation message, lepas tu kau countercheck against list nama yang dah pre-registered. Kalau diorang tak boleh provide confirmation message dan nama diorang takde, suruh diorang tunggu jap. Bagi buffer sampai pukul 9 pagi sebab bukan semua orang tahu lokasi hotel De Palma dan those yang duduk jauh macam kitorang ni mungkin akan terperangkap dalam jam dan sesat. Lepas pukul 9 pagi, kalau masih ada tempat barulah ko bagi those yang tak register awal-awal tu masuk. Baru lah nampak sikit ko profesional. Ni kononnya company kau selalu buat seminar dan kau tu life coach, tapi sangat la kelam kelibut ko punya pengurusan. Macam mana orang yang skeptikal macam aku ni nak percaya ngan kau?

Aku suruh Ruby join dan aku akan cari port kat lobi untuk buat kerja. Tapi Ruby kata since aku tak masuk dia pun taknak masuk sebab rasa tak best. So in the end, kami lepak kat sini:





Akhirnya....kenyang perut suka hati.




Friday, September 21, 2012

Entri Pantas

Lately ni aku mengalami masalah penat yang melampau. Balik kerja je lepas solat aku akan terbongkang. 8.30 mlm aku dah tertidur, En Hubby ciut-ciut pon aku tak terjaga, nak naik 'raaa' kata orang Kelantan atau nak inzal apatah lagi, jangan harap la kan. Tidur memang betul-betul tidur mati. Kadang-kadang tu dengan bertelekung aku tidur. Tu nasib baik bertelekung, ada masanya aku dah bukak baju siap-siap nak mandi, baring kejap atas katil nak check mesej masuk kat BB, tahu-tahu aku dah tertido, dengan hanya bercoli dan berseluar dalam je. Memang tak sempat la nak buat tiger show ke, tarian ghairah ke apa ke untuk En Hubby, En Hubby tengok pon agaknya hilang ghairah, macam anak paus terbongkang atas katil.

Aku tanya si Diana, Ephyra memang effect dia macam ni ke? Tapi dia kata takde pulak orang lain melaporkan effect yang sama. Aku je yang bagitahu aku sentiasa lapar dan penat. Haish! En Hubby punya teori mungkin sebab aku gunakan sepenuh energy untuk bergerak dan bekerja. Ntahlah, kerja aku bukannya penat sangat pun, bos aku dah bagi kerja yang paling mudah dan tak banyak bergerak kat aku. Agaknya effect kerja baru kot, aku ni memang bangsa tiap kali tukar kerja akan sakit dulu. Sangat tak motivating occay badan aku ni!

Hari ni aku ada appointment dengan another orthopedic specialist kat Kuala Lumpur Sports Medical Centre. Harap-harap tak perlu lah buat corrective surgery. Aku dah tak sanggup nak lalui sakit lepas operation tu, gila babi khinzir aku merayu-rayu mintak pain killer. Nasib baik aku tak meraung merayu mintak just kill me je.

Doakan yang baik-baik ok! Dan doakan by end of this year aku dah fully ok so that next year aku boleh teruskan semua aktiviti yang tertangguh. Aminnnn!


Thursday, September 20, 2012

Karangan Bangang

Pada suatu hari yang indah dan nyaman, saya bersaingin menghadiri majlis rumah terbuka di rumah sepupu saya. Memandangkan saya memang bangsa yang tidak pernahnya ingat jalan kalau jarang-jarang pergi, dan adik-adik saya juga jenis yang serupa, maka saya telah menghidupkan GPS saya.

Arakian, memandulah adik saya mengikut arah yang diberikan oleh GPS tersebut. GPS berkata,

"Belok kanan."

Adik saya pun membelok ke kanan.

"Belok kiri."

Adik saya pun membelok ke kiri.

"Jalan terus."

Adik saya pun memandu kereta ke jalan yang lurus, eh, jalan terus.

"Buat pusingan-U"

Adik saya pun buat pusingan-U.

Tetapi masalahnya kami masih lagi berpusing di tempat yang sama. Seolah-olahnya hijab GPS saya tertutup sehinggakan dia tidak dapat mencari jalannya. Walaupun kami telah mengikut arahan GPS sepenuhnya, status GPS saya menunjukkan bahawa dia sedang keliru mencari jalan, menunjukkan mesej "re-routing."

Sayugia berkatalah saya "Apa ke bangangnya GPS ni?!"

Sekonyong-konyong, menjeritlah GPS saya dengan kuatnya, "Gua Pun Sesat! Gua Pun Sesat!"

Tiba-tiba saya terasa seperti berada di awang-awangan. Badan saya berpeluh-peluh. Saya membuka mata...
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Oh! Bermimpi rupanya saya. GPS saya masih belum mampu memberi amaran bahawa dia pun sesat rupanya.

Bangang punya GPS!

Tuesday, September 18, 2012

Family Holiday @ Felda Hot Spring Sg Klah

Aku ni memang bangsa tak reti duduk rumah diam-diam. Kaki tempang-tempang macam ni pun masih jugak nak berjalan-jalan.  Masa balik kampung hari tu aku tanya abah apa dia bercuti tak pada hari Malaysia. Dia cakap dia bercuti. So aku ajak dia ke Felda Hot Spring Sg Klah di Sungkai. Abah being abah, dia ckp ntahlah, tahu lah, tengok lah, bolehlah. Initial plannya kalau abah cakap confirm jadi, aku nak beli kupon Groupon untuk bilik di Felda Residences. Tapi since abah tak bagi kata putus, so aku tak beli lah kupon tu.

Alih-alih hari Ahad/Isnin abah telefon tanya jadi tak pegi. So menggagau aku mencari accomodation. Since Kelantan tak dapat cuti ganti pada hari Isnin kerana cuti hari Malaysia jatuh hari Ahad, so we decided aku akan ambik cuti hari Jumaat dan kitorang akan bertolak ke Sungkai pada hari Jumaat. Nasib baik juga kerana cuti 3 hari membuatkan susah untuk mendapatkan accomodation.


So cari punya cari, aku decide untuk menyewa Homestay Aman di Feldajaya Trolak, bersebelahan MRSM Trolak. Jaraknya lebih kurang 10-15 minit ke Hot Spring Sg Klah. Kami sewa sebuah rumah dgn harga yang sangat berpatutan, hanya RM350 semalam. Rumah tersebut merupakan banglo 4 bilik yang cukup lengkap segalanya. Semua bilik dilengkapi katil yang selesa, malahan disediakan juga beberapa toto dan bantal tambahan. Ada dapur untuk memasak bersama segala jenis kelengkapan memasak spt kuali, periuk, sudip etc, rice cooker, cerek, peti ais, mesin basuh, seterika, tv dilengkapi astro dan juga bbq gril. Memang puas hati sangat-sangat. 


Sebelum tu pada hari Khamis, En Hubby bagitahu ada kenduri untuk bakal-bakal haji di kampungnya. Aisehhh! Kenapa last minute sangat bagitahu. Memang kitorang plan nak balik Johor untuk visit parents En Hubby sebelum mereka berangkat ke tanah suci tetapi dah last minute takkan la aku nak call parents aku cakap kensel kan? In the end, En Hubby tak ikut kitorang ke Sungkai, dia balik Johor dan aku n family aku pulak ke Sungkai.


Kek utk birthday abah.

Perjalanan dari Gombak ke Trolak cuma makan masa tak sampai 1 jam setengah. Kami keluar rumah lebih kurang pukul 11 pagi dan dalam pukul 12.30 kami dah sampai Trolak. Memandangkan family aku datang terus ke Trolak dari Kelantan, so kami tunggu mereka sampai dulu. Aku agak dalam pukul 3 lebih macam tu mereka akan sampai memandangkan mereka bertolak dari Kelantan dalam pukul 8 pagi. So kitorang keluar pegi beli barang-barang untuk buat bbq. Kami ke pasar Sungkai untuk beli ayam dan ikan. Lepas tu kami pusing bandar Sungkai untuk cari kedai kek, nak beli kek sempena birthday abah. Pusing punya pusing bandar koboi yg sekentut itu, nan ado. Yg ada hanya kedai cookies Cina je. So kami drive pegi Bidor. Aku dah bimbang dah takut ayam dengan ikan tu busuk tapi adik ipar aku cakap Bidor tak jauh sangat. Sampai Bidor nasib baik ada kedai kek, siap jual icecream cake lagik. Murah dan sedap pulak tu.



Malam tu memandangkan abah sesat dan sampai dah maghrib, kami cuma buat sambutan birthday abah dengan bbq, tak sempat nak berendam kat hot spring.



Esoknya pagi-pagi lagi aku dah kejut bebudak nak pegi hot spring. Yang si kecik semuanya tak dimandikan, sebab nak mandikan kat hot spring, dengan aku-aku skali tak mandi. All in all, memang best walaupun tak semua adik beradik adik aku yang dapat menyertai. Sesiapa yang masih mencari-cari tempat untuk bercuti yang berdekatan dengan KL, aku suggest pergilah ke Felda Hot Spring Sg Klah ni, memang puas hati. View pon cantik. Tapi since aku malas nak ngangkut tongkat bagai nak ambik gambar, DSLR berada di tangan adik aku. Hasilnya banyak gambar yg blur, out of focus la, over exposed la dan macam2 lagi.

Seorang budak comot



cousins

Gangnam Style


Klass bapak aku potong kek dgn tak berbaju
The dancing boy


The party girl






Satu train family aku je

Thursday, September 13, 2012

Bad News

Sudah memasuki 4 bulan sejak kemalangan yang dialami dan aku masih lagi berjalan tempang. Jadi semalam aku ke Chiropractic Specialty Centre untuk mendapatkan rawatan bagi soft tissue injury yang dialami. Aku pilih pusat ni kerana mereka menawarkan holistic treatment approach to sports injuries. Mereka menawarkan fisioterapi dan juga chiropractic.

Hari Isnin sebelumnya aku sudah bercakap dengan Dr Yama, U.S Board Certified Chiropractor. Dia tanya apa kecederaan yang aku alami dan dah berapa lama kecederaan tersebut. Aku terangkan yang aku mengalami tibia and fibula fractures pada bulan Mei yang lepas dan pembedahan interlocking nail dah dibuat. Tapi doktor ortopedik aku kata aku mungkin juga mengalami soft tissue injury, sebab tu lah kaki aku masih bengkak dan aku tak boleh memberi tekanan kepada kaki yang cedera. Doktor Yama mengatakan Insya Allah, dia boleh bantu dan minta aku ke sana dengan membawa semua x-rays yang ada.

Hati aku sudah berbunga, berangan-angan doktor itu akan mengatakan aku tidak perlu menggunakan tongkat lagi dan harus berjalan tanpa tongkat untuk exercise muscles aku. Kalau dia kata macam tu, aku dah berangan untuk menari Gangnam Style depan En Hubby since setiap hari dia akan paksa aku bawa tongkat ke pejabat. Itu pun aku curi-curi pergi ke corporate open house tanpa tongkat, apa curlassst kan pegi open house syarikat-syarikat besar bawak tongkat! Tapi aku cuma tak bawak tongkat kalau open house tu dibuat tengah hari la dan aku kena balik ofis semula lepas tu, kalau tak nanti kompom kena bebel dengan En Hubby bila dia jemput aku dan tengok aku tak bertongkat.

Maka semalam pergi lah aku ke Chiropractic Centre tu. Perkara pertama yang terpacul dari mulut Dr Yama apabila nampak aku dengkut-dengkut berjalan ialah "You don't look so good!" Yeah doctor, I know it, that's why I come to see you! Tapi dalam hati je la aku cakap macam tu.

Dah setel duduk semua dalam bilik dia, aku explain aku tak boleh berdiri lama dan berjalan jauh sebab kaki akan bengkak dan sakit. Kaki terjuntai lama sikit pun akan bengkak. Lepas tu kepala lutut aku rasa longgar, kalau tersilap step sikit memang rasa nak jatuh. Bahagian pergelangan kaki pun rasa ketat dan aku tak boleh nak menapak properly. Lepas dengar penjelasan aku, dia mintak tengok first xray sebelum pembedahan dibuat. Sebaik saja dia tengok xray tu, dia geleng kepala. Aisehhh! Kemudian dia cakap,

"How did you managed to get this kind of injury? What have you done to yourself?!"

Aku sengih, gelak-gelak. "Paragliding."

"You know this is a very serious injury? People can die from this kind of injury. You are lucky you are still alive and in one piece, you can live and still perform ibadah. If the broken bones cut through your major arteries, you can bleed to death. Some people die in a few minutes after the injury, before they even arrived at the hospital!"

Ok, now you are scaring me doctor! Million syukur indeed I am still alive!

Lepas tu dia letak pula xray kedua iaitu x ray sehari selepas pembedahan dibuat. Makin kuat dia geleng kepala.

"Oh gosh! Who operated you? This doctor can never practice in US. This is a very shoddy work. They did nothing to your fibula. Instead of one bone, now it has become 3 fragments! No wonder you are in so much pain! They should screw it or take it out! This bone is only to hold your muscles together, it can be taken out. Besides, it is too small, it can't bear your weight anyway."

Ok, exactly what En Hubby and I have been wondering when we saw the xray. In fact we enquire about it, and the doctor in Sabah told us that the bone can heal by itself, no need to do anything!

"And the screw is too big!" Sambil tunjuk kat x-ray, pada skru yang diorang masukkan kat ankle aku. "You can see that it penetrate into your uninjured bone at the other side. How come they did it this way? Haven't they measured it first? Most probably the doctor who did your surgery was just a resident, not a specialist. A specialist won't do this, they should measure the screw first!"

"That is why you feel pain around your ankle, because every time you move the screw will rub against your muscles." 

Damn! Definitely not something I want to hear. Memang sebelum ni aku dah wonder kenapa skru tu panjang sangat. In fact I can feel it poking through my skin!

"No wonder I can feel it poking through my skin! So that is my problem is it? That's why I feel pain around my ankle?"

"No, that is just one of your problems."

Shit! Double aisehhhh!!!

"The 3 fragments of the broken fibula now are just floating around in your legs, rubbing against your muscles and nerves. That's why your legs easily swollen. And I think you also have ligament injury. Where is the MRI image?"

Aku explain yang doktor kat Sabah tak pernah buat MRI scan. Diorang cuma buat Xray saja. Sekali lagi dr Yama geleng kepala. Dia cakap sepatutnya hospital buat MRI scan sebelum diorang buat surgery so that boleh determine kat mana ada soft tissue injuries. Tak boleh buat lepas surgery sebab besi yang dimasukkan dalam kaki aku tu akan mess with the images dan tak boleh dapat accurate location kat mana ada injury.

Masa tu aku dah menyumpah-nyumpah dalam hati. Madefaker betul! Rasa macam nak saman je hospital kat Sabah tu. Lepas tu dr Yama cakap dia tak berani nak ambik kes aku. Sebab dia kata tulang aku belum pulih sepenuhnya. Even tulang baru kat tibia tu pun pertumbuhan dia minimal dan masih nampak gap, sepatutnya aku masih belum boleh bergerak lagi. Dia nak buat test untuk tentukan sama ada betul ada ligament tear pun dia tak berani sebab dia kata mungkin akan worsen the bones and I will be in excruciating pain.

"However, I am not an orthopedic specialist. My advise, get a second opinion. Stay away from the government hospital and KPJ, since you did your follow up at KPJ after you came back from Sabah."

Dr Yama recommend aku pergi jumpa ortho kat Kuala Lumpur Sports Medical Centre kat Damansara Height. Dia kata dia tak kenal specialist ortho kat situ tapi dia dengar good review about the specialist there. 

Bila aku tanya bila aku boleh start treatment untuk soft muscles injury, dia kata sampai tulang aku baik dan dia estimate dalam 6-7 bulan lagi.

Hati aku masa tu memang dah down giler. Aku mengharapkan aku boleh berjalan properly by next month so that aku boleh join the industry treasure hunt. Tapi nampaknya lupakan lah hasrat.

Plan nak pegi Tanah Aina, Taman Negara, Extreme Park dan yang sewaktu dengannya terpaksa lah aku lupakan buat sementara waktu. Jawabnya kalau nak bercuti pun, aku kena buat percutian mewah, semuanya tempat yang boleh berkereta sehingga ke muka pintu. Kena pegi cari golf resort la macam ni, boleh naik buggy je pusing-pusing resort. Haish!

On top of that, duit lagi, mana nak cekau duit? Rasanya insurance aku tak cover KLSMC dan insurance company pulak, since it's considered an existing injury before aku join company ni, kompom la takkan cover. Arghhhhhh! Sakit jiwa jadinya aku!



Wednesday, September 12, 2012

Di Pagi Hari Ku Panjatkan Doa

Ya Allah
Kau jauhkan prasangka dari hatiku
Sesungguhnya aku lemah ya Allah
Aku merasa teraniaya bila mana ada mereka yang mengadu domba
Aku merasa sakit hati bila mana mereka membuat angkara
Beribu alasan diberi, beribu elakan dicipta

Ya Allah
Aku tahu rezeki itu datang dariMu
Tetapi ya Allah, aku merasa terkilan dan tertipu bila mana rezekiku yang kau berikan
digunakan oleh mereka yang tidak begitu terdesak memerlukan
kerana ya Allah
Aku telah melalui kesukaran untuk mendapatkan rezeki itu
Dan hati ini menjadi terlalu sakit

Ya Allah
Ampunkan aku
Bila mana aku selalu mengeluh, bila mana aku menjadi ingin menghukum
Ampunkan aku
Bila hati ini bersangka buruk
Bila hati ini tidak betah melalui kesukaran
Ya Allah aku memohon
Berikan aku kesabaran
Berikan aku keiklhasan
Aku tahu ini dugaanMu
Namun aku ini manusia biasa ya Allah
Aku cuma mampu bergantung padaMu

Ya Allah
Andai ini adalah penghapus dosaku
Atas mungkin kekhilafanku dalam menggunakan rezekiMu
Atas mungkin kesilapanku mengambil sesuatu yang bukan hakku
Aku redha ya Allah
Dan ku mohon kau ampunkanlah aku

Aduhai hati
Cubalah bersangka yang baik-baik sahaja
Aduhai hati
Cubalah kau tenang-tenang sahaja

Monday, September 10, 2012

Raya Sana Sini

I

Aku kan paling anti kalau tengah driving tiba-tiba ada la bunyi siren motor polis kat belakang, memotong kereta sambil tangan terkuak-kuak suruh ke tepi dan berhenti. Apatah lagi waktu tu aku dalam perjalanan ke pejabat atau nak pergi mesyuarat, aku dah ngam-ngam bajet masa tiba-tiba sampai lambat sebab kena berhenti bagi laluan pada kenderaan VIP. Aku tak kisah kalau aku kena bagi laluan pada ambulance, polis atau bomba sebab kau tahu ada kecemasan, tetapi kepada kenderaan VIP ni aku ada sedikit hangin. Bukan sekali dua aku terkena kena berhenti untuk bagi laluan pada kenderaan VIP, tetapi kemudiannya aku nampak kenderaan tu menuju ke KLCC! Memang mcm cipet! Ko nk pegi shopping tapi menyusahkan orang. Kau tu dah la entah bayar ke ntah idak roadtax, tapi orang yang bayar roadtax pulak yang kena bagi jalan kat ko sedangkan ko pegi shopping utk perabis duit negara. Sangat la lahanat!

Cuba la memimpin melalui teladan. Kalau tak ada perkara yang super urgent, jangan pakai polis peronda untuk tutup jalan. Belajar jadi rakyat biasa, cuba dalami sesak nafas, sakit pening rakyat jelata terpaksa meredah kesesakan lalulintas setiap hari demi mencari sesuap rezeki. Jangan makin menyesakkan rakyat dengan perangai tak senonoh kaum kerabat kau menghabiskan duit cukai yang dibayar rakyat dengan menggunakan polis untuk menutup jalan, sedangkan tenaga polis tu boleh diguna untuk perkara yang lebih berfaedah. Tak pasal-pasal rakyat marhaen macam aku dapat dosa kering sebab menyumpah seranah kau dan kaum kerabat kau!

II

Aku pelik dengan budaya open house di bulan Syawal actually. Ramai orang tanya aku, aku buat open house tak? Aku balas tak buat tapi since it's raya, pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk tetamu. Tetapi bila aku jawab macam tu, tak ada sorang pon datang rumah aku untuk beraya (kecuali teman-teman dan keluarga paling rapat). Apa tidak boleh bertandang kah kalau tidak dibuat open house? Sejak bila amalan kunjung mengunjung hanya terhad kepada rumah yang buat open house? Mungkin budaya masyarakat bandar agaknya, kalau kat kampung boleh saja nak beraya kat rumah siapa pun walaupun tak mendapat jemputan open house.

Menyentuh pasal open house, hujung minggu hari tu aku dapat 9 jemputan. 5 pada hari Sabtu dan 4 pada hari Ahad. Memang betul-betul penat! Dari pagi keluar, malam baru sampai rumah. Sampaikan rasanya dah tak larat nak bawak perut. Mahu je aku bukak perut dan tinggal kat rumah sebab dah tak larat nak sumbat segala jenis makanan.

Hari Sabtu tu Alhamdulillah, semuanya berdekatan jadi tidak lah aku terkejar-kejar sangat. Cuma satu rumah di Kajang tetapi aku terpaksa menolak sebab memang takkan sempat. Pagi-pagi dah keluar menuju ke rumah sepupu aku di USJ dengan perut yang kosong, sangkut pulak dalam jam kat NKVE dan Summit. Dengan air cond yang dah tak sejuk, ditambah lagi dengan perut yang lapar, aku memang betul-betul jadi singa. Adik aku yang menaiki kereta lain berjaya melepasi traffic light terlebih dulu dan menelefon mengatakan dia akan tunggu di stesen minyak Shell bersebelahan Petronas di depan. Aku pon mengiyakan saja, tetapi bila aku sampai di Shell tersebut, aku tak nampak kereta adik aku! Aku dah start hangin, tetapi En Hubby kata mungkin di Shell satu lagi kerana terdapat satu lagi Shell bersebelahan Petronas di jalan masuk ke rumah sepupuku. Bila dah sampai ke Shell kedua pun masih tak nampak kereta adik aku, aku mula jadi singa kelaparan, aku call adik aku dengan bengang. Rupa-rupanya dia dah tersilap jalan ke depan dan jalan tersebut juga ada Shell bersebelahan Petronas, terpaksa patah balik. Yennadey! Kenapa banyak sangat Shell bersebelahan Petronas di USJ ni?! Buat orang confuse je!

Sampai saja rumah sepupu aku, peluk cium mak sedara aku dan sepupu2 aku sekejap, aku terus terkam makanan. Memang sangat kebulur occay! Lepak rumah sepupu aku lebih kurang 45 min, berkejar pula ke rumah Diana si Green Apple kat Putra Avenue. Nasib baik dekat. Kebetulan masa aku sampai, si Fillanie ada. Tengah-tengah berborak dengan Filla tiba-tiba nampak kecoh-kecoh, rupa-rupanya ayah si Di pitam. Aku dgn Filla dh bimbang dah, bising suruh dibawa ke hospital. Tapi ayah Di was too weak and dia mintak utk rest kat rumah dulu. Kesian Di, kelam kabut jadinya dia.

En Hubby kata rumah ketiga yang akan kami pergi terletak di kawasan perumahan bersebelahan rumah Diana. So aku pun bajetlah akan berada di rumah Diana untuk 30-40 min sahaja sebab nanti nak berkejar ke rumah kawan aku Kodah dan Sandi pula. Dah cukup masa yg aku dah bajet, kitorang pon kluar dr rumah si Di. Rupa-rupanya bila pusing nk keluar dr kawasan perumahan tu, tup-tup dah sampai depan rumah si Sandi Alahai, kat belakang lorong je rupanya. Since masih awal lagi, so kitorang cari stesen minyak utk membuang isi perut dan solat. Nk tumpang toilet rumah Diana macam segan la pulak kan, ada ke pegi membuang kat rumah orang yang buat open house, sangat takde respek occay!

Pegi rumah Kodah, kebetulan classmate aku kat uni yang aku tak jumpa sejak graduate pun sampai jugak. So gegak gempita la sekejap rumah tu. Dr pukul 5 sampai ke pukul 6.30 aku melepak kat rumah Kodah sebelum ke rumah Sandi yang cuma di seberang jalan. Tapi yg paling bangang sekali, aku boleh lupa nak ambik gambar hatta dgn guna kamera yang aku bawak mahupun dengan tepon padahal si Kodah akan ke UK pada minggu depan dan si Azura ntah bila lagi aku akan jumpa.

Pukul 6.30 aku ke rumah Sandi pulak sebab janjinya dgn d gang semua akan sampai kol 6.30. Tup-tup aku dah sampai berulang 4-5 kali makan, d gang masih belum nampak muka gak. En Hubby dah 2-3 kali masuk kete untuk lelap mata. Akhirnya, pukul 9 mlm diorang sampai, nasib baik aku tak masuk bilik tidur Sandi untuk tidur. Bila dah masing-masing berkumpul, semua cerita terkeluar, dari cerita hantu di Bukit Tunku, cerita Edora bungkus lauk kenduri bawak balik, cerita Ina manage to escape semua wedding kitorang (asyik ada kat oversea manjang, ko kawin nanti aku nak cari tix pegi mana-mana time tu, pastu aku tepon ko dr oversea, huhuhu) sehinggalah ke cerita somebody who fell from a sky. Dekat pukul 10.30 baru masing-masing balik. Sampai je rumah memang aku flat terus, tak sempat tukar baju n mandi, aku terbongkang atas sofa tidur. Bukak mata dah pagi rupanya! Dan bermulalah another episode of open houses....


The old havoc gang, after 10 years!

III

Cerita open house lagik, hari Ahad pagi-pagi kol 11 lagi dah keluar, sebab nak sampai tepat pukul 12 kat rumah second cousin aku memandangkan ada 3 lagi rumah lepas tu. Sampai rumah dia, orang tak ramai lagi, just nice! Food semuanya dimasak sendiri, ada laksam, laksa, macaroni sup, nasi minyak, rojak buah, bubur kacang dan macam-macam lagi. Ada kambing golek juga. En Hubby telah belasah kambing golek, lepas tu merungut sakit kepala.

Kat rumah dia, jumpa sedara mara yang telah lama tak jumpa. Ada antara makcik-makcik aku tu dah tak kenal aku, ya lah, sebab tengok aku pun masa masih kecik, sekarang dah besar panjang, body pon dah gebu gittew, mana nak cam. Borak serba sedikit, kami minta diri untuk ke rumah seterusnya di Kota Kemuning.

Memandangkan kawan aku ni buat cukur jambul anak dia sekali, so kami fikir elakkan sampai pukul 2 masa majlis baru berlangsung sebab tak mahu bertembung dengan majlis cukur jambul. Sempat lagi kami ke Giant utk beli bidai tingkap buat penghalang pagar (ntah berkesan ke tak utk menghalang bau najis anjing tu). Sampai rumah dia dlm pukul 3 lebih. Rupa-rupanya majlis cukur jambul baru nak bermula sebab group marhaban lambat sampai. Aisehhh!!! Tak sempat nak berborak-borak.

Makan ala kadar, dalam pukul 4 kami berkejar ke rumah ke 3 di Serenia Ukay, Ukay Perdana. Rumah ni adalah rumah blogger yang cantik manis, si Elly. Aku whatsapp Filla n Diana tanya diorang dah sampai belum sbb plan nak pergi sama masa. Tup-tup Filla cakap MRR2 jam gila babas. Aisehhh, aku dah masuk KESAS n nk follow MRR2, camne? Kami ambil keputusan untuk berhenti solat kat stesen minyak sekejap. Sesudah solat, hujan pulak turun selebat-lebatnya. Aduhhhh!!!Jalan yang sedia jam makin bertambah jam. Pukul 6 baru aku sampai rumah Elly. Si Diana dah sampai rupanya sedangkan dia keluar rumah lepas Asar. Borak punya borak sambil layan capati, jam dah pukul 7. Kelam kabut aku sebab aku dah save rumah best for last, rumah si Mek Han. Check handphone, rupa2nya satu takde service, satu lak bateri kong. Abisss, kompom aku kena maki dengan bebudak tu.


Aku berasa sungguh 'gebu' sekali berada di kalangan mak-mak orang yg vogue ini!

Keluar je dari Ukay Perdana, bertalu-talu bbm masuk. The geng dah balik dari rumah Mek Han. En Hubby dah bising, takkan maghrib nak pegi rumah orang jugak. Aku cuba bbm mek han, xde balasan, call pon tak berangkat. Last-last aku cakap kat En Hubby, kita balik semayang maghrib n freshen up, pukul 8 kita keluar balik.

Sampai je rumah, aku cuba lagi call Mek Han, masih takde jawapan. Aku mandi n solat, n cuba bbm Mek Han pulak, still senyap sunyi. Aku dah tak sedap hati, merajuk ke minah ni? Aku contact Bat, dia cakap pegi je rumah Mek Han sebab masih ada tetamu yang datang. Tapi aku tak sedap hati nak pergi rumah orang malam-malam. Mana la tahu kan, kot-kot dia kepenatan seharian melayan tetamu sampaikan tertidur dgn suami, ataupun kepenatan seharian melayan tetamu sampaikan ditiduri suami (eh?!). Sampai lah masuk Isya', aku selesai semayang Isya', En Hubby masuk bilik tanya jadi ke nak pergi rumah Mek Han. Aku masa tu dah siap berbaju kaftan. So aku cakap tak jadi sebab Mek Han mungkin dah tidur tak jawab bbm or call aku.

Sebaik saja En Hubby turun tgk bola, masuk bbm Mek Han. Rupa-rupanya dia charge telefon kat atas n dia lupa dia charge telefon. Hampeh! Dah pukul 9 mlm aku dah tak kuasa nak keluar balik, baik aku meniduri En Hubby saja. Since dia pun dah berkemas, dah sorok segala nasi arab dia dalam periuk, so we decide later on la kitorang meet up semua. Maybe pegi picnic berkonsepkan pot luck.

So in the in, out of 9 invites, i managed to fulfil 7. Not a bad accomplishment indeed. Thanks to En Hubby yang sudi menemankan dan menjadi driver isterinya yang disable sementara ini. Luv yewww so veli much! Nanti saya bagi hadiah ya. *wink wink*

Thursday, September 6, 2012

Membuntal Time

Terbaekkkk! Ari ni ada 2 corporate open house, 2-2 opis lama aku. Aku pilih pegi satu je. Ari Sabtu ni pulak aku ada 4 open house, satu kat rumah sepupu aku di Subang, lepas tu rumah si Diana n kawan baik aku masa kat universiti di Putra Avenue, satu lagi kt rumah ex-office mate kat Kajang. Aku cuma mampu pegi 3 je kot, tu pon sebab dekat-dekat. Lagipun tahun lepas aku dah tak pegi rumah Diana si Epal Ijo ni sbb aku terbongkang tertidur kt rumah, tahun ni wajib la pegi sebab nak ambik Ephyra skalik. Lagipun melampau la kan kalau aku pegi umah kawan aku yang cuma sepelaung je dari rumah si Di ni tapi tak singgah rumah dia. Memang sumpah kena maki dengan minah ni n after that dia haramkan dirinya dari jemput aku.

Ari Ahad pun aku ada 4 rumah. Tapi kali ni masalah sikit sebab semua jauh-jauh jarak dia. Satu rumah si Elly in Wonderland ni di Serenia Ukay, satu rumah superfren si Mek Han di Sri Damansara, satu lagi rumah dua pupu aku di Puchong dan last sekali rumah rakan lama chatter Yahoo, Ayu Syah n Interframe di Bukit Jelutong. Dah la masa open house masing-masing lebih kurang sama je. Mana satu aku nak pergi ni? Semua pulak berpotensi untuk memaki aku kalau aku tak pegi, especially si Elly n Mek Han.

Jawabnya sampai sudah la aku tak puasa sunat 6. Asyik ada jemputan untuk membuntalkan badan je ni. Minggu depan pun macam ala-ala sudah penuh kalendar dgn acara makan-makan. Tu la,sape suruh tak start awal-awal, padan muka aku. Aku rasa berat yang hilang masa aku dlm healing process ari tu dah berganda-ganda dapat balik ni. Dah la treatment Mayfair pun dah lama tak pergi padahal gynae nasihatkan aku untuk turunkan berat badan dan bukan hanya mengangkang sahaja kalau nak ada anak.

Haish! Dijemput makan pun dilema, macam mana kalau kebulur macam orang di Afrika? (Nauzubillah, sesungguhnya aku bersyukur ya Allah).


Nota tapak kaki:

Aku masih lagi takjub sebetulnya bagaimana internet, terutama blog merapatkan silaturrahim orang. Aku bersyukur kerana bertemu rakan-rakan yang hebat melalui laman maya khususnya blog. Terima kasih Mek Han, Di n Elly kerana jemput aku. Semoga ukhwah kita sentiasa berpanjangan.



Wednesday, September 5, 2012

Cemburu dan Iri Hati

Kadang-kadang kita ni terlalu senang cemburu dan iri hati dengan apa yang ada pada orang lain. Kita nampak kawan kita yang masa sekolah keputusan peperiksaannya tidaklah semenggah mana berjaya dalam kerjaya, pegang pangkat tinggi dan bergaji besar, kita cemburu, kita jadi iri hati. Bila keluar bersama kawan yang cantik manis dan tumpuan lelaki lebih kepadanya, kita jadi cemburu, jadi iri hati. Bila rakan lain yang kahwin lagi lewat daripada kita dapat anak lebih awal daripada kita, kita cemburu, kita iri hati. Bila rakan kita dapat suami handsome, bergaya dan kaya, kita cemburu, kita iri hati. Bila rakan sekerja yang menyertai syarikat lebih lewat daripada kita naik pangkat, kita cemburu, kita iri hati. Bila rakan kita mampu membeli rumah yang besar, kita cemburu, kita iri hati. Pendek kata, semua apa yang ada pada orang dan tidak ada pada kita, kita jadi cemburu, kita jadi iri hati.

Tetapi kita tidak pernah nampak apa yang kita tidak ingin nampak. Kita cuma melihat apa yang kita mahu lihat, kadang-kadang yang sebaliknya terpampang di depan mata kita tidak endahkan, kita tutup mata kita dari melihat kerana kita terlalu asyik melayan rasa cemburu dan iri hati. Kita rasakan kita lebih layak memiliki apa yang dimiliki orang lain. Bila orang lain berjaya, hati cemburu dan iri hati kita mengatakan yang mereka menggunakan cara yang tidak baik untuk berjaya.

Kita tidak nampak kawan kita yang tidak semenggah akademik itu sebenarnya bekerja kuat untuk mendapat kerjaya yang berjaya, yang sebenarnya kawan kita yang lemah akademik itu bijak ilmu kehidupan, tidak pernah melepaskan peluang dan sentiasa mencuri ruang. Bukan seperti kita yang hanya merungut dan menjuih cemburu.

Kita tidak nampak yang kawan kita si cantik manis yang menjadi tumpuan lelaki itu sentiasa kecewa dalam cinta dan belum bertemu jodoh kerana lelaki lebih tertarik kepada kecantikannya berbanding peribadinya. Atau jodohnya lambat sampai kerana dia tidak dapat memastikan siapa yang lebih mencintainya kerana terlalu banyak pilihan.

Kita tidak nampak yang kawan kita yang kahwin lewat tetapi dapat anak lagi awal daripada kita itu selama ini tidak putus-putus berdoa agar diketemukan jodoh. Betapa kawan kita itu bertahun-tahun memendam perasaan digelar andartu.

Kita tidak nampak yang kawan kita yang tidak cantik tetapi bersuamikan lelaki handsome, bergaya dan kaya itu sebenarnya lebih cantik daripada kita kerana peribadinya, bukan kerana rupanya. Kita tidak nampak yang kawan kita yang cantik jelita dan bersuamikan lelaki handsome, bergaya dan kaya sebenarnya menderita kerana suaminya menduakannya. Atau suaminya rupa-rupanya tidak berselera dengannya kerana lebih berselera dengan yang sejenis.

Kita tidak nampak yang rakan sekerja kita naik pangkat kerana dia berusaha keras, berdedikasi dalam bekerja. Tidak pernah lewat, sentiasa tiba ke pejabat awal dan pulang lewat. Tugasan tidak pernah tertangguh.Bukan seperti kita yang sudahlah tiba ke pejabat lewat, tugasan asyik tertangguh, asyik pula melayan FB atau update blog di waktu pejabat (eh?!).

Kita tidak nampak yang kawan kita mampu beli rumah yang besar kerana dia berusaha keras menabung untuk mendapatkannya. Bukan seperti kita yang belum sampai pertengahan bulan, gaji sudah habis ditabur ke kelab-kelab ronggeng atau kaunter-kaunter mekap dan handbag (bukan aku, aku tak buat).

Kita tidak sedar yang sebenarnya Allah memberikan rezeki dalam pelbagai bentuk, kadang-kadang kita tidak nampak. Rezeki yang Allah kasi itu sebenarnya sudah di 'tailor made' untuk kita. Mungkin kita tidak mempunyai kerjaya yang berjaya tetapi kita mempunyai keluarga yang bahagia. Mungkin kita tidak mempunyai peminat yang ramai tetapi kita mempunyai kekasih yang setia. Mungkin kita tidak mempunyai zuriat tetapi kita mempunyai suami yang menyokong. Mungkin kita tidak mempunyai suami yang kaya dan bergaya tetapi kita mempunyai suami yang penyayang. Mungkin kita tidak naik pangkat tetapi kerja kita tidak mempunyai tekanan dan ada ruang untuk kita bersosial bersama rakan-rakan. Mungkin kita tidak mempunyai rumah yang besar tetapi keluarga kita kecil, tidak perlu rumah yang besar dan tidak terlalu penat untuk mengemas. Hakikatnya, kita ini manusia yang lupa untuk bersyukur, lupa untuk melihat juga kesusahan orang dan bukannya hanya cemburu dengan kesenangan orang. Dan kita ini juga manusia yang malas berusaha, hanya tahu mengeluh, tidak puas hati, cemburu, iri hati sedangkan kita sendiri tidak pernah berusaha untuk mencapai apa yang orang lain capai. Ringkas cerita, kalau malas, kalau takut gagal, jangan mimpi mahu jadi kaya, jangan mimpi mahu berjaya. Sebenarnya tiada alasan untuk berjaya, yang ada hanyalah alasan untuk tidak berusaha mendapatkannya.

Nota ibu jari:

"There are three kinds of people: those who let it happen, those who make it happen, and those who wonder what happened."John Richardson



Tuesday, September 4, 2012

Merancang untuk Perkara yang Tidak Dirancang

Dalam hidup ini tidak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Jadi perlu juga ada perancangan untuk perkara yang tidak dirancang. Contohnya, aku tidak pernah merancang untuk berjiran dengan orang yang memelihara anjing dan kucing serta binatang lain, yang kemudiannya tidak tahu menjaga kebersihan dan kesegaran udara yang dihirup oleh jiran sekeliling, yang tidak faham atau buat-buat tidak faham bahawa kawasan perumahan rumah teres berangkai bukanlah zoo negara, yang masih tolol untuk mengerti bahawa depan pagar jiran bukanlah lot parking kereta.

Jadi, apabila berlakunya perkara yang tidak dirancang dan aku tidak membuat perancangan untuk menghadapi perkara yang tidak dirancang, apa yang patut aku lakukan? Jawabnya tutup hidung, masuk pagar, masuk rumah, tutup tingkap, tutup pintu dan sembur pewangi banyak-banyak. Atau menekan hon kereta setiap kali mahu memandu keluar apabila ada si jakun rabun yang melihat ruang di depan pagar rumah sepertinya ada kotak untuk meletak kenderaan. Aduhhh, selamanya mahu tersiksa dengan keadaan? Itulah padahnya apabila tidak merancang untuk perkara yang tidak dirancang, kalau merancang, dari umur setahun jagung sudah dikumpul RM1 sehari, agaknya sudah mampu memiliki banglo sekarang. Sudah mampu ku bina pagar 10 kaki tinggi, biar tidak mampu dipanjat kucing, biar tidak terdengar disalak anjing!

Dan agaknya, sekarang ini aku sudah bersenang lenang, upah sahaja En Adam untuk update blog ini dengan kisah-kisah Lucasnya!



Monday, September 3, 2012

Mimpi

Mimpi
Kadang-kadang indah kadang-kadang penuh ghairah
Kadang-kadang duka kadang-kadang berair mata

Mimpi
Kadang-kadang suka kadang-kadang derita
Kadang-kadang satu cuba kadang-kadang hanya cerita

Mimpi itu
Biarlah hanya aku yang tahu saja




Merdeka, Balik Kampung dan Open House

Merdeka! Merdeka! Merdeka! For me, it is never too late to wish Selamat Hari Merdeka!

Apa erti merdeka bagi anda? Merdeka bagi saya bukan hanya dengan memacakkan, mengibarkan atau meletakkan Jalur Gemilang di kereta-kereta, di tiang-tiang bendera atau di rumah-rumah kita semua. Kurang patriotikkah saya seandainya saya tidak mengibarkan atau meletakkan bendera Jalur Gemilang di kereta atau di rumah saya? Saya rasa patriotisme adalah sesuatu yang lebih dalam, lebih 'deep' daripada mengibarkan dan meletakkan bendera di kereta-kereta atau di premis-premis kediaman, pejabat mahupun perniagaan. Saya ada sebab tersendiri kenapa saya tidak suka mengibarkan atau meletakkan Jalur Gemilang di kereta saya. Dan saya rasa dengan tidak meletekkan Jalur Gemilang di kereta atau di rumah saya tidak menjadikan saya kurang patriotik berbanding orang lain yang berbuat demikian. Malahan saya memutuskan untuk tidak mengibarkan dan meletakkan Jalur Gemilang di kereta atau rumah saya atas sebab yang saya rasakan cukup patriotik. Saya tidak suka bendera kebanggaan negara saya suram, pudar dan berserabut dengan segala macam kotoran, daripada air hujan, debu hingga ke selut berlumur mencemari sesuatu yang saya banggakan. Dan sekiranya saya meletakkannya di kereta saya, seandainya bendera tersebut tercabut ditiup angin, ia akan tersadai di atas jalan atau ditepi jalan, digilis, dipijak dan diinjak oleh pelbagai kenderaan, manusia dan binatang sehingga renyuk, comot dan seperti kain buruk. Akhirnya, Jalur Gemilang yang sepatutnya menjadi kemegahan terbiar sepi tidak dihiraukan.

Saya rasa pengertian MERDEKA sudah semakin dikomersilkan nilainya. Kenapa perlu memberikan penghargaan kepada Jalur Gemilang hanya pada bulan Ogos? Sedar tidak sedar, selepas sambutan 31 Ogos sahaja Jalur Gemilang terbiar menjadi sampah sarap di Dataran Merdeka, stadium-stadium atau di mana sahaja sambutan kemerdekaan diadakan. Sesuatu yang amat menyedihkan dan amat menghina saya rasa. Dan tahun ini, penghinaan itu berganda apabila ada yang menjalankan piket untuk menukar Jalur Gemilang kononnya. Sebabnya, sekali lagi, konspirasi kononnya Jalur Gemilang direka agar menyerupai bendera Amerika Syarikat! Aduh! Cetek sungguh pemikiran rakyat Malaysia ini. Mudah benar terpengaruh dengan dakyah dan propaganda yang sebetulnya merupakan cubaan untuk memecah belahkan dan mengganggu gugat keharmonian negara.

Satu lagi yang saya tidak suka mengenai sambutan kemerdekaan, yang mana saya rasakan merupakan penghinaan kepada perjuangan nenek moyang kita yang berhempas pulas, bermandi darah membebaskan negara daripada tangan penjajah. Kenapa perlu dibazirkan wang dengan sambutan besar-besaran, pertunjukan bunga api, persembahan artis-artis dan sebagainya? Tiba sahaja ambang merdeka, bermacam-macam jenis orang yang keluar untuk menyambut kemerdekaan kononnya, tetapi mereka tidak sedar mereka sebenarnya terjajah rohani, terjajah pemikiran. Sudah berapa banyak kita dengar mengenai kisah-kisah rogol, mabuk dan seks bebas yang terjadi pada malam kemerdekaan? Belum lagi cerita mengenai vandalisme dan kemusnahan harta benda yang berlaku. Pernah sekali sewaktu saya bekerja di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, saya terpaksa pulang lewat kerana menyiapkan tugasan yang melambak. Waktu itu sudah pukul 10 lebih malam. Di sekitar Sogo dan Pertama Complex bermacam jenis manusia yang saya nampak, saya pun tidak pasti sama ada itu manusia, jin atau hantu. Dengan rambut tercacaknya, rambut trojan yang warna warninya dan ada juga yang tidak berambut terus.Bersubang di telinga, bersubang di hidung malahan di lidah dan entah mana lagi tempat yang sensitif dan tidak wajar disebut agaknya. Memakai pula pakaian yang pelik-pelik, gelang tangan yang bergerigis-gerigis, choker yang berpaku (teori saya mereka mengeluarkan pepaku dari kasut bola dan memakainya dileher). Mereka semua menakutkan saya! Malahan ada dua tiga orang daripada mereka yang bertindak mengetuk, memukul dan menumbuk teksi yang saya naiki!

Ia membuatkan saya tertanya, itukah erti merdeka bagi rakyat Malaysia? Terutama sekali bagi muda mudi pewaris negara? Dan kenapa kerajaan sepertinya tidak sedar tentang hal ini? Meneruskan lagi dengan sambutan yang seolah-olah menggalakkan mereka keluar lewat malam dan bergaul bebas? 

Tahun ini ada sesuatu yang saya kesalkan apabila bercerita mengenai kemerdekaan. Menjadi seorang yang separa kurang upaya untuk sementara waktu, saya seperti dikejutkan hakikat bahawa setelah 55 tahun merdeka, rupa-rupanya golongan kurang upaya masih terpinggir dan dipinggirkan. Cuti 3 hari yang ada, saya merebut peluang untuk pulang ke Kelantan dan beraya bersama keluarga sebelah saya. Sepanjang perjalanan, dua tiga kali kami berhenti di stesen minyak untuk buang air dan merehatkan badan. Apa yang menyedihkan, kebanyakan stesen-stesen minyak ini tidak menyediakan kemudahan untuk golongan kurang upaya. Jangankan tandas khusus untuk golongan ini, tandas duduk pun tidak ada. Kemudian apabila tiba di Gua Musang, kami berhenti di hentian R&R yang baru dibuka. R&R ini ada menyediakan tandas khusus untuk golongan kurang upaya tetapi dikunci pula. Di pintu tandas tertampal notis yang mengatakan kunci perlu diminta daripada penyelia yang bertugas. Tetapi penyelia yang bertugas langsung tidak kelihatan. Bayangkan, R&R itu dipenuhi orang dan agak luas, sudahlah mahu terkencing, perlu pula mencari penyelia yang entah di mana berada. Bagi saya yang sedang dalam proses penyembuhan ini, mungkin boleh digagahkan terhincut-hincut ke tandas biasa, tetapi bagaimana pula bagi mereka yang lumpuh, kudung atau orang tua yang sudah tidak larat?

Sudahlah  apabila terhincut-hincut ke tandas awam yang biasa, saya dapati semua tandas duduknya tidak mempunyai pelapik. Bagaimana mahu duduk? Apa semua wanita perlu kencing berdiri seperti lelakikah? Akhirnya saya terpaksa menggunakan tandas cangkung, menahan sakit mencangkuk dengan sebelah kaki, dan bila mahu bangun amat seksa kerana tiada tempat untuk berpegang, terpaksa melonjakkan diri dengan berpegang pada kepala paip dan kemudian dinding. Bayangkan jika orang tua seperti nenek saya yang sudah bongkok dan tidak mampu mencangkung...agaknya sudah terkencing di dalam pakaian jadinya.

Sepanjang perjalanan juga saya dapati banyak bukit dan hutan, terutama sekali sepanjang Raub hingga ke Kuala Lipis yang ditarah dan ditebang. Saya juga dapat tahu yang Tasik Chini juga sudah bertukar rupa, sudah tiada keindahannya kerana terdapat aktiviti perlombongan yang dijalankan berhampiran. Apa sudah jadi? Inikah merdeka yang kita inginkan? Memerdekakan bumi Malaysia daripada hutan belukar yang memberikan kita semua sumber oksigen dan menapis pencemaran? Memerdekakan warisan hutan Malaysia yang indah ini? Hakikat yang tidak boleh disangkal, merdeka Malaysia belum ada makna kerana masih ramai yang belum merdeka hati dan akal daripada tamak dan haloba.

Sedih, amat menyedihkan sekali kerana kita terlampau taksub mahu menjadi maju sedangkan kita tidak sedar kita semakin mundur rohani, kolot akal. Apa lah namanya kemodenan seandainya anak-anak cucu kita nanti, belum umur 10 tahun sudah meninggal akibat sesak nafas. Jangan satu hari nanti oksigen akan menjadi komoditi berharga yang diperdagangkan, sepertimana yang hampir berlaku kepada sumber air sekarang. Nauzubillah, semoga dijauhkan Allah. Bagi saya sendiri, saya tersangat sayangkan negara ini dan saya sanggup negara ini tidak menjadi negara maju asalkan anak-anak cucu saya masih mampu hidup dan bernafas dengan aman dan tenteram di bumi bertuah ini. 

Nota hujung jari:
Hujung minggu hadapan sahaja saya menerima 4 jemputan open house pada hari Sabtu, membuntal lah jawabnya saya nanti.