Nuffnang

Thursday, June 28, 2012

Modern Woman Dilema II

Aku sepatutnya start kerja kat tempat baru pada 11 Jun. So, before aku pergi Sabah hari tu aku dah siap2 tender resignation sbb tempat baru nk buyout 1 bln memandangkan notice period aku adalah 2 bln. Aku dh berangan-angan akan ada seminggu utk aku rest sebelum aku start kerja tempat baru, so dah plan baekkk punya nk pergi bercuti.

Bercuti laaa sangat kan! Tup-tup kaki patah pulak masa kat Sabah. Instead of ada masa seminggu, sekarang aku ada masa berminggu-minggu utk rest. Tapi rest je la, bercutinya nan ado! Terpaksa la aku postpone join tempat baru. Bila diskas dgn HR, diorang kata instead of diorang bayar, why don't aku just serve 2 months notice period tu fully sbb aku ada mc. Aku agree sbb doktor kat Sabah ckp aku kena rest 2 bln. Aku pk by the time notice period aku abis, aku dh fully healed. So aku pon confirmkan date aku join company baru ni pada 11 Julai. Rupa-rupanya....

Doktor kat Sabah itu adalah bangang! Aku buat follow up kat KL doktor kt PUSRAWI cakap normally for leg kena 3 bln. Tapi doktor tu ckp tgk pada progress aku macam mana, maybe blh healed faster. Since masa aku pergi jumpa doktor kt PUSRAWI tu masih baru lagi, dia tak buat x-ray so x leh tgk progress mcm mana. Kawan aku yg kerja sbg nurse pon ckp aku sebaik-baiknya kena tunggu 3 bln before aku blh jalan balik .

A week after that aku balik Kelantan sbb mak aku suruh balik Kelantan since dia tak blh tinggal kt rumah aku lama2 sbb adik ipar aku nk bersalin. Balik Kelantan, aku pegi jumpa doktor Nik Amir utk bukak jahitan sbb apparently ada a few yg doktor kat Pusrawi tertinggal nk bukak. Doktor Nik Amir ckp sebaik-baiknya aku kena rest 3 months. Tapi again aku yakinkan diri aku maybe 2 months is enough sebab doktor kt Sabah yg handle kes aku ckp 2 months.

Since dah sebulan lepas operation, n aku tak larat nak balik KL utk buat follow up kt Pusrawi, aku sambung je follow up kt Hospital Pakar Perdana. Jumpa je doktor kat Pakar Perdana, dia gelak bila aku bagitahu doktor kt Sabah ckp aku perlu rest 2 bln. Doktor kt Pakar Perdana cakap kalau tangan boleh lah 2 bulan, kaki mana boleh, kena at least 3 bln baru fully healed. Dah la patah 3 tempat, mana blh berjalan dlm masa 2 bulan! Doktor tu advise aku jangan start kerja lagi sebab tulang aku belum fully healed and aku tak blh put pressure on my left feet. Plus aku x blh duduk lama n kena elevate kan kaki aku untuk mengelakkannya daripada bengkak. Maknanya aku cuma boleh start kerja selepas 11 Ogos!Aduiiii, aku rasa mcm nak tumbuk je doktor kat Sabah tu!

Sekarang ni aku dalam dilema sebab bila aku inform company baru, diorang x blh tunggu sampai Ogos. Diorang suruh aku report for duty in July, diorang kata they just need me to be at my workstation to do the paperwork and they will not require me to move around for meetings etc walaupon kerja tu memang memerlukan aku sentiasa mobile sebab akan banyak meeting kat luar. Tapi masalahnya sekarang ni, aku nak pergi toilet pon kena ada orang tolong, takkan la aku nak mintak bos aku tolong papah aku masuk toilet? Mmg la blh pakai crutches tapi crutches tak blh bawak masuk toilet especially kalau toilet tu basah sbb licin. Unless kalau company tu ada sediakan toilet for disabled, which I don't think they have.

Sekarang ni aku sangat-sangat dalam dilema. Hubby aku cakap biarlah, let go je. Tapi kalau let go nanti duit nan ado la jawabnya n aku kena cari kerja lain sebab aku dh resign dari kerja kt company lama. Kalau aku report for duty jugak pada bln July nanti, apa2 jadi nanti kalau aku jatuh ke apa ke makin teruk la pulak kaki aku, lagi lambat sembuh! Arghhhhhh!!!!


No comments:

Post a Comment