Nuffnang

Saturday, June 30, 2012

White Water Rafting (Berakit di Air Putih)

Korang pernah cuba white water rafting? For those yg suka adrenaline rush should try this. Water rafting ni diklasifikasikan kpd 6 grade. Grade 1 yg mcm bersantai-santai berdayung sampan ke muara n grade 6 yg paling mencabar. Kalau kt Semenanjung ni yg paling mencabar yg saya tahu adalah di Sg Singor di Grik n dengar khabarnya kat further up Sg Sedim pon sudah dibuka di mana jeram (rapids) dgn Grade 6 blh dilalui.


Saya blm berani lagi cuba Grade 6 because Grade 6 is considered as the most dangerous and you have to be extremely skilful to navigate Grade 6 rapids. Setakat ni yg paling mencabar pernah saya cuba ialah Grade 5 di Sg. Padas, Sabah. Kalau kat Semenanjung, saya suka ke Sg Selangor di Kuala Kubu Baru (partly because it is the nearest to KL) with rapids ranging from Grade 2-4 (kalau hujan lebat i.e. air besar some rapids can go up to Grade 5). Both rivers offer different kind of experience.


Kalau kt Sg Padas, sg dia lebar dan berair deras, xde batu batan sangat jadi anda memerlukan kekuatan tangan untuk paddle merentasi jeram yg berarus deras. Rafting instructions yg digunakan pon tak banyak sangat, mostly paddle forward/forward paddle and back paddle. Tapi rapids kt Sg Padas ni besar dan airnya sangat deras. Nama2 rapids pon mmg amat menggambarkan rapids tersebut. Ada rapids yg diberi nama Sucker, Big Sucker, Washing Machine etc. Rapid Sucker tu kerana dia akan menyedut raft anda ke dalam pusaran air dan anda semua kena berusaha keluar dr pusaran tu.

Yg paling menggerunkan ialah rapid Washing Machine sbb dia akan sedut ke dalam pusaran air dan anda akan terasa spt berada dlm washing machine kerana raft anda akan berpusing pusing kt dlm tu. Masa kt rapid Washing Machine ni la raft kitorang terbalik dan because airnya sangat deras, it was very difficult to swim to the raft. I end up being pushed far away from my raft and sekuat mana saya cuba swim back to my raft, arus sg semakin menolak saya jauh dr raft. Dah la saya tak pandai berenang so our guides terpaksa baling tali n saya ditarik dgn tali.

Kat Sg Selangor pulak banyak batu batan. So u have to navigate through jeram yg berbatu ni, jadi masa raftingnya agak lama sebab sometimes setelah semua cara digunakan tetapi raft anda masih belum berjaya melepasi jeram-jeram kecil yg berbatu, anda terpaksa mengangkat raft anda. Dari segi bahayanya pula, kalau kt Sg Padas kemungkinan lepas agak tinggi sebab airnya yg besar dan deras, kalau kat Sg Selangor pulak, anda mungkin tercedera kalau raft terbalik dan jatuh atas batu batan tu. Rafting instructionnnya pon agak banyak berbanding Sg Padas; ada forward paddle, back paddle, sit in, sit left, sit right etc.

Different kind of experience and different kind of challenges. Kat Sg Selangor, anda memerlukan kesabaran dan kepekaan yang tinggi. Pastikan anda mendengar instructions dengan jelas sebab kalau anda salah dengar instructions, kemungkinan besar raft anda akan terbalik. Kalau instructor suruh pergi kiri, sila ke kiri, jgn ke kanan! Raft rakan saya terbalik kerana salah seorang drp ahlinya tidak mendengar arahan dan dia ke kanan instead of ke kiri, padahnya raft terbalik dan salah seorang rakan saya mengalami kecederaan yang agak teruk.

Apa yg penting dlm aktiviti water rafting ni adalah team work. Anda harus bekerjasama dengan semua org dalam raft anda bagi mengelakkan sebarang kecederaan yg diakibatkan oleh raft terbalik atau mana-mana ahli tercampak keluar dari raft (spt gambar di atas). Apa yg saya biasa lakukan dan selalu pesan kpd org2 yg saya bawak pegi berafting ialah sesiapa yg duduk berdekatan dgn guide supaya mengulang kembali arahan yg diberikan agar semua org di dalam raft mendengar arahan tersebut.

Kalau anda berminat dgn aktiviti air yg blh memberikan adrenalin rush, saya cadangkan anda mencuba white water rafting. Kalau tak berani utk mencuba grade yg sukar i.e. 4-6, cuba dulu gred 1-3 spt di Sg Kampar/Itik di Gopeng, Perak Sg Slim di Slim River,Perak, Sg Kiulu di Sabah, Sg Sungkai, Perak, Sg Telom/Sg Lipis/Jeram Besu/Tembeling, Pahang, Sg Endau, Johor atau Sg Nenggiri, Kelantan.

Cubalah, anda pasti tidak akan melupakannya!

Nota kaki:
Kalau di Semenanjung Malaysia, saya biasa menggunakan khidmat PieRose Swiftwater atau Khersonese. Kalau di Sabah baru2 ini, saya mendapatkan khidmat Borneo Global Tour.

No comments:

Post a Comment