Nuffnang

Friday, August 3, 2012





 Warisan (Anak Kecil Main Api)

 Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Nota hujung jari:
Masih adakah lagi warisan kita? Yang ada sekarang hanyalah kacau bilau perebutan kuasa, masing-masing memburukkan satu sama lain. Bila masakah kita akan gemilang seperti dulu?

Fear

Fear is an amazing thing. Fear is a powerful thing. It can  hold you back or push you forward. It can be the reason why you succeed and it can also be the cause of your failure.

Fear is magnificent thing. Fear is a beautiful thing. It has a way of controlling your life. It can stall you or keep you moving. It can force your obedience or flame your rebellion.

Fear is a funny thing. Fear is a strange thing. It can guide you or distract you. It can make you cower or braver.

Fear is the only thing that keep me going. Fear is the only thing that keep me trying...

And I say...I do what I do not because I am not afraid but because I refuse to be defeated by my fear.






Thursday, August 2, 2012

Hero-hero Malaya





Sepanjang aku patah kaki, rasanya suara aku dah mengalahkan Mariah Carey, setiap hari menjerit dek karenah budak ni.  Dia punya aktif, tak terlarat aku nak menjerit. Nak berkejar angkat dia tak boleh, so menjerit je la kerja aku. Terkejar-kejar mak bapak dengan nenek dia disebabkan si kenit ni. Toleh je belakang sikit, bila toleh balik tahu-tahu dia dah landing atas meja. Entah bila masa dia panjat.

Ada sekali tu, aku tengah syok syok buat kerja, kawan aku datang. Aku dengar kawan aku bising-bising suruh orang ikut naik. Aku ingatkan kawan aku tu bawak kawan dan kawan dia segan nak naik ke rumah, rupa-rupanya si kenit ni yang dia bising suruh naik. Entah bila masa dia turun ke halaman sorang-sorang. Tak siapa sedar. Nasib baik kawan aku datang, kalau tak dia terkedek-kedek pergi ke jalanraya yang sepelaung je depan rumah aku tu pun tak ada orang sedar.

Lepas tu favorite budak ni adalah kacau orang. Dia tahu kaki aku patah, kaki aku la yang dia berkenan. Dua tiga kali dia pegi pukul kaki aku, duduk atas kaki aku dan tendang kaki aku. Bila orang marah atau menjerit, dia akan gelak. Permainannya semua yang pelik-pelik dan ganas-ganas. Dia tak berminat dengan permainan biasa, tak payah la belikan toys yang sesuai umur dia, memang tak dipandang. Dia main pun sekejap je. Apa yang dia paling minat ialah drum set bapak dia, kalau tak dapat ketuk drum sehari memang tak senang duduk.

Sekarang dia dah ada adik, lagi la penat aku menjerit. Ada sekali tu dia hampir-hampir pijak perut adik dia. Nasib baik mak dia sempat tahan.






Yang si adiknya pulak, kerjanya celik mata je menangis mintak susu, celik mata je menangis mintak susu. Lepas tu nak orang riba je manjang. Kecik-kecik dah pandai demand!

Semoga anak-anak buahku ini akan membesar menjadi anak-anak yang soleh dan insan yang kamil. Insya Allah.





Wednesday, August 1, 2012

Kalau Hati Sudah Suka

Kalau hati sudah suka
Apa lagi yang hendak dikata
Walau ramai orang mengata
Kata hati dikutkan juga

Kalau hati sudah suka
Bau kentut pon wangi sahaja
Misai kontot pon bawa bahagia
Ketiak busuk pon harum baunya

Kalau hati sudah suka
Lupa pesan ibu dan bapa
Mengejar bahagia yang tak pasti di mana
Akhirnya merana jiwa dan raga

Kalau hati sudah suka...


Adab Orang Berilmu

Ilmu Allah yang kita dapat di dunia ni, hanya umpama sebesar zarah. Andaikata lautan itu ilmunya, umpama jarum yang dicelup ke dalam lautan, kemudian diangkat dan air yang menitis daripada hujung jarum itulah ilmu yang kita miliki.

"Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".(al-Baqarah:32)

Riak, sombong dan bongkak dengan ilmu yang ada adalah seburuk-buruk sifat insan. Kerana sepandai atau sebijak mana pun kita, ada lagi yang lebih pandai dan bijak dari kita. Mungkin orang yang kita rendah-rendahkan tidak bijak dan pandai dalam akademik, tetapi dia bijak dalam ilmu kehidupan, dia bijak mencuri peluang, dia bijak mengatur langkah. Dan jangan cuba kaburkan mata orang lain dengan bercakap besar, kerana andai kita tidak benar berilmu, kebodohan kita akan lebih terserlah. Tiada apa yang kita perolehi daripada sifat riak, sombong dan bongkak itu, hanya kebencian dan kemurkaan Allah:


"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur." (An-Nahl:23)

Dan andai kita benar berilmu, kongsilah ilmu itu dengan sebaik-baik mungkin. Jangan ada sifat tamak dan hasad dengki, kerana itu bukanlah sifat orang yang berilmu. Andai kata kita ditanya soalan yang tidak terjangkau ilmu kita, ambil masa untuk mencari jawapan. Bukan hanya membuta-tuli memberi jawapan mengikut konsep fikir sendiri. Yang salah tetap salah walaupun ada yang membenarkannya, kerana bukan tempat kita untuk membenarkan apa yang salah. Bersanggul tinggi dalam tudung, bukan kerana rambutnya lebat dan panjang yang mengharuskannya bersanggul tinggi tetapi kerana ingin dilihat menarik dalam berfesyen adalah salah walaupun rambut tersebut ditutup tudung seperti mana hadith Rasulullah S.A.W:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ

مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah  R.A)

Janganlah kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang haram kerana syirik hukumnya. Apatah lagi jika kita seorang yang dipandang tinggi dan dihormati dalam masyarakat, kata-kata dan perlakuan kita menjadi ikutan, bimbang nanti kitalah yang akan menyebabkan akidah orang lain terpesong. 


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui" (al-A'raf:32)

Perkara yang melibatkan hukum, baik aqidah atau shariah seperti muamalat, munakahat atau jinayat haruslah disampaikan dengan berhati-hati. Seperti mana al-Quran telah menjelaskan bahawa ibu saudara sabit adalah ajnabi dan sah dikahwini sekiranya diceraikan oleh bapa saudara. Sila lihat dalilnya di sini.

Jadi berhati-hatilah apabila berbicara. Jangan terlalu sombong dan riak untuk menunjukkan kita berilmu. Bimbang nanti mahu dilihat pandai, makin bodoh nampaknya kita. Sesungguhnya hanya sekelumit ilmu Allah yang kita ketahui.