Nuffnang

Wednesday, August 15, 2012

Alahai La Kerja

Hari ini hari ketiga kerja. Sepatutnya aku masih dalam program induksi yang makan masa seminggu tetapi aku pergi hari pertama je. After that dapat excuse sebab diorang kata akan banyak running around, so seekor cimpanzi akan melambatkan pergerakan. Dahla cimpanzi yang ni gumuk, lagi la susah kaki tu nak menampung berat, lagi melambatkan pergerakan orang lain.

First day report for duty, induction habis pukul 5 ptg. Jalan dah jam so pukul 6 lebih baru En Hubby sampai. Ingat nak 'membeli belah tingkap' kat KLCC tapi jalan sikit pon kaki aku dah sakit gila memandangkan induction di adakan di auditorium yang terletak di tingkat 25. Lif pulak sampai tingkat 24 je so aku kena naik tangga ke tingkat 25. Masuk auditorium kena naik tangga lagi. Lepas tu kena sound sebab aku duduk paling belakang sedangkan barisan depan masih ada seats. Bukannya aku taknak duduk depan, tapi semua seats tepi dah taken, aku nak masuk seat dalam memang adanya aku duduk atas riba orang nanti. Nasib baik after the first session officer yang handle induction tu perasan aku jalan macam cimpanzi so dia tanya aku kenapa. Bila aku cakap aku tak fully recover lagi dari patah kaki, dia bagi aku excuse untuk the rest of the induction. So aku sms boss aku bagitahu, dia terus suruh aku masuk ofis. Yang menjadi masalahnya, pass card, phone, komputer semua cuma akan disediakan selepas induksi tamat iaitu selepas raya. Kelam kabut secretary boss aku cuba set up kan tempat. Nasib baik ada lappy department, tu pon satu hari tunggu untuk di set up. Bos ada bagi some documents untuk aku baca tapi document nipis-nipis je, dalam 1-2 jam aku dah abis baca. Lepas tu document tu tgh tunggu feedback dari other parties, so aku tak payah buat apa-apa lagi. Sampai pukul 4.30 ptg aku melanguk, menung dan  pandang dinding. Nasib baik tak ada cicak kat ofis ni, kalau tak aku akan jadi pembilang cicak yang berjaya.Pukul 4 ptg baru dapat internet connection untuk lappy.

Hari ni lagi la, kerja aku cuma browsing internet, baca few materials kat website SKMM. Mintak kerja dengan colleagues pun diorang kata takde keje nak bagi kat aku. Last-last aku selamba kodok je update blog ni. Haish, harap-harap hari Rabu lepas raya nanti aku dah dapat pass card. Jangan semua orang cuti, pass card tak dapat n aku tak dapat masuk ofis. Jawabnya memang aku masuk ofis kat TGV nanti.

4 comments:

  1. Mengulor di tempat keje la nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengulor, mencacing je. hehehe

      Delete
  2. teringat , dulu part time kat cc pon memang kejanya apdet belog la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni curi2 apdet takut org nampak. hahaha

      Delete