Apa-apa sahaja yg terlintas di fikiran...ini blog rojak. Segala-galanya macam nasi kerabu, bercampur gaul. Tapi ini bukan blog porno walaupun kadang-kadang agak mengarut serta mencarut. Kalau tak suka sila blah. Segala entri dalam blog ini juga adalah mengikut sedap hati aku sendiri. Hakcipta adalah terpelihara. Lupakan niat kalau mahu copy tanpa kebenaran. Segala undang-undang hak cipta dan harta intelek, ekuiti serta tort akan diguna pakai sepenuhnya. Bye.
Thursday, August 30, 2012
Ringkas
Harus mencari masa untuk melaksanakan segala perkara yang harus dilaksanakan, untuk mencapai segala impian yang diinginkan. Ah! Kadang-kadang masa terlalu cemburu, terkejar-kejar jadinya aku.
Wednesday, August 29, 2012
Hidup dan Mati
Seorang teman blogger Fillanie baru sahaja kehilangan adik tersayang. Adiknya meninggal secara tiba-tiba sewaktu mereka semua sedang gembira bercuti di Medan pada usia yang masih tersangat muda, baru 28 tahun. Innalillahiwainnalillahirajiu'n. Tak dapat aku bayangkan betapa sedihnya keluarga dia, dahlah tiga beradik saja.
Dulu sewaktu aku mendapat berita adik kepada sahabat rapatku meninggal dunia akibat kemalangan, lemah juga lutut. Aku sangkakan panggilan di dinihari itu hanya prank call tetapi rupa-rupanya memang benar berita itu. Kebetulan polis menjumpai kertas bertulis nama dan nombor telefonku dalam koceknya. Memang nombor itu aku yang berikan sewaktu kami sama-sama menaiki bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Arwah ketika itu baru seminggu ke Kuala Lumpur setelah mendapat pekerjaan. Memang aku amat terkejut, apatah lagi aku yang membuat pengecaman jenazahnya memandangkan kakaknya yang berada di Kuala Lumpur tidak dapat dihubungi dan keluarganya yang lain jauh di Kelantan. Ketika itu hampir gugur juga jantung apabila menatap wajah arwah yang terbujur kaku memandangkan aku selama ini mengenali arwah sebagai orang yang amat peramah dan suka bergurau. Kelam kabut juga aku menghubungi keluarga arwah di kampung. Tetapi apa yang amat menyedihkan aku ketika itu adalah kerana aku tidak dapat menghubungi kakak arwah, sahabat rapat aku kerana dia kehilangan telefonnya.
Berita-berita kematian orang pada usia yang muda ini membuatkan aku baru tersedar yang aku sebenarnya sangat-sangat beruntung kerana hanya mengalami patah kaki. Sekiranya aku tidak menahan 'crash impact' tu dengan kaki, mungkin aku akan menghentam tebing sungai dada dahulu. Mungkin akan lebih memudaratkan sekiranya tulang rusuk/dada yang cedera, andai kata mengalami internal bleeding, lagi berisiko untuk maut. Selama ini aku sering menganggap kecederaan yang aku alami hanyalah kecederaan kecil, langsung tidak merbahaya. I failed to realize that I have made my husband, my parents, my family and my friends worried sick about me after the incident. Kepada mereka, jutaan maaf dan kesal aku ucapkan atas kecuaian aku. Aku sedar betapa berharganya nyawa tetapi dalam masa yang sama aku tidak ingin menjadikan ketakutan dan kebimbangan itu batu penghalang untuk aku menikmati hidup yang aku inginkan. Aku cuma mampu berjanji yang aku akan lebih berhati-hati, Insya Allah.
Monday, August 27, 2012
Merepek Sambil Makan Kerepek
Selamat kembali bekerja untuk orang yang baru kembali bekerja. Inilah masanya untuk mengurangkan kembali berat badan yang dah naik berbelas kilo selepas seminggu beraya. Kalau nak cepat turun berat badan, bagi yang bekerja di pejabat yang terletak di bangunan tinggi tu, jangan pakai lif. Korang panjat je tangga sampai tingkat 17 (eh!), kompom turun terus berat badan korang. Alaaa macam iklan tu, yang sangat tak logik tu, yang suruh orang gunakan tangga tu untuk kebaikan jantung katanya. Apa ke jadahnya gunakan tangga kalau pejabat di tingkat 17, memang bagus la jantung korang sebab terus tak payah guna, kojol terus. Silap-silap tercabut rahim terus. Barulah nanti ada berita muka depan kat akhbar pojok MeTerok dengan tajuk besar "Polis Sedang Mengesan Wanita yang Membuang Rahim Dalam Tong Sampah di Kawasan KLCC" atau "Buang Rahim di Sekitar Tangga Dipercayai Cara Terbaru Pengamal Seks Bebas Mengelakkan Daripada Dicekup Polis Kerana Membuang Bayi."
Karang adalah nanti penunjuk-penunjuk perasaan yang berpiket berarak kat depan KLCC, membawa sepanduk yang berbunyi,
"BUANG RAHIM ADALAH KONSPIRASI FREEMASON"
"HAPUSKAN TANGGA UNTUK MENGELAKKAN PEMBUANGAN RAHIM"
"PAKATAN RAKYAT MENGGALAKKAN PEMBUANGAN RAHIM DI TANGGA-TANGGA"
"KERAJAAN BN MENGUTUK PEMBUANGAN RAHIM KERANA IA MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA"
"KERAJAAN BIMBANG PELANCONG ASING TAKUT KE MALAYSIA KERANA FENOMENA PEMBUANGAN RAHIM"
dan bermacam-macam lagi la sepanduk yang amat menarik, tertarik, fantastik, bombastik (motif?!).
Lainlah kalau korang tengah training untuk masuk iron man kan, memang hari-hari la korang makan kangkung lenggang telur rebus panjat tangga hari-hari untuk membina stamina, ya dok?
Nota kaki bangku:
Aku pon tak tahu apa motif entri aku ni. Yg aku tahu, sedap pulak kerepek nih.
Karang adalah nanti penunjuk-penunjuk perasaan yang berpiket berarak kat depan KLCC, membawa sepanduk yang berbunyi,
"BUANG RAHIM ADALAH KONSPIRASI FREEMASON"
"HAPUSKAN TANGGA UNTUK MENGELAKKAN PEMBUANGAN RAHIM"
"PAKATAN RAKYAT MENGGALAKKAN PEMBUANGAN RAHIM DI TANGGA-TANGGA"
"KERAJAAN BN MENGUTUK PEMBUANGAN RAHIM KERANA IA MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA"
"KERAJAAN BIMBANG PELANCONG ASING TAKUT KE MALAYSIA KERANA FENOMENA PEMBUANGAN RAHIM"
dan bermacam-macam lagi la sepanduk yang amat menarik, tertarik, fantastik, bombastik (motif?!).
Lainlah kalau korang tengah training untuk masuk iron man kan, memang hari-hari la korang makan kangkung lenggang telur rebus panjat tangga hari-hari untuk membina stamina, ya dok?
Nota kaki bangku:
Aku pon tak tahu apa motif entri aku ni. Yg aku tahu, sedap pulak kerepek nih.
Sunday, August 26, 2012
Main masak-masak di pondok
Mari kita main masak-masak dan makan-makan.
Nasi dagang di raya pertama |
Nasi dagang, kari ayam+telur dan gulai ikan tongkol |
Sayur campur goreng utk juadah orang2 gelandangan |
Ayam rempah (digoreng) utk juadah orang2 gelandangan |
Sayur campur |
Nasi untuk juadah orang-orang gelandangan pd raya ke-6 |
Nasi, ayam goreng berempah, sayur campur dan sup telur |
Juadah utk homeless people |
Nasi himpit dan kuah kacang daging di raya ke 8 |
Nasi himpit, kuah lodeh, kuah kacang daging, sambal tumis udang dan pulut kuning di raya ke 8 aka harijadiku |
Happy birthday to me!
Happy birthday untuk aku. Aku dah tua, dah 34 tahun. Tapi aku tak rasa tua, jiwa masih muda remaja trang tang tang. Masih lagi sibuk nak melasak sana sini, nak join paragliding la, redah hutan la, hill climbing la, fying fox la, main ATV la, main basikal BMX la, main scrambler la, main teng-teng la, join poco-poco la (eh!). Mungkin sebab aku belum ada anak walaupun jam biologi sudah mula berdetik menunjukkan waktu yang lewat.
Malam tadi tepat 12 tgh malam, aku dah siap sedia tunggu En Hubby wish happy birthday, last-last sendiri mau tanya, "Taknak wish saya ke?" Hampeh! Tapi tak kisah lah kan, sebab aku pun kadang-kadang lupa gak birthday dia. Bukan lupa tarikh birthday dia, tapi lupa hari tu dah masuk tarikh birthday dia (hihihi).
Tahun ni aku tak mintak hadiah mahal-mahal. Aku cuma mintak dia buat semua benda yang aku suruh dan beli semua benda yang aku mintak dia belikan (evil laugh!). Pagi-pagi lagi aku dah kejutkan dia pegi kedai beli bahan-bahan mentah aku nak masak pulut kuning, sambal tumis udang ngan sayur lodeh. Lepas tu suruh dia potong segala sayur. Merasa la jadi sous chef dua tiga menjak ni kan. Hehehehe.
Aku biasa masak pulut kuning secara kukus. Tapi since nak masak sikit je aku ingat tanak lagi senang. First time masak pakai santan segera dalam kotak, rupa-rupanya tak menjadi bila pakai santan ni. So satu periuk jadi makanan En Tong Sam Pah. Ni aku nak masak balik, nak kukus pulut dan kerah En Hubby pegi beli santan kelapa pure punya. Belum apa-apa lagi sudah mengadu penat kena pegi kedai dua tiga kali. Haishhhh! Orang lelaki memang macam gitu, cuba kalau aku suruh pergi kelab dangdut dua tiga kali, confirm tak rasa penat!
Nota tapak kaki:
Bagaimana agaknya kalau lelaki jadi perempuan untuk setahun, buat semua kerja perempuan. Pegi keje opis, lepas tu balik rumah masak, kemas rumah. Hujung minggu basuh baju, jemur baju, lipat baju. Kalau ada sepentot laki yang dah layaknya jadi roti kirai, buat list utk beli sepentot baru. Tu belum lagi bab lenguh-lenguh badan dan sakit belakang kena bawak 2 gunung ke hulu ke hilir, lelaki cuma bawak telur je, tak seberat mana. Kalau mengandung pulak, kena usung perut yang memboyot ke sana sini, kerja tetap kerja. Tu pun masih ada lagi jantan sialan yang tak menghargai perempuan, bini dia buat macam kain buruk boleh disepak sepak, kerjanya tahu goyang telur je hari-hari. Kalau aku jadi bini dia, memang aku pecahkan je telur dia, goreng lepas tu bagi dia makan!
Friday, August 24, 2012
Raya Punya Cerita
Dah 6 Syawal rupanya. Aku baru nak bercerita panjang pasal raya tahun ni. Raya yang aku vote paling tak best selama aku beraya kerana keterbatasan pergerakan aku. Dah la malam sebelum balik Pontian tu aku demam, lepas berbuka n solat je aku telan panadol dan bantai tido. Bengkak je En Hubby kejutkan aku tak bangun-bangun. Kalau diikutkan hati dan badan, mahunya aku raya kat KL je, kunci pintu, tarik langsir dan tido. Sangatlah tak larat rasa badan dok mengheret kaki pergi kerja. Dahla kaki aku sedia kecik menampung badan yang berat, kalau tak injured pon kaki lenguh-lenguh dan belakang sakit, inikan pulak bila dah separuh disable ni. Kena pulak ada pendapat perubatan yang mengatakan perempuan bertetek besar ni senang kena sakit belakang kerana badan tak mampu menampung berat tetek yang dikatakan aset tu. Aku pon tak faham kenapa ramai perempuan sekarang sibuk nak membesarkan tetek, aku kalau boleh nak kecikkan, ringan sikit pergerakan aku. Silap-silap haribulan aku boleh berlari trek lagi. Zaman sekolah dulu kalau masuk lumba lari aku selalu rasa tetek aku jadi penghalang aku menang sesuatu kejohanan tu sebab bra tak mampu menampung tarikan graviti yang diakibatkan oleh larian tu. Kesannya, tetek akan bergoncang kuat bila berlari dan dada akan rasa sakit dan seterusnya mengakibatkan larian tidak laju. Dahla susah nak cari sports bra untuk orang yang asetnya bersaiz macam aku. Jangankan sports bra, bra biasa pun susah, mahal pulak tu. Perempuan-perempuan yang bersaiz tetek kecik ni tak sedar ke yang diorang ni beruntung. Badan ringan, nak pakai baju apa pun boleh sebab tak akan nampak terlampau seksi macam penari bogel atau pelakon filem porno dan yang penting, bra untuk cup saiz diorang murah! Beli yang lambak pun boleh!
Eh, aku dah melalut pulak. Berbalik kepada cerita raya aku. Perancangannya lepas balik keje nak gerak balik ke Pontian, alih-alih sempat sahur kat rumah. Lepas sahur rupa-rupanya En Hubby belum kemas baju masuk beg, alasannya tak tahu nk bawak apa. Terpaksa la aku senget benget naik atas kemas baju segala. Dah kemas semua dalam pukul 8 pagi kami bertolak. Aku pulak belum sampai 10 km aku dah bantai tido balik. En Hubby dok mengadu dia pun mengantuk dan mintak aku drive. Memandangkan aku malas dan glasses aku pun rosak, terpaksa lah dia berhenti kat hentian untuk tido. Tido punya tido bila aku terjaga jam dah pukul 1 petang. Kejutkan En Hubby, dia pulak main "hmmm, hmmm" bila aku kejut. Aku dah membebel-bebel, pukul berapa nak sampai kampung kalau macam ni. Last-last pukul 4 lebih baru sampai rumah mertua aku.
Sampai je rumah, kitorang keluarkan barang dan terus cabut ke Econsave untuk beli barang-barang untuk dimasak pada raya pertama. En Hubby dah mintak dah aku masakkan nasi dagang pada raya pertama tu. Since dia sanggup jadi sous chef katanya, so aku setuju je la. Beras lembut aka beras nasi dagang memang dah beli siap-siap kat KL since susah nk cari beras tu kat Pontian. So kami pergi cari ikan tongkol kat Econsave tu, alahai cinonet benar ikan tongkolnya. Beli jugak la dlm 5-6 ekor untuk digulai. Aku cadang masak gulai ikan tongkol dan ayam kari je plus acar mentah je sebagai lauknya. Kalau sempat mahu dibuat sambal kelapa juga tapi last-last kelapa sahaja yang digoreng, sambalnya aku dah tak larat nak buat. Lagipun ada juga sambal goreng, rendang, ketupat, nasi himpit dan lain-lain juadah-juadah lain yang diberikan oleh jiran tetangga untuk 'munjung' juga banyak.
Mungkin sebab orang kampung En Hubby jarang jumpa juadah nasi dagang di hari raya, Alhamdulillah, nasi dagang sebesen habis. Ya la kan, agaknya diorang pun bosan asyik-asyik juadah yang sama di setiap rumah. Seperti mana aku bosan kalau beraya di Kelantan, balik-balik jumpa nasi dagang. Sebab tu aku bawa pantai timur ke selatan dan selatan ke pantai timur.
En Hubby bersama nasi dagang, tapi dalam pinggannya nasi himpit pulak! |
Biasanya kalau beraya di kampung En Hubby, semua rumah akan ditandang. Satu perkara yang aku sangat kagum dengan masyarakat Jawa ni ialah persaudaraan mereka yang sangat erat. Kalau dalam keluarga aku, kami akan beraya di rumah keluarga terdekat sahaja tapi dalam keluarga En Hubby, saudara mara seperti dua pupu, tiga pupu juga dikira sebagai saudara dekat. Jadi biasanya dari pagi bawak ke malam kami akan kunjung mengunjung. Tetapi memandangkan tahun ni ada orang separa OKU, mak mertua aku buat polisi kami akan beraya di rumah saudara mara yang tidak mempunyai tangga sahaja. Itupun balik sahaja malam tu aku kembali demam.
Raya kedua since aku demam so aku tak ada lah masak apa-apa. Raya ketiga aku belasah pulak masak nasi minyak dengan kerutuk daging. Tu pun Alhamdulillah, 2 periuk nasi licin jugak.
Puas hati sebetulnya bila apa yang kita masak habis dimakan ni. Sebab tu lah aku gagahkan juga memasak, lagipun dah lama aku tak betul-betul masak macam ni. Walaupun lepas tu kaki bengkak dan aku demam terkejut urat, tapi sekurang-kurangnya aku dapat melepas gian memasak. Ya lah, kalau kat KL masak satu periuk kecik pun kadang-kadang tak habis, ni alang-alang beraya biar puas hati masak. Lagipun aku memang suka masak, tapi idak lah sampai masak memasak ni cuma kat celah ketiak aku je macam apa yang dipropagandakan oleh si Adam nih.
DILEMA SEORANG PENTERJEMAH
Jadi penterjemah ni penat juga. Kadang-kadang pelanggan merasakan mereka lagi tahu daripada penterjemah. Sehinggakan bila penterjemah mengatakan fail yang dihantar bukan dalam bahasa yang ditawarkan oleh penterjemah iaitu Bahasa Melayu, mereka bermati-matian menegaskan yang fail tersebut adalah dalam bahasa Melayu. Tulisannya sahaja sudah mengerekot berpusing-pusing macam ular kena palu, ada hati mereka mahu mengatakan itu Bahasa Melayu?!
FAIL TU DALAM BAHASA MALAYALAM LA, BUKAN BAHASA MELAYU! BAHASA MALAYAM DAN BAHASA MELAYU AMATLAH BERBEZA, SANGAT TIDAK SAMA!
Nota buku lima:
Haish! Apa mereka ingat aku sudah tidak kenal bahasa sendiri?
FAIL TU DALAM BAHASA MALAYALAM LA, BUKAN BAHASA MELAYU! BAHASA MALAYAM DAN BAHASA MELAYU AMATLAH BERBEZA, SANGAT TIDAK SAMA!
Nota buku lima:
Haish! Apa mereka ingat aku sudah tidak kenal bahasa sendiri?
Thursday, August 23, 2012
Entri Mengarut
Saya belum berkesempatan nak update yang panjang-panjang. Ini pun saya curi masa pejabat, mencacing sekejap untuk update blog.
Saya tak bercuti raya, semalam sudah mula bekerja. Masa saya sudah tidak banyak seperti 3 bulan lepas. Pagi pergi kerja, balik kerja matahari pun sudah terbenam. Lepas solat saya kroihhhh terus. Saya gagal menjadi seperti Encik Adam yang cukup rajin update blog dan cukup kreatif meluahkan karut marutnya.
Raya saya biasa-biasa saja, dihiasi dengan demam, batuk dan selsema. Cuma agak sedikit mendapat glemer murahan mengalahkan Nilopak kerana begitu ramai sekali yang menegur dan menyapa walaupun saya tidak kenal. Malahan mendapat treatment VIP lagi. Semuanya gara-gara saya bertongkat di hari raya.
Oklah, sebelum orang lain nampak saya sedang 'mencacing' update blog, baik saya kembali bekerja. Ya lah, syarikat bayar gaji tinggi-tinggi (tinggi ke?) untuk buat kerja, bukannya update blog ya dak? Nanti ada masa saya curi lagi untuk update blog ya.
Saya tak bercuti raya, semalam sudah mula bekerja. Masa saya sudah tidak banyak seperti 3 bulan lepas. Pagi pergi kerja, balik kerja matahari pun sudah terbenam. Lepas solat saya kroihhhh terus. Saya gagal menjadi seperti Encik Adam yang cukup rajin update blog dan cukup kreatif meluahkan karut marutnya.
Raya saya biasa-biasa saja, dihiasi dengan demam, batuk dan selsema. Cuma agak sedikit mendapat glemer murahan mengalahkan Nilopak kerana begitu ramai sekali yang menegur dan menyapa walaupun saya tidak kenal. Malahan mendapat treatment VIP lagi. Semuanya gara-gara saya bertongkat di hari raya.
Oklah, sebelum orang lain nampak saya sedang 'mencacing' update blog, baik saya kembali bekerja. Ya lah, syarikat bayar gaji tinggi-tinggi (tinggi ke?) untuk buat kerja, bukannya update blog ya dak? Nanti ada masa saya curi lagi untuk update blog ya.
Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga anda semua memperolehi hari raya yang barakah dan penuh rahmat.
Berhati-hati di jalanraya, jangan merempit, jangan drift, jangan potong barisan, jangan tahu nak cepat sampai je sebab kecuaian anda boleh membunuh anda, keluarga anda dan juga orang lain.Bila dah beraya tu jangan lupa balik ofis kerja pulak ya!
Selamat bercuti dan selamat menggemukkan badan kembali dengan ketupat, lemang, rendang, roti jala, nasi dagang, nasi himpit, sayur lodeh, sate....
Thursday, August 16, 2012
Menjadi Manusia Berkebajikan
Ramadhan cuma tinggal 2 hari saja lagi. Ari Ahad ni Syawal akan menjelang. Hari untuk bersuka ria meraikan kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadhan.
Dalam bulan Ramadhan semua orang berlumba-lumba berbuat kebajikan. Bulan Ramadhan saja rumah-rumah kebajikan telah ditempah siap-siap, hampir setiap hari anak-anak yatim/miskin dan orang-orang tua/kurang upaya makan mewah. Hampir setiap malam berbuka di hotel atau restoran. Kalau tidak pun, berbuka dengan lauk pauk lazat dan mewah yang disumbangkan oleh orang ramai. Di hari-hari terakhir Ramadhan, pakaian baru akan disumbangkan. Pendek kata, setahun sekali anak-anak yatim/miskin dan orang-orang tua/kurang upaya akan mewah dengan sumbangan. Masalahnya, tamat sahaja Ramadhan, penjaga anak-anak yatim terpaksa kembali merayu-rayu untuk mendapatkan sumbangan.
Aku tak faham, kenapa hanya bulan Ramadhan sahaja semua orang berlumba-lumba bersedekah? Sedekah tetap sedekah di bulan mana pun. Tetap juga dapat pahala. Anak-anak yatim/miskin dan orang-orang tua/kurang upaya tu masih juga susah selepas raya pun, malahan lebih susah berbanding bulan puasa. Kenapa hanya apabila bulan Ramadhan semua sibuk nak buat saham akhirat sedangkan saham akhirat boleh dibeli pada bila-bila masa.Memang lah pahala bersedekah di bulan Ramadhan ni berlipat kali ganda. Malahan ada hadith yang diriwayatkan oleh Salman r.a yang bermaksud:
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan
sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan
satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan
barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada
bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang
diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
Dan terdapat satu hadith lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:
"Nabi S.A.W adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an.Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah S.A.W ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus."
Hadith-hadith ini mestilah dibaca bukan secara literal ya. Hadith kedua mengatakan secara asalnya Rasululullah S.A.W sememangnya seorang yang dermawan dan lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan. Ini menunjukkan Rasulullah S.A.W bersedekah secara konsisten, bukannya hanya menunggu bulan Ramadhan untuk bersedekah. Silapnya dengan sebilangan besar orang kita, bulan Ramadhan saja masing-masing berlumba-lumba untuk bersedekah, habis saja Ramadhan, semua mendiamkan diri. Kadang-kadang RM1 pun susah nak dihulurkan. Masalahnya, cukup sangat ke amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan tu untuk menampung bulan-bulan lain?
Kenapa orang kita suka mengambil dan mentafsir sesuatu secara harfiah? Sedangkan Islam itu bukanlah harfiah. Islam adalah sesuatu yang menyeluruh, satu cara hidup, bukannya hanya dari segi cara berpakaian sahaja, bukannya hanya mengenai bertudung tidak bertudung. Islam adalah mengenai segalanya, bukan hanya mengenai hudud atau nikah kahwin. Islam bukan hanya mengenai solat, puasa dan menunaikan haji, bukan juga hanya mengenai buat raid untuk tangkap orang berkhalwat! Islam lebih daripada itu!
Kadang-kadang aku rasa Islam yang diajarkan kepada kita juga tidak betul. Pendakwah-pendakwah di negara kita pun jarang sekali yang berjaya menyampaikan keindahan Islam dan kesempurnaan Islam itu sendiri. Lihat sahaja mengenai hudud, bila bercakap megenai hudud semua takut sampaikan ada yang mengatakan hudud tidak sesuai dijalankan pada zaman sekarang kerana kalau tidak semua orang akan kudung tangan. Satu pandangan yang sangat-sangat dangkal daripada seorang ahli politik yang mempunyai kelulusan akademik yang kononnya gah! Hudud bukanlah hanya mengenai hukuman, hudud juga harus dilihat dari segi beban pembuktian! Tahu tak betapa ketatnya beban pembuktian dalam Islam? Kerana undang-undang jinayat Islam bukan bersifat menghukum, tetapi bersifat mencegah. Undang-undang jinayat Islam bermatlamat untuk mengelakkan daripada menghukum orang yang tidak salah, kerana itulah jika diikut betul-betul, kemungkinan besar dalam sejuta pesalah, hanya seorang yang layak dihukum secara hudud. The weight of evidence in Islamic law is not beyond reasonable doubt but instead must be up to the level of certainty!
Untuk bercakap mengenai undang-undang Islam dan beban pembuktian dalam Islam, aku rasa aku memerlukan entri khusus untuk itu. Berbalik kepada menjadi manusia berkebajikan, aku amat-amat tidak bersetuju dengan amalan sesetengah orang yang berlumba-lumba untuk bersedekah, beramal ibadat di bulan Ramadhan tetapi bulan-bulan lain habuk pun tarak. Itu bukanlah ajaran Islam, tentu sekali bukan apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah apabila beliau mengatakan beramal di bulan Ramadhan itu pahalanya berlipat ganda dan satu amalan di bulan Ramadhan seperti menunaikan tujuh amalan di bulan-bulan lain! Hakikatnya, jika kita hanya beramal di bulan Ramadhan sahaja dan mengabaikan bulan-bulan lain, niat beramal di bulan Ramadhan itu saja sudah menyimpang asasnya. Dan yang paling penting, setakat mana kepastian kita yang amalan di bulan Ramadhan itu mencukupi dan diterima Allah? Bolehkah amalan kita di bulan Ramadhan itu menampal segala dosa-dosa yang telah kita lakukan selama 11 bulan yang lain? Jawapannya...lu pikirlah sendiri.
Nota kaki:
Bagi sesiapa yang berminat untuk meneruskan aktiviti kebajikan mereka di bulan-bulan selain bulan Ramadhan, satu kumpulan di Facebook yang menamakan diri mereka Ole-ole Gelandangan @ We Care mengadakan program mengagihkan makanan dan pakaian kepada orang-orang gelandangan di sekitar Kuala Lumpur pada setiap Sabtu malam Ahad. Kutipan sumbangan pula dibuat pada setiap hari Jumaat. Jika berminat untuk menyumbang blh menghubungi mereka.
Wednesday, August 15, 2012
Alahai La Kerja
Hari ini hari ketiga kerja. Sepatutnya aku masih dalam program induksi yang makan masa seminggu tetapi aku pergi hari pertama je. After that dapat excuse sebab diorang kata akan banyak running around, so seekor cimpanzi akan melambatkan pergerakan. Dahla cimpanzi yang ni gumuk, lagi la susah kaki tu nak menampung berat, lagi melambatkan pergerakan orang lain.
First day report for duty, induction habis pukul 5 ptg. Jalan dah jam so pukul 6 lebih baru En Hubby sampai. Ingat nak 'membeli belah tingkap' kat KLCC tapi jalan sikit pon kaki aku dah sakit gila memandangkan induction di adakan di auditorium yang terletak di tingkat 25. Lif pulak sampai tingkat 24 je so aku kena naik tangga ke tingkat 25. Masuk auditorium kena naik tangga lagi. Lepas tu kena sound sebab aku duduk paling belakang sedangkan barisan depan masih ada seats. Bukannya aku taknak duduk depan, tapi semua seats tepi dah taken, aku nak masuk seat dalam memang adanya aku duduk atas riba orang nanti. Nasib baik after the first session officer yang handle induction tu perasan aku jalan macam cimpanzi so dia tanya aku kenapa. Bila aku cakap aku tak fully recover lagi dari patah kaki, dia bagi aku excuse untuk the rest of the induction. So aku sms boss aku bagitahu, dia terus suruh aku masuk ofis. Yang menjadi masalahnya, pass card, phone, komputer semua cuma akan disediakan selepas induksi tamat iaitu selepas raya. Kelam kabut secretary boss aku cuba set up kan tempat. Nasib baik ada lappy department, tu pon satu hari tunggu untuk di set up. Bos ada bagi some documents untuk aku baca tapi document nipis-nipis je, dalam 1-2 jam aku dah abis baca. Lepas tu document tu tgh tunggu feedback dari other parties, so aku tak payah buat apa-apa lagi. Sampai pukul 4.30 ptg aku melanguk, menung dan pandang dinding. Nasib baik tak ada cicak kat ofis ni, kalau tak aku akan jadi pembilang cicak yang berjaya.Pukul 4 ptg baru dapat internet connection untuk lappy.
Hari ni lagi la, kerja aku cuma browsing internet, baca few materials kat website SKMM. Mintak kerja dengan colleagues pun diorang kata takde keje nak bagi kat aku. Last-last aku selamba kodok je update blog ni. Haish, harap-harap hari Rabu lepas raya nanti aku dah dapat pass card. Jangan semua orang cuti, pass card tak dapat n aku tak dapat masuk ofis. Jawabnya memang aku masuk ofis kat TGV nanti.
First day report for duty, induction habis pukul 5 ptg. Jalan dah jam so pukul 6 lebih baru En Hubby sampai. Ingat nak 'membeli belah tingkap' kat KLCC tapi jalan sikit pon kaki aku dah sakit gila memandangkan induction di adakan di auditorium yang terletak di tingkat 25. Lif pulak sampai tingkat 24 je so aku kena naik tangga ke tingkat 25. Masuk auditorium kena naik tangga lagi. Lepas tu kena sound sebab aku duduk paling belakang sedangkan barisan depan masih ada seats. Bukannya aku taknak duduk depan, tapi semua seats tepi dah taken, aku nak masuk seat dalam memang adanya aku duduk atas riba orang nanti. Nasib baik after the first session officer yang handle induction tu perasan aku jalan macam cimpanzi so dia tanya aku kenapa. Bila aku cakap aku tak fully recover lagi dari patah kaki, dia bagi aku excuse untuk the rest of the induction. So aku sms boss aku bagitahu, dia terus suruh aku masuk ofis. Yang menjadi masalahnya, pass card, phone, komputer semua cuma akan disediakan selepas induksi tamat iaitu selepas raya. Kelam kabut secretary boss aku cuba set up kan tempat. Nasib baik ada lappy department, tu pon satu hari tunggu untuk di set up. Bos ada bagi some documents untuk aku baca tapi document nipis-nipis je, dalam 1-2 jam aku dah abis baca. Lepas tu document tu tgh tunggu feedback dari other parties, so aku tak payah buat apa-apa lagi. Sampai pukul 4.30 ptg aku melanguk, menung dan pandang dinding. Nasib baik tak ada cicak kat ofis ni, kalau tak aku akan jadi pembilang cicak yang berjaya.Pukul 4 ptg baru dapat internet connection untuk lappy.
Hari ni lagi la, kerja aku cuma browsing internet, baca few materials kat website SKMM. Mintak kerja dengan colleagues pun diorang kata takde keje nak bagi kat aku. Last-last aku selamba kodok je update blog ni. Haish, harap-harap hari Rabu lepas raya nanti aku dah dapat pass card. Jangan semua orang cuti, pass card tak dapat n aku tak dapat masuk ofis. Jawabnya memang aku masuk ofis kat TGV nanti.
Sunday, August 12, 2012
Hari-hari Terakhir Seorang Penganggur
Hari ini hari terakhir aku bercuti. Dah naik lemak dah rasanya tak bekerja selama tiga bulan lebih. Besok akan mula bekerja di tempat baru. Dup dap dup dap pulak rasa hati. Tidak tahu lah bagaimana bos baru tu nanti. Walaupun sudah kenal, tetapi sebelum ini kami hanyalah counterparts yang memperjuangkan kepentingan majikan masing-masing. Bila dah jadi orang bawahan ni, tak tahulah macam mana. Daripada berita yang aku dengar, he has a reputation dan tak ramai orang yang tahan dengan dia.
Tetapi ya lah, dalam bekerja ni, aku tak nak mendengar sangat kata-kata orang. Kadang-kadang orang yang bercakap tu tak serasi dengan cara bekerja bos tu, tak semestinya kita pun tak serasi jugak. Cerewet? Bagi aku masing-masing ada cerewetnya sendiri. Aku pun boleh dikatakan orang yang cerewet jugak, asalkan cerewet aku tak bertembung dengan cerewet bos aku sudah. Macam ex-boss aku di tempat lama, ramai yang kata dia cerewet dan sukar untuk bekerja di bawahnya. Bagi aku, she's ok. Well, it's true she's a bit fickle minded dan suka micro manage, kalau edit kerja orang bawahan tu kalau tak ada 10 versi tak sah, tapi bagi aku benda tu ok je. Micro manage? So far aku tak rasa dia micro manage aku, kalau dah dapat kepercayaan dia, she'll let you work independently. My style, aku suka update simultaneously, sambil buat kerja sambil update bos aku so that he or she will know what's going on dan kalau nak ubah apa-apa pun senang sebab benda belum finalise. Jadi bila bertukar bos dan bos baru jenis yang tak suka aku cc update dan cuma nak aku update dia bila benda dah nak complete, aku tak boleh terima sebab menyusahkan aku. It is difficult to go back to the other party to change what both parties already agreed to after months of negotiation, buat orang bengang dengan aku je sebab dah nak sign tiba-tiba nak tukar lagi. Projection dan deadline nak kena ubah lagi. Mahunya orang tak mengamuk. Aku tak suka sebab ia akan menegangkan hubungan baik aku dengan pihak lain, susah nak bekerja sama nanti.
Satu perangai aku, bila orang tu dah jadi bos aku, aku akan rasa tak selesa nak bergurau senda seperti sebelum jadi bos aku. Walaupun sebelum ni aku boleh bergelak ketawa dan bertepuk tampar, bila orang tu dah jadi bos aku, dia bos aku. So aku kena ada jarak, sebab aku dah respect dia sebagai bos, bukan sebagai kawan biasa dah.
Aku jenis yang tak berkira sangat asalkan kau tak berkira dengan aku. Kalau kau nak aku kerja sampai malam untuk projek yang interesting aku tak kisah sebab pengalaman tu yang paling aku hargai. Tapi janganlah kalau aku balik pukul 2-3 pagi kau expect aku masuk office pukul 9 pagi. Janganlah aku kerja 7 hari seminggu bila project habis aku nak ambik cuti tanpa rekod 2-3 hari kau berkira. Tu memang akan buat aku hangin. Aku ni manusia bukannya robot. Aku pun nak jugak rehat, nak jugak berasmara dana bercumbu rayu dengan laki aku. Karang laki aku cari lain. Aku lagi rela cari bos lain daripada cari laki lain.
Hopefully kat tempat baru ni aku boleh menyesuaikan diri dengan baik. Dan yang paling aku doakan, semoga aku lebih sabar menghadapi karenah orang. Insya Allah.
Saturday, August 11, 2012
Balada Orang Berdosa
Kekasihku
Aku ini terlalu goyah sifatnya
Denyut nadiku sepenuh jiwa mencintaimu
Namun lirih hatiku menggoda setia
membisik ilusi meratap nafsuku
Meskipun jiwaku mendesah merayu
menggumam bait-bait rindu ku padamu
Duhai kekasihku
Aku ini sering kalah dengan waktu
Terleka diulit keasyikan dunia
Lantas melupai janjiku untuk bertemu
Sebelum mentari mengintai senyum
Dan ketika gelincirnya sang matahari
Sewaktu bayang panjang di bumi
Pada saat senja melabuh tirainya
Di kala langit malam menggamit purnama
Aduhai kasihku, aku ini tidak betah mempertahan rinduku
mengungkap ayat-ayat cintaku padamu
akulah sang kekasih durjana kekasihku
menodai janji setiaku padamu
merasa berat memenuhi pintamu untuk bertemu
meskipun hanya untuk sedetik waktu
Namun kasihku, aku merayu
janganlah kau palingkan wajahmu dariku
Aku ini manusia berdosa
Hatiku masih penuh titik noda
Jiwaku masih terpana kilauan mata
Tapi kasihku
Aku benar mencintaimu
Dalam desah nafasku
Aku tahu kau juga mencintaiku
Ku pohon padamu kasihku
Isikanlah hatiku dengan bicara cintamu
Penuhi dadaku dengan cahaya kasihmu
Pimpinlah aku ke jalan lurusmu
Terangi kalbuku dengan kerdip rahmatmu
Bagai bintang di langit kelam, bak purnama yang menerang malam
menyinari segenap urat nadiku
Biar hilang tangis senduku
Biar terhapus resah gelisahku
Biar tenteram jiwa kosongku
Dan bahagia seluruh hidupku
Ku rayu padaMu kekasihku
Ampunkanlah aku
Sesungguhnya aku ini orang berdosa
Nota kaki:
Hakcipta terpelihara. All rights reserved.
Aku ini terlalu goyah sifatnya
Denyut nadiku sepenuh jiwa mencintaimu
Namun lirih hatiku menggoda setia
membisik ilusi meratap nafsuku
Meskipun jiwaku mendesah merayu
menggumam bait-bait rindu ku padamu
Duhai kekasihku
Aku ini sering kalah dengan waktu
Terleka diulit keasyikan dunia
Lantas melupai janjiku untuk bertemu
Sebelum mentari mengintai senyum
Dan ketika gelincirnya sang matahari
Sewaktu bayang panjang di bumi
Pada saat senja melabuh tirainya
Di kala langit malam menggamit purnama
Aduhai kasihku, aku ini tidak betah mempertahan rinduku
mengungkap ayat-ayat cintaku padamu
akulah sang kekasih durjana kekasihku
menodai janji setiaku padamu
merasa berat memenuhi pintamu untuk bertemu
meskipun hanya untuk sedetik waktu
Namun kasihku, aku merayu
janganlah kau palingkan wajahmu dariku
Aku ini manusia berdosa
Hatiku masih penuh titik noda
Jiwaku masih terpana kilauan mata
Tapi kasihku
Aku benar mencintaimu
Dalam desah nafasku
Aku tahu kau juga mencintaiku
Ku pohon padamu kasihku
Isikanlah hatiku dengan bicara cintamu
Penuhi dadaku dengan cahaya kasihmu
Pimpinlah aku ke jalan lurusmu
Terangi kalbuku dengan kerdip rahmatmu
Bagai bintang di langit kelam, bak purnama yang menerang malam
menyinari segenap urat nadiku
Biar hilang tangis senduku
Biar terhapus resah gelisahku
Biar tenteram jiwa kosongku
Dan bahagia seluruh hidupku
Ku rayu padaMu kekasihku
Ampunkanlah aku
Sesungguhnya aku ini orang berdosa
Nota kaki:
Hakcipta terpelihara. All rights reserved.
Friday, August 10, 2012
Madu Penyembuh Penyakit
Artikel di atas telah disampaikan kepada saya oleh seorang teman di Facebook. Ia melaporkan mengenai para saintis di Australia yang telah membuat kajian ke atas madu dan mendapati madu, terutamanya madu Manukah berupaya membunuh hampir kesemua bakteria dan menyembuhkan penyakit kulit, gigitan serangga dan luka-luka. Penemuan penyelidikan ini telah diterbitkan dalam European Journal of Clinical Microbiology and Infectious Diseases.
Bagi saya, ini bukanlah satu penemuan yang mengejutkan. Ia cuma mengesahkan lagi firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 68-69:
Yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu memberi ilham
kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di
pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh
manusia. Kemudian makanlah dari segala
jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah
jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia
(dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada
tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu
berfikir."
Juga terdapat banyak hadith Rasulullah S.A.W yang menerangkan lebih lanjut mengenai khasiat madu. Hadith riwayat Ibn Majah mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan AL-QURAN."
Perubatan Islam telah lama mengakui kemujaraban madu. Tetapi malangnya ada sebilangan orang kita meragui apa yang telah disampaikan dan lebih mempercayai perubatan moden dan memerlukan pengesahan daripada saintis-saintis Barat, barulah mereka mengakui dan meyakini apa yang lama telah diberitahu oleh Al-Quran dan nenek moyang mereka.
Hakikatnya, madu telah digunakan dalam perubatan berkurun lamanya, ia adalah salah satu perubatan purba yang diperakui keberkesanannya.
Malahan, dalam dokumen tertua masyarakat Sumer di Mesopotamia bertarikh 2000 S.M yang ditemui, terdapat preskripsi untuk merawat luka dengan menggunakan madu yang dicampur di antaranya dengan debu sungai serta minyak sedar panas(1). Masyarakat purba Mesir telah menyenaraikan hampir 900 kegunaan madu, kebanyakannya dalam bidang perubatan. Dalam dokumen masyarakat Eber di Mesir yang bertarikh 1550 S.M, madu telah disertakan sebagai salah satu bahan dalam hampir 147 preskripsi untuk aplikasi luaran(1). Madu juga digunakan dalam perubatan Cina purba sejak sebelum masihi dan didokumenkan buat pertama kali sekitar 200 T.M. Ia menyenaraikan pelbagai kegunaan madu untuk tujuan perubatan(2). Begitu juga dengan perubatan Ayurvedic purba masyarakat India. Dalam kitab Ayurveda klasik Ashtanga Hridaya yang ditulis sekitar 500 T.M, madu digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, di antaranya untuk menyembuhkan dan membersihkan luka oleh kerana sifat terapeutiknya(3). Madu juga digunakan untuk merawat pneumonia, pleurisi, jangkitan mulut, bisa ular, katarak dan lain-lain penyakit lagi oleh masyarakat Rom dan Mayan(1).
Dalam perubatan tradisional Melayu dan perubatan Islam, disamping merawat penyakit-penyakit seperti lelah, batuk, menghilangkan kahak, sakit perut, gastrik, sakit mata, merawat luka atau melecur, madu juga sudah lama diketahui dapat menguatkan ingatan, mencegah penyakit dan awet muda.
Terdapat satu hadith riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:
"Barang siapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat"
Ibn Sina, seorang cendekiawan Islam menyatakan bahawa madu boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan melancarkan percakapan serta menguatkan semangat.(4)
Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Tibb an-Nabawi ada menyebut bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).
Sekiranya memakan madu, elakkan daripada menggunakan sudu logam. Sebaiknya gunakanlah sudu plastik atau kayu diikuti dengan segelas air masak. Namun, cara terbaik seperti yang diamalkan oleh Rasulullah ialah dengan mencampurkan 1-2 sudu madu ke dalam air suam dan kacau hingga sebati sebelum minum. Ini lebih memudahkan untuk anda mengamalkan pemakanan madu setiap hari memandangkan madu jika dimakan terus akan amat terasa manisnya. Sebagai seorang muslim, sebaiknya sebelum meminum atau memakan madu, dimulakan dengan membaca Bismillah dan selawat ke atas nabi junjungan.
Dari pengalaman saya sendiri, sewaktu saya diserang batuk berbulan-bulan lamanya sehingga diserang asthma, segala bentuk ubat batuk serta pil tidak dapat menyembuhkan batuk saya. Saya juga terpaksa mengambil nebulizer setiap hari untuk mengawal masalah asthma sehinggakan dimasukkan ke wad tetapi tidak berhasil. Baik sedikit sewaktu diberikan ubat tetapi akan menyerang kembali. Kebetulan ada teman yang ke New Zealand, saya meminta agar dibelikan madu Manukah. Saya mengamalkan mengambil madu disamping ubatan yang diberikan doktor. Alhamdulillah, sengsara akibat batuk dan lelah yang berpanjangan hilang akhirnya.
Apa yang ajaibnya mengenai madu, meskipun ia amat manis dan pekat seolah-oleh berlemak, tetapi ia sesuai diamalkan oleh pesakit kencing manis dan darah tinggi/kolestrol sebagai salah satu bentuk rawatan alternatif. Pesakit-pesakit ini disarankan agar mengambil madu sebanyak 3 kali sehari. Insya Allah, dapat mengawal kandungan gula dan kolestrol dalam darah serta tekanan darah. Wallahua'lam. Bersama-samalah kita beramal dengan penyembuh pelbagai penyakit ini.
Nota kaki:
(1) BOGDANOV, Stefan (2012) Honey in Medicine, Bee Product Science, www.bee-hexagon.net; pg 1; JONES, R (2001) Honey and healing through the ages, In Munn, P; Jones, R (eds) Honey and healing, IBRA International Bee Research Association; Cardiff, GB; pp 1-4.
(2) BOGDANOV, Stefan (2012) Honey in Medicine, Bee Product Science, www.bee-hexagon.net; pg 1; SIEDENTOPP, W (2009) Honey: Effective Against Inflammation, Cough and Hoarseness. Deutsche Zeitschrift fuer Akkupunktur 52: DOI: 10.1016/ j .dza.2009.10.004.
(2) BOGDANOV, Stefan (2012) Honey in Medicine, Bee Product Science, www.bee-hexagon.net; pg 1; SIEDENTOPP, W (2009) Honey: Effective Against Inflammation, Cough and Hoarseness. Deutsche Zeitschrift fuer Akkupunktur 52: DOI: 10.1016/ j .dza.2009.10.004.
(3) KRISHNA, R (2005) Therapeutic uses of Honey in Ayurveda.: http://www.ezilon.com/articles/articles/356-1/Therapeutic-uses-of-Honey-in-Ayurveda
(4) Abdul Karim Najib al-Khatib (1994). Madu lebah ubat yang turun bersama wahyu (terj: ) Selangor: Pustaka Ilmi.
(4) Abdul Karim Najib al-Khatib (1994). Madu lebah ubat yang turun bersama wahyu (terj: ) Selangor: Pustaka Ilmi.
Alahai Nasi Kerabu
Sudah hampir penghujung Ramadhan rupanya. Pantas betul masa berlalu. Masih terlampau sedikit amal ibadah yang aku lakukan. Tiba-tiba hati terasa sayu.
Kesempatan untuk bertemu rakan-rakan dan meraikan Ramadhan bersama juga tahun ini tidak kesampaian. Itu tidak penting sebenarnya, yang penting aku sudah terlalu lama tidak bertemu mereka semua. Rindu pula rasanya. Seperti bertahun tak bertemu mereka semua.
Oklah, ini entry super malas. Sebab kalau tak update nanti Ina bising, nanti dia tak belanja aku buka puasa. Hehehehe. Semalam keluar dengan En Hubby untuk settlekan beberapa perkara. Cadangnya ingin ke bank untuk ambik penyata untuk buat pengeluaran KWSP, kemudian akan ke KWSP untuk hantar borang pengeluaran untuk mengurangkan gadaian dan kemudian ke TM Point untuk mintak statement untuk diserahkan kepada LHDN. Aku ingatkan boleh terus dapat penyata dari bank, rupa-rupanya kena tunggu 5 hari bekerja. So tak dapatlah ke KWSP, terus detour ke AEON AU 3 sebab En Hubby kata kat situ ada TM Point. Rupa-rupanya dia tertukar dengan kedai UNIFI! Dah alang-alang ke situ, kitorang pusing-pusing untuk cari baju raya dan juga baju kerja memandangkan aku akan mula bekerja hari Isnin ni. En Hubby request kerusi roda sebab dia cakap aku lambat dok hincut-hincut, so lagi senang dia tolak je aku dengan kerusi roda.
Hajatnya mahu beli kasut yang selesa, almaklumlah, bila dah jadi si tempang sementara ni, terpaksa lah invest beli footwear yang selesa dan boleh membantu mengurangkan sakit dan bengkak. Lepas tu mahu beli pakaian kerja juga memandangkan aku tak banyak pakaian kerja, sepanjang kerja di tempat lama, aku gunakan sepenuhnya polisi casual office attire, jadi aku banyak membeli tshirt dan jeans sahaja selama 5 tahun kebelakangan ni. Tapi selection kat JJ AU3 tu sangatlah hazab, in the end aku tak beli apa-apa pun. Jubah untuk mak aku pon tak ada, semua yang dijual macam stok 5 tahun lepas yang tak habis. Aku tak puas hati, aku ajak En Hubby ke Carrefour. Ya lah, bila lagi nak shopping, En Hubby asyik busy, balik malam memanjang. Aku nak keluar sendiri tanpa orang temankan, mahunya nanti aku tinggal je kereta kat parking shopping complex dan tahan teksi je balik bila kaki dah sakit.
Kat JJ oklah, ada disediakan kerusi roda, so aku tinggal duduk dan En Hubby tolak je, tapi kat Carrefour ni tak ada. Sangatlah hazab rasanya, aku dah rasa macam nak tercabut kaki dah berjalan, sakit gila sampai naik ke belakang. En Hubby membebel kerana dia dah warning aku masa aku ajak pergi Carrefour tu yang aku tak boleh jalan banyak sangat, tapi nak shopping punya pasal aku cakap aku ok je. So diam je lah, sakit pun tahan je sebab taknak kena marah. Jalan la aku terhincut-hincut macam tengah buat penggambaran drana Si Capik. Lepas tu masa nak beli baju kat booth-booth yang kat dalam Carrefour tu, ada la pulak yang kononnya nak berbasa-basi buat komen kaki dah hincut banyak berjalan la tu. Aku rasa macam nak tinggikan suara je cakap kaki aku patah la mangkuk! Tapi aku senyum je la, nak buat macam mana. Memang bila pasang interlocking nail ni orang tak tahu kaki patah sebab tak nampak bersimen, kat luar nampak elok je kecuali kalau tarik seluar dan perhatikan kaki aku yang bengkak sebelah dan tulang betis yang tertonjol keluar.
Tetap jugak nak shopping ni, bila dah beli kasut kat butik Scholl dan beli jubah, aku ajak pulak En Hubby masuk ke dalam pasaraya. Aduh, tak tertahan rasanya hazab, rasa macam nak je aku masuk dalam troli tu biar En Hubby tolak aku macam kanak-kanak ribena. Oh, I miss the time when I can 'ukur' shopping complex dan Jln TAR. Sekarang ni jalan dalam rumah pun kaki dah bengkak!
Keluar dari Carrefour dah pukul 6 petang. Memandangkan dah lewat dan kaki aku dah gila babas bengkak, aku mintak En Hubby beli makanan kat gerai-gerai yang dibuka di tepi jalan berdekatan Carrefour tu. Aku ternampak gerai nasi kerabu so aku mintak En Hubby belikan nasi kerabu dan aku tunggu dalam kereta. 10 minit pusing, En Hubby datang balik ke kereta tanpa beli apa-apa, dia cakap tak ada apa yang menarik perhatian. Nasi kerabu pun katanya warna biru nasi tu lain macam. Aku dah syak penjual tu letak perwarna kat nasi instead of menggunakan bunga talang. Tetapi memandangkan sudah lewat, aku cakap beli saja lah apa-apa pun. So En Hubby beli nasi kerabu dan karipap untuk berbuka puasa. Nasi kerabu saja harganya RM8 bersama seketul ayam percik!
Sampai kawasan rumah, baru teringat ada pasar malam kat depan rumah. Menyesal pulak tak beli nasi kerabu kat pasar malam je, nasi kerabu kat pasar malam rumah aku tu confirm sedap. Tapi dah beli kan, so tak apa lah. Lagipun aku fikir it cannot be that bad! But I was so wrong!
Nasi kaler biru dicampur taugeh |
Aku tengok kuah percik tu pelik, so aku sengaja tak letak atas ayam |
Peniaga makanan ni diorang lupa agaknya bahawa diorang mempunyai tanggungjawab untuk menghidangkan makanan yang berkualiti agar sepadan dengan harga yang dijual. Untuk harga RM8, aku sangat-sangat tak puas hati. Nasi kerabu dah lah diletak perwarna, tu aku masih boleh terima kerana ya lah, di KL mungkin sukar nak cari bunga talang atau isi cekur, tetapi apabila sambal kelapanya hanya sekadar kelapa semata-mata tanpa digaul ikan, itu sudah bukan nasi kerabu namanya! Tumisnya pun entah apa rasa, sambil cili rasa macam sambal nasi ayam. Ayam percik pulak kuahnya manis dan rasa macam kuah kacang pun ada. Aduiiii. Jahanam makanan tradisi negeri aku!
En Hubby kata kalau tak boleh telan jangan makan. Aku pulak fikir dah bayar RM8, telan je la. Mahal tu! Walaupun rasanya sangat la jauh dari rasa asal nasi kerabu, tapi dah beli, kira rezeki la tu. Nak masak sendiri memang tak larat, telan je la apa yang dibeli.
Ini rupanya nasi kerabu hasil air tangan sendiri, aku pakai bunga talang untuk bagi kaler biru |
Thursday, August 9, 2012
Got To Dance UK 3
Got To Dance UK 3 crowned a new winner and they are simply superb! All this while I thought tap dance is boring until I watched Prodijig dance. Crazy tap routine, superb synchronized fast movements of their feet are simply stunning. They simply wowed me!
Wednesday, August 8, 2012
Gajah dan Subuh
First sahur kat rumah sendiri malam tadi. Dalam peti ais tak ada apa-apa except for nuggets dan frozen chickens yang adik aku beli. Pesan kat En Hubby beli telur. Nasib baik ada ikan bilis dan sayur sawi layu yang adik ipar aku belikan. Punya la takut tak terjaga, aku layan tv sambil tunggu En Hubby bawak balik telur. Pukul 2 pagi aku dah tanak nasi untuk buat nasi goreng. Almaklumlah, kalau kat kampung cuma bangun dan makan sahaja. En Hubby balik pukul 2.30 pagi. Lepak-lepak sekejap, pukul 3 pagi kami mula masak, kelentang kelentung di dapur sedangkan rumah sebelah menyebelah masih bergelap.
Pukul 3.30 pagi kami bersahur ringkas, nasi goreng dan chicken nuggets bersama air milo. Awal benar bersahur! Kalau kat kampung pukul 4.30 atau 5 pagi baru mak aku kejutkan sahur.
Usai bersahur, jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. En Hubby belum mahu tidur, aku pesan minta kejutkan aku pukul 6 pagi untuk solat subuh. Alarm di telefon aku kuncikan juga agar terjaga.
Rumah aku ni memang sedia gelap, siang hari pun gelap. Bila tarik langsir dan tutup lampu memang gelap gulita la jawabnya. Aku terjaga apabila mendengar bunyi jalarm menjerit-jerit. Sedikit disoriented, aku sangkakan baru pukul 5 pagi lebih kerana keadaan gelap gelita. Apabila aku capai telefon untuk mematikan alarm, jam menunjukkan 7.30 pagi. Aku jeling pula kepada jam di dinding, sah! Memang 7.30 pagi!
Alahai! Gajah pun tak Subuh pukul 7.30 pagi!
Tuesday, August 7, 2012
Rumah oh Rumah
Alhamdulillah, pagi tadi selamat tiba di Gombak. Dua bulan lebih aku di kampung rupa-rupanya persekitaran rumahku juga telah berubah. Tiada lagi bengkel kereta tempat aku selalu menghantar kereta untuk buat alignment dan balancing, sudah bertukar menjadi pasar mini.
En Hubby sambil tersenyum sudah bagi amaran, jangan terkejut bila masuk rumah. Rupa-rupanya rumahku sudah macam tongkang pecah, habuk dan debu di sana sini. Kain baju tidak berlipat. Dapur penuh dengan tahi cicak. Seolah-olah tiada yang tinggal di rumah ini. Bilik tidur juga sama, dengan kain baju yang sudah dilipat penuh di atas katil. Almari juga macam tempat kucing beranak jadinya. Pening kepala dibuatnya. Jawabnya terpaksalah aku mencari pembantu rumah harian memandangkan rumah bukan setakat bersepah tetapi amatlah tidak bersih, pijak lantai pun terasa berdebu.
En Hubby pesan biarkan dulu, balik kerja nanti dia kemas. Ya lah tu, balik kerja pun entah pukul berapa. Dua bulan aku tak ada di rumah pun dia tak sempat nak berkemas, balik pun sudah tengah malam. Bila aku suruh panggil orang tolong kemaskan, dia bagi alasan tiada orang untuk monitor dan dia boleh kemas sendiri. Haish!
Sudah la jiran sebelah masih lagi dengan sikap pentingkan diri. Buka sahaja pintu kereta bau busuk semerbak ke hidung. Longkang sudah berbuih dan berlumut dengan tahi anjing dan sampah sarap dari rumahnya yang disimbah ke dalam longkang. Majlis Perbandaran Selayang pun, sudah berkali-kali di buat aduan, masih belum berbuat apa-apa. Hendak dibersihkan sendiri, kandungannya najis mughallazah! Tersiksa jiwa dibuatnya.
Niat ingin mengadakan rumah terbuka kecil-kecilan juga terpaksa dilupakan. Pertama, aku belum 100% sembuh untuk memasak, menguruskan jamuan atau mengemas rumah. Kedua, takkan lah aku nak menjamu orang dengan bau busuk yang menusuk hidung. Alahai la nasib. Raya nanti pintu rumah akan sentiasa tertutup lah jawabnya.
Monday, August 6, 2012
Random
Malam ini aku akan bertolak pulang ke KL setelah dua bulan lebih di rumah. Minggu depan aku akan mula menjadi career woman kembali. Masih lagi pening dengan logistic arrangement memandangkan aku tidak mendapat allocation parking. En Hubby perlu menghantar dan mengambil aku dari pejabat buat sementara waktu memandangkan risiko kena berdiri sekiranya aku ambil public transport amatlah besar. Confirm nanti kaki akan bengkak. En Hubby pening, bagaimana jika dia sekiranya perlu outstation? Jawabnya terpaksa la aku drive and parking kat KLCC yang cekik darah itu.
Bila kembali ke KL nanti pastinya aku akan merindui anak-anak buahku. Si Auni pun sudah dihantar pulang ke Kelantan kerana ibunya yang baru hamil anak kedua sudah tak terlarat. Aduh! Bosannya nanti.
Bila kembali ke KL nanti pastinya aku akan merindui anak-anak buahku. Si Auni pun sudah dihantar pulang ke Kelantan kerana ibunya yang baru hamil anak kedua sudah tak terlarat. Aduh! Bosannya nanti.
Saturday, August 4, 2012
Random
Bosan. Tidak tahu apa yang patut dicoretkan. Melewati usia yang makin menginjak, aku semakin bosan. Tidak tahu apa yang aku inginkan. Tidak tahu apa yang hendak aku luahkan. Menjadi seorang yang introvert hati kadang-kadang membosankan dan memenatkan. Mungkin juga itulah penyebabnya yang menarik aku ke arah puisi. Lebih senang meluah secara abstrak.
Masih lagi punya 1001 perkara yang harus diselesaikan. Tetapi disipilin aku tidak sehebat orang lain. Kadang-kadang hati memberontak kepenatan, lantas segala kerja itu aku tinggalkan. Ah, bila mungkin aku akan menjadi jutawan bebas hutang jika begini caranya. Kata seorang teman, aku punya terlampau banyak perancangan, tetapi pelaksanaannya aku tidak punya kesabaran. Tidak dinafikan, dia betul 100%.
Aku mempunyai terlampau banyak cabang minat. Dan aku sedikit 'control freak', pantasnya mendelegasikan sesuatu itu agak sukar bagiku. Ketika aku masih menjadi pengamal undang-undang dahulu, ketua ku sering menegur yang aku harus belajar melepaskan sedikit tanggungjawab. Hakikatnya bukannya aku tidak mahu, tetapi aku bukanlah jenis orang yang sabar. Aku tidak suka menerangkan perkara yang sama berulang-ulang tetapi kesilapan yang sama masih lagi dilakukan. Akhirnya, aku yang harus membetulkan semula segala kerja, lebih baik aku yang melakukannya sendiri dari awal!
Mungkin juga aku sedikit ADD. Semua benda aku ingin cuba. Sedangkan aku tidak punya banyak masa. Tetapi prinsipku, belum cuba belum tahu. Sekurang-kurangnya jika aku mendapati apa yang aku cuba itu tidak sesuai dengan minatku, aku boleh mengesahkannya dan mengatakan dengan 100% keyakinan yang aku tidak mahu melakukannya lagi kerana aku telah mencubanya dan mendapati aku tidak punya minat untuk mencubanya lagi. Kenapa perlu kalah sebelum berjuang bukan?
Masih lagi punya 1001 perkara yang harus diselesaikan. Tetapi disipilin aku tidak sehebat orang lain. Kadang-kadang hati memberontak kepenatan, lantas segala kerja itu aku tinggalkan. Ah, bila mungkin aku akan menjadi jutawan bebas hutang jika begini caranya. Kata seorang teman, aku punya terlampau banyak perancangan, tetapi pelaksanaannya aku tidak punya kesabaran. Tidak dinafikan, dia betul 100%.
Aku mempunyai terlampau banyak cabang minat. Dan aku sedikit 'control freak', pantasnya mendelegasikan sesuatu itu agak sukar bagiku. Ketika aku masih menjadi pengamal undang-undang dahulu, ketua ku sering menegur yang aku harus belajar melepaskan sedikit tanggungjawab. Hakikatnya bukannya aku tidak mahu, tetapi aku bukanlah jenis orang yang sabar. Aku tidak suka menerangkan perkara yang sama berulang-ulang tetapi kesilapan yang sama masih lagi dilakukan. Akhirnya, aku yang harus membetulkan semula segala kerja, lebih baik aku yang melakukannya sendiri dari awal!
Mungkin juga aku sedikit ADD. Semua benda aku ingin cuba. Sedangkan aku tidak punya banyak masa. Tetapi prinsipku, belum cuba belum tahu. Sekurang-kurangnya jika aku mendapati apa yang aku cuba itu tidak sesuai dengan minatku, aku boleh mengesahkannya dan mengatakan dengan 100% keyakinan yang aku tidak mahu melakukannya lagi kerana aku telah mencubanya dan mendapati aku tidak punya minat untuk mencubanya lagi. Kenapa perlu kalah sebelum berjuang bukan?
Friday, August 3, 2012
Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Nota hujung jari:
Masih adakah lagi warisan kita? Yang ada sekarang hanyalah kacau bilau perebutan kuasa, masing-masing memburukkan satu sama lain. Bila masakah kita akan gemilang seperti dulu?
Fear
Fear is an amazing thing. Fear is a powerful thing. It can hold you back or push you forward. It can be the reason why you succeed and it can also be the cause of your failure.
Fear is magnificent thing. Fear is a beautiful thing. It has a way of controlling your life. It can stall you or keep you moving. It can force your obedience or flame your rebellion.
Fear is a funny thing. Fear is a strange thing. It can guide you or distract you. It can make you cower or braver.
Fear is the only thing that keep me going. Fear is the only thing that keep me trying...
And I say...I do what I do not because I am not afraid but because I refuse to be defeated by my fear.
Fear is magnificent thing. Fear is a beautiful thing. It has a way of controlling your life. It can stall you or keep you moving. It can force your obedience or flame your rebellion.
Fear is a funny thing. Fear is a strange thing. It can guide you or distract you. It can make you cower or braver.
Fear is the only thing that keep me going. Fear is the only thing that keep me trying...
And I say...I do what I do not because I am not afraid but because I refuse to be defeated by my fear.
Thursday, August 2, 2012
Hero-hero Malaya
Sepanjang aku patah kaki, rasanya suara aku dah mengalahkan Mariah Carey, setiap hari menjerit dek karenah budak ni. Dia punya aktif, tak terlarat aku nak menjerit. Nak berkejar angkat dia tak boleh, so menjerit je la kerja aku. Terkejar-kejar mak bapak dengan nenek dia disebabkan si kenit ni. Toleh je belakang sikit, bila toleh balik tahu-tahu dia dah landing atas meja. Entah bila masa dia panjat.
Ada sekali tu, aku tengah syok syok buat kerja, kawan aku datang. Aku dengar kawan aku bising-bising suruh orang ikut naik. Aku ingatkan kawan aku tu bawak kawan dan kawan dia segan nak naik ke rumah, rupa-rupanya si kenit ni yang dia bising suruh naik. Entah bila masa dia turun ke halaman sorang-sorang. Tak siapa sedar. Nasib baik kawan aku datang, kalau tak dia terkedek-kedek pergi ke jalanraya yang sepelaung je depan rumah aku tu pun tak ada orang sedar.
Lepas tu favorite budak ni adalah kacau orang. Dia tahu kaki aku patah, kaki aku la yang dia berkenan. Dua tiga kali dia pegi pukul kaki aku, duduk atas kaki aku dan tendang kaki aku. Bila orang marah atau menjerit, dia akan gelak. Permainannya semua yang pelik-pelik dan ganas-ganas. Dia tak berminat dengan permainan biasa, tak payah la belikan toys yang sesuai umur dia, memang tak dipandang. Dia main pun sekejap je. Apa yang dia paling minat ialah drum set bapak dia, kalau tak dapat ketuk drum sehari memang tak senang duduk.
Sekarang dia dah ada adik, lagi la penat aku menjerit. Ada sekali tu dia hampir-hampir pijak perut adik dia. Nasib baik mak dia sempat tahan.
Yang si adiknya pulak, kerjanya celik mata je menangis mintak susu, celik mata je menangis mintak susu. Lepas tu nak orang riba je manjang. Kecik-kecik dah pandai demand!
Semoga anak-anak buahku ini akan membesar menjadi anak-anak yang soleh dan insan yang kamil. Insya Allah.
Wednesday, August 1, 2012
Kalau Hati Sudah Suka
Kalau hati sudah suka
Apa lagi yang hendak dikata
Walau ramai orang mengata
Kata hati dikutkan juga
Kalau hati sudah suka
Bau kentut pon wangi sahaja
Misai kontot pon bawa bahagia
Ketiak busuk pon harum baunya
Kalau hati sudah suka
Lupa pesan ibu dan bapa
Mengejar bahagia yang tak pasti di mana
Akhirnya merana jiwa dan raga
Kalau hati sudah suka...
Apa lagi yang hendak dikata
Walau ramai orang mengata
Kata hati dikutkan juga
Kalau hati sudah suka
Bau kentut pon wangi sahaja
Misai kontot pon bawa bahagia
Ketiak busuk pon harum baunya
Kalau hati sudah suka
Lupa pesan ibu dan bapa
Mengejar bahagia yang tak pasti di mana
Akhirnya merana jiwa dan raga
Kalau hati sudah suka...
Adab Orang Berilmu
Ilmu Allah yang kita dapat di dunia ni, hanya umpama sebesar zarah. Andaikata lautan itu ilmunya, umpama jarum yang dicelup ke dalam lautan, kemudian diangkat dan air yang menitis daripada hujung jarum itulah ilmu yang kita miliki.
"Malaikat itu menjawab: "Maha
suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa
yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".(al-Baqarah:32)
Riak, sombong dan bongkak dengan ilmu yang ada adalah seburuk-buruk sifat insan. Kerana sepandai atau sebijak mana pun kita, ada lagi yang lebih pandai dan bijak dari kita. Mungkin orang yang kita rendah-rendahkan tidak bijak dan pandai dalam akademik, tetapi dia bijak dalam ilmu kehidupan, dia bijak mencuri peluang, dia bijak mengatur langkah. Dan jangan cuba kaburkan mata orang lain dengan bercakap besar, kerana andai kita tidak benar berilmu, kebodohan kita akan lebih terserlah. Tiada apa yang kita perolehi daripada sifat riak, sombong dan bongkak itu, hanya kebencian dan kemurkaan Allah:
"Sebenarnya, bahawa Allah
mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka
zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong
takbur." (An-Nahl:23)
Dan andai kita benar berilmu, kongsilah ilmu itu dengan sebaik-baik mungkin. Jangan ada sifat tamak dan hasad dengki, kerana itu bukanlah sifat orang yang berilmu. Andai kata kita ditanya soalan yang tidak terjangkau ilmu kita, ambil masa untuk mencari jawapan. Bukan hanya membuta-tuli memberi jawapan mengikut konsep fikir sendiri. Yang salah tetap salah walaupun ada yang membenarkannya, kerana bukan tempat kita untuk membenarkan apa yang salah. Bersanggul tinggi dalam tudung, bukan kerana rambutnya lebat dan panjang yang mengharuskannya bersanggul tinggi tetapi kerana ingin dilihat menarik dalam berfesyen adalah salah walaupun rambut tersebut ditutup tudung seperti mana hadith Rasulullah S.A.W:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ
مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)
Janganlah kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang haram kerana syirik hukumnya. Apatah lagi jika kita seorang yang dipandang tinggi dan dihormati dalam masyarakat, kata-kata dan perlakuan kita menjadi ikutan, bimbang nanti kitalah yang akan menyebabkan akidah orang lain terpesong.
"Katakanlah (wahai Muhammad):
"Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang
baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya
itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang
tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya
tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat".
Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi
orang-orang yang (mahu) mengetahui" (al-A'raf:32)
Perkara yang melibatkan hukum, baik aqidah atau shariah seperti muamalat, munakahat atau jinayat haruslah disampaikan dengan berhati-hati. Seperti mana al-Quran telah menjelaskan bahawa ibu saudara sabit adalah ajnabi dan sah dikahwini sekiranya diceraikan oleh bapa saudara. Sila lihat dalilnya di sini.
Jadi berhati-hatilah apabila berbicara. Jangan terlalu sombong dan riak untuk menunjukkan kita berilmu. Bimbang nanti mahu dilihat pandai, makin bodoh nampaknya kita. Sesungguhnya hanya sekelumit ilmu Allah yang kita ketahui.
Subscribe to:
Posts (Atom)