Nuffnang

Wednesday, November 21, 2012

Boycott-A view from outside

Saya bukannya ulama, jauh sekali maksum untuk membicarakan tentang hukum hakam agama tentang isu boikot sesuatu produk untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin. Pandangan saya hanyalah pandangan daripada seorang insan mengenai kehidupan. Perkara yang saya sentuh mungkin akan dianggap sensitif oleh sesetengah orang tetapi ini hanyalah pandangan peribadi saya. Saya bukan ingin mendebatkan hal ini, jauh sekali mempolemikkan sesuatu yang saya kira diperjuangkan oleh semua insan yang cintakan keamanan amnya dan umat Islam khususnya.

Saya menghormati orang yang memboikot sesuatu produk keluaran sesebuah negara demi menyatakan sokongan dan mendesak negara tersebut, dalam kes ini Israel untuk menghentikan keganasan mereka ke atas Palestin. I truly respect and admire that. In fact I fully support the cause. Tetapi dalam kes boikot ke atas Mc D atau Starbuck, bagi saya ianya bukanlah semudah abc. Seperti yang saya katakan sebelum ini, I will gladly join the bandwagon if we are boycotting direct products of Israel. Namun, berdasarkan pengetahuan saya yang tidak seberapa, Mc Donalds dan Starbuck di Malaysia dijalankan melalui sistem lesen atau franchise, yakni Mc Donalds USA memberikan lesen kepada Golden Arches Restaurants Sdn Bhd untuk membuka restoran Mc Donalds di Malaysia. Apabila ia dijalankan melalui sistem lesen, maka Mc Donalds di Malaysia adalah kepunyaan Golden Arches Restaurants Sdn Bhd dan bukannya dimiliki secara langsung oleh Mc Donalds Corporation, USA. Sistem lesen atau francais juga mengkehendaki agar fi lesen dibayar setiap tahun, dan jumlah ini biasanya tidak berubah dan tidak bergantung kepada keuntungan. Wallahua'lam.

Tidak! Saya tidak sesekali menentang boikot. Tindakan memboikot jika kena caranya memang boleh menjatuhkan sesuatu negara, seperti mana tindakan embargo yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan ke atas sesebuah negara yang lain (yang mana berdasarkan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, embargo tidak dikenakan oleh kerajaan Malaysia terhadap Israel kerana masih terdapat hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Israel, apa yang tiada hanyalah hubungan diplomatik kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara).

Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, tentu sekali kita ikut sama merasa sakit apabila melihat saudara seIslam kita ditindas, disakiti serta dibunuh. Malahan sentimen yang sama turut dikongsi oleh saudara senegara berlainanan agama, bahkan saudara seinsan di serata dunia. Sesiapa sahaja yang cintakan kedamaian dan kesaksamaan tidak akan sanggup melihat penindasan ini, wajah-wajah anak kecil yang terbujur kaku atau menangis kesakitan dan ketakutan. Setiap dari kita tentu sekali mendoakan semua ini berakhir dan menyatakan dalam apa jua cara tentang kebencian dan kejelikan kita terhadap perbuatan tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa. Boikot adalah salah satu caranya. Tetapi kita harus ingat bahawa ia bukanlah satu-satunya cara. Other people might have other ways of showing support. Cara kita mungkin tidak sesuai dengan orang lain dan cara kita tidak semestinya betul. Jika betul sekalipun, tidak semestinya satu-satunya cara yang betul!

Oleh itu, ianya sesuatu yang amat mengecewakan bagi saya apabila membaca sekali imbas status-status dan komen-komen di Facebook yang menghentam, mengutuk, mencaci mereka yang tidak menyertai tindakan  boikot terhadap Mc Donalds. Malahan ada yang melabelkan mereka yang bekerja di Mc Donalds sebagai bersekongkol dengan Zionist dalam mendatangkan penderitaan kepada rakyat Palestin dan menyuruh mereka berhenti kerja kerana gaji mereka adalah haram! Nauzubillah! Tidakkah self-proclaimed ulama ini sedar apa yang mereka katakan? Siapakah kamu untuk menjatuhkan hukum halal dan haram? Mereka yang alim ulama sekalipun tidak berani sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum, perlu ada kajian dan pertimbangan terperinci, perlu ada muzakarah dengan alim ulama yang lain barulah sesuatu fatwa itu dikeluarkan kerana mereka takut mereka akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. 

Secara peribadi, saya memilih untuk tidak memboikot Mc Donalds, namun saya juga tidak memilih untuk beratur di pintu Mc Donalds demi mendapatkan makanan percuma. Bagi saya mudah sahaja, Mc Donalds tidak pernah menjadi kegemaran saya. Tetapi saya juga tidak boleh menidakkan hakikat bahawa Mc Donalds adalah fast food chain restaurant, apabila ia adalah fast food, maka ia adalah pantas. Dan sebagai restoran pantas yang terdapat di seluruh pelusuk ceruk negara, kadang-kadang ia menjadi pilihan saya apabila saya mengejar masa dan perlukan sesuatu yang pantas untuk mengisi perut. Prinsip saya senang sahaja, saya boleh hidup tidak menjamah hidangan Mc Donalds tetapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu menjadi hipokrit dengan memboikot ketika ini tetapi kemudian hari apabila tiada pilihan dan Mc Donalds adalah yang terdekat dan terpantas untuk saya, saya kembali menjamahnya. Tetapi, itu tidak sekalipun melemahkan sokongan saya terhadap Palestin, dan tentunya tidak sekali-kali mengurangkan simpati saya terhadap mangsa-mangsa kekejaman Israel. Yang paling penting, itu tidak sekali-kali menjadikan saya penyokong Israel, tidak sedikitpun mengurangkan kebencian saya terhadap Zionist.

Dan pandangan peribadi saya yang jahil dan tandus ilmu ini, bekerja di Mc Donalds tidak sesekali menjadikan seseorang itu penyokong Zionisme dan tentu sekali tidak menjadikan sumber pendapatan seseorang itu haram kerana tiada apa yang haram yang dijual di Mc Donalds. Wallahu a'lam, siapalah saya untuk menentukan halal haram sesuatu rezeki.  Kalau ingin bercakap tentang halal dan haram sesuatu rezeki itu, dalam dunia yang serba moden dan bersifat kapitalis ini, banyak sumber rezeki yang syubhah sifatnya, contohnya bekerja di bidang perbankan, atau bekerja di sebuah syarikat yang mana dikalangan 'sister companies' nya terdapat syarikat yang berbentuk perjudian. Tetapi saya mengambil sikap bertawakal, selagi sumber langsung sesuatu rezeki itu tiada sesuatu yang jelas haram, maka siapalah saya untuk mengatakan ia haram. Asalkan tiada sumbangan langsung terhadap sesuatu yang haram, selebihnya biarlah kita serahkan saja kepada Yang Maha Mengetahui.

Saya terkilan apabila mereka yang tidak mendeklarasikan diri mereka sebagai ikut sama memboikot Mc Donalds atau Starbucks dicemuh, dikeji, dihina dan dilabelkan sebagai penyokong Zionist. Saya kesal apabila mereka yang mencari rezeki di syarikat-syarikat sebegini dicemuh, dihina, dikeji dan digelar sebagai kejam dan tidak bersimpati dengan nasib Palestin. Saya terguris hati apabila terdapat self proclaimed alim ulama yang menyelar mereka yang bekerja di Mc Donalds dan Starbucks sebagai mendapat rezeki yang haram dan disarankan agar berhenti kerja dengan segera. Maaf jika saya katakan bahawa self proclaimed alim ulama ini adalah mereka yang bodoh sombong, bongkak, takbur dan riak. Mereka lupa bahawa rezeki itu datang daripada Allah. Jangan hanya kerana sesetengah daripada anda mempunyai rezeki yang murah, mempunyai kelulusan dan kepakaran yang membolehkan anda dengan mudah mendapat kerja di mana sahaja, anda lupa kesusahan orang. Tidak semua orang bernasib baik seperti anda. Tidak semua orang mampu mendapat kerja di bilik berhawa dingin, duduk di kerusi empuk menghadap monitor komputer sambil mengupdate status Facebook atau Twitter di waktu kerja seperti anda. Sesetengah orang perlu berdiri 8 jam sehari menghadap karenah pelanggan-pelanggan seperti anda agar perut anda kenyang dengan makanan mewah meskipun perut mereka berkeroncong kerana tidak sempat untuk makan tengah hari kerana harus melayan anda. Tidak semua orang mampu menikmati gaji lumayan seperti anda. Sesetengah orang terpaksa bekerja di tempat-tempat sebegini demi menyara keluarga; membayar bil perubatan anak isteri atau membeli susu pampers anak. Mungkin juga ada di antara mereka yang bekerja dua tiga pekerjaan (dan Mc Donalds adalah salah satunya) hanya demi untuk meneruskan kelangsungan hidup bulan demi bulan. Apabila anda menyuruh mereka berhenti kerja seberapa segera, adakah anda sanggup menanggung perbelanjaan mereka? Berlaku adil lah kepada mereka, jangan menggesa mereka agar kejam terhadap diri mereka dan keluarga mereka hanya untuk menaikkan ego anda dan membuatkan anda rasa seolah-olah andalah yang paling bersimpati dengan nasib mereka di Gaza, seolah-olah anda lah pejuang terhebat, orang yang paling membenci Israel. Sedarlah bahawa keadilan itu seharusnya bermula dengan diri sendiri dan keluarga terdekat, barulah boleh dipanjangkan kepada orang lain. Biarlah mereka menyatakan sokongan dalam cara lain yang boleh mereka nyatakan. 

Ada di antara self proclaimed alim ulama ini menyajikan kisah mengenai seekor burung kecil yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dalam menjustifikasikan cemuhan mereka terhadap mereka yang tidak ikut sama memboikot. Sejujurnya saya katakan, saya memilih untuk memberi sumbangan kerana saya merasakan itu lebih efektif. Ya, sumbangan saya hanya sedikit, mungkin tidak mampu untuk membeli kain pembalut buat membalut luka anak-anak kecil Gaza yang tercedera, mungkin juga tidak cukup untuk membeli senapang atau roket buat membunuh penzalim-penzalim Israel, tetapi saya juga ingin menyatakan kembali apa yang diucapkan oleh burung tersebut:

"SETIDAK-TIDAKNYA JIKA DITANYA DI AKHIRAT KELAK, SAYA DAPAT MENJAWAB YANG SAYA TELAH BERUSAHA SEMAMPUNYA YANG SAYA BOLEH BUAT UNTUK MELAWAN KEBATHILAN."

My point is, boycott might be the way but it is NOT THE ONLY WAY! 

Hakikatnya, saya tidak ingin ditanya di akhirat nanti kenapa saya memboikot Mc Donalds tetapi saya tidak pula memboikot Coach, LV, Prada, Gucci, Hermes dan sebagainya. Saya tidak mahu ditanya kenapa saya liat untuk menyumbang RM10-RM20 untuk membantu saudara seagama saya yang sedang menderita sedangkan saya menghabiskan beratus-ratus ringgit malahan beribu ringgit untuk membeli barangan mewah yang langsung tiada fungsinya, hanya sekadar membolehkan saya lebih bermegah. Saya tidak mahu nanti menjawab di akhirat kenapa saya menuduh Israel zalim tetapi saya sendiri menzalimi saudara seagama saya dengan menggesa mereka berhenti kerja sehinggakan kehidupan mereka melarat tetapi sebaliknya saya menikmati gaji saya yang lumayan.

Saya bukan maksum, saya banyak kekurangan, saya banyak kelemahan. Tulisan ini tidak sesekali untuk menyatakan bahawa saya lebih betul, saya lebih bijak, saya lebih alim atau saya lebih adil dan lebih bersimpati dengan nasib saudara kita di Gaza berbanding anda. Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi, hanyalah usaha saya untuk mengajak kita semua berbalik kepada isu pokok yang sebenar yakni usahasama kita untuk menyatakan sokongan kita terhadap saudara kita di Palestin. Tulisan ini hanyalah satu medium saya untuk mengajak anda berfikir bahawa keadilan, keamanan, kesengsaraan, penderitaan, simpati dan sokongan bukanlah untuk dipolemikkan, jauh sekali dijadikan bahan pertelingkahan atau modal untuk memandang rendah dan mengeji yang lain. Setiap orang berhak untuk mempunyai pendapat dan cara mereka sendiri. Apa yang penting adalah kita bersatu, sama-sama menyatakan bahawa kita tidak akan bertolak ansur atau menyokong kekejaman. Jangan nanti sedar tak sedar, dalam usaha kita untuk mengalahkan rejim Zionist, kita sebaliknya memberikan mereka kemenangan kerana dalam penentangan kita terhadap mereka, mereka berjaya membuatkan kita menentang sama sendiri. 

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kemenangan saudara kita di Palestin dan bukannya bertelingkah sesama sendiri. Semoga Allah menyelamatkan mereka semua. Aminnn.










Wednesday, November 14, 2012

Random - Tebas Semak Samun

Lamanya tak update blog. Niat masa awal-awal blogging balik dah taknak jadikan blog ni macam blog lama dulu, macam hutan belantara tapi akhirnya bersemak samun juga blog ni. Kekangan masa memang sangat-sangat mengehadkan keupayaan untuk menjadi blogger tegar.

Cuti umum yang sedikit merenyahkan, cuti lepas tu kerja dan kemudian cuti lagi. Hendak terus ambil cuti agar dapat bercuti terus seminggu ada benda yang perlu diselesaikan. Nasib baik bos approve cuti pada hari Jumaat. Dapat la juga sambung cuti selama tiga hari. Niatnya mahu berjalan ke mana-mana bersama suami dan keluarga tetapi rupa-rupanya keluarga aku akan pulang ke Kelantan pada hari Jumaat dan En Hubby pula akan ke Thailand untuk fly di sana. Jawabnya cari tempat picnic dekat-dekat je lah besok dan Jumaat hingga Ahad nanti aku qada' je tido.

Hari ni sempena hari terakhir seorang office mate, kami pakat-pakat berpesta durian di rumah mertua seorang lagi office mate. Sanggup tu drive all the way to Kg Limau Manis berdekatan Putrajaya sana pada waktu lunch semata-mata kerana durian, durian kg yg baru gugur pulak tu. Memang heaven! Aku siap tapau dlm tupperware lagi bawak balik. Jangan fridge kat office berbau durian sudah. Huhuhuhu.


Friday, November 2, 2012

Fears

Even the most daring person's has fears in his heart, but what differentiate him from the cowards is how he handles his fears. I always believe that fears are not suppose to make people weak, let alone cower. Fears also can be the catalyst of bravery.

I always have the fear of falling, because of that I learn to fly. Sounds absurd? Maybe. But my fear of falling is my catalyst in proving that I can't fall by simply trying to fly. Well, I did fell and injured myself but I've learnt that falling is not the worst thing that can happen to me , not believing in my own ability is worse. Not having a life that I want is worse. Not making the best of the situation is worse.

Fear of uncertainties makes me work harder to ensure that I can minimise the uncertainties. It makes me very inquisitive, very eager to learn new things. I don't like feeling lost in the dark, that is why I work hard to find the light at the end of the tunnel.

I am not the bravest person, but even the bravest person is afraid of something. Being afraid is not a bad thing. In fact I welcome the fears with outstretch arms. I hope and I believe that fears can be my catalyst to reach success. Insya Allah.