Nuffnang

Wednesday, October 3, 2012

Komen-komen Keji

Rakan blogger si Elly baru je pulang dari bercuti ke Rome bersama keluarga. Mek sangat jeles occay! Kena pulak bila minah tu kata jejantans kat Rome sangatlah hensem. Meleleh-leleh air liur aku nak pegi Itali jugak nak intai jejantans hensem. Walaupun hatiku milik si jawwo ganteng, tetapi tak salah bukan nak jamu mata?

Alhamdulillah, rezeki dia ada nak tengok negara orang. Aku pun kalau ada rezeki nak jugak tengok negara orang. Ya lah, jauh berjalan luas pengalaman kan.

Sebelum si Elly ni ke Rome dia telah mengumumkan blognya akan bercuti kerana penulisnya akan bercuti ke destinasi yang sudah lama diidam-idamkannya iaitu Rome. Tetapi yang tidak sedapnya bila ada suara-suara sumbang berbaur cemburu yang memberi komen mengatakan tak perlu tengok negara orang, no big deal, buat apa nak tengok bangunan buruk kat negeri omputih, buat bazir duit je n glamor je yg lebih dan macam-macam lagi. Kalau nak cuaca sejuk pergi je Cameron atau Bkt Fraser katanya. Kononnya lagi si pengomen ini bekerja di oversea dan orang kita suka terikut mentaliti memuja mat saleh kerana asyik teringin nak pegi negara diorang.

Ok, the fact is everybody has a right to give their opinions. Blogsphere is for everyone, kebebasan bersuara is for everyone. But there is a thin line between giving an opinion and condemning others. Who are you to condemn others' dreams? Impian orang tak semestinya sama dengan impian kita. Pandangan orang tidak semestinya sama dengan pandangan kita. Citarasa orang juga berbeza-beza. Kalau mereka mampu, kalau mereka suka, kenapa tidak? Kenapa mesti kita menegah? Bukannya mereka pergi bercuti guna duit kita pun kan? Dan aku rasa tuan punya komen tersebut lupa bahawa Islam menggalakkan kita mengembara, berjalan ke serata dunia agar kita dapat melihat negara orang, belajar daripada mereka, mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada manusia zaman dahulu kala. Kalau asyik nak terkurung dalam ruang litup sempit, kita tak akan berkembang. Mungkin ada yang berkata Malaysia pun tak habis mahu bercuti ke luar negara. Sekali lagi, itu duit mereka, kenapa mahu sibuk? 

Dan Al Quran menggalakkan kita berjalan di muka bumi, mengembara ke negara orang untuk melihat kekuasan Allah dan megambil iktibar serta ilmu pengetahuan dari negara-negara asing ini. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi arahan dan galakan untuk kita meluaskan pandangan di muka bumi ini dan mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada orang-orang yang terdahulu daripada kita. Di antaranya:


"Katakanlah:"Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Ankabut:20)



"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar-Rum:9)

Entry ni bukannya bertujuan untuk membela Elly sebab aku suka baca blog dia atau aku kawan dengan dia ke apa, cuma aku rasa dalam memberi komen di internet ni, tak kira lah sama ada di blog ke, facebook ke, twitter ke, LinkedIn ke, MySpace ke atau mana-mana social network yang lain, perlulah ada etika dan hormat atau dalam bahasa omputihnya; (untuk orang-orang yang dok kat negara omputih dan tak paham bahasa Melayu) ethics and respect. Kita harus ingat bahawa yang membaca komen-komen kita tu bukanlah robot atau komputer tetapi manusia. Behind those screens there are human beings, they have hearts and feelings. Memang lah dalam kebanyakan kes si penulis dan si pembaca/pengomen tidak kenal antara satu sama lain, maka lebih mudah untuk mengutuk, mengeji dan mengata sesuatu kerana kita boleh berlindung di sebalik skrin tetapi cuba tanam rapat-rapat dalam fikiran tu bahawa penulisan atau kata-kata itu boleh jadi lebih tajam daripada pedang, boleh menghiris lebih cepat dan dalam daripada pisau yang diasah hari-hari.Kalau kita tidak punya apa pun yang baik untuk dikatakan, lebih baik berdiam diri. Berdiam itu lebih baik daripada mengeji dan mencaci. Senang cerita, kalau tak suka baca, jangan baca. Kalau tak suka orang tu, jangan follow. Hati pun lebih aman, fikiran pun lebih tenteram tanpa perasaan cemburu, iri hati, dengki, sakit hati dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Lebih berpekdah kalau pegi lipat kain yang setimbun kat rumah tu daripada bagi komen-komen yang negatif kat blog atau status orang. Belajar-belajar lah memuliakan diri sendiri daripada berusaha menjatuhkan orang lain tu.

Sekian, wassalam.

Nota buku lima:
Komen-komen yang berbentuk menghina bentuk badan orang atau dengki dengan kesenangan orang itu adalah sangat keji. Tak mencapai apa-apa, yang dicapai hanyalah dosa kering dan bukti bahawa si pengomen bersifat dengki dan busuk hati. So what kalau orang tu selalu jalan-jalan, selalu makan kat luar? Dah rezeki dia, kenapa nak sibuk? Bukannya dia mintak duit korang pun kan? Masa dia susah ada korang nak campak barang seratus dua? Bila dia senang korang pulak nak lebih-lebih jaga financial dia, jaga bentuk badan dia? Apa kesss?!!!







No comments:

Post a Comment