Nuffnang

Friday, June 29, 2012

Pendidikan Percuma?

Apa pendapat korang mengenai pendidikan percuma seperti yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak sekarang? Bagi saya pendidikan percuma secara idealnya adalah bagus...tetapi....ada tapinya...

Sebagai sebuah negara membangun yang ekonominya masih lagi belum betul-betul kukuh, saya berpendapat pendidikan percuma tidak patut dilaksanakan secara menyeluruh. Saya setuju kalau pendidikan percuma diberikan di semua sekolah kerajaan di peringkat rendah dan menengah, tak payah nak kenakan yuran yang mengarut-ngarut tu, yuran PIBG la, yuran buku tulis, yuran buku latihan, yuran baju sukan, yuran tu, yuran ni dan segala mak nenek yuran lagi. Semua tu tak payah. Memanglah jumlahnya tak banyak, dua puluh tiga puluh hinggit je sorang murid tapi kalau ada 10 beradik yang masih belajar tak ke parah jugak mak bapak? I know sebab dulu saya melalui perkara yang sama. Masuk je musim sekolah dibuka, mak bapak saya pening. At one time, saya ada 10 beradik yang semuanya masih belajar. Saya dengan kakak di universiti dan 5 adik saya di sekolah menengah dan 3 lagi adik saya di sekolah rendah. Bayangkan peningnya mak bapak saya setiap kali musim cuti berakhir. Nasib baik lah saya dan kakak dapat bantuan kewangan.

Berbalik kepada pendidikan percuma tadi, saya rasa pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi hanya patut diberikan kepada pihak2 tertentu sahaja i.e. mereka yang betul-betul memerlukan. Saya masih ingat lagi semasa saya belajar di universiti, saya selalu cemburu dengan sesetengah pelajar yang langsung tidak menghadapi masalah kewangan, ibu bapa mereka mampu menyediakan segalanya. Tetapi yang membuatkan saya kadang-kadang berasa sakit hati ialah mereka masih lagi menerima wang pinjaman PTPTN atau JPA atau MARA...ya, wang pinjaman dan bukannya biasiswa yang diterima kerana pencapaian akademik mereka yang sangat cemerlang setiap semester. Saya melihat pelajar-pelajar ini membelanjakan wang pinjaman yang sepatutnya diberikan kepada orang yang benar-benar layak dengan sewenang-wenangnya. Ada yang menukar telefon setiap semester, ada yang membeli barangan mekap berjenama yang harganya ratusan ringgit, ada yang berparti dan sebagainya, sedangkan ada pelajar yang terpaksa mengikat perut dan hanya makan biskut kering cicah air setiap hari kerana wang bantuan hanya cukup untuk membiayai kos pendidikan mereka!

Kerana perkara sebeginilah saya tidak menyokong pendidikan percuma diberikan secara menyeluruh bagi para pelajar pendidikan tinggi. Saya menyokong seandainya pendidikan percuma (dalam bentuk biasiswa) diberikan kepada para pelajar yang datang daripada keluarga yang susah (tanpa mengambil kira sama ada mereka mampu score 4 flat setiap semester) tapi tidak secara menyeluruh. Kenapa? Kerana sudah lumrah manusia, terutama sekali yang mampu mendapat segalanya, tidak menghargai apa yang diperolehi secara percuma dan mudah. Saya sudah melihatnya dan ia membuatkan saya menjadi prejudis terhadap golongan yang datang daripada keluarga yang senang dan menjadi seorang yang sinikal dengan kehidupan.

Nota tapak kaki:
Saya bukan orang politik, saya hanya memerhati. Politik bagi saya macam sarkas, ada aksi lucu dan ada jugak aksi ilusi menipu mata. Aksi bagus saya puji, aksi mengarut saya hentam.

No comments:

Post a Comment