Nuffnang

Thursday, June 28, 2012

Mek Su dan Gigi Emasnya




Korang pernah tengok tak iklan BR1M di atas? Saya tak suka iklan tu sebab macam merendah-rendahkan masyarakat Kelantan. Apa motifnya dapat duit bantuan je Mek Su pergi buat gigi emas sedangkan gigi Mek Su masih penuh?

Saya pernah komen mengenai iklan ini kat Facebook dan ada segelintir rakan Facebook saya yang menyokong parti tertentu mengatakan saya prejudis terhadap segala bentuk inisiatif yang dibuat oleh parti itu. Itulah masalahnya dengan orang politik, tidak kira lah parti mana sekalipun, bagaimana mahu maju dan menjadi pemimpin yang baik apabila langsung tidak menerima pandangan orang lain? Bagaimana pula mengkritik iklan boleh dikatakan sebagai prejudis terhadap inisiatif parti politik tersebut? Saya mengkritik iklan yang bagi saya langsung tidak menyampaikan mesej sebenar BR1M tersebut diberikan. Inisiatif yang bagus haruslah disampaikan dengan cara yang berhemah. Tidak kira lah sama ada inisiatif tersebut bermotif politik atau tidak tetapi anda sebagai orang politik harus lah bijak bermain dengan psikologi audience kalau mahu meraih sokongan. Kenapa ditonjolkan motif politik tersebut dengan merendah-rendahkan rakyat sesuatu negeri yang menolak anda? Umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar, langsung tidak memberikan manfaat kepada sesiapa pon, sebaliknya makin rugi adalah.

Bagi saya, apa yang harus ditonjolkan ialah bagaimana BR1M tersebut benar-benar meringankan beban rakyat. Tetapi mesej tersebut juga haruslah ditonjolkan secara subtle dan berdasarkan logik akal. Contohnya, iklan tentang bagaimana hidup susah seseorang itu terus berubah menjadi senang serta merta apabila menerima wang RM500 adalah sangat tidak logik. Iklan tersebut cuma boleh diterima logik akal sekiranya ia disiarkan 50 tahun dulu. Sepatutnya biarlah ada 'sequence' nya bagaimana hidup seseorang itu berubah. Sebagai contoh, RM500 digunakan untuk membeli mesin jahit secondhand dan beberapa tahun selepas itu (tak payah la melakonkan adegan beberapa tahun tu, cukup sekadar meletak caption), insan yg mendapat bantuan tersebut berjaya memiliki kedai jahit sendiri hasil daripada satu mesin jahit terpakai yg dibeli dgn wang bantuan RM500 tersebut. Baru lah boleh diterima dengan logik akal!

Ini tidak, apa yg ditonjolkan ialah Mek Su yang sedang meraut lidi didatangi seorang gadis yang membawa kuih muih dan menghulurkan borang bantuan. Mek Su tersengih menampakkan barisan giginya yang penuh sambil berterima kasih kepada gadis tersebut. Selepas mendapat wang bantuan, Mek Su berbual dengan gadis tersebut dan seorang lagi tetamu lelaki, tersengih lagi menampakkan gigi emasnya yang berkilauan. Dengan tagline 'sekarang semua orang nampak', Mek Su layak menyertai Akademi Fantasia. Dan maka, berkat wang RM500 itu, Mek Su berjaya memenangi Akademi Fantasia dan menerima hadiah sebuah negeri bernama Serendah Sekebun Bunga untuk diperintah! Arakian, Mek Su serta gigi emasnya berjaya menawan hati rakyat negeri Serendah Sekebun Bunga dan disayangi rakyat jelata. Mek Su kekal menjadi pemerintah rakyat negeri Serendah Sekebun Bunga dan hidup berbahagia selamanya bersama gigi emasnya. Sayugia tamatlah kisah dongeng zaman moden yang penuh tipu muslihat asam garam hidup!

Nota kaki:
Saya menyokong parti tupperware, saya tidak menyokong parti rimba atau parti buih.


No comments:

Post a Comment