Nuffnang

Saturday, June 30, 2012

White Water Rafting (Berakit di Air Putih)

Korang pernah cuba white water rafting? For those yg suka adrenaline rush should try this. Water rafting ni diklasifikasikan kpd 6 grade. Grade 1 yg mcm bersantai-santai berdayung sampan ke muara n grade 6 yg paling mencabar. Kalau kt Semenanjung ni yg paling mencabar yg saya tahu adalah di Sg Singor di Grik n dengar khabarnya kat further up Sg Sedim pon sudah dibuka di mana jeram (rapids) dgn Grade 6 blh dilalui.


Saya blm berani lagi cuba Grade 6 because Grade 6 is considered as the most dangerous and you have to be extremely skilful to navigate Grade 6 rapids. Setakat ni yg paling mencabar pernah saya cuba ialah Grade 5 di Sg. Padas, Sabah. Kalau kat Semenanjung, saya suka ke Sg Selangor di Kuala Kubu Baru (partly because it is the nearest to KL) with rapids ranging from Grade 2-4 (kalau hujan lebat i.e. air besar some rapids can go up to Grade 5). Both rivers offer different kind of experience.


Kalau kt Sg Padas, sg dia lebar dan berair deras, xde batu batan sangat jadi anda memerlukan kekuatan tangan untuk paddle merentasi jeram yg berarus deras. Rafting instructions yg digunakan pon tak banyak sangat, mostly paddle forward/forward paddle and back paddle. Tapi rapids kt Sg Padas ni besar dan airnya sangat deras. Nama2 rapids pon mmg amat menggambarkan rapids tersebut. Ada rapids yg diberi nama Sucker, Big Sucker, Washing Machine etc. Rapid Sucker tu kerana dia akan menyedut raft anda ke dalam pusaran air dan anda semua kena berusaha keluar dr pusaran tu.

Yg paling menggerunkan ialah rapid Washing Machine sbb dia akan sedut ke dalam pusaran air dan anda akan terasa spt berada dlm washing machine kerana raft anda akan berpusing pusing kt dlm tu. Masa kt rapid Washing Machine ni la raft kitorang terbalik dan because airnya sangat deras, it was very difficult to swim to the raft. I end up being pushed far away from my raft and sekuat mana saya cuba swim back to my raft, arus sg semakin menolak saya jauh dr raft. Dah la saya tak pandai berenang so our guides terpaksa baling tali n saya ditarik dgn tali.

Kat Sg Selangor pulak banyak batu batan. So u have to navigate through jeram yg berbatu ni, jadi masa raftingnya agak lama sebab sometimes setelah semua cara digunakan tetapi raft anda masih belum berjaya melepasi jeram-jeram kecil yg berbatu, anda terpaksa mengangkat raft anda. Dari segi bahayanya pula, kalau kt Sg Padas kemungkinan lepas agak tinggi sebab airnya yg besar dan deras, kalau kat Sg Selangor pulak, anda mungkin tercedera kalau raft terbalik dan jatuh atas batu batan tu. Rafting instructionnnya pon agak banyak berbanding Sg Padas; ada forward paddle, back paddle, sit in, sit left, sit right etc.

Different kind of experience and different kind of challenges. Kat Sg Selangor, anda memerlukan kesabaran dan kepekaan yang tinggi. Pastikan anda mendengar instructions dengan jelas sebab kalau anda salah dengar instructions, kemungkinan besar raft anda akan terbalik. Kalau instructor suruh pergi kiri, sila ke kiri, jgn ke kanan! Raft rakan saya terbalik kerana salah seorang drp ahlinya tidak mendengar arahan dan dia ke kanan instead of ke kiri, padahnya raft terbalik dan salah seorang rakan saya mengalami kecederaan yang agak teruk.

Apa yg penting dlm aktiviti water rafting ni adalah team work. Anda harus bekerjasama dengan semua org dalam raft anda bagi mengelakkan sebarang kecederaan yg diakibatkan oleh raft terbalik atau mana-mana ahli tercampak keluar dari raft (spt gambar di atas). Apa yg saya biasa lakukan dan selalu pesan kpd org2 yg saya bawak pegi berafting ialah sesiapa yg duduk berdekatan dgn guide supaya mengulang kembali arahan yg diberikan agar semua org di dalam raft mendengar arahan tersebut.

Kalau anda berminat dgn aktiviti air yg blh memberikan adrenalin rush, saya cadangkan anda mencuba white water rafting. Kalau tak berani utk mencuba grade yg sukar i.e. 4-6, cuba dulu gred 1-3 spt di Sg Kampar/Itik di Gopeng, Perak Sg Slim di Slim River,Perak, Sg Kiulu di Sabah, Sg Sungkai, Perak, Sg Telom/Sg Lipis/Jeram Besu/Tembeling, Pahang, Sg Endau, Johor atau Sg Nenggiri, Kelantan.

Cubalah, anda pasti tidak akan melupakannya!

Nota kaki:
Kalau di Semenanjung Malaysia, saya biasa menggunakan khidmat PieRose Swiftwater atau Khersonese. Kalau di Sabah baru2 ini, saya mendapatkan khidmat Borneo Global Tour.

Friday, June 29, 2012

Pendidikan Percuma?

Apa pendapat korang mengenai pendidikan percuma seperti yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak sekarang? Bagi saya pendidikan percuma secara idealnya adalah bagus...tetapi....ada tapinya...

Sebagai sebuah negara membangun yang ekonominya masih lagi belum betul-betul kukuh, saya berpendapat pendidikan percuma tidak patut dilaksanakan secara menyeluruh. Saya setuju kalau pendidikan percuma diberikan di semua sekolah kerajaan di peringkat rendah dan menengah, tak payah nak kenakan yuran yang mengarut-ngarut tu, yuran PIBG la, yuran buku tulis, yuran buku latihan, yuran baju sukan, yuran tu, yuran ni dan segala mak nenek yuran lagi. Semua tu tak payah. Memanglah jumlahnya tak banyak, dua puluh tiga puluh hinggit je sorang murid tapi kalau ada 10 beradik yang masih belajar tak ke parah jugak mak bapak? I know sebab dulu saya melalui perkara yang sama. Masuk je musim sekolah dibuka, mak bapak saya pening. At one time, saya ada 10 beradik yang semuanya masih belajar. Saya dengan kakak di universiti dan 5 adik saya di sekolah menengah dan 3 lagi adik saya di sekolah rendah. Bayangkan peningnya mak bapak saya setiap kali musim cuti berakhir. Nasib baik lah saya dan kakak dapat bantuan kewangan.

Berbalik kepada pendidikan percuma tadi, saya rasa pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi hanya patut diberikan kepada pihak2 tertentu sahaja i.e. mereka yang betul-betul memerlukan. Saya masih ingat lagi semasa saya belajar di universiti, saya selalu cemburu dengan sesetengah pelajar yang langsung tidak menghadapi masalah kewangan, ibu bapa mereka mampu menyediakan segalanya. Tetapi yang membuatkan saya kadang-kadang berasa sakit hati ialah mereka masih lagi menerima wang pinjaman PTPTN atau JPA atau MARA...ya, wang pinjaman dan bukannya biasiswa yang diterima kerana pencapaian akademik mereka yang sangat cemerlang setiap semester. Saya melihat pelajar-pelajar ini membelanjakan wang pinjaman yang sepatutnya diberikan kepada orang yang benar-benar layak dengan sewenang-wenangnya. Ada yang menukar telefon setiap semester, ada yang membeli barangan mekap berjenama yang harganya ratusan ringgit, ada yang berparti dan sebagainya, sedangkan ada pelajar yang terpaksa mengikat perut dan hanya makan biskut kering cicah air setiap hari kerana wang bantuan hanya cukup untuk membiayai kos pendidikan mereka!

Kerana perkara sebeginilah saya tidak menyokong pendidikan percuma diberikan secara menyeluruh bagi para pelajar pendidikan tinggi. Saya menyokong seandainya pendidikan percuma (dalam bentuk biasiswa) diberikan kepada para pelajar yang datang daripada keluarga yang susah (tanpa mengambil kira sama ada mereka mampu score 4 flat setiap semester) tapi tidak secara menyeluruh. Kenapa? Kerana sudah lumrah manusia, terutama sekali yang mampu mendapat segalanya, tidak menghargai apa yang diperolehi secara percuma dan mudah. Saya sudah melihatnya dan ia membuatkan saya menjadi prejudis terhadap golongan yang datang daripada keluarga yang senang dan menjadi seorang yang sinikal dengan kehidupan.

Nota tapak kaki:
Saya bukan orang politik, saya hanya memerhati. Politik bagi saya macam sarkas, ada aksi lucu dan ada jugak aksi ilusi menipu mata. Aksi bagus saya puji, aksi mengarut saya hentam.

Thursday, June 28, 2012

Mek Su dan Gigi Emasnya




Korang pernah tengok tak iklan BR1M di atas? Saya tak suka iklan tu sebab macam merendah-rendahkan masyarakat Kelantan. Apa motifnya dapat duit bantuan je Mek Su pergi buat gigi emas sedangkan gigi Mek Su masih penuh?

Saya pernah komen mengenai iklan ini kat Facebook dan ada segelintir rakan Facebook saya yang menyokong parti tertentu mengatakan saya prejudis terhadap segala bentuk inisiatif yang dibuat oleh parti itu. Itulah masalahnya dengan orang politik, tidak kira lah parti mana sekalipun, bagaimana mahu maju dan menjadi pemimpin yang baik apabila langsung tidak menerima pandangan orang lain? Bagaimana pula mengkritik iklan boleh dikatakan sebagai prejudis terhadap inisiatif parti politik tersebut? Saya mengkritik iklan yang bagi saya langsung tidak menyampaikan mesej sebenar BR1M tersebut diberikan. Inisiatif yang bagus haruslah disampaikan dengan cara yang berhemah. Tidak kira lah sama ada inisiatif tersebut bermotif politik atau tidak tetapi anda sebagai orang politik harus lah bijak bermain dengan psikologi audience kalau mahu meraih sokongan. Kenapa ditonjolkan motif politik tersebut dengan merendah-rendahkan rakyat sesuatu negeri yang menolak anda? Umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar, langsung tidak memberikan manfaat kepada sesiapa pon, sebaliknya makin rugi adalah.

Bagi saya, apa yang harus ditonjolkan ialah bagaimana BR1M tersebut benar-benar meringankan beban rakyat. Tetapi mesej tersebut juga haruslah ditonjolkan secara subtle dan berdasarkan logik akal. Contohnya, iklan tentang bagaimana hidup susah seseorang itu terus berubah menjadi senang serta merta apabila menerima wang RM500 adalah sangat tidak logik. Iklan tersebut cuma boleh diterima logik akal sekiranya ia disiarkan 50 tahun dulu. Sepatutnya biarlah ada 'sequence' nya bagaimana hidup seseorang itu berubah. Sebagai contoh, RM500 digunakan untuk membeli mesin jahit secondhand dan beberapa tahun selepas itu (tak payah la melakonkan adegan beberapa tahun tu, cukup sekadar meletak caption), insan yg mendapat bantuan tersebut berjaya memiliki kedai jahit sendiri hasil daripada satu mesin jahit terpakai yg dibeli dgn wang bantuan RM500 tersebut. Baru lah boleh diterima dengan logik akal!

Ini tidak, apa yg ditonjolkan ialah Mek Su yang sedang meraut lidi didatangi seorang gadis yang membawa kuih muih dan menghulurkan borang bantuan. Mek Su tersengih menampakkan barisan giginya yang penuh sambil berterima kasih kepada gadis tersebut. Selepas mendapat wang bantuan, Mek Su berbual dengan gadis tersebut dan seorang lagi tetamu lelaki, tersengih lagi menampakkan gigi emasnya yang berkilauan. Dengan tagline 'sekarang semua orang nampak', Mek Su layak menyertai Akademi Fantasia. Dan maka, berkat wang RM500 itu, Mek Su berjaya memenangi Akademi Fantasia dan menerima hadiah sebuah negeri bernama Serendah Sekebun Bunga untuk diperintah! Arakian, Mek Su serta gigi emasnya berjaya menawan hati rakyat negeri Serendah Sekebun Bunga dan disayangi rakyat jelata. Mek Su kekal menjadi pemerintah rakyat negeri Serendah Sekebun Bunga dan hidup berbahagia selamanya bersama gigi emasnya. Sayugia tamatlah kisah dongeng zaman moden yang penuh tipu muslihat asam garam hidup!

Nota kaki:
Saya menyokong parti tupperware, saya tidak menyokong parti rimba atau parti buih.


Modern Woman Dilema II

Aku sepatutnya start kerja kat tempat baru pada 11 Jun. So, before aku pergi Sabah hari tu aku dah siap2 tender resignation sbb tempat baru nk buyout 1 bln memandangkan notice period aku adalah 2 bln. Aku dh berangan-angan akan ada seminggu utk aku rest sebelum aku start kerja tempat baru, so dah plan baekkk punya nk pergi bercuti.

Bercuti laaa sangat kan! Tup-tup kaki patah pulak masa kat Sabah. Instead of ada masa seminggu, sekarang aku ada masa berminggu-minggu utk rest. Tapi rest je la, bercutinya nan ado! Terpaksa la aku postpone join tempat baru. Bila diskas dgn HR, diorang kata instead of diorang bayar, why don't aku just serve 2 months notice period tu fully sbb aku ada mc. Aku agree sbb doktor kat Sabah ckp aku kena rest 2 bln. Aku pk by the time notice period aku abis, aku dh fully healed. So aku pon confirmkan date aku join company baru ni pada 11 Julai. Rupa-rupanya....

Doktor kat Sabah itu adalah bangang! Aku buat follow up kat KL doktor kt PUSRAWI cakap normally for leg kena 3 bln. Tapi doktor tu ckp tgk pada progress aku macam mana, maybe blh healed faster. Since masa aku pergi jumpa doktor kt PUSRAWI tu masih baru lagi, dia tak buat x-ray so x leh tgk progress mcm mana. Kawan aku yg kerja sbg nurse pon ckp aku sebaik-baiknya kena tunggu 3 bln before aku blh jalan balik .

A week after that aku balik Kelantan sbb mak aku suruh balik Kelantan since dia tak blh tinggal kt rumah aku lama2 sbb adik ipar aku nk bersalin. Balik Kelantan, aku pegi jumpa doktor Nik Amir utk bukak jahitan sbb apparently ada a few yg doktor kat Pusrawi tertinggal nk bukak. Doktor Nik Amir ckp sebaik-baiknya aku kena rest 3 months. Tapi again aku yakinkan diri aku maybe 2 months is enough sebab doktor kt Sabah yg handle kes aku ckp 2 months.

Since dah sebulan lepas operation, n aku tak larat nak balik KL utk buat follow up kt Pusrawi, aku sambung je follow up kt Hospital Pakar Perdana. Jumpa je doktor kat Pakar Perdana, dia gelak bila aku bagitahu doktor kt Sabah ckp aku perlu rest 2 bln. Doktor kt Pakar Perdana cakap kalau tangan boleh lah 2 bulan, kaki mana boleh, kena at least 3 bln baru fully healed. Dah la patah 3 tempat, mana blh berjalan dlm masa 2 bulan! Doktor tu advise aku jangan start kerja lagi sebab tulang aku belum fully healed and aku tak blh put pressure on my left feet. Plus aku x blh duduk lama n kena elevate kan kaki aku untuk mengelakkannya daripada bengkak. Maknanya aku cuma boleh start kerja selepas 11 Ogos!Aduiiii, aku rasa mcm nak tumbuk je doktor kat Sabah tu!

Sekarang ni aku dalam dilema sebab bila aku inform company baru, diorang x blh tunggu sampai Ogos. Diorang suruh aku report for duty in July, diorang kata they just need me to be at my workstation to do the paperwork and they will not require me to move around for meetings etc walaupon kerja tu memang memerlukan aku sentiasa mobile sebab akan banyak meeting kat luar. Tapi masalahnya sekarang ni, aku nak pergi toilet pon kena ada orang tolong, takkan la aku nak mintak bos aku tolong papah aku masuk toilet? Mmg la blh pakai crutches tapi crutches tak blh bawak masuk toilet especially kalau toilet tu basah sbb licin. Unless kalau company tu ada sediakan toilet for disabled, which I don't think they have.

Sekarang ni aku sangat-sangat dalam dilema. Hubby aku cakap biarlah, let go je. Tapi kalau let go nanti duit nan ado la jawabnya n aku kena cari kerja lain sebab aku dh resign dari kerja kt company lama. Kalau aku report for duty jugak pada bln July nanti, apa2 jadi nanti kalau aku jatuh ke apa ke makin teruk la pulak kaki aku, lagi lambat sembuh! Arghhhhhh!!!!


Wednesday, June 27, 2012

Modern Woman Dilemma

I received a call from the HR people of my new employer today. They are pretty concerned on whether I can really start working in August or there is a possibility I will extend it again after extending from June to July and now to August. They told me that they cannot wait for me more than that and if I can't start working in August, they will need to cancel my offer letter. And they said the alternative of me working from home is not possible because of the nature of work which require me to be in the office.

They asked whether they can talk to my doctor to get a clear picture. I agreed. I have no problem about them talking to my doctor. Well, I have nothing to hide. I asked for further extension because my doctor advised me too. I hope we can reach a win-win decision.

I'll be lying if I say I'm not worried and I don't care whether I have the job or not. Hell! That's my future. If they canceled my offer letter, I'll be jobless since I've already resigned from my previous employment. Though there are several opportunities, I still need to wait until I completely recover from the injury, which will still set me back to August. And there are bills to be paid, car loan, housing loan, personal loan, credit cards etc. Haih! Life is so much easier when I only have my paycheck and cloth on my back. Financial commitments really set us back, making us afraid to take chances.

On the other hand, it is unfair for me to ask them to wait further. They asked me to start on 11 June and now 1 month has passed and I still can't start because of my broken leg. They are really shorthanded and they cannot afford to wait further.

So here I am, practically half disabled, bored to death at home. I need assistance to do even the simplest activity like getting food from the fridge! And now having to face the risk of losing job, my career and become 'penganggur terhormat'. It never really occurred to my mind previously that life can be this complicated.

Saya Protes! Saya Tetap Nak Namakan Anak Sedara Baru Saya Dengan Nama Kashfy!

Semalam saya dah dapat anak saudara baru. Anak sedara ketiga saya. Awal-awal lagi saya dah chup nak bagi nama. Almaklumlah, nak menamakan anak sendiri ntah bilanya akan berkesempatan. Tak tahu lah kat mana silapnya, suami yg pancut serong ke atau saya yang silap posisi masa berjimak (Nota pinggang: Ini bukan mencarut, sape yg tak kawin lagi dan rasa malu nak baca sila tutup mata).

Saya suka dengan nama Kashfy, saya dh veto adik saya cakap saya nak namakan anak saudara baru saya dengan nama Kashfy. Tup-tup abah saya pulak veto saya, katanya takut nenek saya tergeliat lidah nak sebut nama tu. Arghhhh, dah jadi macam PBB la pulak, Cina veto PBB decision, Amerika pulak pegi veto Cina punya veto!

Apa2 pon saya protes! Saya tetap nak namakan anak saudara saya Kashfy! Glamer apa nama tu, kalau nenek saya tergeliat lidah nak sebut Kashfy, biar nenek saya panggil dia Cash saja!


Baby Kashfy (nama sementara yg diberikan olh ibu saudaranya yg gila kuasa)


Tuesday, June 26, 2012

Tanggal 4 Mei 2012 Akan Sentiasa Menjadi Sejarah!

Aku memang penggemar sukan extreme. Lagi extreme lagi best. Bukannya apa, kalau kita tak mencuba, kita takkan tahu sama ada kita boleh melakukannya atau tidak, sama ada it is really a fear or just irrational doubt of our own capability.

So, berbalik pada sukan extreme ni, aku dah banyak kali cuba tandem paragliding. I love it and I want to try solo paragliding pulak. Tapi sebab aku takde masa n cuma ada masa weekend je, aku biarkan hubby aku belajar dulu. Bila dia dah belajar n siap beli glider sendiri, lagi la aku tercabar nk belajar la kan. Tercabar sebab initially masa first time nk cuba buat tandem paragliding, hubby aku tak interested sangat n aku yg beria-ia. Dia kata dia temankan saja aku ke Bkt Jugra utk cuba terbang tandem. Masa tu aku dah kumpulkan 5 org kawan utk buat tandem jugak. Sampai je ke Zone Khatulistiwa di Banting, masa kitorang tgh sibuk2 isi borang n tgk video n dgr safety instructions, laki aku tiba-tiba ubah fikiran. Tambah pulak everybody dah racun dia baik punyer, terus dia sign borang sekali utk terbang. After that day, he was hooked. N since masa tu dia masih jadi penganggur terhormat lepas company yg dia keje tu lingkup, dia belajar dulu n berjaya fly dulu.

Almost a year  aku tunggu since pertama kali cuba tandem paragliding, so finally pada tanggal 4 May 2012, akhirnya aku dpt peluang utk terbang solo. Dan punya la jauh tempat aku terbang tu, nun jauh di Kg Lohan, Ranau, Sabah. Kenapa jauh, sebab masa tu aku n hubby ikut PLUM utk program di Sabah. Program tu lebih kurang 10 hari, tapi most of the times aku tgk org fly n ambik gambar org je. Hari ke 8 baru lah instructor ckp ok, blh lepaskan aku terbang solo. Jiwa dah berdup -dap dup dap dah bila dia ckp macam tu.

So, sebelum solat Jumaat tu aku dh bersedia utk terbang. Since baru first time terbang aku buat forward/alpine launching. Bila dpt lift je, perasaannya tak dpt digambarkan dgn kata2! Masya Allah, hanya Tuhan je yg tahu bagaimana takjubnya perasaan tu. Terbang di udara, pepohon dan rumah2 mengecil di bawah. Instructor aku bagi arahan melalui walkie talkie, setiap arahan aku ikut dengan sempurna sehinggalah tiba waktu untuk landing.

Di kejauhan aku blh nampak tebing sungai yg agak tinggi yg semakin aku hampiri. Dlm fikiran pada masa tu dh terlintas yg aku takkan berjaya melepasi tebing sungai tu. Aku terfikir nak tanya instructor aku melalui walkie talkie tapi macam mana pulak aku nk ambik walkie talkie sedangkan dua-dua tangan sedang mengendalikan riser? Masa tu dlm hati aku dh terdetikl, apa nk jadi, jadilah. Aku handle risers tu carefully, luruskan kaki dan.....

DAMMMM!!!

...Aku menghentam tebing sungai tu, legs first. Glider terus tarik badan aku ke depan, menambahkan lagi kuasa hentaman. Aku dpt dengar bunyi PRAKKK...tulang kaki aku patah. Glider tarik lagi, kali ni ke belakang sebab payung dh deflate, so aku tergolek ke bawah 3 kali, menghentam batu2 di tebing sungai tu sampai la aku jatuh ke dasar sungai. Nasib baik sungai tu kering n amat cetek. Dua tiga org yg ada kt tempat landing tu berlari nk menyelamatkan aku, masa diorang cuba angkat aku, aku menjerit jgn angkat sbb kaki aku dah patah. So aku terbaring je kat situ menunggu van yg kami sewa sampai utk bawak aku ke hospital. Darah dah berjejeran dah membasahi jeans aku (Damn! I love tht jeans!)

Bila van sampai, diorang pakat angkat aku masuk ke van. Sakitnya jgn ckp la, aku rasa satu kg tu blh dengar jeritan aku. Lepas tu pulak jln berbatu-batu sbb van tu lalu kt sungai, nk tunggu van tu melepasi sg aku rasa telinga laki aku, kawan aku n driver van pekak kot mendengar jeritan aku. Sampai kat hospital Ranau, diorang cepat2 balut luka n buat half cast utk stabilisekan broken bones tu. Bila buat x ray, tulang kt betis aku patah 3 tempat. Lepas tu ada luka sbb tulang yg patah tu dh naik ke atas n menolak isi n kulit sebelum hentaman kali kedua/ketiga tu memasukkan balik tulang tu ke dalam.

Looking at my condition, diorang terpaksa potong jeans aku (still sedih because it's a new jeans n i love tht jeans!) n they transferred me to hospital di KK because diorang takde kelengkapan utk operate kat hospital Ranau. They monitored my wound for 1 week sbb takut ada infection. Aku dh rasa mcm nak gila dh kat hospital tu dlm tempoh monitoring tu, dgn sakit patah tulang, dgn homesicknya. Nasib baik laki aku setia menemani. Bila diorang dh puas hati takde infection, baru lah diorang buat operation.


Masa operation tu lagi la, diorang bius half body je so I was fully awake throughout the entire op. Aku blh dengar diorang gerudi tulang aku, potong tulang aku guna gergaji elektrik n ketuk besi utk masukkan ke dlm kaki aku. The worst part was, masa diorang ketuk besi tu, I can feel as if all bones in my body moving sbb kena ketuk. Though I can't feel the pain kt my lower body, tp bila diorang ketuk besi+the bones kt my leg yg menyebabkan tulang2 lain tu bergerak, my upper body can feel the pain n i cried, menyebabkan doktor2 kt dlm operation room tu kelam kabut n they hv to inject me with something to make me sleep. Dhla operation tu patutnya 2 jam je tp because of some complication jadi berlarutan sampai 4 jam.  I was so hungry n thirsty sbb nurse suruh aku puasa since 12 tgh mlm walaupun operation tu cuma start pukul 4 ptg esoknya, gastrik dia jgn ckp la. I keep on asking for water n they keep on refusing to give me water sbb diorang kata akan jeopardize the operation. Habis je operation, diorang titiskan air kt bibir aku n i end up vomitting sbb perut dh pedih.

So, aku in the end, aku end up kena tahan kt hospital QE tu for 11 days. Kalau ikutkan dr kt sana, diorang taknak release aku lagi sbb diorang kata I was too pale n weak tp aku bertegas jugak nk balik. I could not stand another day in that hospital or i will lose my sanity.

My fellow paragliders asked me whether that incident will make me not want to fly again. I told them it will take a lot more than broken bones to make me stop. Dah nak geruh nak buat macam mana. There is no one to blame, bukan salah instructor aku pon sbb dia tak nampak sama ada aku lepas atau tak tebing tu. It was not my fault also because I've followed every instruction n being a first timer, I don't know how to manipulate the glider bagi membolehkan aku terbang tinggi balik. The fact  was, nasib tak menyebelahi aku sbb sebaik saja aku melintasi sungai tu, thermal ngan angin berkurangan dan menyebabkan glider aku turun dengan agak cepat. All safety precautions kami dah follow, apa yg terjadi tu dah di luar kawalan kami. In fact, sebelum pergi Sabah lagi dah macam2 dugaan aku hadapi, dgn tersilap beli tiket balik la, dgn bos kat ofis buat hal la, bergaduh dgn Air Asia la n mcm2 lagi. Hati pon mcm tak berapa enjoy compared dgn masa kitorang ke Sabah previous year. So, Allah dah tunjukkan tanda, cuma aku je tak pandai nak baca.

Ada kawan2 aku yg sebelum ni berminat nk terbang terus takut bila dengar aku patah kaki. Kat sini aku nak ckp yg paragliding is a sport that emphasize on safety. Keberangkalian kemalangan yg disebabkan oleh kecuaian manusia tu amat kecil, malahan lebih kecil drp memandu di jalan raya. Kalau ada kemalangan pon mostly adalah disebabkan oleh faktor di luar kawalan manusia. Having said that however, kalau nak mencuba pastikan anda mendapat instructor yg bertauliah, especially kalau nk buat tandem sbb tandem ni, glider akan dikawal oleh tandem master n our fates are practically in their hands.

Friday, June 1, 2012

Hi world

I have not been blogging for ages. I always find too many excuses to start blogging again, to write

and pour my heart. Well, I guess I need to escape from something in order for me to write again because writing is always the best escapism for me. This blog will be my escapism, among other things.

Until then, hi again world!