Nuffnang

Friday, August 24, 2012

DILEMA SEORANG PENTERJEMAH

Jadi penterjemah ni penat juga. Kadang-kadang pelanggan merasakan mereka lagi tahu daripada penterjemah. Sehinggakan bila penterjemah mengatakan fail yang dihantar bukan dalam bahasa yang ditawarkan oleh penterjemah iaitu Bahasa Melayu, mereka bermati-matian menegaskan yang fail tersebut adalah dalam bahasa Melayu. Tulisannya sahaja sudah mengerekot berpusing-pusing macam ular kena palu, ada  hati mereka mahu mengatakan itu Bahasa Melayu?!

FAIL TU DALAM BAHASA MALAYALAM LA, BUKAN BAHASA MELAYU! BAHASA MALAYAM DAN BAHASA MELAYU AMATLAH BERBEZA, SANGAT TIDAK SAMA!

Nota buku lima:

Haish! Apa mereka ingat aku sudah tidak kenal bahasa sendiri?

2 comments:

  1. kahkah. kemain lagi malayalamnya. Buta roman sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah, tulisannya pun sudah macam cacing kerawit. Boleh pulak dia kata bahasa Melayu.

      Delete