Nuffnang

Monday, January 14, 2013

I Am A Cheapskate

Semalam aku whatsapp Abelyn, kawan si Diana Green Apple yang sekarang ada kat Rome since ari tu si Diana ada war-warkan kat blog dia pasal sale handbag branded kat sana. Aku selalu dengar orang kata kalau beli branded handbag kat sana sangat murah, especially kalau ada sale. So aku pon menggelitis la nak jugak la kan, di samping nak beli hadiah besday En Hubby sekali. Wallet yang dia guna sekarang memang dah hazab, maklumlah wallet tu sebaya dengan 8 tahun perkahwinan kitorang sebab tu lah wallet yg letak atas dulang hantaran dulu. Kiranya kalau kira berdasarkan umur wallet, wallet dia tu dah kira boleh jadi nenek kebayan dah.

So aku pon tanya la si Abelyn sama ada boleh mintak tolong dia belikan. Aku ni memang buta barangan branded, bila Abelyn tanya nak jenama apa aku dah tak tahu jenama apa yg bagus dan yang penting murah la kan. Nak sebut LV sah-sah lah kan takkan terjangkau dek poket aku.

Dah aku dok terkial-kial nak menjawab so si Abelyn tanya berapa bajet aku. So aku cakap la bajet aku RM1k. Aku rasa macam tinggi gila dah  bajet aku tu. Tup tup si Abelyn cakap mana ada RM1k, semua tu high end brand, paling murah pun RM4k!

Panggg! Hantuk kepala kat dinding sat!

Nasib baik si Abelyn tu takde kat depan aku, kalau tak kompom dia nampak muka aku dah bertukar jadi jingga sebab malu. Muahahahaha, mek buta brands dek non! Nasib baik masa dia tanya nak suruh beli jenama apa aku tak cakap belikan Coach (sebab aku tahu tu murah), kalau tak double kemaluan malu sebab menyuruh dia membeli jenama Amerika di bumi Itali.

Kesimpulannya, pakai je la Bonia buatan Malaysia. :)

Stress kah?







This is how I am lately. Banyak betul benda yang harus diselesaikan. Di tambah pula dengan penambahan vitamin M yang melampau-lampau. Terkejar-kejar jadinya. Dah dua tiga malam tertido atas laptop. Kesian skrin laptop menengok aku. Lagi kesian kat keyboard laptop yang terpaksa menampung berat aku.

Blog ni pun dah jadi hutan belantara dah. Banyak benda aku nak kongsi sebenarnya tapi aku tak berani dah nak bukak blog kat opis selepas terkantoi dengan bos. Menusuk je komen dia masa appraisal "I saw you facebooking and reading blogs a lot, are you serious with this job?1" Errrr! Terpanah terus ke jantung. Walaupun aku terkantoi dengan dia baru sekali, tetapi biasalah kan, yang tak bagus la yang akan diingat, yang bagus biasanya akan dilupa. Dah nasib aku memang malang, sepanjang hari tak buka FB atau blog, time aku bukak tu la terkantoi dengan bos.

Anyway, banyak projek yang sedang berjalan sekarang. Serentak pulak tu. Dengan kerja ofis lagi yang sampai sekarang aku tak paham-paham kebenda. For the first time in my career and in my life, somebody appraise me as timid and pessimistic. Aku angguk je la, layankan je la. Malas nak bagi excuse banyak-banyak. Sebetulnya aku tak suka bercakap tanpa aku memahami apa yang aku cakapkan. Aku juga tak suka bulldoze tanpa aku mengetahui apa risikonya. Sebab tu la bila dia suruh buat apa-apa aku akan cakap I am learning and still learning. It is not that I am doubting myself, it just that I know the extent of my capability. 

But most of the things my boss said memang ada juga kebenarannya. I'm taking forever to learn. Aku pun rasa aku sangat-sangat lembab sekarang ni. Memang lemau semacam je rasa. Aku syak la kan, bukan setakat kaki aku yang disable sementara, otak aku pun turut disable sementara jugak kot. Susah betul nak faham sesuatu konsep. Menganga-nganga aku nak menjawab pop quiz dari bos. Dia tanya apa tu LRIC nasib baik aku tak menyanyi untuk demonstrate apa tu lirik! Ataupun maybe termakan semut banyak kot. Dahla rumah aku ni sekarang banyak benau semutnya, air kosong pon letak sekejap penuh dihurung semut.

Dah, aku nak sambung buat translation yang sepatutnya due minggu lepas. Nanti pagi aku nak jadi zombie pegi ofis lepas dua tiga hari tak cukup tido. Roger n out!


Tuesday, January 1, 2013

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2012. Masanya sudah tiba untuk tutup buku lama dan buka buku baru. Jam-jam terakhir untuk merenung dan menilai kembali apa yang telah dilakukan serta dicapai sepanjang setahun yang berlalu.

Corat coret 2012 bagi aku tidak semuanya indah. Ada suka dan ada duka. Daripada menyambut anak buah baru, mendapat kerja baru hinggalah kepada ditipu orang dan ditimpa kemalangan. Tetapi Alhamdulillah, semuanya sarat hikmah. 

2012 mengajar aku betapa sukarnya menjadi manusia yang ditarik sekejap nikmat bergerak. Dan betapa Allah masih menyayangi dan membenarkan aku untuk melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Apabila direnung kemalangan yang aku alami, baru aku tersedar yang ia mungkin meragut nyawa dan betapa bersyukurnya aku kerana terselamat dengan hanya kaki yang patah.

3 bulan terlantar dan mengharapkan bantuan orang untuk berbuat segalanya cukup menginsafkan, benar-benar membuatkan aku berasa 'helpless'. Apatah lagi apabila 2 minggu di hospital, jauh drp sanak saudara dan hanya ditemani suami yang setia melayan karenahku benar-benar menguji ketahanan mental. Memang hampir gila dibuatnya apabila langsung tidak boleh bergerak dan perlu dibantu untuk membuat segala aktiviti. Mandi pun hanya suami yang membantu lapkan badan. Berak kencing juga suami yang uruskan segala. Mujur suami ada disisi, dialah yang memujuk bila aku menangis akibat terlampau lama menunggu untuk dibedah. Dialah yang menyabarkan bila aku merintih tidak tahan berada di hospital dan ingin segera pulang ke rumah bersama keluarga. Dialah juga yang setia melayan dan membasuh najis bila aku terkena cirit birit di hospital. Katanya, kalau itu tidak cukup untuk membuktikan cinta kasihnya pada aku, dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan.

Bila kembali ke kampung, ibu pula yang mengambil alih membantu memandikan, memakaikan baju, menyediakan makan minum dan segalanya. Memang cukup mencabar ego dan menjentik naluri. Di usia begini, sepatutnya aku yang menjaga ibu dan ayah tetapi mereka perlu kembali menjaga aku.
Tetapi Allah masih memberikan bahagia di saat terlantar sebegitu. Anak saudaraku yang ketiga lahir sewaktu aku berada di kampung. Jika aku tidak kemalangan dan bekerja, tentunya aku tidak mampu untuk mencium dan memeluk anak buahku yang baru berusia 1 hari ketika itu!

Pertengahan 2012 juga memberikan kelapangan rezeki buat aku setelah bulan-bulan terawal 2012 lebih banyak dihiasi dengan perasaan tertekan dengan keadaan di tempat kerja. Alhamdulillah, Allah membukakan aku pintu rezeki di dalam bidang baru yang ingin aku ceburi. Agak terkial-kial, tetapi aku banyak belajar dan masih diberikan nafas untuk belajar.

2012 juga memberikan aku rakan-rakan baru yang harapnya akan kekal menjadi sahabat yang rapat. Meskipun 2012 menyaksikan ada yang rapat menjadi renggang, tetapi aku berharap semoga 2013 menaut dan merapat kembali jarak yang makin menjurang itu. 

Semoga 2013 menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatku dan keluargaku. Semoga kakiku pulih sepenuhnya dan aku boleh kembali melakukan aktiviti yang aku gemari. Semoga 2013 menjadi tahun yang barakah dan dilimpahi rahmat, kegembiraan serta kejayaan. In shaa Allah.