So, berbalik pada sukan extreme ni, aku dah banyak kali cuba tandem paragliding. I love it and I want to try solo paragliding pulak. Tapi sebab aku takde masa n cuma ada masa weekend je, aku biarkan hubby aku belajar dulu. Bila dia dah belajar n siap beli glider sendiri, lagi la aku tercabar nk belajar la kan. Tercabar sebab initially masa first time nk cuba buat tandem paragliding, hubby aku tak interested sangat n aku yg beria-ia. Dia kata dia temankan saja aku ke Bkt Jugra utk cuba terbang tandem. Masa tu aku dah kumpulkan 5 org kawan utk buat tandem jugak. Sampai je ke Zone Khatulistiwa di Banting, masa kitorang tgh sibuk2 isi borang n tgk video n dgr safety instructions, laki aku tiba-tiba ubah fikiran. Tambah pulak everybody dah racun dia baik punyer, terus dia sign borang sekali utk terbang. After that day, he was hooked. N since masa tu dia masih jadi penganggur terhormat lepas company yg dia keje tu lingkup, dia belajar dulu n berjaya fly dulu.
Almost a year aku tunggu since pertama kali cuba tandem paragliding, so finally pada tanggal 4 May 2012, akhirnya aku dpt peluang utk terbang solo. Dan punya la jauh tempat aku terbang tu, nun jauh di Kg Lohan, Ranau, Sabah. Kenapa jauh, sebab masa tu aku n hubby ikut PLUM utk program di Sabah. Program tu lebih kurang 10 hari, tapi most of the times aku tgk org fly n ambik gambar org je. Hari ke 8 baru lah instructor ckp ok, blh lepaskan aku terbang solo. Jiwa dah berdup -dap dup dap dah bila dia ckp macam tu.
So, sebelum solat Jumaat tu aku dh bersedia utk terbang. Since baru first time terbang aku buat forward/alpine launching. Bila dpt lift je, perasaannya tak dpt digambarkan dgn kata2! Masya Allah, hanya Tuhan je yg tahu bagaimana takjubnya perasaan tu. Terbang di udara, pepohon dan rumah2 mengecil di bawah. Instructor aku bagi arahan melalui walkie talkie, setiap arahan aku ikut dengan sempurna sehinggalah tiba waktu untuk landing.
Di kejauhan aku blh nampak tebing sungai yg agak tinggi yg semakin aku hampiri. Dlm fikiran pada masa tu dh terlintas yg aku takkan berjaya melepasi tebing sungai tu. Aku terfikir nak tanya instructor aku melalui walkie talkie tapi macam mana pulak aku nk ambik walkie talkie sedangkan dua-dua tangan sedang mengendalikan riser? Masa tu dlm hati aku dh terdetikl, apa nk jadi, jadilah. Aku handle risers tu carefully, luruskan kaki dan.....
DAMMMM!!!
...Aku menghentam tebing sungai tu, legs first. Glider terus tarik badan aku ke depan, menambahkan lagi kuasa hentaman. Aku dpt dengar bunyi PRAKKK...tulang kaki aku patah. Glider tarik lagi, kali ni ke belakang sebab payung dh deflate, so aku tergolek ke bawah 3 kali, menghentam batu2 di tebing sungai tu sampai la aku jatuh ke dasar sungai. Nasib baik sungai tu kering n amat cetek. Dua tiga org yg ada kt tempat landing tu berlari nk menyelamatkan aku, masa diorang cuba angkat aku, aku menjerit jgn angkat sbb kaki aku dah patah. So aku terbaring je kat situ menunggu van yg kami sewa sampai utk bawak aku ke hospital. Darah dah berjejeran dah membasahi jeans aku (Damn! I love tht jeans!)
Bila van sampai, diorang pakat angkat aku masuk ke van. Sakitnya jgn ckp la, aku rasa satu kg tu blh dengar jeritan aku. Lepas tu pulak jln berbatu-batu sbb van tu lalu kt sungai, nk tunggu van tu melepasi sg aku rasa telinga laki aku, kawan aku n driver van pekak kot mendengar jeritan aku. Sampai kat hospital Ranau, diorang cepat2 balut luka n buat half cast utk stabilisekan broken bones tu. Bila buat x ray, tulang kt betis aku patah 3 tempat. Lepas tu ada luka sbb tulang yg patah tu dh naik ke atas n menolak isi n kulit sebelum hentaman kali kedua/ketiga tu memasukkan balik tulang tu ke dalam.
Looking at my condition, diorang terpaksa potong jeans aku (still sedih because it's a new jeans n i love tht jeans!) n they transferred me to hospital di KK because diorang takde kelengkapan utk operate kat hospital Ranau. They monitored my wound for 1 week sbb takut ada infection. Aku dh rasa mcm nak gila dh kat hospital tu dlm tempoh monitoring tu, dgn sakit patah tulang, dgn homesicknya. Nasib baik laki aku setia menemani. Bila diorang dh puas hati takde infection, baru lah diorang buat operation.
Masa operation tu lagi la, diorang bius half body je so I was fully awake throughout the entire op. Aku blh dengar diorang gerudi tulang aku, potong tulang aku guna gergaji elektrik n ketuk besi utk masukkan ke dlm kaki aku. The worst part was, masa diorang ketuk besi tu, I can feel as if all bones in my body moving sbb kena ketuk. Though I can't feel the pain kt my lower body, tp bila diorang ketuk besi+the bones kt my leg yg menyebabkan tulang2 lain tu bergerak, my upper body can feel the pain n i cried, menyebabkan doktor2 kt dlm operation room tu kelam kabut n they hv to inject me with something to make me sleep. Dhla operation tu patutnya 2 jam je tp because of some complication jadi berlarutan sampai 4 jam. I was so hungry n thirsty sbb nurse suruh aku puasa since 12 tgh mlm walaupun operation tu cuma start pukul 4 ptg esoknya, gastrik dia jgn ckp la. I keep on asking for water n they keep on refusing to give me water sbb diorang kata akan jeopardize the operation. Habis je operation, diorang titiskan air kt bibir aku n i end up vomitting sbb perut dh pedih.
So, aku in the end, aku end up kena tahan kt hospital QE tu for 11 days. Kalau ikutkan dr kt sana, diorang taknak release aku lagi sbb diorang kata I was too pale n weak tp aku bertegas jugak nk balik. I could not stand another day in that hospital or i will lose my sanity.
My fellow paragliders asked me whether that incident will make me not want to fly again. I told them it will take a lot more than broken bones to make me stop. Dah nak geruh nak buat macam mana. There is no one to blame, bukan salah instructor aku pon sbb dia tak nampak sama ada aku lepas atau tak tebing tu. It was not my fault also because I've followed every instruction n being a first timer, I don't know how to manipulate the glider bagi membolehkan aku terbang tinggi balik. The fact was, nasib tak menyebelahi aku sbb sebaik saja aku melintasi sungai tu, thermal ngan angin berkurangan dan menyebabkan glider aku turun dengan agak cepat. All safety precautions kami dah follow, apa yg terjadi tu dah di luar kawalan kami. In fact, sebelum pergi Sabah lagi dah macam2 dugaan aku hadapi, dgn tersilap beli tiket balik la, dgn bos kat ofis buat hal la, bergaduh dgn Air Asia la n mcm2 lagi. Hati pon mcm tak berapa enjoy compared dgn masa kitorang ke Sabah previous year. So, Allah dah tunjukkan tanda, cuma aku je tak pandai nak baca.
Ada kawan2 aku yg sebelum ni berminat nk terbang terus takut bila dengar aku patah kaki. Kat sini aku nak ckp yg paragliding is a sport that emphasize on safety. Keberangkalian kemalangan yg disebabkan oleh kecuaian manusia tu amat kecil, malahan lebih kecil drp memandu di jalan raya. Kalau ada kemalangan pon mostly adalah disebabkan oleh faktor di luar kawalan manusia. Having said that however, kalau nak mencuba pastikan anda mendapat instructor yg bertauliah, especially kalau nk buat tandem sbb tandem ni, glider akan dikawal oleh tandem master n our fates are practically in their hands.
No comments:
Post a Comment