Nuffnang

Thursday, August 23, 2012

Entri Mengarut

Saya belum berkesempatan nak update yang panjang-panjang. Ini pun saya curi masa pejabat, mencacing sekejap untuk update blog.

Saya tak bercuti raya, semalam sudah mula bekerja. Masa saya sudah tidak banyak seperti 3 bulan lepas. Pagi pergi kerja, balik kerja matahari pun sudah terbenam. Lepas solat saya kroihhhh terus. Saya gagal menjadi seperti Encik Adam yang cukup rajin update blog dan cukup kreatif meluahkan karut marutnya.

Raya saya biasa-biasa saja, dihiasi dengan demam, batuk dan selsema. Cuma agak sedikit mendapat glemer murahan mengalahkan Nilopak kerana begitu ramai sekali yang menegur dan menyapa walaupun saya tidak kenal. Malahan mendapat treatment VIP lagi. Semuanya gara-gara saya bertongkat di hari raya.

Oklah, sebelum orang lain nampak saya sedang 'mencacing' update blog, baik saya kembali bekerja. Ya lah, syarikat bayar gaji tinggi-tinggi (tinggi ke?) untuk buat kerja, bukannya update blog ya dak? Nanti ada masa saya curi lagi untuk update blog ya.

2 comments:

  1. Muahaha. Nama saya juga dimensyen. Glamer kalah Nilopak tak tahan tu.

    Anyway selamat menjalani hidup bekerja kembali. Dan moga kesihatan tubu dan juga kaki makin elok.

    ReplyDelete