Nuffnang

Wednesday, October 31, 2012

Bodoh-bodoh Alang

Bukan mudah menukar bidang kerja. Kadang-kadang terasa agak bodoh kerana banyak benda yang tidak diketahui. Aku rasa sepanjang aku bermula dalam bidang yang baru ni ntah sudah berapa puluh kesilapan yang aku lakukan, ntah berapa banyak bebelan daripada bos yang aku terima.

Godaan juga banyak. Sebaik sahaja aku mula bekerja, terdapat juga 2-3 tawaran untuk bekerja sebagai penterjemah di luar negara yang aku terima. Tergoda juga tetapi apabila memikirkan kembali kenapa aku terima jawatan ini, aku keraskan hati untuk melepaskan tawaran tersebut. Insya Allah, kalau ada lagi rezeki aku, adalah. Kalau tiada, mungkin itu bukan yang terbaik untuk aku.

Aku menerima kerja ini bukan kerana gaji. Gaji tidak banyak bezanya dgn tempat lama. Tetapi kerana aku ingin belajar, kerana aku merasakan bidang ini luas potensinya. Oleh kerana itulah aku rela menjadi bodoh untuk pandai. Biarlah apa pun yang bos bebelkan, aku pekakkan telinga dan beringat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Dalam pada mengeluh ingin memulakan perniagaan sendiri dan bekerja dari rumah, jauh di sudut hati aku tahu sifat curiosity dan kipochi dalam diri itu akan membantutkan hasrat aku untuk goyang bontot n belajar pole dancing (eh!) supaya laki tak cari yg lain.

Apa2 pon aku harap aku akan cepat belajar. Lately ni aku rasa aku agak sedikit bebal, sedikit bodoh- bodoh alang. Agaknya byk termakan semut. Harap-harP jgn sampai bodoh kepalang sudah!

Friday, October 26, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Korban

Semalam aku bertolak ke Kelantan dari Gombak pukul 3 ptg. Mula-mula rancang nak bertolak pagi, nak lalu Grik sebab nak ambik gambar kat Tasik Banding tapi nan ado, aku sibuk siapkan translation sebab kalau tak siapkan terlebih dulu mesti tak sempat meet deadline. En Hubby dah bising sebab lambat bertolak.

Since kami lambat so En Hubby decide lalu ikut jalan lama sampai ke Bentong sebab hiway dah jam. Serious aku tak tahu view sgt gojes, walaupun jlnnya amat sunyi sebab tak byk kereta n jln bengkang bengkok yg dikelilingi hutan tebal tapi kualiti jalan memuaskan. Tapi seriously, kalau mlm sumpah kami tak lalu sini, scary siot!

Me being me, kompom ada pit stop utk ambik gambar. En Hubby dah tepuk dahi bila aku siap mintak dia keluarkan tripod lagik!

Pukul 6 baru sampai Raub.Memandangkan masing-masing kebulur, kami berhenti makan kari kepala ikan. Tgh2 makan, ternampak muka yang familiar masuk kedai. Fizo Omar rupanya. Lepas tu terdengar perbualan dia dgn kawannya memberitahu ada tanah dan jambatan runtuh menuju ke Gua Musang. Aduhhh! Terus En Hubby check Waze. Yezzaaa!Ambik kau! Berderet report kata traffic standstill. Tambah dgn beberapa kemalangan lagi maka kemungkinan stranded ada la tinggi.

Kecoh sekejap kedai makan tu. Masing2 yang nak balik Kelantan berdiskusi tentang jalan alternatif. Ada yang cakap masuk ke jalan Lojing tapi masalahnya masing2 tak tahu exitnya kat mana. Tambahan pulak jalan tu agak bahaya waktu malam. Aku call abah tanya jln alternatif, abah kata dari Raub tu je jln yg ada. Last2 kami decide patah balik dan ikut LPT melalui Terengganu. Jalan tak jam dan perjalanan lancar tapi dalam pukul 4 pagi En Hubby dah tak larat drive. Kami berhenti tidur sekejap di hentian rehat yang belum beroperasi. Nasib baik rupa2 nya ramai juga seperti kami yang melelapkan mata sekejap di situ. Dalam pukul 5.45 pagi kami meneruskan perjalanan kembali.

Jadi hasilnya, pada pukul 8 pagi hari ini, kami masih belum sampai kg. Dan En Hubby buat bodoh je tiap kali aku mintak dia berhenti bila ada view cantik. Melepas aku nak ambik gambar sunrise yg sgt gojes!

Selamat hari raya korban u ols. Kami telah selamat berkorban hampir satu hari atas jalan!

Thursday, October 25, 2012

Show Me the Light



 In the dark


I search for the light


Trying to fight


The fear inside


Wishing I'll find


My peace of mind


Hoping hard


That life be kind


And show me the light




I've been searching all year round


But I have not found


Where is the light


And I am still blind


In the dark...









Thursday, October 18, 2012

Life's Lesson

There were times when I thought running away from my issues and fears was the best solution, but I was wrong. I can keep on running but my issues and fears will continue to chase me, haunting me, taunting me. And I'll feel so hopelessly helpless, drained and exhausted. Eventually it'll drain my energy because my issues and fears just stubbornly refuse to disappear, I simply can't evade them.

But I am older and wiser now. Through life's lesson I learn that running away won't solve anything. It will only consume my energy, leaving me feeling beat up, dazed and confused. The best way from me to solve them is by standing upright, face them and fight with all my might. It will be tiring for a while but I've learned that I'll bounce back ten times more powerful than before. I've discovered that I have strength that I never knew I have, that I am not weak and that my weaknesses are not something that can't change and improve. I realized that all this while I've been having irrational assumption that I should be afraid of my fears and issues.

I also learned that everything happened for a reason and that there is a wisdom behind every 'kun fayakun'. Sometimes, things that we thought are the worst incidents can ever happened to us actually are blessings in disguise. Whatever doesn't kill me will only makes me stronger.
 
Thank you Allah for everything that you've blessed upon me.


Monday, October 15, 2012

Tentang kita

Orang boleh mengata kita tapi orang tak kenal kita,
Orang boleh kutuk kita tapi orang tak kenal kita,
Orang boleh keji kita tapi orang tak kenal kita,
Orang boleh perlekehkan kita tapi orang tak kenal kita,
Orang boleh mengumpat kita tapi orang tak kenal kita,
Orang boleh pandang hina kat kita tapi orang tak kenal kita,
Orang boleh cakap macam-macam pasal kita tapi orang tak kenal kita,

Kita yang kenal kita,
Tapi kenapa kita masih terkesan dengan apa yang orang kata?

Friday, October 12, 2012

Bertukar Kerja

Apabila ingin bertukar kerja, wang tidak harus menjadi kriteria utama. Kena tanya diri untuk apa kita bertukar kerja. Wang i.e. gaji yang menarik mungkin menjadi faktor penggoda tetapi tidak harus dijadikan penyebab utama.

Kita harus ingat apabila bekerjaya, hampir sebahagian daripada hidup kita dihabiskan di pejabat, mungkin juga lebih kalau kita jenis yang tidak senang duduk kalau kerja berlambak di pejabat. Jadi bagi aku persekitaran kerja juga amat penting. Biarlah kita berada dalam persekitaran yang kondusif, yang boleh menjadi platform untuk kita ke tahap yang lebih baik. Dan tahap yang lebih baik itu bukan hanya diterjemahkan dalam bentuk kenaikan pangkat sahaja tetapi juga dalam bentuk ilmu dan pengalaman. Bos? Juga penting. Kalau dapat bos yang jenis cerewet, tak bertolak ansur, tak menjaga kebajikan pekerja, langsung tak tahu hala tuju sakit jiwa juga, silap-silap masuk wad sebab darah tinggi.

Tetapi aku rasa gaji yang tidak seberapa berbanding rakan-rakan yang lain bukanlah faktor utama untuk bertukar kerja. Mungkin gaji kita kecil dan pangkat kita rendah tetapi kita masih memiliki social life dan flexibility dalam bekerja. Kalau kita bertukar kerja kerana inginkan gaji atau pangkat yang lebih tinggi, jadi bersedia lah untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat dan memberi komitmen yang lebih tinggi.
Apabila kita terpaksa menghabiskan lebih masa di pejabat atau bekerja dari rumah sehingga lewat malam atau pada hujung minggu, terimalah dengan hati yang terbuka kerana after all, it's all about money.

Apa-apa pun ia berbalik pada niat di hati. Jika niat kita untuk belajar dan memperoleh pengalaman, selagi terdapat persekitaran yang kondusif yang memungkinkan kita belajar, perkara-perkara seperti duit dan pangkat hanyalah remeh.

Bila bercakap tentang kondusif, bukanlah bermakna persekitaran yang ideal yang semuanya berbalas senyuman dan berpelukan sambil bos kita dengan mesranya menunjuk ajar sampai kita faham seperti dalam iklan di kaca tv. Bos yang cerewet juga boleh memberikan persekitaran yang kondusif kerana ia akan memaksa kita untuk bersifat lebih ingin tahu dan teliti dalam semua perkara. Selagi kita diberi arahan yang jelas dan tahu hala tuju yang diinginkan, sikap cerewet atau perfectionist bos itu hanyalah satu process quality control bagi diri kita sendiri.

Jadi, bila kena sound dengan bos tu,anggap saja sebagai kita belum melepasi quality control. Telan je la dan tebalkan muka. Yang penting kita dapat curi ilmu dia. Dalam bab ni, perlulah dipastikan bahawa bos kita itu benar-benar berilmu dan layak untuk dijadikan guru serta rujukan.  Kalau bos kita tu setakat sama cerdik (atau lebih tak cerdik) daripada budak tadika, mungkin instead of kiss his ass, we should just kick his ass@

Wednesday, October 10, 2012

Sahabat

Kebelakangan ini aku rasa aku semakin jauh dengan kawan-kawan. Tidak tahu kenapa. Masakah yang menjarakkan kami?

Memang semenjak kaki aku patah aku sudah lama tak melepak dengan kawan-kawan, sedikit membuatkan aku ketinggalan. Tetapi sebelum ini pun walaupun kani tidak berkelapangan untuk bertemu muka bergosip secara face to face, sesi gosip kami tetap diteruskan sama ada melalui bbm, whatsapp, gtalk mahupun email, tetapi sekarang masing-masing membisu. Mungkin kesibukan masing-masing menjarakkan kami. Tetapi entahlah, aku rasa kami sudah jauh, semakin jauh.
Dalam berkawan, aku sentiasa mengharapkan agar berkekalan. Aku pernah merasa hilang kawan tanpa aku ketahui sebabnya. Aku tak suka itu berlaku. Seandainya persahabatan ingin diputuskan, biarlah aku tahu kenapa supaya andai salah itu daripada aku, boleh aku pohonkan ampun maaf. Tetapi mungkin tanpa sedar aku ada mengguris hati sahabat, ya lah, hati orang mana kita tahu. Tambahan pula aku jenis yang direct bila bercakap.

Cuma kadang-kadang aku rasa bukan hanya dlm perkahwinan atau percintaan perlu ada tolak ansur, dalam persahabatan juga perlu kerana persahabatan juga satu hubungan kasih sayang. Sikap terbuka itu perlu ada. Melindungi dan menggalakkan sahabat itu perlu tapi dalam masa yang sama perlu juga jujur menegur, terutama sekali bila ada sahabat yang tidak sedar apa yang dibuat itu akan menjejaskan hidupnya sendiri. Seandainya teguran tidak boleh diterima, itu bermakna kita bukan inginkan sahabat tetapi hanya inginkan seseorang yang seperti burung kakak tua, mengiyakan segala kata dan perbuatan kita meskipun kata-kata dan perbuatan tersebut tidak betul.

Aku cuma harap kawan-kawan aku tahu yang aku ikhlas ingin bersahabat dan semoga mereka tidak melupakan aku sepertimana aku tidak melupakan mereka.

Sunday, October 7, 2012

Beautiful Malaysia


 
Sekarang ni aku tengah dalam perjalanan pulang dr Pontian ke KL. Bertolak dari Pontian pukul 11 tapi masih blm sampai KL, sebabnya bila berjalan siang ni mmg byk la pit stopnya. Mula2 ke Bahau sbb En Hubby nak tgk Paragliding XC Challenge tapi kami sampai lambat, competition dh habis. Kami singgah borak2 kejap kemudian bertolak balik.


Kami ikut jalan dalam, melalui Bt Kikir-Kuala Pilah-Seri Menanti-Ulu Bendul etc. Bila dah lalu jln dalam ni, lagi la byk pit stop aku kerana pemandangan yg gojes n byk produk dijual di tepi2 jln. Sempat la aku beli daging salai utk buat masak lemak.

Sebetulnya byk lagi tempat yg sgt cantik yg aku nk berenti utk ambik gambar, especially sekitar Seri Menanti, Ulu Bendul dan Bukit Putus, tapi En Hubby buat2 pekak badak. Byk spot yg terlepas. Aku tak kira, next time aku akan paksa dia ikut jln ni lagi!

Anyway, sebenarnya Malaysia ni sgt indah, cuma blm diterokai sepenuhnya je. So,to all photographers out there, let's explore Malaysia! Don't just focus on popular tourist destinations!


Saturday, October 6, 2012

Panggilan Haji

Panggilan haji telah tiba lagi!

Meriah!Hanya itu saja yg boleh aku katakan.

Dalam menguruskan jemaah haji, Tabung Haji memang tip top. Tapi malangnya di Johor ni, ada kekurangan yang sangat jelas yang bukan berpunca daripada Tabung Haji. Sedikit kesal kerana perkara ini tidak dititik beratkan oleh kerajaan.

Seawal 5 pagi rombongan kami telah bertolak dari Pontian. Yang perginya 2 org je tapi pengiringnya 4 kereta. Almaklumlah, anak menantu mertua aku ramai, dicampur adik beradik lagi. Azan Subuh berkumandang, kami singgah di masjid airport utk solat. Rupa2 nya ramai yg seperti kami. Parking lot masjid penuh sesak, belum lagi dikira mereka yg bermalam di masjid kerana rumah yg jauh.

Malangnya, masjid yang tersergam indah itu tersembunyi kekurangan yang amat nyata. Ruang solat terletak di tingkat atas dan tangganya agak tinggi manakala lif tdk disediakan. Sayang seribu kali sayang krn terlampau mementingkan nilai estetika, keselesaan jemaah dipandang enteng. Ramai jemaah haji yg uzur terpaksa bersolat di ruang berdekatan ruang wudhuk n toilet. 

Aku masa tu nk terkucil, tercari-cari toilet. Rupa-rupanya toilet dibina dalam ruangan yg sama dgn tempat wudhuk. Sudahlah ruangnya sempit, tak mampu menampung jumlah jemaah yg sangat ramai, toiletnya terhad dan semuanya jenis cangkung. Beberapa jemaah yang tua dan uzur mengeluh. Terdapat juga beberapa orang yang senasib dgn aku, bertongkat atau berkerusi roda. Mereka mengeluh dengan betapa tidak 'disabled friendly' nya masjid tersebut. Yg paling aku tidak faham, kenapa tidak boleh dibuka tandas utk kakitangan buat sementara waktu agar dpt digunakan olh jemaah. Agak mementingkan diri bagi aku.

Last2 aku terpaksa solat dlm kereta sebab tak larat nk panjat tangga dan tak blh nak duduk utk solat kt bawah. Aku rasa benda2 sebegini patut dititikberatkan oleh kerajaan. Bukan semua rakyat Malaysia ni sihat tubuh badan, kemudahan awam harus boleh digunakan untuk semua. Dalam mereka sesuatu pelan bangunan, perkara sebegini harus diutamakan. Terutama sekali apabila melibatkan tempat ibadah. Jangan bermegah-megah dgn masjid indah jutaan nilai tapi hakikatnya hanya indah di mata tapi tidak indah utk dikunjungi, tiada gunanya apabila ia tidak diimarahkan.



Friday, October 5, 2012

Haishhh!

Ari ni ada fisio. Cadangnya lepas fisio ni nk terus zasss balik Johor memandangkan in laws aku akan fly to Mekah besok pagi. Pagi tadi dh siap kemas baju semua utk bawak siap2. Sebelum pikap aku pon En Hubby call tanya nk bwk apa lagi tp aku cakap xde apa2 lagi dah. Tup2 dh sampai klsmc ni baru perasan aku lupa nk suruh En Hubby bwk lappy. Dahla ada translation nk kena antar tgh mlm ni. Mencuka En Hubby kena balik ambik lappy while aku go through fisio session.

Sorry la En Hubby, betul2 lupa tadi. Tapi nk buat mcm mana, lappy tu sumber rezeki tu. Kalau tak deliver translation tu nanti takde duit la aku nk shopping kt JPO, nanti lagi laa org tgk bini awak ni low class sbb pakai handbag murah (bluekkkk).

Yang penting, tanpa lappy murah yg byk jasa tu, tak dpt la saya nk byr kos doktor n fisio yg mahal nih n tak dpt la saya nk cari duit lebih utk beli tanah lot yg saya idam2 kan tu.


Thursday, October 4, 2012

Human Nature

Manusia ni kadang-kadang terlampau mementingkan status dan bersikap selfish. Mungkin juga itu adalah nature manusia, tapi adakah nature itu tidak boleh diubah? Aku rasa nature yang selalu dijadikan alasan itu sebenarnya hanyalah attitude, yang tentu sekali boleh diubah atau dikawal.

Dari pemerhatian aku sepanjang bekerja di sekitar KLCC ni, seolah-olah status itu terlampau sacred. Terutama sekali di kalangan wanita. Kalau pagi-pagi sampai ke pejabat, toleh kanan orang pakai handbag berjenama mewah, toleh kiri orang pakai kasut berjenama mewah, paling-paling busuk pon Coach. Menggunakan barangan berjenama mewah tu tak salah, lantak kome la kan, bukannya kome mintak duit aku pun. Tapi kadang-kadang mereka menimbulkan rasa kurang senang kat aku, sebabnya mereka akan pandang aku atas bawah, kerling-kerling handbag yang aku bawak. Hello?! Aku tahu la handbag aku murah je, bukan jenama mewah tapi perlu ke buat macam tu?

Aku rasa rakyat Malaysia ni terlampau dimomokkan dengan status sehinggakan ada yang tanpa sedar menipu diri sendiri. Kadang-kadang telinga aku terdengar perbualan dikalangan golongan sebegini, terutamanya wanita, bercerita mengenai handbag, mekap atau pakaian jenama mewah terbaru yang ingin dibeli. Aku tadah telinga saja la kan, curi-curi dengar at least takde la aku jakun sangat bila dengar jenama-jenama yang mereka sebut tu, Berkin la, Anya la, Chloe la, Jimmy Choo la, Coach la, Prada la, Tod's la dan macam-macam lagi. Tapi yang membuatkan aku nak tergelak apabila dalam perbualan tu terselit pulak keluhan duit gaji tak cukup untuk bayar bil atau beli makanan atau bayar hutang kad kredit dsb. I mean come on la, you are willing to spend thousands for those stuffs but you are still complaining you don't have money?! Kat mana priority kamu kalau begitu? Bagi aku, lebih baik aku pakai handbag rege RM20 yang aku beli kat tepi jalan tapi dalam handbag aku ada RM2000 daripada aku beli handbag rege RM2000 yang aku beli kt butik tapi aku cuma ada RM20 je nk letak dlm handbag tu.

Bukan aku tak teringin, memang teringin nak bergaya jugak, bawak handbag mahal-mahal jugak tapi biarlah berpada-pada. Kalau ada duit lebih mungkin aku akan beli tapi kalau terpaksa ikat perut, berhutang sana sini semata-mata nak pakai barangan mewah tu aku rasa agak melampau. Tapi tu la kan, who am I to judge people? Lain orang lain keutamaannya, lain orang lain citarasanya. Cuma kalau dah tahu bila beli bag tu kamu takkan punya duit untuk buat benda lain, apa kata bawak megi je datang ofis, pastu makan diam-diam kat workstation tu. Tak payah masuk lif nak turun lunch bercerita bagai nak rak biar satu lif tahu ko tak berduit sebab beli handbag baru. Nak menunjuk pun biarlah ada kelasss sikit. Sangat tak berprestij cara nak bermegah tu occay!

Satu lagi yang aku tak berapa nak gemar bila dah terlampau pandang status ni, sikap mementingkan diri sendiri yang melampau-lampau. Ok, I know you are a manager or senior manager or higher tetapi please lah, takkan la cawan kau minum air sebijik pun kau tak boleh basuh? Aku tahu la ada cleaner cum tea lady tapi is it too difficult to wash 1 cup? Cleaner tu bukanlah kerja basuh cawan je kat opis, banyak lagi kerja lain. Tapi ni tak, kadang-kadang bila aku pergi pantry sebelum balik pada hari Jumaat, aku nampak ada 2-3 bijik cawan dalam sinki sedangkan masa tu cleaner dah habis kerja. Apa salahnya basuh je, memandangkan hari Sabtu dan Ahad takde orang kat ofis kan. Kalau taknak basuh pun, kau bilas je la sikit, jangan la letak dalam sinki dengan sisa-sia air neskape susu kau masih separuh cawan, kompom la berkulat cawan tu pada ari Isnin nanti! Tahu la kau tu jawatan tinggi, tapi takkan la takde langsung common sense nak pikir pasal kebersihan! Haish!

Wednesday, October 3, 2012

Preview - A Husband For My Mom (Part 2)

Unlike Ahmad, I don't have a dad. I did asked my mom why I don't have a dad. She was quiet at first, then she told me I don't have a dad because she doesn't have a husband. She has to have a husband first in order to give me a dad. That is why I asked Ahmad to help me to find a husband for my mom. I want to have a dad like Ahmad, so we decided to start our quest to find a husband for my mom.

 My mom is a very pretty lady. She's still young, she's only 27. I know she works as a secretary in one of the big firms in the city. Sometimes she works late, coming back at night. She also has a second job, doing MLM I think. It makes her very busy but she always tries to spend time with me. She told me living in the city is very demanding, she must work hard for both of us. I understand that, Ahmad's parents also said the same thing. I guess she must find enough money to send me to school next year and buy me the nice Ben 10 bag that I always wanted. So I don't really mind if she has to work. If she works late or travel outstation, I'll be spending time at Ahmad's house. Ahmad's parents don't really mind, Ahmad told me that her mother told him my mom is like a sister to her. Plus mom pays some money to Ahmad's mom to take care of me.

However, makcik Jenab, the grocer at our flat told me that mum works late because she's busy selling her body and that she has many customers. I was scared, I don't want mom to come back home without her body!I imagine she'll be 'penanggal' ghost if she doesn't have her body, moving around with only her head and her guts attached! That would be really scary! But mom always come back with her body still attached to her head, so I guess she does not sell her body and makcik Jenab was lying.

Kak Esah of the second floor told me different thing. She told me that my mom is a 'jalang' and that is how mom got me. I am a 'bastard' son to a 'jalang' woman. And then she smirked and sneered at me. And then Kak Esah, Makcik Jenab and few other ladies of the flat laughed at me, calling me 'anak haram'. I don't understand all those terms, how does they connect to each other? It is so mind boggling trying to figure it out. Ahmad told me perhaps the ladies were saying that my mom used to sell 'bastard' at at stall beside the 'jalan' and my mom is a 'haram' trader. Well, that make sense I think, because it will make me a son of a 'haram' trader, therefore I am indeed 'anak haram'.

I don't know why the ladies of the flat dislike my mom and I so much. I guess they are just jealous because mom is pretty, young and has education and a career, unlike them. Most of them are just housewives, some work from home, either making kueh or nasi lemak or taking care of other people's children while their moms work, like Ahmad's mom.

But the guys of the flat like my mom. They are always extra nice with mom. And this irked the ladies more. The ladies will eye their guys like hawks whenever mom is around.

I asked mom why other residents are so hateful of us. Mom said they are just jealous, we shouldn't be affected by their jealousy. Just ignore them. That is what mom told me. But sometimes I see mom cried silently in her room, whenever she heard someone called her 'jalang' or called me 'anak haram' or 'bastard'. Whenever I see her cried, I would hugged her and wiped her tears. I told her not to cry, I will find a stick and beat whoever called her 'jalang'. Mom will then laughed, hugged me back and called me her hero. She will then tell me that she only have me in her life and that we should take care of each others.



Komen-komen Keji

Rakan blogger si Elly baru je pulang dari bercuti ke Rome bersama keluarga. Mek sangat jeles occay! Kena pulak bila minah tu kata jejantans kat Rome sangatlah hensem. Meleleh-leleh air liur aku nak pegi Itali jugak nak intai jejantans hensem. Walaupun hatiku milik si jawwo ganteng, tetapi tak salah bukan nak jamu mata?

Alhamdulillah, rezeki dia ada nak tengok negara orang. Aku pun kalau ada rezeki nak jugak tengok negara orang. Ya lah, jauh berjalan luas pengalaman kan.

Sebelum si Elly ni ke Rome dia telah mengumumkan blognya akan bercuti kerana penulisnya akan bercuti ke destinasi yang sudah lama diidam-idamkannya iaitu Rome. Tetapi yang tidak sedapnya bila ada suara-suara sumbang berbaur cemburu yang memberi komen mengatakan tak perlu tengok negara orang, no big deal, buat apa nak tengok bangunan buruk kat negeri omputih, buat bazir duit je n glamor je yg lebih dan macam-macam lagi. Kalau nak cuaca sejuk pergi je Cameron atau Bkt Fraser katanya. Kononnya lagi si pengomen ini bekerja di oversea dan orang kita suka terikut mentaliti memuja mat saleh kerana asyik teringin nak pegi negara diorang.

Ok, the fact is everybody has a right to give their opinions. Blogsphere is for everyone, kebebasan bersuara is for everyone. But there is a thin line between giving an opinion and condemning others. Who are you to condemn others' dreams? Impian orang tak semestinya sama dengan impian kita. Pandangan orang tidak semestinya sama dengan pandangan kita. Citarasa orang juga berbeza-beza. Kalau mereka mampu, kalau mereka suka, kenapa tidak? Kenapa mesti kita menegah? Bukannya mereka pergi bercuti guna duit kita pun kan? Dan aku rasa tuan punya komen tersebut lupa bahawa Islam menggalakkan kita mengembara, berjalan ke serata dunia agar kita dapat melihat negara orang, belajar daripada mereka, mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada manusia zaman dahulu kala. Kalau asyik nak terkurung dalam ruang litup sempit, kita tak akan berkembang. Mungkin ada yang berkata Malaysia pun tak habis mahu bercuti ke luar negara. Sekali lagi, itu duit mereka, kenapa mahu sibuk? 

Dan Al Quran menggalakkan kita berjalan di muka bumi, mengembara ke negara orang untuk melihat kekuasan Allah dan megambil iktibar serta ilmu pengetahuan dari negara-negara asing ini. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi arahan dan galakan untuk kita meluaskan pandangan di muka bumi ini dan mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada orang-orang yang terdahulu daripada kita. Di antaranya:


"Katakanlah:"Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al-Ankabut:20)



"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar-Rum:9)

Entry ni bukannya bertujuan untuk membela Elly sebab aku suka baca blog dia atau aku kawan dengan dia ke apa, cuma aku rasa dalam memberi komen di internet ni, tak kira lah sama ada di blog ke, facebook ke, twitter ke, LinkedIn ke, MySpace ke atau mana-mana social network yang lain, perlulah ada etika dan hormat atau dalam bahasa omputihnya; (untuk orang-orang yang dok kat negara omputih dan tak paham bahasa Melayu) ethics and respect. Kita harus ingat bahawa yang membaca komen-komen kita tu bukanlah robot atau komputer tetapi manusia. Behind those screens there are human beings, they have hearts and feelings. Memang lah dalam kebanyakan kes si penulis dan si pembaca/pengomen tidak kenal antara satu sama lain, maka lebih mudah untuk mengutuk, mengeji dan mengata sesuatu kerana kita boleh berlindung di sebalik skrin tetapi cuba tanam rapat-rapat dalam fikiran tu bahawa penulisan atau kata-kata itu boleh jadi lebih tajam daripada pedang, boleh menghiris lebih cepat dan dalam daripada pisau yang diasah hari-hari.Kalau kita tidak punya apa pun yang baik untuk dikatakan, lebih baik berdiam diri. Berdiam itu lebih baik daripada mengeji dan mencaci. Senang cerita, kalau tak suka baca, jangan baca. Kalau tak suka orang tu, jangan follow. Hati pun lebih aman, fikiran pun lebih tenteram tanpa perasaan cemburu, iri hati, dengki, sakit hati dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Lebih berpekdah kalau pegi lipat kain yang setimbun kat rumah tu daripada bagi komen-komen yang negatif kat blog atau status orang. Belajar-belajar lah memuliakan diri sendiri daripada berusaha menjatuhkan orang lain tu.

Sekian, wassalam.

Nota buku lima:
Komen-komen yang berbentuk menghina bentuk badan orang atau dengki dengan kesenangan orang itu adalah sangat keji. Tak mencapai apa-apa, yang dicapai hanyalah dosa kering dan bukti bahawa si pengomen bersifat dengki dan busuk hati. So what kalau orang tu selalu jalan-jalan, selalu makan kat luar? Dah rezeki dia, kenapa nak sibuk? Bukannya dia mintak duit korang pun kan? Masa dia susah ada korang nak campak barang seratus dua? Bila dia senang korang pulak nak lebih-lebih jaga financial dia, jaga bentuk badan dia? Apa kesss?!!!







Tuesday, October 2, 2012

Kesopanan dan Kesusilaan

Aku rasa Allah bagi aku kaki patah untuk membuka mata aku terhadap sesuatu. Pengalaman menjadi seorang yang disabled untuk sementara ni memang betul-betul eye opener. Sebelum ni aku tak rasa kesusahan, keperitan dan perasaaan orang yang kurang upaya ni tapi sekarang aku dah rasa. 

Di KLCC misalnya, bukan sekali dua aku ditolak, dihimpit, dilanggar oleh manusia-manusia yang merasakan mereka cukup sempurna sehingga membolehkan mereka bersikap pentingkan diri. Meskipun bertongkat, bukan sekali dua bahu aku dilanggar, tongkat aku di 'tersepak' tanpa ada sebarang permohonan maaf. Terutama sekali dalam lif, ramai manusia-manusia yang sihat tubuh badan ini berasak-asak sekali untuk menggunakan lif, meskipun hanya untuk ke tingkat 2 dari tingkat 1. Sudahnya aku yang bertongkat terpaksa menggunakan escalator kerana lif asyik penuh dengan manusia-manusia yang mampu berlari pecut yang berasak-asak berebut dengan orang-orang seperti aku. Hari ini sahaja aku dengan seorang ibu yang menyorong 'stroller' bayinya tidak boleh menggunakan lif kerana dipenuhi manusia-manusia berupaya yang berborak lantang tentang handbag berjenama manakah yang mereka miliki.

Ada pula yang jenis merasakan jari mereka akan patah jika menekan butang untuk menahan pintu lif. Terhincut-hincut aku mengejar lif yang terbuka, mereka boleh memandang dengan pandangan kosong sambil membiarkan pintu lif tertutup sewaktu aku hanya berada selangkah sahaja lagi untuk memasuki lif. Ketika aku sihat pun aku merasakan itu adalah sesuatu yang amat biadap, apatah lagi bila aku mengalami kesukaran untuk bergerak sebegini. Apa salahnya kamu menekan butang lif untuk menahan pintunya daripada tertutup apabila kamu melihat orang lain juga ingin masuk? Orang itu pula sudah begitu hampir dengan pintu lif, tidak sampai seminit pun kamu perlu tahan. Bukannya kamu perlu menahan lif untuk seseorang yang masih berada dalam kereta pun. Begitu juga dengan pintu, aku rasa orang yang melepaskan atau menutup pintu sedangkan dia sedar ada orang lain di belakangnya yang juga ingin masuk adalah amat-amat biadap dan kurang ajar. Pernah terjadi aku melihat orang terlanggar pintu hanya kerana dia menyangkakan orang di depannya akan menahan pintu daripada tertutup tapi sebaliknya orang di depannya melepaskan pintu tanpa sebarang rasa bersalah.

Menjadi orang kurang upaya di Malaysia ni bukannya mudah. Dah lah fasiliti untuk orang kurang upaya amatlah tidak mencukupi, yang ada pun sangat tidak memuaskan. Di tambah pula dengan sikap rakyat Malaysia sendiri. Aku rasa ada betulnya juga Reader's Digest menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang paling biadap di dunia. Kita melaung-laungkan kesopanan dan keramahan rakyat Malaysia tapi hakikatnya tidak begitu. Mungkin juga kesopanan dan keramahan itu hanya istimewa untuk orang-orang kampung yang dianggap tidak terpelajar sahaja kot, bila berada di bandar saja terus masing-masing jadi kurang ajar. Sayang, rakyat Malaysia sekarang kononnya semakin ramai yang terpelajar tetapi masih kurang ajar rupanya. Benarlah, ilmu akademik tidak menjadikan seseorang itu pintar ilmu kemanusiaan. Secara relatifnya kita masih jauh tercicir dalam pembangunan moral insan. Di mana silapnya? Sistem pendidikan kita kah? Asuhan ibu bapakah? Atau pemakanan susu haiwan yang diberikan? Kenapa rakyat Malaysia semakin biadap sedangkan perkara kelima dalam rukun negara Malaysia adalah kesopanan dan kesusilaan?

The fact is, modernization kills humanity. Kita berusaha keras untuk mencapai kejayaan material sehinggakan kita lupa bahawa pencapaian keinsanan itu juga penting. Tak usah dilaung-laungkan bahawa kita adalah negara berkebajikan jika kebajikan itu hanya membawa manfaat kepada segelintir golongan sahaja. Tak usah dilaung-laungkan bahawa kita mempunyai modal insan yang berkualiti jika kualiti itu dinilai dalam ruang lingkup yang amat terhad dan tertutup. Golongan kurang upaya juga boleh memberi sumbangan yang hebat. Mereka juga adalah modal insan yang bernilai. Kenapa perlu mereka dipinggirkan?

Kadang-kadang rasa malu dengan orang asing. Mereka amat menghormati dan mengambil berat terhadap orang yang kurang upaya, orang tua atau ibu yang mengandung atau membawa anak kecil. Ada antara mereka yang sehingga menawarkan untuk membawa barang-barang dan mengiring aku ke tempat yang aku ingin tuju apabila melihat aku bertongkat. Tetapi kalau orang kita? Nan ado. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berbuat demikian, yang masih lagi layak dibanggakan sebagai rakyat Malaysia yang bersopan santun dan bertatasusila. Mungkin mereka merasakan small gestures seperti menahan lif atau pintu itu benda yang amat trivial dan insignificant, tetapi kadang-kadang small gestures sebegitulah yang membezakan manusia dengan haiwan. Small gestures sebegitulah yang melengkapkan kita sebagai bangsa bermaruah yang penuh nilai kesopanan, bukannya bangsa yang tamak materialistik semata!