Nuffnang

Friday, August 10, 2012

Alahai Nasi Kerabu

Sudah hampir penghujung Ramadhan rupanya. Pantas betul masa berlalu. Masih terlampau sedikit amal ibadah yang aku lakukan. Tiba-tiba hati terasa sayu. 

Kesempatan untuk bertemu rakan-rakan dan meraikan Ramadhan bersama juga tahun ini tidak kesampaian. Itu tidak penting sebenarnya, yang penting aku sudah terlalu lama tidak bertemu mereka semua. Rindu pula rasanya. Seperti bertahun tak bertemu mereka semua.

Oklah, ini entry super malas. Sebab kalau tak update nanti Ina bising, nanti dia tak belanja aku buka puasa. Hehehehe. Semalam keluar dengan En Hubby untuk settlekan beberapa perkara. Cadangnya ingin ke bank untuk ambik penyata untuk buat pengeluaran KWSP, kemudian akan ke KWSP untuk hantar borang pengeluaran untuk mengurangkan gadaian dan kemudian ke TM Point untuk mintak statement untuk diserahkan kepada LHDN. Aku ingatkan boleh terus dapat penyata dari bank, rupa-rupanya kena tunggu 5 hari bekerja. So tak dapatlah ke KWSP, terus detour ke AEON AU 3 sebab En Hubby kata kat situ ada TM Point. Rupa-rupanya dia tertukar dengan kedai UNIFI! Dah alang-alang ke situ, kitorang pusing-pusing untuk cari baju raya dan juga baju kerja memandangkan aku akan mula bekerja hari Isnin ni. En Hubby request kerusi roda sebab dia cakap aku lambat dok hincut-hincut, so lagi senang dia tolak je aku dengan kerusi roda. 

Hajatnya mahu beli kasut yang selesa, almaklumlah, bila dah jadi si tempang sementara ni, terpaksa lah invest beli footwear yang selesa dan boleh membantu mengurangkan sakit dan bengkak. Lepas tu mahu beli pakaian kerja juga memandangkan aku tak banyak pakaian kerja, sepanjang kerja di tempat lama, aku gunakan sepenuhnya polisi casual office attire, jadi aku banyak membeli tshirt dan jeans sahaja selama 5 tahun kebelakangan ni. Tapi selection kat JJ AU3 tu sangatlah hazab, in the end aku tak beli apa-apa pun. Jubah untuk mak aku pon tak ada, semua yang dijual macam stok 5 tahun lepas yang tak habis. Aku tak puas hati, aku ajak En Hubby ke Carrefour. Ya lah, bila lagi nak shopping, En Hubby asyik busy, balik malam memanjang. Aku nak keluar sendiri tanpa orang temankan, mahunya nanti aku tinggal je kereta kat parking shopping complex dan tahan teksi je balik bila kaki dah sakit. 

Kat JJ oklah, ada disediakan kerusi roda, so aku tinggal duduk dan En Hubby tolak je, tapi kat Carrefour ni tak ada. Sangatlah hazab rasanya, aku dah rasa macam nak tercabut kaki dah berjalan, sakit gila sampai naik ke belakang. En Hubby membebel kerana dia dah warning aku masa aku ajak pergi Carrefour tu yang aku tak boleh jalan banyak sangat, tapi nak shopping punya pasal aku cakap aku ok je. So diam je lah, sakit pun tahan je sebab taknak kena marah. Jalan la aku terhincut-hincut macam tengah buat penggambaran drana Si Capik. Lepas tu masa nak beli baju kat booth-booth yang kat dalam Carrefour tu, ada la pulak yang kononnya nak berbasa-basi buat komen kaki dah hincut banyak berjalan la tu. Aku rasa macam nak tinggikan suara je cakap kaki aku patah la mangkuk! Tapi aku senyum je la, nak buat macam mana. Memang bila pasang interlocking nail ni orang tak tahu kaki patah sebab tak nampak bersimen, kat luar nampak elok je kecuali kalau tarik seluar dan perhatikan kaki aku yang bengkak sebelah dan tulang betis yang tertonjol keluar. 

Tetap jugak nak shopping ni, bila dah beli kasut kat butik Scholl dan beli jubah, aku ajak pulak En Hubby masuk ke dalam pasaraya. Aduh, tak tertahan rasanya hazab, rasa macam nak je aku masuk dalam troli tu biar En Hubby tolak aku macam kanak-kanak ribena. Oh, I miss the time when I can 'ukur' shopping complex dan Jln TAR. Sekarang ni jalan dalam rumah pun kaki dah bengkak!

Keluar dari Carrefour dah pukul 6 petang. Memandangkan dah lewat dan kaki aku dah gila babas bengkak, aku mintak En Hubby beli makanan kat gerai-gerai yang dibuka di tepi jalan berdekatan Carrefour tu. Aku ternampak gerai nasi kerabu so aku mintak En Hubby belikan nasi kerabu dan aku tunggu dalam kereta. 10 minit pusing, En Hubby datang balik ke kereta tanpa beli apa-apa, dia cakap tak ada apa yang menarik perhatian. Nasi kerabu pun katanya warna biru nasi tu lain macam. Aku dah syak penjual tu letak perwarna kat nasi instead of menggunakan bunga talang. Tetapi memandangkan sudah lewat, aku cakap beli saja lah apa-apa pun. So En Hubby beli nasi kerabu dan karipap untuk berbuka puasa. Nasi kerabu saja harganya RM8 bersama seketul ayam percik!

Sampai kawasan rumah, baru teringat ada pasar malam kat depan rumah. Menyesal pulak tak beli nasi kerabu kat pasar malam je, nasi kerabu kat pasar malam rumah aku tu confirm sedap. Tapi dah beli kan, so tak apa lah. Lagipun aku fikir it cannot be that bad! But I was so wrong! 

Nasi kaler biru dicampur taugeh

Aku tengok kuah percik tu pelik, so aku sengaja tak letak atas ayam

Peniaga makanan ni diorang lupa agaknya bahawa diorang mempunyai tanggungjawab untuk menghidangkan makanan yang berkualiti agar sepadan dengan harga yang dijual. Untuk harga RM8, aku sangat-sangat tak puas hati. Nasi kerabu dah lah diletak perwarna, tu aku masih boleh terima kerana ya lah, di KL mungkin sukar nak cari bunga talang atau isi cekur, tetapi apabila sambal kelapanya hanya sekadar kelapa semata-mata tanpa digaul ikan, itu sudah bukan nasi kerabu namanya! Tumisnya pun entah apa rasa, sambil cili rasa macam sambal nasi ayam. Ayam percik pulak kuahnya manis dan rasa macam kuah kacang pun ada. Aduiiii. Jahanam makanan tradisi negeri aku!

En Hubby kata kalau tak boleh telan jangan makan. Aku pulak fikir dah bayar RM8, telan je la. Mahal tu! Walaupun rasanya sangat la jauh dari rasa asal nasi kerabu, tapi dah beli, kira rezeki la tu. Nak masak sendiri memang tak larat, telan je la apa yang dibeli.

Ini rupanya nasi kerabu hasil air tangan sendiri, aku pakai bunga talang untuk bagi kaler biru

No comments:

Post a Comment